Sahabat Purnama

Isnin, 13 Oktober 2014

"Kami Mohon Bonus Awal".....

Luahan Rasa Kakitangan awam....merayu pada kerajaan.....kasihan kakitangan awam....muga dipertimbangkan oleh PM yang kita sayangi.


Cuepacs mohon bonus diberi pada 15 Dis

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memohon kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember ini, dan bukannya pada Januari depan.

    
Presidennya Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.
    
"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya kepada Bernama hari ini.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.
    
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
    
Mengulas lanjut, Azih berkata pembayaran bonus itu akan dibuat secara sekaligus dan bakal dinikmati penjawat awam merangkumi semua gred termasuk Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).
    
Seorang penjawat awam, Rozalina Ayob, 45, berkata beliau berharap pemberian bonus itu diawalkan kerana ia akan membantu beliau membeli kelengkapan persekolahan dan membayar yuran sekolah untuk tiga anaknya.

"Kos pembelian keperluan persekolahan agak tinggi. Jadi, dengan adanya bonus memang banyak membantu.
    
"Tetapi kalau diberi pada Januari, agak terlewat kerana sesi persekolahan sudah mula. Nak tunggu gaji hujung bulan masih lambat, jadi seeloknya bonus diberi sebelum sesi baharu sekolah bermula," katanya.

- Bernama

1 ulasan:

million apparel berkata...

tidak disangka, harap semua nya baik2 saja.