| M Yarisman |
KOTA BHARU. 16 Dis: Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat. Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar. Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi. Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan. Selain itu, konsep 1Malaysia dan Salam 1Malaysia yang dicipta perdana menteri juga dipertikaikan banyak pihak. Difahamkan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri Umno. Keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu. Selain itu ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam. Ulama terkenal, Datuk Dr Harun Din menyebut dalam tulisan seperti disiarkan Harakah minggu lalu - Salam 1Malaysia merupakan kerja-kerja sia-sia kerana tidak diberi pahala. Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, Mohamad Mustafa (gambar bawah) juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia. “Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”. “Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’. “Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya. Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam. “Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State - satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’. “Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik. “Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak,” katanya yang juga Adun Demit. Oleh itu katanya, pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya. Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan. “Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Memaparkan catatan dengan label sidang parlimen. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2009
Belum sampai setahun, Najib mulai tergugat
Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan
| Dzulfikar Mashoor |
| KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan. Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat. Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini. "Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi. "Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS. Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut. "Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat. "(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir," Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu. "Saya bukannya lari tugas," katanya lagi. Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat. Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut. 15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut. Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut. Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa. Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini. Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib. _harakahdaily.net |
Rabu, 2 Disember 2009
Taib Azamudden cadang pungutan zakat negeri diselaras
| Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib mencadangkan agar kerajaan membuat satu penyelarasan mengenai pungutan zakat di setiap negeri. Taib berkata, cadangan penyelarasan ini perlu dikaji kerana terdapat negeri-negeri yang mempunyai kutipan (zakat) yang tinggi tetapi asnafnya sedikit. Manakala terdapat negeri yang mempunyai pungutan yang rendah tetapi asnafnya ramai. "Saya mintak supaya dikaji dibuat satu penyelarasan (pungutan zakat) di negeri-negeri ini.Contohnya di Wilayah Persekutuan mempunyai kutipan zakat yang tinggi tapi asnafnya sedikit berbanding contohnya Kdah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan sebagainya kutipannya sikit tapi asnafnya ramai," katanya ketika ditemui di lobi parlimen siang tadi. Beliau berkata, dengan adanya penyelarasan ini, negeri yang mempunyai pungutan zakat yang tinggi boleh mengagihkan pungutan berkenaan kepada negeri yang mempunyai asnaf yang ramai untuk mengelakkan perbezaan jurang yang ketara. "Walaupun zakat merupakan bidang kuasa negeri-negeri, tapi kita mintak supaya ada satu kesefahaman supaya diselaraskan.Contoh di Wilayah Persekutuan zakat banyak maka bolehlah juga diagihkan kepada negeri yang pungutannya sikit tapi asnaf ramai supaya jurang antara negeri tidak begitu ketara," "Contoh pelajar yang akan belajar di Timur Tengah, Selangor mampu beri sehingga 7 ribu tapi negeri lain contohnya kedah hanya mampu beri 3 ribu atau 4 ribu Kalau diselaraskan bolehlah semua asnaf mendapat zakat yang sama rata," jelasnya. Taib membangkitkan perkara itu dalam soalan tambahannya sewaktu sesi soal jawab lisan di dewan rakyat semalam. Beliau semalam turut meminta Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan sejauhmana penguatkuasaan zakat terhadap pengeluar zakat terutama sekali usahawan-usahawan korporat dan syarikat-syariat besar. "Kita turut ucapkan tahniah kepada syarikat besar misalnya Tabung Haji yang telah keluarkan zakat dan agihkan kepada semua negeri.Kita harap banyak lagi syaraikat yang buat demikian," katanya. Sebelum itu wakil Dungun, Matulidi Jusoh dari BN meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana zakat telah dapat menjana ekonomi golongan fakir dan miskin serta mengeluarkan mereka dari belengggu kemiskinan. Beliau daam pada itu, meminta kerajaan mempertimbang untuk memanggil Petronas menyertai Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyak 'Hub Hidrokarbon' (SULIHH) di Sungai Limau, Yan. Menurutnya Petronas juga dapat memanfaatan penyertaannya ke dalam projek itu dengan menggunakan laluan Yan untuk berulang-alik dari Timur Tengah ke loji penapisan. "Oleh kerana potensinya begitu hebat dan keistimewaan Yan ialah kedalaman laut bersifat semulajadi yang boleh menampung tangki kapal-kapal besar. Petronas boleh menggunakan laluan Yan untuk berulang alik dari Timur Tengah ke loji penafisan.Kenapa Petronas tak mahu menyertai projek ini sedangkan ini ialah untuk malaysia," katanya. Beliau dalam soal jawab lisan semalam meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah bentuk kerjasama dan usaha yang diberika oleh Kerajaan Pusat terhadap Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyakv'Hub Hidrokarbon' (SULIHH) di Sungai Limau Yan, Kedah untuk menarik pelabur luar sebanyak mungkin._harakahdaily.net |
Rabu, 18 November 2009
Salahuddin dan Nazri Aziz sedia debat isu royalti minyak
| Wan Nordin Wan Yaacob & Hazayani Zakaria | |
| KUALA LUMPUR : Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz berdebat mengenai isu Royalti Minyak Kelantan yang ditukar menjadi wang ehsan oleh kerajaan Barisan Nasional. ketika mencelah dalam ucapan penggulungan Nazri di Dewan Rakyat petang tadi, mengulangi cabarannya terhadap Nazri kerana berpendapat Nazri banyak menyelewengkan fakta berhubung royalti minyak termasuk dalam isu perjanjian yang pernah dimeterai Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika lalu. "Saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak kita berdebat di luar dewan, di Kota Bharu, atau di Kuala Lumpuruntuk kita beritahu rakyat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pembohongan ini," katanya. Membalas cabaran itu, Nazri berkata beliau bersedia untuk berdebatberhubung isu ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk di markas PAS Taman Melewar. "Saya tidak ada halangan sebenarnya malah kalau nak buat perbahasan di Markas PAS di Greenwood pun saya akan pergiTidak ada masalah,"katanya. Sidang dewan menjadi kecoh apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan percanggahan fakta yang dinyatakan oleh Nazri. Turut membahaskan isu tersebut ialah, Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) dan Dzulkifly Amad (PAS Kuala Selangor). Dr Dzulkefly dengan tegas menyifatkan Nazri menyelewengkan beberapa interpretasi perlembagaan mengikut pendapatnya sahaja, malah menafikan apa yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin Petronas dan negara sebelum ini. "Mengapa kita membelakangkan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abbas yang sebelum ini memahami asas kepada perjanjian ini.Semangat undang-undang mesti adil, hari ini dalam kes royalti mengapa Sabah Sarawak diberikan hak, tetapi Kelantan dan Terengganu di mana keadilannya," katanya. Nazri sebaliknya cuba mengalihkan perhatian wakil rakyat yang lain dengan menyentuh isu-isu dalaman PAS dan tidak menjawab isu sebenar yang dipersoalkan wakil Shah Alam, Ir Khalid Samad berhubung kedudukan Kelantan sebagai negeri yang sepatutnya berhak dalam royalti minyak. _harakahdaily.net |
Ahad, 15 November 2009
1Malaysia, Kelantan terus dianak tiri
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.
Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.
“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”
“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.
Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.
Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.
Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.
“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.
“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.
Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.
Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.
“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.
Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.
Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.
Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar.-harakahdaily.net

Khamis, 12 November 2009
Nizar cadang Akta Keselamatan dan Kesihatan untuk pengangkutan awam
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) mengesyorkan agar Institut Keselamatan dan Kesihatan (NIOSH) turut mengadakan latihan dan kursus kepada pengusaha pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.Nizar ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan juga mahu Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 diaplikasi melalui NIOSH.
Ini kerana ujarnya, meskipun akta itu telah dinyatakan sejak sekian lama, namun ianya dilihat tidak dilaksanakan secara menyeluruh dalam beberapa aspek khususnya melibatkan keselamatan pengangkutan awam.
Menurutnya, sejak tahun 2000 hingga 2005, kadar kemalangan di lebuhraya meningkat hampir 30 peratus, melibatkan kenderaan komersial. Kemalangan melibatkan pengangkutan awam seperti bas pula meningkat hampir 131 peratus dari dalam tempoh lima tahun tersebut.
"Apakah cadangan daripada timbalan perdana menteri untuk melaksanakan akta tersebut kepada kesihatan dan keselamatan jalan raya kepada pengusaha-pengusaha kenderaan komersial dan kenderaan bas supaya kadar kemalangan itu dapat dikurangkan.Kita lihat setiap kali musim perayaan kadar kemalangan itu meningkat.Kempen demi kempen telah kita adakan.
"Saya nak mengesyorkan dan saya nak dapatkan kepastian daripada kementerian boleh atau tidak akta itu diaplikasikan melalui NIOSH suapaya NIOSH melaksanakan jugak latihan kepada pengusaha kenderaan awam yang dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri menjawab bahawa bidang kuasa itu merentasi sempadan Kementerian Sumber Manusia kerana ia juga melibatkan kementerian-kementerian lain.
Terdahulu, Nizar meminta Kementerian berkenaan menjelaskan mengenai kontraktor-kontaraktor perkhidmatan bangunan kerajaan diwajibkan menghantar semua pekeja mereka menghadoiri kursus kemahiran di NIOSH untuk melayakkan mereka terlibat dengan sebaran tender.
Beliau berkata, terdapat banyak rungutan daripada pelbagai pihak khususnya kontraktor bumiputera yang dipaksa mengeluarkan sijil-sijil tertentu khususnya sijil penyertaan dan sijil kehadiran dari NIOSH sebelum mereka ditawarkan kerja-kerja pengurusan atau perkhidmatan di jabatan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
"Jadi kalaulah ada jaminan daripada timbalan menteri tadi menyatakan NIOSH tidak menyatakan satu kemestian kepada majikan untuk menghantar pekerja-pekerja mereka untuk menghadiri kursus, saya anggap ianya baik kerana jika ia dijadikan satu syarat, maka ia akan menyusahkan kontraktor-kontraktor dalam pengurusan bangunan dan juga perkhidmatan-perlkhidmatan yang lain," katanya.
HarakahDaily.Net/-
Rabu, 4 November 2009
Najib seleweng fakta hak royalti minyak Kelantan
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.
Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.
Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.
"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.
Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.
"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Image Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.
Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.
Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS � Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.
"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.
"Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"
"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.
"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.
Khalid Samad (PAS � Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"
"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.
Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS �Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.
Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.
"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"
"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya.
_harakahdaily.et

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Aizamuddin pagi tadi meminta kerajaan lebih prihatin soal industri pemakanan halal di Malaysia.
Ianya termasuk mengubal Akta Halal untuk memastikan segala barang keperluan umat Islam dijamin halal.
"24 juta (ringgit) bajet untuk industri halal, bukan tidak menyokong hasrat kerajaan...tetapi bajet itu perlu ditingkatkan dengan mewujudkan Akta Halal untuk keperluan umat Islam," tegasnya.
Ujarnya, kerajaan tidak perlu memjelaskan bahawa draf undang-undang berkaitan sedang dirangka apabila isu Akta Halal dibangkitkan dalam Parlimen.
Sebaliknya, Parlimen perlu diberitahu tarikh akhir kerajaan bersedia untuk membentangkan draf Akta Halal tersebut.
"Beberapa kali telah saya dengar, kita semua dengar (bahawa) kerajaan (Persekutuan) sedang merangka akta halal tersebut, tapi tidak selesai-selesai. Cuba beri suatu tarikh akhir, bila draf akta itu boleh dibentangkan," soalnya.
Tambahnya lagi, dengan tidak adanya Akta Halal dan penguatkuasaan undang-undang yang jelas, mengakibatkan pihak tertentu terus mengekploitasi logo halal, seperti beberapa pendedahan sebelum ini.
"Selagi tidak ada logo halal, tidak ada Akta Halal digubal, ia akan diekploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.
"Banyak contoh...baru-baru ini kes benda yang tak halal dijumpai dalam botol kicap.
"Pihak Bengkel Halal USM mendedahkan lebih 30 peratus produk ubatan di Malaysia menggunakan kapsul tidak halal, dari babi...inilah yang perlu diperhatikan," jelasnya.
Beliau mengajak seluruh ahli parlimen menghayati firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan yang tidak jelas antara kedua-duanya itu adalah syubahat."
Jelasnya lagi, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh dipersalahkan dalam isu tersebut, kerana mereka tidak dibekalkan kuasa untuk membanteras aktiviti penyelewengan barang haram.
"Setakat pegawai Jakim pergi berdakwah nak siasat logo palsu halal, nak siasat barang-barang haram yang dijual untuk orang Islam, pakai kena usir begitu saja...sebab tak ada akta ini," jelasnya.
Beliau mencadangkan kerajaan membina Makmal Halal di peringkat nasional dan melantik penguatkuasa rasmi di bawah kerajaan untuk membanteras penyelewengan bahan halal.
