Sahabat Purnama

Ahad, 6 Jun 2010

Menunggu Saat Kehancuran dan Harapan Baru

norhalim mh

Umno hari ini umpama sebuah kumpulan yang kecil dan terpinggir,  jika dilihat dari penglibatan pemuda harapannya yang berketuakan menantu pak lah itu dalam perhimpunan haram yang kononnya membantah israel sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga membenci zahudi zionis macam kumpulan satu lagi yang mewakili kumpulan terbanyak, kumpulan-kumpulan ini bukan sahaja didukungi mereka yang dikatakan golongan elit  tetapi golongan yang pendek akal dan pekertinya (bukan menghina tetapi itulah yang selayaknya gelaran untuk puak-puak ini) maaf jika agak keras tulisan ana pada kali ini.

Sebenarnya sudah tiada peluang lagi yang patut diberikan kepada gerombolan ini terus mentadbir negara, perangai mereka, gerak geri mereka, ucapan mereka, amalan mereka, keikhlasan mereka, gerak kerja mereka ini semacam banyak persamaan dengan penasihat mereka apco laknatullah.

Kita sekalian rakyat harus bersyukur kerana mungkin ini hikmah ALLAH yang telah membuka hijab sebenarnya untuk kita melihat kejahatan mereka satu persatu.  Perlakuan-perlakuan keji mereka inilah yang akhirnya dilihat rakyat sangat jijik dan amat jelek.  segala keburukan yang terdedah ini adalah benih-benih kehancuran umno yang akan dapat dituai dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang InsyaALLAH.

Dengan izin ALLAH kita berdoa semuga hasil yang mereka tuai adalah seperti tanaman yang rosak dan amat memualkan lagi pahit untuk dimakan, sudahnya, tanaman ini akan dimusnahkan oleh mereka yang memakannya itu.  

Rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, golongan dan fahaman akan menolak gerombolan-gerombolan  ini secara nyata dengan kuasa undi yang ada pada mereka.  UMNO BN tunggulah saat kehancuran gerombolan kamu nanti, selagi kamu masih bernafas ini lakukanlah apa yang kamu mahu,  rakyat sudah tidak percaya kepada kamu lagi.

Ana percaya, jika gerombolan ini sudah tiada kuasa kelak, penyokong-penyokong mereka sendiri akan berpaling tadah dan menghina tuan-tuan mereka sendiri.  

Sambil itu bagi kita ini teruskanlah usaha ke arah itu, jangan lagi menoleh kebelakang mendengar hasutan mereka, terus mara menuju matlamat yang suci membebaskan belenggu jajahan UMNO BN sejak lebih 50 tahun. Insya ALLAH Putrajaya akan kita tawan.

Marilah kita bersama memperkasakan gerak kerja kita ke arah itu.  Pakatan Rakyat adalah harapan baru rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: