Sahabat Purnama

Memaparkan catatan dengan label PAS Bersama blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Bersama blogger. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Disember 2009

PAS dan blogger


Tok Pepijat   
Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan.

PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR.

Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain.

Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti.

Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan.

Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.

Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak. Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan.

Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak.

Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan.

Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS.

Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan.
Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna.

Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam.

Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti.

Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ".

Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda._harakahdaily.net

Khamis, 29 Oktober 2009

Kerja-kerja menangguk di air keruh

Roslan SMS Corner

Saya dihubungi wartawan Sinar Harian semalam berhubung pertemuan antara bloggers dan Dato Dr Hasan Ali di kediaman beliau malam sebelumnya. Pada hari ini kenyataan saya itu terbit dalam akhbar yang sama.

Sebelumnya di alam maya macam-macamlah yang dilemparkan oleh para penulis dan pengkritik dan lain-lain. Ada kalangan rakan blogger yang hadir cuba memberi penjelasan,ada diantara yang tidak hadir terlebih sudu dari kuah memberi huraian seolah malaikat sudah tiada di kiri kanan mereka.

Tak mengapalah.

Pertemuan Dr Hasan dengan blogger itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Selangor. Malah memang dalam perancangan untuk program “engagement” bukan sekadar dengan masyarakat blogger, malah kumpulan NGO, ketua-ketua agama bukan Islam, petani,nelayan, peniaga kecil semua dalam perancangan lajnah.

Bloggers pun kita berhasrat bertemu dengan semua bloggers tanpa mengira fahaman dan agama.

Tiba-tiba dikhabarkan pertemuan itu adalah untuk menegaskan bahawa kononnya PAS akan keluar dari Pakatan. Kononnya pertemuan itu untuk menerangkan darihal “Unity government” dan macam-macam lagi.

Saya dan rakan-rakan yang menganjurkan pertemuan itu. Kami berhajat menyediakan forum untuk PAS Selangor menjelaskan darihal dasar dan perjuangannya, rancangan kini dan masa depan serta memperkukuhkan komitmen PAS Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Begitu juga jika kita berpeluang bertemu dengan kumpulan-kumpulan lain yang dimaksdukan.

Mengapa jemput blogger Umno?

Kalau ada blogger kominis pun saya mungkin terlepas pandang. Saya menjemput individu dan kumpulan atas sifat mereka sebagai seorang blogger bukan berdasarkan fahaman atau kepercayaan politik mereka. Memang saya menjemput kawan saya “Mahaguru 58” dan mohon bantuan beliau mengundang rakan-rakan dari kumpulan beliau “Muslim Bloggers Alliance”

Mengapa dibuat selang beberapa malam sebelum mesyuarat khas PAS Pusat?

Subhanallah, demi Allah tiada niat pun untuk mempengaruhi mesyuarat itu, malah diperingkat manakah pertemuan dengan blogger ini boleh mencorakkan keputusan mesyuarat itu yang dijadualkan malam ini? Yang pastinya fitnah yang berligar dari kalangan mereka yang tidak tahu hujung pangkallah yang cuba mengeruhkan suasana dan mempengaruhi mesyuarat.
Memang kalau dah kacamata hitam yang kita guna, benda yang putih bersih pun kelihatan hitam juga.

Diperingkat ini saya mahu memetik beberapa pidato Almarhum Profesor Zulkifli Muhammad, mudah-mudahan boleh membawa ketenangan kepada jiwa-jiwa kita, kata beliau:

“Sekarang akhlak kita lembik, kebenaran kita ketepikan jika perut kita terancam dan kesucian kita korbankan jika kepentingan kita terlibat maka kita pun seperti sehelai bulu ayam yang halus yang dipermain-mainkan oleh angin nafsu dan keadaan hidup kita. Kita khianat bukan sahaja kepada orang lain tetapi juga kepada diri kita sendiri…….”

(Saya disifatkan oleh seorang tokoh kononnya sebagai ancaman yang kecil sahaja, kepala-kepala pengancam yang lebih besar akan dicantas…………..)

Kata Almarhum lagi (48 jam sebelum dipanggil oleh Allah swt)):

“Saya perlu memberitahu kepada saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu turunan ialah KEIKHLASAN. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil,mungkin tidak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat. Tetapi kalau keikhlasan yang ada pada kita maka ada harapan cita-cita kita akan dapat kita laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat, sekiranya kita tidak ikhlas kepada apa yang hendak kita perjuangkan.”

Wallahualam.

http://n32.blogspot.com/