| Azamin Amin |
| Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009. Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak. Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota. Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing. Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini. Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ. Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas. Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu. Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya. Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan. Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS. “Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah. “Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat. Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969. Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau. Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang. Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa. Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang. Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu. “Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum. Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta. Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya. Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan. “Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi. Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu. Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan. Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat. “Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi. Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam. “Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain. “Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa. “malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam. “Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini. Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah. Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula. Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup. “Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik. “Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang. _harakahdaily |
Sahabat Purnama
Isnin, 14 Jun 2010
Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan
MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PAS KEMBALI KERAHMATULLAH
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah
| Harakahdaily |
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi. Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar. Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri. “Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini. Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini. “Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya. Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. “Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2. |
Ahad, 6 Jun 2010
Menunggu Saat Kehancuran dan Harapan Baru
norhalim mh
Umno hari ini umpama sebuah kumpulan yang kecil dan terpinggir, jika dilihat dari penglibatan pemuda harapannya yang berketuakan menantu pak lah itu dalam perhimpunan haram yang kononnya membantah israel sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga membenci zahudi zionis macam kumpulan satu lagi yang mewakili kumpulan terbanyak, kumpulan-kumpulan ini bukan sahaja didukungi mereka yang dikatakan golongan elit tetapi golongan yang pendek akal dan pekertinya (bukan menghina tetapi itulah yang selayaknya gelaran untuk puak-puak ini) maaf jika agak keras tulisan ana pada kali ini.
Sebenarnya sudah tiada peluang lagi yang patut diberikan kepada gerombolan ini terus mentadbir negara, perangai mereka, gerak geri mereka, ucapan mereka, amalan mereka, keikhlasan mereka, gerak kerja mereka ini semacam banyak persamaan dengan penasihat mereka apco laknatullah.
Kita sekalian rakyat harus bersyukur kerana mungkin ini hikmah ALLAH yang telah membuka hijab sebenarnya untuk kita melihat kejahatan mereka satu persatu. Perlakuan-perlakuan keji mereka inilah yang akhirnya dilihat rakyat sangat jijik dan amat jelek. segala keburukan yang terdedah ini adalah benih-benih kehancuran umno yang akan dapat dituai dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang InsyaALLAH.
Dengan izin ALLAH kita berdoa semuga hasil yang mereka tuai adalah seperti tanaman yang rosak dan amat memualkan lagi pahit untuk dimakan, sudahnya, tanaman ini akan dimusnahkan oleh mereka yang memakannya itu.
Rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, golongan dan fahaman akan menolak gerombolan-gerombolan ini secara nyata dengan kuasa undi yang ada pada mereka. UMNO BN tunggulah saat kehancuran gerombolan kamu nanti, selagi kamu masih bernafas ini lakukanlah apa yang kamu mahu, rakyat sudah tidak percaya kepada kamu lagi.
Ana percaya, jika gerombolan ini sudah tiada kuasa kelak, penyokong-penyokong mereka sendiri akan berpaling tadah dan menghina tuan-tuan mereka sendiri.
Sambil itu bagi kita ini teruskanlah usaha ke arah itu, jangan lagi menoleh kebelakang mendengar hasutan mereka, terus mara menuju matlamat yang suci membebaskan belenggu jajahan UMNO BN sejak lebih 50 tahun. Insya ALLAH Putrajaya akan kita tawan.
Marilah kita bersama memperkasakan gerak kerja kita ke arah itu. Pakatan Rakyat adalah harapan baru rakyat Malaysia.
Jumaat, 4 Jun 2010
TERKINI: NAJIB AKAN TUKAR LAGI MENTERI DALAM MASA TERDEKAT!
norhalim mh
Difahamkan Najib akan membuat rombakan kabinet sekali lagi kerana dikatakan barisan kabinet barunya mendapat bantahan banyak pihak... Betul atau tidak ini FAKTANYA:
1. PPP KECEWA
2. PEMUDA UMNO x PUAS HATI
3. EZAM PUN MUNGKIN NAK JAWATAN MENTERI SEBAB LANTIKAN SENATOR BELUM MENCUKUPI BERBANDING JASA YANG DICURAHKANNYA
4. YANG PASTINYA PALING KECEWA MEREKA YANG DIGUGURKAN
5. YANG TERBARU...AWANG ADIK SANGGAH KENYATAAN IDRIS JALA, MENTERI2 UMNO YANG MENGELIRUKAN RAKYAT Cerita ada kat bawah nie...
Negara Tidak Akan Bankrap Jika Subsidi Diteruskan - Awang Adek
KOTA BAHARU: Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.
Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.
"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Kewangan, di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini, hari ini.
Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.
Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.
Menurut laporan media, defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia.
Malaysia memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama.
Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$95.3 bilion (RM304.96 bilion), 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.6 bilion).
