Sahabat Purnama

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bahasa Mandarin di tujuh sekolah YIK

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan subjek Bahasa Mandarin di sekolah Yaya-san Islam Kelantan (YIK) memandangkan sambutan positif dari kalangan pelajar yang menyertai kelab bahasa itu yang kini diperkenalkan di beberapa buah sekolah negeri ini.

Pengerusi Jawatan-kuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, buat permulaan kelab tersebut dilancar di Maahad Muhammadi Pe-rempuan pada Julai lalu.

Katanya, usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan melalui penubuhan Kelab Bahasa Mandarin di tujuh sekolah di Yayasan Islam Kelantan (Yik) merangkumi Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maktab Pe-ngajian Islam, Maahad Arabiah Pasir Mas, Maa-had Tahfiz al Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor.

"Sambutan amat menggalakkan, sehingga kini seramai 250 pelajar di tujuh sekolah terbabit menyertai kelab berkenaan biar pun ia baru diperkenalkan, pem-belajarannya hanya diadakan pada hari cuti dan hujung minggu,” katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjung Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, sema-lam.

Sehubungan dengan itu, Mohd Amar berkata, dengan sambutan positif yang diberikan pelajar, bilangan Kelab Bahasa Mandarin akan ditambah pada tahun hadapan sekali gus memberi kelebihan kepada pelajar untuk menguasai bahasa tersebut.

Katanya, dengan sambutan yang diberikan, beliau tidak menolak pada masa hadapan sekolah agama di negeri ini akan memperkenalkan subjek Bahasa Mandarin, sekali gus memberi kelebihan nilai kepada pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa di negara ini.

Dalam pada itu, menjawab persoalan dari Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga), Mohd Amar berkata, buat masa ini kerajaan belum bercadang menghantar pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang agama di China memandangkan belum ada institusi pengajian tinggi seumpama itu di negara berkenaan sekarang.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menghantar empat pelajar lepasan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) melanjutkan pengajian dalam bahasa Cina di negara tersebut.

“Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri membeli sebuah apartmen setinggi sembilan tingkat di Kaherah yang akan dijadikan asrama bagi pelajar Kelantan yang belajar di Universiti Al-Azhar. Asrama itu yang melibatkan kos sebanyak RM17 juta dijangka siap sepenuh tahun hadapan,” katanya.

_sinarharian

Tiada ulasan: