| Suybky Latif |
Gara-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan. Rusuhan dan kebakaran juga merebak ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester. Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis. Apakah polis yang menembak mati Mark Duggan bertindak betul atau sebaliknya, itulah reaksi setengah dari rakyat Britain. Umumnya polis Britain bertindak normal, tidaklah bersikap luar biasa seperti ssetengah negara belum membangunkan atau mana negara yang digelar negara polis. Dalam keadaan yang demikian, rakyat yang marah terhadap kejadian terhadap Mark Duggan itu bukan saja marahkan polis malah mereka membakar dan merosakkan bangunan awam dan melakukan berbagai jenayah. Tidak dapat kita bayang kalau apa yang terjadi antara polis dan penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur itu berlaku di London? Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur, orang tertentu yang masuk ke Kuala Lumpur ditangkap, rakyat yang terkepung dalam sekatan dan kepungan polis ditempak dengan peluru gas dan meriam air. Gara-gara tindakan polis ada orang yang dikejarkan ke hospital malah ada seorang yang mati dikatakan kerana bedilan senjata gas. Kalau ini yang berlaku di England tidak mustahil seluruh England itu akan dibakar oleh rakyatnya. Tetapi betapa marah sekali pun rakyat kerana kerajaan yang menindas dan betapa tidak seronoknya masyarakat terhadap polis yang dibelenggu oleh kerajaan yang menindas itu, rakyat Malaysia tetap menunjukkan kesabarannya yang tinggi. Sebenarnya dalam semua masa orang-orang yang marah kepada kerajaan dan polis yang rata-rata menyokong pembangkang, betapa marah sekali pun kepada kerajaan dan polis, mereka tidak akan buat atau galakkan seperti yang berlaku di London dan bebeapa kota utama lain selain dan London. Di setengah negara pembangkang bertukar menjadi pemberontak hingga menyebabkan berlaku huruhara bahkan negara tidak dapat membangun dan melaksanakan rancangan kemajuan. Pembangkang Malaysia tidak mahu jadi seperti itu dan kalau boleh tidak suka melihat ada kejadian itu di masa akan datang. Ia adalah disebabkan pembangkang percaya kepada demokrasi sekali yang berlaku adalah demokrasi tiga suku. Ada kejadian polis memburu motokar yang dipandu oleh remaja belasan tahun. Kerana takut buruan polis itu remaja memecut motokarnya. Polis menembak motokarnya hingga mati remaja yang memandunya. Rakyat marah akan kejadian itu. Tetapi atas tanggungjawab sebagai rakyat itu tinggi, mereka tidak beertindak seperti sestengah rakyat London dan Mencester, bertempur dengan polis dan membakar kedai dan bangunan awam. Mereka menyokong supaya polis yang terlibat dibawa ke mahkamah, dibicarakan dengan adil. Jika dibaca sekatan dan gangguan polis terhadap pembangkang yang mengadakan ceramah, hingga kadang-kadang disebabkan ceramah tanpa permit, polis hantar pasukan pencegah suruhan dan macam-macam gangguan. Tetapi pembangkang yang bertanggungjawab itu bersabar, menghentikan ceramah atau membatalkan atau melarikan ceramah ke tempat lain, tetapi dengan kesabaran itu ceramah tetap diadakan juga. Sikap sabar dan kesedaran kepada tanggungjawab membangunkan negara dan mewujudkan keamanan, rakyat tidak hilang kesaran. Dengan sikap sabar inilah membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan yang dikecapi sekarang. Jangan fikir kemajuan dan keamanan itu atas kecekapan kerajaan saja. Kalau pembangkang hilang rasa tanggungjawab, mengambil langkah tidak bertanggungjawab seperti setengah orang putih England itu atau seperti pembangkang negara lain yang keras, jangan fikir Malaysia boleh capai yang dicapai sekarang. Apa yang Bersih 2.0 buat adalah padangan dan sikap yang sama pendirian pembangkang. Mereka keluar ke jalan raya kerana perlembagaan demokrasi negara tidak melarangnya. Hanya demokrasi tiga suku yang mengiranya haram. Apa juga reaksi polis mereka hadapi dengan sabar dan berakal. Dengan tindakan luar biasa polis hari itu, sekali pun rakyat dan Bersih marah tetapi mereka tidak menyeru rakyat bangun melayan polis dan kerajaan. Walaupun Kuala Lumpur di kepung tetapi Kuala Kangsar, Pekan, Johor Bahru dan lain-lain tidak dikepung. Kalau mereka geram mereka boleh buat macam yang dibuat di England itu. Tetapi mereka bertanggungjawab, sabar dan berakal. Adakan juga demo tetapi mengakhirinya petang itu juga. Mereka turun dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong. Tetapi polis terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki kekurangannya. |
Sahabat Purnama
Memaparkan catatan dengan label Cetusan Minda Subky Latif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cetusan Minda Subky Latif. Papar semua catatan
Rabu, 17 Ogos 2011
Pembangkang, Bersih bertanggungjawab
Jumaat, 22 Julai 2011
Kedah bergema kerana mahu puasa hiburan
Subky Abd Latif
KERAJAAN Pakatan Rakyat Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak sekali lagi berdepan dengan perang dan serangan saraf media atas tindakannya membekukan kegiatan hiburan di khalayak awam sepanjang bulan Ramadhan yang mubarak ini.
Langkah itu diambil terhadap beberapa kegiatan hiburan yang mendapat lesen dari kerajaan tempatan. Itulah kuasa yang ada pada kerajaan negeri dalam usaha untuk menyempurnakan puasa hiburan di samping lain-lain puasa keidupan bagi seluruh umat Islam di negeri itu.
Puasa hiburan itu mengganggu orang bukan Islam berhibur di kediaman sendiri yang sememangnya tidak dikenakan lesen. Bahkan masing-masing masih boleh menikmati hiburan sepanjang 24 jam sehari dari berpuluh saluran TV dan radio yang masuk ke setiap rumah termasuk rumah Mufti dan imam-imam di negeri Kedah.
Tindakan kerajaan Kedah itu tidaklah akan memaksa bukan Islam puasa hiburan sepanjang bulan kerana masing-masing ada alternatif dari tayangan TV.
Apa yang kerajaan Kedah buat itu sekadar apa yang ia boleh buat. Kalau pun ia tidak boleh buat semua, maka tidak pula tidak boleh buat semua bagi menunaikan enakmen larangan hiburan yang dibuat oleh kerajaan BN Kedah dulu.
Semua kerajaan BN negeri adalah peruntukan enakmen yang sama sejak sekian lama tetapi mereka tidak terdaya melaksanakannya. Peruntukan itu tidak lebih dari hiasan tentang keindahan Islam itu tetapi ia tidak untuk dilaksanakan.
Samalah ia seperti masuk Islam tetapi tidak pernah solat dan puasa.
Kerajaan pimpinan PAS Kedah menunaikan tanggungjawabnya melaksanakan apa yang terdayanya.
Ia bukan tindakan baru bagi Kedah memuliakan Islam di hari-hari mulia tertentu. Sebelum merdeka dulu setiap panggung wayang pada malam dan siang Jumaat. Setelah merdeka dengan Islam sebagai agama Persekutuan tiada cuti hari Jumaat lagi bagi pawagam di negeri itu.
Apa yang Ustaz Azizan buat sekarang ia untuk memperluas lagi amal kebajikan itu dengan menyempurnakan puasa hiburan pula sepanjang bulan.
Langkah yang Kedah ambil itu amat digemari oleh orang-orang beragama termasuk Mufti Perak yang kecenderungannya lebih banyak kepada BN dari PAS. Oleh kerana alim ulama itu tiada kuasa seperti Menteri Besar Kedah itu, tiada apa yang dapat buat untuk membendung hiburan di bulan puasa, maka mereka tentunya tumpang seronok dengan langkah puasa hiburan itu.
Kerja memuliakan agama Islam tidak jadi perkara yang sukar untuk dilaksanakan selebum demokrasi diperkenalkan dan sebelum merdeka dulu. Tetapi sesudah demokrasi itu bertambah maju, masyarakat akan riuh rendah bila ada langkah membendung hal-hal yang mengganggu ibadat orang beragama.
Orang bukan Islam nampak berani membantahnya. Bukan sekadar demokrasi yang ada mereka bersuara demikian tetapi ia menumpang bebal media dan orang-orang politik beragama Islam yang tawar kepekaannya tentang roh Islamnya.
Apa yang Kedah hadapi itu pernah dihadapi oleh TokGuruNik Aziz di Kelantan ketika beliau mula berkuasa, ketika hendak membendung perangai kaki botol.
MCA yang dipercayai digalakkan oleh UMNO muncul menganjurkan pesta minum arak sebagai usaha mencabar langkah mencegah maksiat di Kelantan itu. Tiada suara dari UMNO melarang reaksi MCA itu.
Reaksi Tok Guru pula melayannya tetapi berkata, lantaklah mereka minum arak hingga pecah perut. Dengan reaksi demikian, MCA tidak meneruskannya.
Media yang dikuasai oleh orang Islam menlancar serangan saraf terhadap kerajaan Kedah hingga tampil MCA dan Gerakan negeri itu untuk mengambil tindakan. Kira-kira ia satu peluang bagi sekutu BN itu untuk memulihkan pengaruh mereka yang sudah hilang.
Jika rakyat dapat dipengaruhi oleh sekutu UMNO itu, jika ia dapat menjatuhkan kerajaan Ustaz Azizan, maka BN mahu naik dengan menolak puasa hiburan sebulan itu.
Seronokkan UMNO ia meraih kemenangan atas isu menentang memuliakan bulan puasa. Sesungguhnya seluruh bukan Islam dan pemadat hiburan dari kalangan Islam masih boleh melayan nafsu hiburan dari TV dan radio._harakahdaily.net
Selasa, 19 Oktober 2010
Dari penampal poster ke YDP PAS
| Subky Abdul Latif |
HAJI Ismail Harun yang dikenali Abang We, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman bercakap dengan isteri saya pada 7 Oktober 2010 tentang satu majlis mengenang tokoh PAS Kemaman pada malam 9 Oktober. Adakah saya dapat datang? Saya diminta datang kerana saya adalah calon PAS bagi kawasan Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya umum tahun 1982. Saya pun hadir. Menjelang Maghrib Abang We menelefon saya orang-orang PAS Kemaman minta saya membuat satu pengkisahan ringkas tentang pertandingan saya dalam pilihan raya itu. Apa yang saya ingat tentang kisah 28 tahun lalu?Kebanyakan yang bekerja kuat untuk pilihan raya datang bertongkat ke majlis itu malam itu. Rupanya PAS Kawasan Kemaman merayakan ulang tahun Jubli Emas penubuhannya. Sekalian ahli jawatankuasa kawasan sejak penubuhannya 50 tahun dulu hingga ke hari ini dan setiap calon pilihan raya dikenang dan dianugerah tokoh. Empat bulan menjelang Pilihan Raya Umum itu PAS memutuskan saya menjadi calon Parlimen kawasan Kemaman. Saya tidak kenal sesiapa di Kemaman kecuali keluarga isteri saya yang semuanya Umno. Tiga bulan sebelum pilihan raya saya tiba ke Kemaman untuk mengenalkan diri dan untuk memulakan kerja-kerja pilihan raya. Walau PAS kuat di Negeri Terengganu, ia membentuk kerajaan negeri tahun 1959, ia mendapat undi lebih banyak dari Perikatan bagi seluruh Terengganu dalam PRU 1969 tetapi Adun Perikatan lebih