Sahabat Purnama

Rabu, 14 Oktober 2009

KUDETA PANGGIL SIDANG HARAM, DUN PERAK AKAN DIBUBAR?

norhalim mh

28 Okt 2009, Mister Ganesan, Speaker HARAM Kerajaan KUDETA @ZAMBRY MB HARAM telah memohon perkenan Tuanku Sultan bagi mengadakan persidangan DUN HARAM yang dikatakan bagi Pembentangan Belanjawan Negeri 2010. Tarikh asal yang dicadangkan Kerajaan HARAM ini awalnya pada bulan Nov ini. Entah apa sebabnya dipercepatkan pula sidangnya.

Kerajaan SAH Rakyat Perak yang yang diterajui MB Nizar Jamaludin pula bersama Tuan Speaker Sivakumar serta semua ADUN PR mengambil keputusan untuk tidak hadir sidang HARAM yang dipanggil Ganesan, malah mengambil usaha susulan dengan menmbuat Laporan Polis pada hari ini bagi menghalang Ganesan Mengadakan Sidang DUN tersebut. Semua 28 ADUN PR akan hanya hadir ke sidang DUN yang akan dipanggil Speaker Sivakumar pada tarikh yang sama 28 Okt atau memilih satu tarikh lain yang difikirkan sesuai.

BN memang benar-benar terhimpit sekarang, desakan berterusan yang diterima dari Majoriti Besar Rakyat telah memberi tekanan yang cukup membebankan buat ZAMBRY@ MB HARAM. Ganesan yang dijadikan budak suruhan Kerajaan KUDETA @ ZAMBRY MB HARAM yang tersepit kerana terpaksa tunduk dengan kemahuan ketuanya tiada pilihan melainkan melakukan apa sahaja yang perlu bagi menyelamatkan Kerajaan HARAM mereka.

ZAMBRY@MB HARAM berkata, mahkamah telah mengesahkan bahawa dia adalah MB Perak yang sah dan meminta Nizar supaya sedia menerima keputusan mahkamah. Begitulah luahan kekecewaan ZAMBRY@MB HARAM yang terus dihantui rasa resah dan bimbang akan kedudukannya sekarang. 5 Nov ini adalah tarikh di mana Nizar akan mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Kekecohan sewaktu persidangan DUN pada 7 Mac lalu yang telah menghampiri tempoh 6 bulan di mana tiadanya persidangan DUN diadakan boleh menyebabkan DUN akan terbubar dengan sendirinya sebagaimana yang termaktub dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri. Perkara ini sememangnya menjadi kegusaran kepada BN kerana mereka sangat berharap 28 ADUN PR ini akan menyertai Sidang yang akan dipanggil Speaker HARAM Ganesan.

ADUN2 PR tentunya sudah mencaturkan beberapa strategi bagi menghadapi tarikh penting 28 Okt ini. Apa pula helah ZAMBRY@MB HARAM bersama Gerombolannya merancang muslihat bagi memerangkap ADUN2 PR. Ini sesuatu yang amat menarik untuk diperhatikan Rakyat, apakah peristiwa yang cukup hina mengheret Speaker DUN Perak Sivakumar keluar dari kerusinya akan berlaku lagi? Mungkin juga pada kali ini Speaker HARAM Ganesan pula yang akan diperlakukan seperti itu? Ganesan@Speaker HARAM tentunya cemas juga, Pihak keselamatan mungkin juga sudah bersedia menerima arahan apa yang perlu dilakukan pada tarikh 28 Okt ini.

Apa yang pasti, bukan sahaja Rakyat Perak yang tidak sabar2 menunggu persidangan tersebut, malah seluruh Rakyat@1MALAYSIA juga turut sama merasa bahangnya.
Jika dilihat dari segi teknikalnya, BN tentu sahaja boleh menghadapi persidangan ini dengan jayanya kerana Gerombolan mereka merasakan Kuasa ada di tangan mereka, peduli apa dengan PR, mereka sekarang Pembangkang, Polis, Mahkamah buat masa ini telah memberi keadilan kepada mereka.

Mengenai momentum sokongan Rakyat kepada mereka pula mungkin juga dirasakan sudah kembali bertaut selepas peristiwa manis 11 Okt kemenangan bergaya ISA@POLITIKWANG membuktikan ketokohannya menarik semula sebahagian besar rakyat Bagan Pinang kepada NAJIB@PM1MALAYSIA. Bagan Pinang menjadi sejarah paling menarik bagi Gerombolan2 ini. Cukuplah Rakyat Bagan Pinang menjadi saksi bahawa sokongan mereka adalah manifestasi kepada Sokongan Sepenuhnya Rakyat seluruh Negara kepada Kerajaan NAJIB@PM1MALAYSIA mengejar cita-citanya menggapai impian bahawa 1MALAYSIA adalah bertepatan dengan slogan keramat ”Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Persidangan khas UMNO@PARTI MAHATHIR yang sedang diadakan sekarang nampak meriah kerana dukacita mereka sedikit terubat dengan keputusan Prk yang menyebelahi mereka setelah dilamun duka nestapa tewas 6 Prk dari 8 Prk yang yang dilalui kecuali Penanti yang tidak ditandingi.

Jika faktor kembalinya sokongan Rakyat kepada Kerajaan NAJIB@PM1MALAYSIA dijadikan ukurannya, nah..usahlah dibiarkan Rakyat terus Gundah Gulana. Wahai NAJIB@MP1MALAYSIA, WAHAI ZAMBRY@MB HARAM. Udah2lahtu...segerakanlah cadangan pembubaran DUN Perak, BN sudah KUAT sekarang, PR pula terus bercakaran sesama sendiri, inilah peluang untuk menarik kembali sokongan Rakyat Perak kepada BN, PR telah bersedia, jika Pilihanraya Negeri diadakan dan Rakyat tidak menerima semula PR maka PR akan menghormati keputusan itu, ingatlah maruah yang tercalar perlu ditebus, semua pihak mahukan kemenangan, baik BN, PR, Istana dan Rakyat memang menunggu2 akan kemenangan. Jalan keluarnya sudah ada, kenapa masih mahu ditangguh lagi. BUBAR! BUBAR! BUBAR! DUN PERAK.....

*****

1 ulasan:

ady berkata...

saya setuju ngan pendapat saudara purnama dr selatan...zambri skrang tgh pening kepala...bkn kepala saja pening semua apapun d nama kepala jd pening...sy 400% setuju klu dun porak nk di bubarkan...biar rakyat menentukn siapa pilihan mereka....idup nizar..idup pakatan rakyat...insyallah pr akan datang perak akan jatuh ke tangan yang berhak....