Sesi membahaskan Bajet 2010 diteruskan._ harakahdaily.net

Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.
Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.
Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.
Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.
Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib
"Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib.
"Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.
Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.
Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.
"Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.
"Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan."
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut.
"Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jawatankuasa Penduduk Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi.
Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.
"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.
Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.
Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.
Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.
Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.
Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.
Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.
Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.
Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini. _ harakahdaily.net

Selasa, 3 November 2009
Mahfuz pertikai KSN siasat laporan audit negara
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempertikai keputusan kabinet melantik ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengetuai jawatankuasa khas untuk menyiasat semula laporan ketua audit negara 2008.
Membahaskan Bajet 2010 malam semalam, Mahfuz menegaskan bahawa perlantikan KSN adalah tidak wajar kerana beliau merupakan penjawat tertinggi dalam sektor awam sendiri.
"Melantik ketua setiausaha (negara) mengetuai suatu pasukan khas tidak menyelesaikan masalah sebab dia (KSN) tidak ada hak sebenarnya."
"Dia (KSN) adalah Ketua Sektor Awam yang diaudit oleh (Juru) Audit Negara...Ianya semacam selepas polis dah siasat orang yang didakwa berpesalah, selepas itu, orang itu ajak polis mari kita mesyuarat dan putus siapa patut kita dakwa,"
Beliau yang juga naib presiden PAS mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah kuasa Parlimen dibentuk demi mengenal pasti penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perbelanjaan kerajaan sebagaimana yang terdapat dalam laporan audit itu.
"Oleh kerajan belanjawan ini diluluskan oleh Parlimen, maka auditnya juga mesti diletakkan di bawah Parlimen. Maka, perlu suatu jawatankuasa khas perlu dibentuk sama ada yang baru atau PAC untuk menyemak belanjawan ini."
Beliau juga menegur kerajaan kerana merancang bajet yang didakwa mengelirukan dan mempermainkan emosi rakyat.
"Saya nak tunjuk mana bajet yang permain emosi rakyat, umpamanya keretapi 50 peratus (atau) separuh harga untuk pelajar sekolah sedangkan siapa nak pergi sekolah jauh-jauh naik keretaapi. Kalau ada pun, dari Kuala Krai ke Gua Musang," jelasnya lagi.
"Ia (bajet) digambarkan media seperti sesuatu yang besar untuk rakyat padahal rakyat keseluruhannya tidak dapat apa-apa manfaat."
Mahfuz juga mempertikaikan perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan yang didakwa tidak menepati keperluan sebenar.
"Sedangkan keperluan yang sebenar adalah membantu para pesakit kritikal yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. Kekurangan mesin hemodialisis untuk bersih darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang, kalau boleh percuma kerana kos perubatan para pesakit kronik ini cukup tinggi dan membebankan," tegasnya.
Sebelum pada itu, KSN mengaku perlantikannya itu dibuat oleh kabinet untuk menyiasat semula beberapa laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang 19 Oktober lalu di Parlimen.
Laporan itu termasuk kemungkinan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Rawang - Ipoh.
Ambrin juga berjaya mengesan beberapa transaksi yang meragukan, seperti Mara membeli dua komputer riba bernilai RM80 ribu, sedangkan harga pasaran sekitar RM4,500 sahaja.
Selain itu, Mara juga membeli komputer meja berharga RM7,600 seunit sedangkan harga pasaran komputer meja yang berkapasiti tinggi sekitar RM2,000 sahaja.
Ambrin juga mendedahkan Kementerian Pelajaran telah berbelanja RM60 ribu untuk pembekalan, menanam dan menyelenggara suatu taman di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh, Kelantan, yang didakwa meragukan.
Tambah Ambrin lagi, kementerian terbabit juga didakwa menyeleweng dalam pembelian 13 pokok kemboja dan 12 pokok pinang merang, yang masing-masing bernilai RM4,500 dan RM9,000.
Tahun 2006 lalu, laporan audit negara menggemparkan Parlimen apabila Institut Kemahian Beliau Negera (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah membeli sebutir skru bernilai RM224.94, sedangkan harga pasaran skru tersebut sekitar RM40 sahaja. Sekiranya pendedahan-pendedahan tersebut tidak ditangani segera, ianya sekali gus menjadikan rakyat semakin tidak percaya dengan ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menangani rasuah dan penyelewengan kuasa._
harakahdaily.net

Isnin, 2 November 2009
Rakyat tidak yakin integriti tiga institusi utama
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mempersoal integriti tiga institusi utama dalam kerajaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sistem kehakiman yang seringkali dipersoal rakyat.