Sehubungan itu, Awang Adek berkata kerajaan mengambil langkah terbaik bagi meningkatkan ekonomi negara, termasuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
Beliau berkata antara kesan yang dapat dilihat hasil usaha kerajaan itu ialah ekonomi negara berkembang satu peratus pada suku pertama tahun ini berbanding di bawah sifar peratus tahun lepas, yang menunjukkan prestasi ekonomi mula berkembang.
Ketika berucap pada majlis itu, Dr Awang Adek berkata dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), usaha menarik lebih ramai pelabur ke negara ini akan diteruskan.
"Antaranya, pembukaan pusat pelaburan baharu seperti Wilayah Iskandar, Johor dan Sungai Buluh dan Sungai Besi, di Selangor," katanya. -BERNAMA
Beliau berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.
Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.
"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Kewangan, di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini, hari ini.
Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.
Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.
Menurut laporan media, defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia.
Malaysia memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama.
Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$95.3 bilion (RM304.96 bilion), 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.6 bilion).
Sehubungan itu, Awang Adek berkata kerajaan mengambil langkah terbaik bagi meningkatkan ekonomi negara, termasuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
Beliau berkata antara kesan yang dapat dilihat hasil usaha kerajaan itu ialah ekonomi negara berkembang satu peratus pada suku pertama tahun ini berbanding di bawah sifar peratus tahun lepas, yang menunjukkan prestasi ekonomi mula berkembang.
Ketika berucap pada majlis itu, Dr Awang Adek berkata dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), usaha menarik lebih ramai pelabur ke negara ini akan diteruskan.
"Antaranya, pembukaan pusat pelaburan baharu seperti Wilayah Iskandar, Johor dan Sungai Buluh dan Sungai Besi, di Selangor," katanya. -BERNAMA
Khamis, 3 Jun 2010
SIAPAKAH ZULQARNAIN?
Belajarlah daripada Zulqarnain
| Zolkharnain Abidin |
Selesai membaca tafsir surah al-Kahfi buah tangan Ibnu Kathir, saya teringat untuk membuat kiriman ini. Walau pun bukan kerana kesamaan nama, saya tetap berterima kasih kepada al-marhum ayah yang meletakkan nama itu untuk saya. Siapalah saya untuk disamakan dengan seorang raja adil lagi perkasa yang diabadikan namanya di dalam al-Quran itu. Zulqarnain di dalam al-Quran mengikut para ulama bukan Iskandar al-Maqduni atau Alexander The Great yang pernah kita baca dalam buku sejarah itu. Alexander itu adalah penakluk yang tidak beriman. Mereka berdua mungkin sama dari sudut kepintaran menakluk, tetapi iman memisahkan mereka. Saya tidak berhasrat untuk berbicara panjang mengenai latarbelakang personal Zulqarnain, tanya sahaja ‘Mr Google’, dia mampu menjawab dengan agak baik. Menurut al-Quran Zulqarnain sampai ke penghujung timur dan barat bumi. Beliau menemui pelbagai watak manusia. Dia melakukan kebaikan kepada mereka dan mengajak mereka beriman kepada Allah. Kemuncak pengambaraan Zulqarnain ialah apabila dia sampai ke daerah yang terletak di antara dua bukit. Daerah itu sering diserang oleh Ya’juj dan Ma’juj, daripada keturunan Adam yang mengganas tanpa batasan. Siapakah Ya’juj dan Ma’juj? Tanyalah ‘Mr Google’, dia akan mencadangkan ensiklopedia bebas Wikipedia untuk ditelaah. Rasanya itu memadai. Kaum yang tinggal di daerah itu bersedia mengupah Zulqarnain untuk membina tembok pemisah antara mereka dan Ya’juj dan Ma’juj. Zulqarnain menolak upah itu dan bersedia bekerjasama dengan mereka untuk melakukannya. Bagaimama Zulqarnain bekerja? Ini yang penting dan sepatutnya diteladani. 1. Zulqarnain berkepakaran tinggi – Dia bukan pemimpin biasa tetapi seorang yang berilmu. Dia menguasai ilmu dakwah, ilmu perang, ilmu seni kepimpinan termasuk ilmu binaan. Dia membina tembok pemisah dengan sangat teguh sehingga tidak mampu dipanjat dan ditebuk. Semua kepakarannya dimanfaatkan di tempat yang sebenar. Dia berlemah-lembut dengan sasaran dakwahnya, bertegas dengan penentangnya dan bekerjasama dengan mereka yang sedia bekerjasama. Dengan lembut ada tegas, dalam tegas ada bijaksana. 2. Bijak memanfaatkan kebolehan orang lain – Biar pun Zulqarnain berupaya membina tembok itu dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, namun dia tidak berhidung tinggi. Dia menghargai kebolehan penduduk setempat dengan memohon kerjasama mereka dalam bidang yang mereka berkebolehan. Beliau meminta mereka mendapatkan kepingan besi, menimbunnya setinggi bukit, meniup kepingan besi sehingga panas membara, mendapatkan tembaga cair dan menuangkan tembaga itu di atas timbunan besi berkenaan. Penduduk setempat tidak merasai tembok itu sumbangan Zulqarnain sepenuhnya, tetapi merasai itu hak mereka juga kerana mereka turut menyumbang dalam pembinaannya. 3. Sedar mengenai kedudukan diri sendiri – Selesai pembinaan tembok, Zulqarnain menyifatkan kejayaannya itu sebagai rahmat dari Tuhan. Tembok itu terbina dengan kehendak Tuhan dan bakal ranap dengan kehendak Tuhan juga. Beliau tidak merasa dirinya serba hebat, serba tahu dan serba sempurna. Penyandaran urusan hidup kepada Tuhan pada permulaan dan penghujungnya, membentuk jiwa mereka yang berkuasa agar sedar akan amanah kekuasaan yang dimilikinya. Sebesar mana pun kuasa, setinggi mana pun jawatan, sekuat mana pun pengaruh, sampai masa ranap jua. 4. Sentiasa mendapat pertolongan Allah – Zulqarnain sentiasa dipermudahkan oleh Tuhan dalam semua urusannya. Jalan sentiasa terbuka dan terbentang. Dia boleh sampai kemana-mana dengan bantuan angin. Tuhan memudahkan urusannya sebab itu kehendak Tuhan untuknya. Beliau pula memanfaatkan semua kemudahan itu untuk meninggikan kalimah Tuhan. Dia tidak mengambil kesempatan kemudahan anuherah Tuhan itu untuk kepentingan dirinya. Beliau sedar, sehebat mana pun dirinya, semua itu anugerah Tuhan jua. Paling penting, mengapa Zulqarnain dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Beliau bukan nabi dan rasul. Namun, kisah beliau disebut dengan panjang lebar oleh Tuhan di dalam kitabnya. Kisahnya bakal dibaca oleh manusia sampai kiamat. Di sana ada ribuan nabi, namun nama mereka tidak tersebut pun di dalam al-Quran. Di sana ada puluhan rasul, nama mereka tersebut tetapi tidak diceritakan dengan panjang seperti Tuhan memperihalkan Zulqarnain? Adakah beliau lebih mulia daripada nabi dan rasul? Tidak, para nabi dan rasul lebih mulia daripadanya. Kalau begitu, mengapa begitu? Inilah model pemimpin yang dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi, pemimpin di peringkat mana pun. Pemimpin mesti berilmu, bijak memanfaatkan kebolehan orang lain walau pun orang yang paling lekeh, sedar akan letak duduk diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk melayakkan diri mendapat pertolongan Allah. Sekurang-kurangnya kita semua adalah pemimpin kepada diri sendiri atau keluarga kita. Contohilah Zulqarnain, apatah lagi kalau kita adalah pemimpin sebuah JAMAAH ISLAM._harakahdaily.net |
Peluang Pakatan Rakyat kuasai Putrajaya terbuka luas
| Mohd Rashidi Hasan |
Pakatan Rakyat akan kuasai Putrajaya walau tanpa Anwar. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya, walaupun tanpa Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat akan terus disokong rakyat. Huraian keyakinan beliau dinyatakannya dalam wawancara wakil Harakah, bersama beliau, yang merupakan Pengarah Strategik KeADILan di pejabat Harakah 27 Mei lalu. HARAKAH : Bagaimana saudara melihat perubahan yang berlaku dalam perkembangan politik mutakhir ini terutamanya selepas Pilihan Raya Kecil Sibu dan Hulu Selangor? TIAN CHUA : Sekarang ini Umno tak mahu jadikan keseimbangan iaitu dua parti sistem ini sebagai realiti, bagi mereka, mereka mahukan kekuatan yang mana mereka pernah dapat dahulu iaitu majoriti dua pertiga, dan membiarkan pembangkang sebagai hiasan. Itu yang menjadi masalah kepada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, dalam mendapatkan semula pemerintahan yang kuat. Jika beliau mahukan kemenangan sahaja beliau boleh buat pilihan raya umum esok lusa, tetapi kemenangan yang beliau akan dapat bukanlah kemenangan yang boleh memastikan beliau kukuhkan kedudukan dengan dua pertiga majoriti, sebaliknya beliau akan terus berada dalam keadaan hari ini di mana tiadanya kekuatan. Membicarakan soal pasca PRK Sibu, pada saya, Pakatan Rakyat boleh memperolehi lima atau enam kerusi lagi, dan Sabah juga kita boleh dapat dalam empat atau lima kerusi, ini satu perubahan besar juga, dan bagi saya jika kita mampu kekalkan apa yang kita dapat hari ini dan menambah dengan kerusi di Sabah dan Sarawak. Hasrat melihat sistem dua parti yang lebih berkesan akan dapat diterjemahkan, sementara BN terutamanya Umno akan terus tertekan. Najib akan lemas, jika dia tidak berjaya kurangkan kerusi kita, ditambah dengan jika beberapa kerusi di Sabah Sarawak jatuh kepada Pakatan Rakyat, ini satu ketidakselesaan kepada