ramai, hampir ia membentuk kerajaan semula. Tetapi Kemaman adalah sebuah kawasan Umno di Pantai Timur yang sama kuatnya dengan kawasan-kawasan Umno di pantai barat Semenanjung. Kemaman kira-kira satu pertiga dari keluasan Negeri Terengganu. Sempadan di sebelah selatan dari Jabor dan Geliga di sempadan Pahang hingga ke pangkal bandar Dungun di utara dan baratnya hingga ke Pasir Raja. Masa itu cawangan PAS hanya tujuh buah saja. Pusat mengundi lebih banyak dari cawangan. Satu cawangan kira-kira terpaksa bertanggungjawab atas tiga atau empat atau lima pusat mengundi. Tidak semua cawangan ada pejabat dan tidak semua rumah ketua cawangan ada telefon. Masa itu tidak telefon bimbit seperti sekarang. Tiada email dan internet. Jika ada perkara perlu yang hendak disampai kepada ketua atau jawatankuasa PAS Cawangan Kemasik, saya dan Ustaz Awang Dagang, ketua PAS Kawasan masa itu terpaksa pergi ke rumah ketua untuk bertemu dengannya yang jarak perjalanan hampir 50 minit. Belum tentu berjumpa orang yang dicari. Jika tidak ditemui terpaksa balik semula ke pekan Kemaman. Terpaksa pergi lagi mencarinya di hari lain. Di Kampung Pasir Raja terdapat kurang dari 100 pengundi. Calon terpaksa pergi bagi mengadakan satu ceramah. Rombongan PAS Terengganu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan beberapa orang lagi menggunakan dua bot sangkut untuk pergi ke Pasir Raja melalu sungai dari Dungun. Di tempat yang cetek, bot itu terpaksa ditolak. Sehari pergi, sehari menghubungi orang tempatan bagi mengadakan ceramah sebelah malamnya. Sehari pula balik ke Dungun. Untuk mengadakan satu ceramah kepada sekitar 100 pengundi mengambil masa tiga hari. Selama tiga bulan kempen di Kemaman, saya hanya pergi kira-kira satu per tiga dari lokaliti di kawasan itu. Saya tidak dapat bertemu dengan semua pengundi. Dengan tempoh kempen dua minggu saja, saya tidak dapat memperkenal diri sebagai calon kepada separuh daripada pengundi. Ramai pemuda yang bekerja untuk calon Umno datang mengambil poster PAS untuk menampalnya secara sukarela. Mereka gantung poster PAS dan poster BN berselang seli pada satu tali. Pada pilihan raya itu ada seorang pemuda bernama Ismail dan dipanggil We hampir setiap hari datang membuat kerja di pos PAS dan Bukit Mentok di pinggir pekan Chukai. Biasanya kerjanya mencari batang buluh untuk memasang bendera PAS. Pemuda-pemuda di situ tidak ramai, tetapi We adalah seorang pekerja yang tekun. Setiap kali saya ke situ dia ada. Dia tidak termasuk dalam seranai orang kuat PAS kawasan kerana dia seorang pekerja biasa dalam PAS. Walaupun dia tidak banyak bercakap dengan calon tetapi saya ingat dia dan namanya. Pemuda ini dalam tahun 90-an jadi salah seorang kuat PAS kawasan Kemaman dan hari ini dia jadi Yang Dipertua PAS Kawasan. Dalam tahun 1999 dia jadi seorang dari Adun dari kawasan Kemaman. Sekalipun saya berada tiga bulan saja, sempat pergi ke satu per tiga dari kawasan, tetapi saya dapat kira-kira satu per tiga dari jumlah pengundi. Saya dapat ssekitar 10 ribu dari lebih 30 ribu pengundi. Itulah kisah ringkas yang dapat saya sampaikan kepada sekitar 5,000 orang yang hadir dalam majlis penyampai anugerah tokoh di Kemasik._harakahdaily.net |