Beliau berkata, keyakinan rakyat terhadap badan-badan penguatkuasaan negara hari ini amat berbeza dengan era 60-an dan 70-an yang mana pada era tersebut, tidak ada langsung isu pendakwaan terpilih dibangkitkan.
Namun ujarnya, bermula era 80-an sehingga kini rakyat mula mempunyai persepsi tidak baik terhadap tiga institusi berkenaan yang dilihat sering melakukan pendakwaan dan siasatan terpilih.
"Apakah sebabnya hari ini masih timbul masalah persepsi di kalangan masyarakat umum?" soanya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau juga berkata, isu integriti institusi-institusi penting itu bukan sahaja dipertikai pihak pembangkang seperti didakwa Barisan Nasional malah isu berkenaan turut diperkatakan oleh salah sebuah parti komponen dalam BN sendiri.
Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sewaktu berucap di persidangan perwakilan nasional Gerakan ke-38 di ibu negara semalam menegaskan bahawa pemulihan segera keyakinan rakyat terhadap tiga institusi berkenaan amat perlu dilakukan.
ImageTegas Salahuddin, gesaan presiden Gerakan itu membuktikan tiga institusi yang dimaksudkan sememangnya mempunyai masalah yang perlu diatasi segera.
"Isu ini bukan sahaja dibawa oleh pihak kami (Pakatan Rakyat) seperti yang dituduh pihak tertentu. Tapi parti komponen dalam BN sendiri mahukan tiga institusi ini dipulihkan," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan kepada perdana menteri dalam sesi soal jawab lisan di dewan rakyat pagi tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika menjawab soalan berkenaan bagaimanapun menafikan wujudnya pendakwaan terpilih seperti yang didakwa.
Beliau sebaliknya berkata, Salahuddin tidak mempunyai hujah yang kukuh apabila membandingkan zaman sekarang dengan zaman 60-an.
Menurutnya juga, persepsi masyarakat banyak dipengaruhi oleh perbincangan seharian termasuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Integriti SPRM sebelum ini telah tercemar selepas kes kematian pembantu kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan SPRM di Shah Alam.
Datuk Seri Abdul Ghapur Saleh (BN-Kalabakan) pula bangun mencelah dengan mempersoal tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin kerana didakwa menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah.
Nazri menjawab beliau tidak tahu mengenai kes itu dan beranggapan ianya di bawah kuasa kerajaan negeri._ harakahdaily.net

Selasa, 27 Oktober 2009
Hadi persoal isu pendidikan Islam, Bahasa Arab
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoal usaha kerajaan dalam meningkankan kebolehupayaan pelajar menguasai bahasa Arab peringkat menengah.
Ianya ekoran Universiti Azhar manarik semula pengiktirafannya terhadap Malaysia, kerana pelajar di negara ini didakwa gagal menguasai bahasa itu dengan baik.
Menjawab soalan lisan di Parlimen pagi tadi, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Mohamad Fuad Zarkasyi menjelaskan masalah tersebut dibawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Pun begitu, Menteri Pelajaran tersebut menjelaskan sebanyak RM1.2 juta diperuntukan untuk guru bahasa arab dan penyediaan bahan bantu mengajar (BBM).
Ujarnya lagi, pengenalan bahasa Arab di peringkat sekolah bermula pada tahun 1977, dan berkembang sehingga kini melalui program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF).
Tambahnya lagi, seramai 1,287,250 murid telah didedahkan tentang pengajaran bahasa Arab di 4467 buah sekolah.
Kerajaan juga telah menubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak 1997, sehingga kini diperkenalkan pula Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah-sekolah kelas harian.
Mencelah kemudiannya, Hadi yang juga Presiden Pas meminta Fuad menjelaskan pula usaha kerajaan menangani Islamphobia melalui pendekatan pendidikan Islam.
Menjawab soalan tambahan itu, Fuad menjelaskan isu Islamphobia adalah cabaran bersama, tanpa mengira warna kepartian Umno atau Pas.
Sebelum menamatkan jawapan lisannya, Fuad sempat mencuit Hadi mengatakan beliau menyokong idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan Hadi demi kepentingan politik Umno dan Pas sendiri._ harakahdaily.net

Langgan:
Catatan (Atom)