Najib, yang perlu letak jawatan sama seperti yang dialami Tun Abdullah Badawi, Umno dalam keadaan yang agak kritikal. Apa yang perlu Pakatan Rakyat lakukan dalam menangani situasi ini? Apa yang kita perlu ialah, Pakatan Rakyat harus kekalkan apa yang ada dan tambah lagi untuk menjadikan tekanan yang lebih kepada Umno-BN. Umno BN akan terus berusaha membuat persempadanan semula, menggunakan SPR untuk kekal memerintah, mereka mahukan balik kerusi mereka yang tewas, mereka akan hentam pemimpin kita berterusan untuk dapatkan pengaruh semula rakyat, tetapi apa yang dibuat kita ada masa untuk menunggu perubahan, tetapi mereka (Umno) dah tiada masa kerana mereka kini tertekan untuk survival. Sekarang ini, 50 peratus Melayu duduk dalam keadaan arus pembangunan semasa, hanya 30 peratus sahaja yang masih dalam sektor pertanian yang kebanyakannya di kawasan pedalaman, Umno akan memperhebatkan cengkaman di kawasan pedalaman mereka, tetapi jika ikut arus pembangunan mereka yang duduk di kawasan membangun mereka dah pergi jauh dan mendapat sumber maklumat yang lebih banyak. Kita melihat, selepas BN menang di Hulu Selangor BN, selang tiga minggu di Sibu BN kalah di sana, apa yang saudara dapat simpulkan? Saya lihat kita boleh buat satu kesimpulan yang neutral di dua tempat ini, kita dapati kumpulan masyarakat yang dapat maklumat yang duduk dalam bandar atau separuh bandar penerimaan mereka terhadap Pakatan Rakyat sangat tinggi. Terdapat sedikit polarisasi di mana masyarakat yang lebih terpinggir dan kurang mendapat maklumat mereka ini sebenarnya bukanlah cenderung untuk sokong BN, tetapi sebenarnya mereka ini ditindas, takut kepada penguasa dan politik wang, ini budaya politik lama yang boleh laku dalam 'setting' kawasan pedalaman. Saya gunakan kesimpulan ini saya tak mahu jatuh kepada observasi yang optimistik yang menyatakan sebenarnya Cina sokong Pakatan Rakyat sementara Melayu kepada Umno. Itu tidak benar, kerana kita kena gunakan kaca mata bukan perkauman di mana dari segi itu kita nampak kononnya Cina banyak sokong Pakatan Rakyat. Sebenarnya bukan sahaja Cina yang menyokong Pakatan Rakyat, tetapi mereka yang duduk dalam bandar dan pekan yang pendedahan mereka terhadap media yang lebih terbuka ini membolehkan mereka keluar dari kongkongan budaya takut ini, tetapi kalau kita lihat masyarakat yang masih tertutup dan ekonominya sangat bergantung kepada kerajaan Pusat, mereka ini belum lagi bersedia untuk konfrontasi kepada penindas mereka ini. Hal ini berlaku di Sibu juga, yang duduk di bandar dan pekan serta pinggir bandar mereka sedia berhijrah tetapi mereka yang duduk di pedalaman ini sukar untuk menghijrah pemikiran mereka. Mereka terpaksa tunduk kepada tekanan BN, ini dua trend dan bagi Pakatan Rakyat cabarannya ialah, bagaimana kita atasi masalah ini. Ada dua aspek satu yang biasa iaitu perkukuhkan organisasi, dan banyak turun buat program.Yang seterusnya yang lebih mencabar ialah bagaimana kita boleh terjemahkan idealisme kita untuk masyarakat bagaimana satu pentadbiran yang baik 'good governance', telus, bebas dari rasuah dan masyarakat bermoral. Ini mesej yang mudah diterima oleh masyarakat bandar tetapi masalah kepada masyarakat yang hidup dalam ekosistem ekonomi yang masih belum independent, sangat bergantung kepada subsidi dan dalam keadaan yang kurang memuaskan. Mereka ini belum boleh lihat nilai-nilai ini boleh diterjemah kepada sesuatu yang postif kepada hidup mereka, mereka ini dari akan bertanya setiap bulan mereka perlu memikirkan wang yang tidak cukup untuk bayar hutang sana-sini yang akhirnya memikirkan apa untungnya kepada mereka kepada dasar 'good governance'. Walaupun sebenarnya ia sangat berkait dengan kehidupan mereka. Ini cabaran kepada Pakatan Rakyat bagaimana kita nak terjemahkan nilai ini bila kita laksanakan dasar ini golongan ini boleh dapat faedah. Kita dapat melihat bahawa Pakatan Rakyat menghadapi sedikit masalah untuk mendapat undi di kawasan Melayu mundur, ini dikuasai BN, bagaimana fenomena ini hendak ditangani Pakatan? Dalam politik itulah yang kita lihat, tetapi sebenarnya ada masalah yang lebih menyeluruh kerana corak ekonomi yang dilaksana BN ini mementingkan membangunkan untuk kelompok elit dan kepentingan diri. Ini yang menjadikan sebahagian besar masyarat terpaksa bergantung kepada subsidi dan bantuan dari kerajaan. Jadi ini tak boleh membebaskan mereka ini daripada kemelut ini dan mentaliti dibina Umno dan sengaja mempropagandakan ini supaya budaya ini dipanjangkan. Dalam menangani isu-isu besar seperti APCO dan