KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS. Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu. Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS. PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan. Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam. "Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi. "Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya. PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu. Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu. Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger. Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa - Bai'ah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa - Bai'ah. Papar semua catatan
Selasa, 10 November 2009
Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz
Bai’ah sengaja digembar-gembur pihak anti-Islam
JELI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu bai’ah wakil rakyat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti sengaja digembar-gemburkan pihak anti-Islam.
Menurutnya, golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut adalah 'mereka yang tiada kerja'.
“Pas sekarang dalam keadaan tenang dan mereka ini sengaja melakukan perkara-perkara pelik disebabkan tiada kerja yang hendak dilakukan.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti dan keluar daripada parti. Mereka ini sengaja mengada-adakan cerita dan mereka ini merupakan golongan anti-Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan secara integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli (MDJ) dan Kelkon Sdn Bhd.
Projek bernilai RM45 juta itu akan dimulakan pada Februari 2010 dan dijangka siap sepenuhnya tahun 2016.
Majlis yang belangsung di Dewan Balora MDJ itu turut dihadiri Yang Dipertua MDJ, Serpudin Mohamed dan Pengerusi Kelkon, Hanifa Ahmad.
Dalam pada itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tiada halangan untuk membenarkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berceramah di Kelantan.
“Kelantan negeri terbuka, sesiapa sahaja pun boleh berceramah di negeri ini selagi tidak bermasalah.
“Kita tidak akan ambil tindakan selagi tidak bermasalah, jika bermasalah kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya. _sinarharian
Langgan:
Ulasan (Atom)