Selasa, 11 Mei 2010
Artis Bob Lokman memilih PAS
| Subky Abdul Latif |
ORANG lulus Universiti Azhar dengan ijazah PhD, bertabur firman dan hadis di hujung jarinya, tidak memilih PAS sebagai medan mengembangkan ilmu dan jihadnya. Antaranya memilih Umno. Atau Allah memilih mereka menjadi Umno.Yang Allah pilih menjadi ahli PAS ialah artis penulis lirik Bob Lokman. Dunia Bob dulunya di alam wayang. Tetapi dia memilih menjadi ahli PAS.Bukan mudah bagi seseorang untuk memilih menjadi PAS. Menjadi hafiz dan PhD. Pengajian Islam belum tentu Allah pilih dia jadi orang PAS, tetapi Bob Lokman, sebagai penulis lirik Allah pilih jadi orang PAS. Bob Lokman boleh bersyukur atas pemberian Allah itu. Dan umat Islam seluruhnya bersyukur kerana Bob Loman mula menjadi aktivis PAS. Dia mengaku pilihannya betul setelah ada yang mencemik pemilihannya itu. Itulah ujian awal yang Bob hadapi. Dan mula gelaplah gambar dan karya seninya dari dada TV dan media perdana. Tetapi Bob tetap memberitahu, setiap kali dia hendak meninggalkan, setelah berada dalam PAS, dia tahu langkahnya adalah betul dan mula merasai manisnya berpolitik dalam PAS. Orang lain belum merasa manis itu, tetapi Bob sudah merasa manisnya. Sudah ada rakan-rakan artisnya mula mendekatinya dan mahu mengikutnya. Begitulah ada orang menyertai PAS kerana mengikut kuliah Tok Guru Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz. Ada yang masuk kerana terasa sedapnya kata-kata mantik Ustaz Fadzil Noor. Demikian juga memahami Islam melalui kuliah Ustaz Abdul Hadi. Tetapi ada juga kerana mengikut daya jelas Bob Lokman. Seperti saya menanda tangani borang menyertai PAS 30 tahun dulu, saya didorong oleh pelakun filem Yusuf Suria. Saya berbuat bersamanya dengan Dato’ Asri, pemimpin PAS masa itu. Tiba-tiba Yusuf berkata kapada saya di depan Dato’ Asri, ‘I ini bukan orang agama, tetapi I mahukan Islam. You orang beragama, tetapi pasal apa tak mahu ikut Islam?’ Saya tidak dapat memberi jawapan. Lalu dia menyuakan borang PAS kepada saya. Saya ambil borang itu dari tangannya. ‘Isi!’ suruhnya. Dato’ Asri mengambil borang itu, dia minta kad pengenalan saya. Diisinya borang itu. Saya pun menjadi ahli PAS dan mula merasa manisnya berjuang dalam Islam. Kira-kira 35 tahun dulu pelakon Yusuf Suria yang banyak berlakon di bawah arahan P.Ramlee dan menyokong kuat Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Harun Idris menjadi ahli PAS. Ke sana ke mari dia menggalas borang PAS. Ramai orang ditemuinya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur diajaknya masuk PAS. Saya tengok beberapa pelakon kecil dan pelakun tambahan yang datang makan di gerainya, Restoran Semporna mengisi borang menjadi ahli PAS. Dia rajin masuk ke luar-luar bandar berceramah mengajak orang masuk PAS. Yusuf mahu jadi orang baik. Dia tidak banyak mendapat didikan agama. Jika ada orang PAS yang ada masa, boleh menumpukan penuh masa kepada Yusuf, dia boleh jadi aktivis Islam yang gigih. Malangnya PAS ketika itu bertempur antara yang menyokong dan menentang Dato’ Asri, maka tidak yang