sebagainya, seolah-olah ia tidak memberi kesan kepada rakyat luar bandar, bagaimana pandangan saudara? Itulah yang saya jelaskan, mereka ini tidak terdedah kepada maklumat yang besar, oleh kerana sekatan media dan maklumat mereka ini tak terasa isu macam APCO. Ini rasa ada kena mengena dengan hidup mereka, apa yang mereka fikirkan ialah isu kehidupan harian mereka soal anak sekolah, yuran anak dan bagaimana hendak dapatkan jalan segera dapat duit. Tiap hari mereka ini hidup dalam suasana ini, nak bincang soal submarine, APCO dan sebagainya mereka tak akan fikirkan isu ini walaupun ada kaitan dengan mereka. Persoalannya ini bagaimana kita hendak terjemahkan dengan apa isu yang berlaku dengan kehidupan mereka. Sebagai cabaran bagaimana dalam pentadbiran negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kita kurangkan beban kepada masyarakat ini bagaimana dengan ada telah kita laksanakan skim air percuma, takaful kifaalah, tetapi bagi saya kita kena buat lebih lagi kepada golongan ini bagi mengurangkan beban mereka. Ini boleh menarik sokongan mereka ini. Tetapi cuma kita ada limitasi kerana kita bukan kerajaan Pusat. Cabaran besar Pakatan Rakyat ialah, hari ini BN cuba menggambarkan kepada rakyat kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat ini tiada pengalaman mentadbir negeri dan sebagainya. Bagaimana saudara menangani isu ini? Sebab itulah bagaimana kita boleh uruskan persepsi ini, cara terbaik percepatkan 'learning curve' kita dalam pentadbiran negeri yang kita tadbir jauh profesional meyakinkan dan naikkan imej di mata masyarakat. Seterusnya kita dari segi parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing, muafakat di kalangan kita sangat penting. Kenapa ada mulanya tsunami politik. Rakyat sebenarnya melihat pemimpin Umno yang dulu mampu boleh pegang MIC dan MCA kini tidak mampu lagi berbuat demikian yang menyebabkan masyarakat semakin lihat longgarnya kekuatan antara parti-parti dalam komponen BN. Mereka lihat bagaimana kini ada hujah-hujah yang ekstrem di kalangan pemimpin Umno ataupun pemimpin parti komponen tetapi PM yang ada, Najib hanya berdiam sahaja tak mampu selesaikan kemelut. Ini menyebabkan mereka tidak percaya kepada BN dan sebaliknya mereka lihat Pakatan Rakyat semakin matang, maju dan bersatu dapat mencapai konsensus dengan cepat dan reaksi kita dalam isu penting sangat sederhana dan moderate dan memenuhi kehendak kebanyakan masyarakat. Ini satu proses penting dan jika kita perkukuhkan perpaduan ini, masyarakat akan yakin dengan Pakatan Rakyat, kita tak ada masalah yang besar tetapi kemampuan kita selesaikan masalah dalam satu wadah Pakatan Rakyat ini sangat baik. Berbanding kepada tahun 1999, pakatan yang kita bina ketika itu tidak mampu untuk uruskan perbezaan antara tiga parti, sebab itu pada tahun 2004 rakyat memberi undi kepada BN kerana rakyat tak mahu satu pakatan yang tak boleh selesaikan perbezaan dalaman mereka. Ini lah yang rakyat mahu lihat tiap isu yang ada kontroversi semua kaum tetapi Pakatan Rakyat selesaikan dengan baik berbanding BN. Ini kelebihan kita sekarang. Daripada apa yang disebut dan lakukan BN, Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pencabar utama mereka, maka mereka menyerang Anwar dengan hebat bagaimana saudara hendak menangani perkara ini? Tanggapan bagi Umno ini adalah satu yang mereka pegang, dan ini sebenarnya salah. Mereka anggap Pakatan Rakyat ini wujud kerana karisme Anwar pegang semua orang. Untuk satu dua perkara ya, ia betul tetapi, ia telah merentasi benda ini kerana sebenarnya Pakatan Rakyat ini setiap parti yang ada ia ada 'internal force' yang boleh memainkan peranan. Keinginan majoriti dalam PAS yang inginkan perubahan, dan kita juga boleh lihat dalam PAS sekarang ini ahlinya bertambah ialah selepas tahun 1999 berbeza dengan sebelum 1999 yang agak 'hard core'. DAP pula sekarang ini dipimpin oleh generasi baru yang bukan dari sistem pendidikan kolonial lama, mereka ini kebanyakan ikuti pendidikan nasional, masuk universiti awam, DAP berubah. Sementara KeADILan pula mengumpulkan pelbagai sumber yang mahukan perubahan, baik dari NGO seperti JIM, ABIM dan Suaram, dan generasi muda dari Umno yang berubah. Ini satu 'genre fenomena' yang matang untuk perubahan masyarakat, Anwar sebagai kepimpinan dan ikon kerana kesengsaraan dan penindasan kepadanya, dia mudah jadi central of attraction, dan serangan ke atas Anwar ini dibuat oleh Umno bertujuan anggap jika Anwar jatuh Pakatan Rakyat akan jatuh. Ini satu kesimpulan salah. Sejak reformasi 1998, Anwar masuk penjara, inilah