Ana menyambut baik saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang mempertegaskan lagi kenyataan Murysidul Am dan Presiden PAS supaya umno perlu mengubah dasar perjuangannya terlebih dahulu jika mahu berbicara soal perpaduan dan semua pihak diminta berhenti bercakap isu kerjasama UMNO-PAS. Nah, jelaslah sekarang isu yang sengaja dihebohkan sekarang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kepentingan politik sempit umno sahaja untuk menagih sokongan pengundi Melayu yang telah menolak mereka. Inilah sebenarnya jawapan muktamad kepada kelompok yang dungu! berita di sini..
Henti bercakap isu kerjasama UMNO-Pas: Dr Haron

SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus jika semua pihak asyik berbalas kenyataan tanpa memberi perhatian terhadap usul serta syarat menjayakannya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din secara peribadi berkata, kerjasama hanya terlaksana sekiranya UMNO b:ersedia mempertimbangkan untuk melakukan perubahan terhadap dasar.
:“Jangan buang masa bercakap perkara yang tak akan kemana-mana, sebaliknya kedua-dua pihak (Pas dan UMNO) harus memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu.
:“Umat Islam khususnya orang Melayu memang perlu kepada penyatuan ummah, tetapi perkara itu perlu bermula dari akar umbi termasuk seluruh lapisan pemerintah dan dasar pemerintahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
:Beliau berkata, dasar dalam pemerintahan UMNO pada masa kini perlu diubah kepada lebih baik kerana tiada dasar yang lebih sempurna selain daripada dasar Islam.
:“Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya. Kalau mereka mahuka:n kerjasama terlaksana dengan segera, pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera.
:“Kita sedia maklum, jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat. Jadi, utamakan dasar dahulu sebelum memikirkan untuk bersatu,” katanya.
:Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa enggan mengulas lanjut mengenai isu kerjasama itu.
:“Apa yang penting sekarang, semua pihak perlu bekerjasama menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan Malaysia,” katanya._sinar harian
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam kepada bekas sarjan TUDM, N Tharmendran pagi ini menyerahkan nota tuntutan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar memberi jaminan keselamatan kepada anak guamnya.



Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.
KUALA TERENGGANU - Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di Kampung Padang Hangus, Tepoh dekat sini yang menyebebkan seorang lelaki maut akibat dibelasah malam Jumaat lalu.
MUAR - Alasan hendak beli durian oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berlegar-legar di sebuah rumah berjaya membongkar kejadian pecah rumah sepasang warga emas di pekan Panchor di sini, semalam. 