dapat membeberi masa untuk membimbing artis-artis yang menyertai PAS masa itu. Beberapa tahun selepas itu Jamal Mohamad yang dikenali sebagai Jamal Kerdil. Dia meninggalkan terus dunia hiburannya. Isterinya membawanya ke sana ke mari di seluruh negara memenuhi jemputan mengadakan ceramah PAS. Dia tidak berapa sihat. Selalu masuk hospital. Tetapi bila keluar hospital selalu menghadhirkan diri dalam kegiatan PAS. Dunia hiburannya sudah terputus baginya. Dia tidak suka lagi diingatkan dengan zaman dunia hiburannya. Bintang-bintang terkenal seperti Tompel, Ibrahim Din dan P.Ramlee yang baik dengannya, kalau boleh nama-nama itu tidak boleh disebut di depannya. Dia tidak suka dikaitkan dengan masa lampaunya. Di hari tuanya dia tinggal di Dengkil. Dia hari-hari tuanya dengan mengingati kebesaran Allah. Semangat PASnya masih tinggi. Jika Bob Lokman mahu tahu akan manisnya menyertai politik PAS mengikut pengalaman dan pandangan seorang bekas seorang artis, pergilah berkunjung ke rumah Pak Jamal Kerdil di Dengkil. Tanya dia tentang manis dan indahnya PAS. |
Rabu, 9 Disember 2009
Muhyidin main lagu lama tentang PAS
Subky Latif
TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin menempelak PAS dan Mursyidul Amnya Tok Guru Nik Abdul Aziz memperalatkan agama Islam untuk politik sebagai reaksinya kepada doa khutbah hari raya haji Tuan Guru itu.
Doa MB Kelantan itu memohon Allah membukakan pintu hati Perdana Menteri supaya memulangkan royalti gas dan minyak yang menjadi hak Kelantan kepada Kelantan. Kiranya Perdana Menteri enggan, maka beliau mohon pula supaya diturun balasan buruk setimpal dengan sikapnya itu.
Maka reaksi Timbalan Perdana Menteri, dikecamnya MB itu dan parti kononnya memperalatkan agama Islam dalam berpolitik.
Apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Muhyiddin itu bukan benda baru bagi pemimpin Umno. Sejak sebelum merdeka lagi, apabila Umno berhadapan dengan PAS, maka Tunku Abdul Rahman Putra pun berkata PAS memperalatkan agama dalam berpolitik.
Tun Razak kata begitu, Dr. Ismail kata begitu dan begitulah sekalian pemimpin Umno pada masa itu. Apabila datang pula pemimpin baru Umno, begitu jugalah tohmah mereka pada parti Islam itu.
Sesudah 52 tahun merdeka, jadilah Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno. Maka dia juga memainkan lagu lama pimpinan Umno dulu kala.
Sebelum TV datang ke Malaysia, semua panggung wayang setiap pagi Ahad menayang filem lama dengan bayaran murah. Filem-filem lama yang TV tayang semula sekarang dipanggil filem klasik. Maka kenyataan TPM itu adalah ulang siar lagu lama, ulang tayang filem mudah dan filem klasik.
Berbuih mulut pemimpin-pemimpin dari semasa ke semasa, tiada banyak yang menakutkan orang tentang PAS dan perjuangan Islamnya.
Dapatlah dibodohkan orang ramai pada satu masa, tetapi tidaklah dapat dibodohkan mereka pada semua masa.
Bukan bertambah layu PAS dengan ‘wirid’ pimpinan itu bahkan ia bertambah menarik perhatian.
Apabila pimpinan Umno berkenaan berdepan dengan masalah dengan Umno, maka datang mereka menumpang tepias politik PAS yang mereka kata memperalat agama untuk tujuan politik.