kebangkitan massa yang sebenarnya bukanlah dipimpin oleh Anwar, tetapi dipimpin oleh golongan baru yang telah diuji masuk penjara keluar penjara dan juga telah mampu memecah monopoli maklumat. Dan kita lihat, KeADILan telah 'survive' 10 tahun tanpa Anwar apabila Anwar dipenjarakan. Anwar bagi KeADILan hanya simbolik, bagi pemimpin yang anggap mereka boleh tangkap dan serang Anwar untuk lumpuhkan KeADILan mahupun Pakatan Rakyat. Ini satu persepsi yang salah, ini satu mimpi. Memanglah ada masalah dalam KeADILan tetapi kekuatan yang ada datang dari generasi yang mahukan perubahan. Dengan menyerang Anwar ia tidak akan mengubah ealiti ini. Bagi saya ini satu kesilapan Tun Mahatahir Mohamad anggap tangkap Anwar masuk penjara boleh lumpuhkan reformasi, sebaliknya tidak, ini berubah. Ketika Abdullah jadi PM, mereka kata KeADILan tak relevan lagi sebab Anwar tidak boleh bertanding pada PRU-2008, tetapi sebaliknya walaupun Anwar tidak boleh bertanding juga. Semangat dan perjuangan inginkan perubahan itu semakin tinggi menyebabkan tsunami berlaku. Rakyat mahukan perubahan. BN sekarang ini buat yang sama seperti Tun Mahathir buat. Adakah gelombang 2008 akan berterusan kerana ada yang menyatakan kurangnya sokongan atau kehadiran dalam perbicaraan kes Anwar di Mahkamah, kurangnya rakyat sertai demonstrasi? Kita harus faham apa pemikiran rakyat, jangan fikirkan soal pemikiran parti hanya lihat jika ramai orang di mahkamah sokong Anwar ini kekuatan. Ketika 1998, rakyat turun ramai-ramai ke mahkamah buat perhimpunan kerana ketika itu tidak ada pilihan mahu memberi tekanan kepada Mahathir membebaskan Anwar dan mengharapkan Anwar menggantikan Mahathir. Kali ini berbeza, rakyat tidak lagi turun beramai-ramai kerana mereka lihat bukan sahaja menjatuhkan BN, tetapi dengan kekuatan undi mereka boleh lantik wakil rakyat, tukar kepimpinan negeri dan mahukan sistem dua parti yang lebih kuat dan ini satu fenomena baru. Sekarang ini rakyat tumpu kepada hidup sendiri apabila melihat Pakatan Rakyat semakin kuat, dan tak perlu mereka turun padang demonstrasi lagi, mereka boleh nyatakan sokongan mereka dengan undi untuk jatuhkan kerajaan. Untuk membebaskan Anwar mereka tak payah lagi ke mahkamah, sebaliknya undi, mereka telah berani mengubah undi, pemikiran rakyat sudah bertukar. Saya tidak khuatir kerana mahkamah tak ramai orang, tetapi rakyat baca apa yang berlaku. Sekarang ini BN mahu tutupkan kelemahan mereka, mereka jadi burung unta yang sorokkan diri dari dilihat orang. Macam itu juga mereka cuba gambarkan kepada Anwar yang kononnya tidak lagi mendapat sokongan rakyat kerana kes perbicaraan Anwar tidak mendapat kehadiran ramai. Bagi rakyat mereka tak mahu buang masa di luar mahkamah, sebaliknya pergi kerja dan membaca perkembangan dalam internet dan mereka tahu apa yang mereka nak lakukan._harakahdaily.net |
Samy! Berhentilah sebelum orang benci
| Subky Latif |
| DATUK Seri Samy Vellu berjanji sekiranya calon MIC memenangi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, maka dia akan mengambil langkah untuk berundur dan pimpinan MIC akan diserahkan kepada timbalannya. . Mungkin kemenangan itu dikiranya MIC sudah pulih setelah tersungkur teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008. Ditakdirkan calonnya menang. Samy Vellu menunggu pula kepada satu masa yang difikirkannya sesuai. Ia menyebabkan setengah anggota MIC bimbang Samy tidak mengotakan janjinya. Malah sekutunya seperti Umno pun bimbang Samy akan mengekalkan pimpinannya. Pandangan umum merasakan jika Samy kekal hingga pilihan raya umum akan datang, dibimbangi MIC tidak dapat memberikan bantuan kepada BN bagi mempertahankan kuasanya. Justeru itu Timbalan Ketua Pemuda MIC mendesak supaya Samy jangan bertangguh lagi. Letaklah jawatan serta merta. Lalu Samy memecatnya. Berikutnya terbentuk GAS – Gerakan Anti Samy Vellu. Ia mengawatkan krisis MIC. Ia menyebabkan putera tunggal Samy, Vell Paari membuat kenyataan menuduh Umno di belakang gerakan menggulingkan Samy. Gempar pula Umno dan akhirnya anak Samy minta maaf kepada Umno. Dr. Mahathir lalu menasihatkan Samy supaya berundurlah sebelum orang benci. Kononnya seperti yang dilakukannya, dia berundur dari Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika dia cukup popular. Masalah bagi Samy sekarang dia sedang tidak popular atau dia sedang dibenci. Tidak berbangkit lagi soal dibenci kerana dia sedang dibenci. Bagaimana dia hendak berhenti dalam keadaan dia dicerca kiri dan kanan. Hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Ling Leong Sik