SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu. Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia. Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu. (Gambar: Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat) Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini. Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni. Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini. Antara kandungannya adalah: 1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan. 2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang. 3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat 4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri. 5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat. 6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan. 7) Bangunkan agenda keselamatan sosial 8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera. Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya. Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Memaparkan catatan dengan label Politik - Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Disember 2009
Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok
Jumaat, 20 November 2009
Jangan berdiam diri jika mahu perubahan, kata Anwar
| KUALA LUMPUR, 20 Nov: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak yang mahukan perubahan agar jangan berdiam diri dan sekadar menjadi penonton sahaja. "Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat. "Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing," kata Anwar dalam blognya. Menurutnya, pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. "Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat perubahan," katanya. Bagi beliau, perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada Umno-Barisan Basional. "Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia," katanya. Menurut beliau, tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain. "Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu," katanya lagi. _harakahdaily.net
|
Isnin, 16 November 2009
19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang
Oleh Md Zuharman
KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.
Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.
Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.
Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.
“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.
Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.
“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.
_harakahdaily.net

Ahad, 15 November 2009
Sokong cadangan Zaid, lihat Nik Aziz ikon penyatuan kaum
Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 15 Nov: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, menyambut baik cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi pertama bagi Pakatan Rakyat.
Menurut ketua penerangannya, Hajjah Nor Hashimah Deraman, perlantikan Nik Aziz dilihat sangat bertepatan kerana beliau merupakan seorang tokoh penyatuan kaum di negara ini.
Ianya dapat di nilai sepanjang 20 tahun menjadi Menteri besar Kelantan dan mentadbir rakyat negeri itu tanpa tercetus sebarang ketegangan kaum.
Kepribadian beliau juga disenangi bukan sahaja oleh orang Melayu Islam, malah pelbagai kaum lagi di negeri ini termasuk Cina , India dan Siam.
“Saya amat menyokong penuh saranan tersebut dan berharap Tuan Guru dapat menerimanya dan menjadi seorang pemimpin yang berjaya dalam penyatuan kaum di negara ini” katanya.
“Keperibadian dan ketokohan beliau sudah terbukti dan tiada salahnya mengambil beliau sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Pertama,” katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian Abdul Rahman Yunus berkata, walaupun terdapat ramai tokoh dalam Pakatan Rakyat yang mampu menjadi pemimpin namun pada masa kini Nik Aziz dilihat amat menonjol sering kali dijadikan ikon penyatuan pelbagai kaum di negara ini.
“Kami, PAS Kawasan Kubang Kerian menyokong penuh saranan Zaid Ibrahim dan diharap ia akan menjadi kenyataan sebagai pemimpin pertama Pakatan Rakyat bila ia diluluskan nanti,” kata beliau.
“Saya juga berharap pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat tidak menjadikan saranan Zaid tersebut sebagai mainan politik semata-mata dan di sinilah ujian pertama terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri”ujar beliau lagi.
Bagi Pegawai Khas Wakil Masyarakat India Kelantan, Tharuman a/l Arjunan pula berkata pada masa kini hanya Mursyidul Am PAS itu sahaja yang boleh menjadi Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat diterima semua kaum.
“Kami amat gembira sekiranya beliau dipilih oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana ketokohan beliau boleh disamakan dengan Mahatma Ghandi”ujar beliau.
Penyertaan masyarakat India di dalam Kelab Penyokong PAS adalah juga berkaitan dengan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan yang begitu perihatin terhadap pelbagai masyarakat,” katanya._harakahdaily.net

Sabtu, 14 November 2009
Mustafa sambut baik cadangan Nik Aziz jadi ketua Pakatan Rakyat
Zulkifli Sulong
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.
"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.
Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.
"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.
"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.
Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.
"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu.
"Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.
Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat.
Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.
Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya.
Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat.
Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.
"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.
Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.
"Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.
"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.
"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.
Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan.
"Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.
"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi.
harakahdaily.net

Langgan:
Ulasan (Atom)