Tiadalah orang Umno yang lebih layak dijadikan lagenda Umno selain dari Tunku Abdul Rahman. Tiada yang betul PAS padanya. Tetapi apabila Umno diharamkan, Tunku naik ke pentas PAS di Dun Pantai Merdeka, Kedah memberi nasihat kepada pengundi supaya menyokong calon PAS, Datuk Muslim Othman, sedang Tunku sebelumnya menempelak PAS memperalat agama dalam berpolitik.
Almarhum berasional masa itu, PAS percaya kepada perjuangan berasaskan Islam, maka biarlah dan beri kebebasan padanya memperjuangkan kepercayaannya.
Sebelum itu ketika Tun Razak mengepalai kerajaan Mageran berikut peristiwa 13 Mei, 1969, dijemputnya PAS menyertai politiknya dan kerajaan yang dipimpinnya. Ditukarnya Perikatan kepada Barisan Nasional bagi memungkinkan PAS menyertainya sedang dia tahu PAS berpolitik atas asas Islam.
Dulu Tun Razak kata, PAS peralat agama untuk berpolitik. Kemudian dia bertenggek atas politik Islam PAS yang pernah dikatanya memperalatkan agama.
Semua itu adalah kisah orang Umno yang sudah mati. Orang Umno yang masih hidup seperti Dr. Rais Yatim. Dia mengikut Tengku Razaleigh Hamzah bermuafakat dengan PAS untuk menumbangkan Umno dan kalau berjaya akan membentuk kerajaan bersama PAS.
Dia tahu PAS memperjuangkan Islam. Dia tumpang semangkuk menyangka PAS berpolitik dengan peralat agama. Tetapi boleh pula menumpang politik PAS yang dituduhnya peralat agama.
Tun Ghafar Baba ketika tersingkir dari Umno pimpinan Mahathir cuba mendekati PAS. Tetapi dia mengkaji pengalaman Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Dia takut mengulangi pengalaman Rais itu lalu dia membatalkannya. Dia membatalkan bukan kerana politik PAS dan Islam tetapi dia takut mengulangi pengalaman Rais dan Ku Li.
Dr. Mahathir pula guna Anwar Ibrahim untuk perkenalkan politik penerapan nilai-nilai Islam. Nilai Islam apa yang dia terap? Malaysia bertambah Islam di bawahnya atau bertambah jauh dari Islam? Tidak terfikirkan politik penerapan nilai-nilai Islam itu sebenarnya politik peralat agama?
Semasa PM Hussein Onn ditanya wartawan asing, kenapa kerajaannya banyak membina masjid? Jawabnya, kalau dia tidak bina masjid, rakyat akan menyokong PAS. Tidakkah dia berpoliltik dengan memperalatkan masjid?
Datang pula PM Abdullah Badawi. Ke Thailand, ke Mekah, ke mana-mana saja dia menjajah Islam Hadhari. Islam Hadhari itulah projek politiknya. Muhyidin ikut menjaja Islam Hadhari. Apakah ia bukan suatu politik kering peralat Islam?
Politik PAS dan politik Tok Guru Nik Aziz tidak berubah. Yang berubah strateginya. Dalam strategi yang berubah itu mahu pula DAP bermuafakat dengannya. Macam-macam Umno burukkan PAS hingga orang bukan Melayu takut pada PAS. Tetapi sekarang mereka tidak takut lagi.
Bilakah Lee Kuan Yew bersangka baik tentang PAS? Tidak pernah. Takut Lee pada PAS mungkin melebihi takut Umno pada PAS.
Ketika Muhyidin menjaja lagu lama dan filem murah tentang PAS, Lee Kuan Yew pergi ke Kota Bharu menziarahi Tok Guru Nik Aziz. Dia membuka pintu hotelnya untuk didatangi oleh Ustaz Abdul Hadi Awang lepas bertemu Tok Guru Nik Aziz.
Muhyidin jajalah lagi lama Umno tentang PAS barang seribu tahun lagi, tiada dipeduli orang dan PAS mara juga dan mara juga._harakahdaily.net

Langgan:
Catatan (Atom)