| KUALA KEDAH –  Alangkah hibanya hati seorang isteri melihat suami yang diharap untuk menjadi  teladan dalam keluarga, ditahan kerana disyaki menagih dadah.  Rasa sabar  yang dibendung, akhirnya tidak tertahan lalu tangan dihayun tepat ke muka suami.   Itulah insiden yang berlaku di pekarangan Balai Polis Kuala Kedah, di  sini susulan Ops Tapis, semalam.  Lebih memilukan, kejadian turut disaksikan orang ramai. Lelaki itu antara 55 yang ditahan, termasuk  empat yang masih di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ops  Tapis dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dan Ibu Pejabat Polis  Daerah Kota Setar khusus memerangi gejala dadah dalam kalangan nelayan di  beberapa pelantar ikan di sini.  Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Deputi Superintendan Zainuddin Saad berkata, operasi bermula jam 6 pagi dan berakhir jam 11 pagi itu disertai empat pegawai dan 28 anggota, berjaya merampas dadah jenis heroin dan syabu. “Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas semua yang ditahan mendapati 30 daripadanya positif dadah termasuk empat yang masih di bawah pengawasan AADK. “Majoriti yang ditahan ini adalah nelayan berumur antara 25 hingga 50 tahun. Kami turut merampas sebuah motosikal Honda dipercayai dicuri dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya. Zainudin berkata, empat penagih di bawah pengawasan AADK yang berumur 25 hingga awal 40an cuba bertindak agresif ketika ditahan. Menurutnya, pihaknya juga menemui 27 keratan  straw mengandungi heroin dan 12 keratan straw berisi syabu yang disyaki untuk  bekalan nelayan yang akan turun ke laut. “Nilai keseluruhan dadah yang  dirampas itu adalah kira-kira RM1,000 yang mana setiap tiub berisi syabu ini  dijual dengan harga antara RM40 hingga RM50, manakala RM10 untuk setiap keratan  straw heroin. “Pengedar dadah berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun ini  juga turut ditahan, termasuk mereka yang pernah ditahan sebelum ini. Polis masih  lagi menjalankan siasatan dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh,”  katanya. Zainudin berkata, operasi itu adalah kali kedua dijalankan  selepas operasi pada penghujung Mac lalu dan dalam operasi semalam, kira-kira 15  hingga 20 orang terlepas ketika serbuan. Menurutnya, kesemua yang  ditahan, akan disiasat mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas  kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah  1983. _sinar harian | 
Sahabat Purnama
Isnin, 3 Mei 2010
Tampar suami di khalayak ramai
1,000 pelabur rugi RM17 juta
| KOTA BHARU -  Kira-kira 1,000 pelabur dari seluruh negara termasuk Kelantan kerugian RM17 juta  setelah dipercayai ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang terletak di Pasir  Puteh, dekat sini.  Kesemua mangsa terdiri daripada kakitangan kerajaan  dan swasta ini sanggup bergolok gadai dan berhutang dengan pihak bank bagi  menyertai perkongsian modal berkenaan yang menjanjikan pulangan lima hingga 10  peratus kepada setiap pelabur berdasarkan pelaburan.  Mangsa menceritakan  kutipan deposit berkenaan kerana kekurangan modal untuk membuka agen syarikat  berkenaan di Gua Musang dan pelabur mula menawarkan pulangan serta peserta ini  dikaburi dengan cop daripada pesuruhjaya sumpah berdaftar pada borang mereka.   Seorang mangsa, Norizan Mat Nor, 46, berkata, pada awal penglibatannya  dengan syarikat berkenaan bermula pada tahun 2007 lagi dan sanggup menjual lori  miliknya malah lebih teruk lagi kerana percayakan habuannya dia melakukan  pinjaman berjumlah kira-kira RM60 dengan pihak bank.  “Saya bersama  isteri melabur kira-kira RM207,000 untuk perkongsian modal bersama pemilik  syarikat ini yang juga saudara saya sendiri.  “Pada awalnya saya  mempercayainya kerana habuan yang dijanjikan ditunaikan oleh syarikat sehingga  Mei tahun lalu tetapi bermula Jun sehingga kini pulangan berkenaan tidak sampai  kepada kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.  Norizan yang juga  kakitangan syarikat berkenaan berkata, dia bersama pelabur-pelabur yang lain  merasa tertipu setelah tuntutan yang dijanjikan akan dijelaskan pada Ogos juga  tidak dibayar.  “Setelah lama menunggu kami mendapatkan penjelasan  daripadanya dan dia memaklumkan wang sejumlah RM17 juta itu berada dalam akaun  ibu pejabat dan kami mempercayainya kerana dia juga menunjukkan cek dengan  jumlah berkenaan kepada kami.  “Sebelum itu juga saya terkejut kerana ada  dalam kalangan pelabur yang menerima cek tendang dan dia masih berkeras  menyatakan wang berkenaan berada di akaun ibu pejabat,” katanya.   Sementara itu, seorang guru yang enggan dikenali memberitahu, dia juga  mengalami kerugian setelah melabur lebih RM30,000 dan kira-kira 10 sanak  saudaranya juga turut menyertai perkongsian modal itu.  “Saya terpengaruh  dengan ajakan kawan-kawan untuk mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja yang  banyak dan pada awalnya saya hanya melabur RM5,000 sahaja tetapi lama-kelamaan  jumlah ini ditambah untuk mendapat pulangan yang lebih.  “Pada awal  penglibatan memanglah ia menggembirakan kerana saya mendapat habuan seperti yang  dijanjikan tetapi sekarang ini ia tidak berbaloi,” katanya.  Berikutan  kekecewaan yang dialami pelabur-pelabur berkenaan yang diwakili kira-kira 13  ahli mengunjungi ibu pejabat mereka di Pulau Pinang dan dimaklumkan wang  sejumlah RM17 juta itu sebenarnya tidak wujud.  Ekoran tidak tahan dengan  alasan yang diberikan kira-kira 102 pelabur membuat laporan polis di Balai Polis  Pasir Puteh pada 24 April lalu untuk tindakan lanjut.  Sementara itu,  pakar runding kepada mangsa-mangsa penipuan berkenaan, Mohammad Salihin Abdul  Jalil berkata, masalah ini akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa kerana ini  melakukan kutipan secara haram.  Mohammad Salihin juga memberitahu  mangsa-mangsa lain yang masih belum membuat laporan berhubung kes berkenaan  boleh menghubungi di talian 014-5023523 untuk tindakan lanjut.  “Kami  akan membawa kes ini ke pihak atasan dan kami juga dalam proses melantik peguam  bagi membela nasib mangsa yang tertipu ini,” katanya._sinar harian | 
Langgan:
Ulasan (Atom)
 