yang sanggup berundur ketika tidak popular. Samy mungkin tidak mahu jadi macam itu. Dia mungkin mahu jadi macam Dr. Mahathir tidak sedia berundur ketika dia dibenci tetapi Dr. Mahathir menunggu masa kembali popular, baru dia berhenti. Mungkin Samy mahu berguru dengan pengalaman Dr. Mahathir. Ketika baru menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir memberitahu, dia tahu bila hendak berhenti. Iaitu dibenci atau sebelum disuruh orang berhenti. Tetapi Dr. Mahathir pernah menghadapi tiga pusingan dibenci oleh banyak pihak. Pertama ketika dia berdepan dengan krisis dengan raja-raja. Boleh dikatakan sekalian raja-raja membencinya. Pandangan umum rakyat khususnya orang Melayu tidak mahu melihat kedudukan raja-raja direndahkan begitu sekali, maka dia dirasakan patut berundur. Bagaimana pun Dr. Mahathir tidak berundur ketika raja-raja benci kepadanya dan rakyat merasakan dia tidak patut kekal lagi. Dia tunggu masa raja-raja tidak marah lagi kepadanya barulah dia berundur. Kedua, ketika dia berlawan dengan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam. Dia menang tipis dengan Ku Li. Dia pun diseretkan ke mahkamah. Natijahnya Umno diharamkan. Ibrahim Ali berpusing ke seluruh negara mengutuk Dr. Mahathir. Itulah masa Dr. Mahathir paling tidak popular atau paling dibenci oleh Umno. Tetapi dia tidak berhenti ketika dia amat dibenci oleh partinya. Hingga Umno hidup semula dan kembali kuat dan Ibrahim Ali menobatkannya sebagai Wira Dunia Ketiga. Sesudah Ibrahim Ali lebih sayang kepadanya daripada sayang kepada Tengku Razaleigh barulah dia bersara. Ketiga, Dr. Mahathir dibenci lagi apabila dia memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Sehingga ada yang menyindirnna sebagai Maha Firaun. Ertinya berganda lebih teruk dari Firaun. Siapa yang kata begitu? Dipercayai orang Umno atau kerabat Umno sendiri. Bercempera sekali Umno hingga BN kalah di Terengganu gara-gara krisis di bawah pimpinan Mahathir. Tidak berhenti dia ketika popularitinya begitu rendah. Dia tunggu hingga sebahagian dari penyokong kuat Anwar benci pula kepada Anwar. Mereka cium tangannya. Ketika dia kembali popular dia pun mengumum bersara. Menangis sekalian atas tindakannya itu. Jika dibandingkan benci MIC kepada Samy Vellu dengan benci Umno kepada Dr. Mahaathir dulu, belum tentu Samy Vellu lebih buruk. Tetapi Dr. Mahathir tidak berundur ketika namanya terlalu buruk. Samy Vellu adalah orang yang membanggakan diri seperti Dr. Mahathir juga. Dia tidak mahu bersara ketika GAS muncul bagi memalukannya. Bagaimana dia mahu bersara ketika Umno sedang merendah-rendahkannya? Umno menempelaknya dengan menolak calon pilihannya di Hulu Selangor iaitu timbalannya. Bagaimana dia mahu berhenti ketika dia dimalukan oleh pimpinan Barisan Nasional? Mungkin meniru Mahathir, Samy Vellu mahu menunggu beberapa bulan lagi atau sehingga partinya benar-benar pulih dan ketika orang MIC menyayanginya kembali. Dia percaya, jika Umno dan BN tidak mengganggunya, dia boleh susun semula MIC dan boleh pulihkan sokongan masyarakat India kepada partinya. Bolehkah dia memulihkan MIC adalah satu hal yang lain tetapi Samy tidak mahu meninggalkan MIC dalam keadaan parti itu amat lemah dan keadaan penuh krisis._harakahdaily.net |
Selasa, 1 Jun 2010
Aktivis konvoi Gaza dihantar ke penjara
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara. Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal. Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri. Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara. Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi._harakahdaily.net |
Solat Hajat, Qunut Nazilah - moga Allah hancurkan Yahudi
| http://tuanibrahim.blogspot.com |
PAS mengecam keras tindakan regim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tindakan biadap ini diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat. PAS melihat tindakan tidak bermoral ini mencerminkan sikap angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya. PAS menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut. Tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak PM untuk membatalkan segera perjanjian tersebut. PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dengan membaca qunut nazilah; agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi. PAS juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza._harakahdaily.net |
Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa
| Haluan Malaysia |
PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu. “Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. “Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi. Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata. Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup. Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu. Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah._harakahdaily.net |
Khamis, 27 Mei 2010
Umno perosak demokrasi
| Mohd Rashidi Hassan | |
| Tidak dinafikan, Malaysia adalah salah sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi dengan memisahkan tiga elemen penting dalam perundangan iaitu eksekutif, legislatif dan judiciari. Gabungan ketiga-tiga elemen ini diperlengkapkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, sebagai mengimbangi kuasa eksekutif. Dengan penyusunan sistem perundangan sedemikian rupa, Malaysia seolah-olahnya menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen. Dalam sistem perundangan Malaysia, diwujudkan pilihan raya untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti-parti politik yang bertanding untuk membentuk sesebuah kerajaan. Kerajaan-kerajaan yang dipilih sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, berperanan sebagai eksekutif. Kuasa eksekutif diimbangi dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Raja, kuasa legistalif (Parlimen atau Dun) dan kuasa pengawal undang-undang (judiciari). Secara teorinya, jika diteliti dari sudut sistem, Malaysia sudah mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan berimbang. Namun dari sudut praktikalnya, wujud banyak kesangsian. Kuasa politik yang dinikmati Umno-Barisan Nasional sejak sebelum merdeka, tidak memungkinkan sistem demokrasi di negara berjalan dengan lancar. Kesangsian terhadap ketelusan sistem perundangan negara, semakin ketara selepas Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan memenangi lima buah negeri iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Umno yang menjadi peneraju utama BN seperti 'orang kehilangan akal' apabila kuasa mereka di Kerajaan Persekutuan dan kuasa mereka di Negeri terlucut. Umno-BN tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dan mereka tidak percaya mereka boleh dikalahkan. Maka akibat daripada ketamakan kuasa dan kegelojohan pemimpinnya. Umno-BN berusaha menggugat dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Umno-BN menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Mereka memerangkap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalai dan berkepentingan. Mereka menaburkan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat. Mereka menggunakan kuasa media, kuasa polis untuk menyekat demokrasi, berpakat dengan hakim untuk membuat keputusan yang memihak dan memanipulasi golongan istana. Hasil pencabulan demokrasi yang menjijikkan, BN berjaya merampas Perak. Hasil ketamakan pemimpin mereka, kini mereka cuba untuk merampas Kedah pula. Mereka cuba untuk menggugat Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal kerana Pakatan Rakyat mempunyai cukup kerusi dengan wakil-wakil rakyat yang sangat setia dan komited. Jika Umno-BN 'anak jantan' yang menghormati demokrasi, mereka sepatutnya menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk cuba mendapatkan mandat semula rakyat. Malangnya, Umno-BN tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam kancah pilihan raya secara demokratik. Mereka ibarat 'pondan siam' yang hanya berani 'berkokok' dalam media massa yang mereka kuasai. Mereka mahu berkuasa semula dengan memasuki 'pintu belakang', mereka tidak mempedulikan kesahihan dari sudut perundangan atau agama. Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat. Malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa secara haram akan menerima balasan daripada rakyat. Hanya kuasa rakyat sahaja yang mampu menyelamatkan negara. Selamatkan Malaysia! _harakahdaily.net |
Isnin, 24 Mei 2010
Nasib SUPP selepas kalah di Sibu
| Subky Latif |
SUPP atau Parti Rakyat Bersatu Sarawak yang mewakili Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen di Sibu pada pertengahan Mei lalu bukanlah parti yang asalnya diasaskan menjadi parti kerabat Barisan Nasional. Bahkan ia diasaskan bagi membebaskan Sarawak dari penjajahan British dan apabila Sarawak merdeka melalui Malaysia, ia kekal sebagai sebuah parti pembangkang yang menentang gabungan Perikatan yang berkuasa di Sarawak. Ia adalah parti yang tidak tertarik dengan gagasan pembetukan Malaysia kerana sebelumnya ia mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan perjuangan Shaikh Azahari, pemimpin Partai Rakyat Brunei bagi membentuk sebuah Negara Kesatuan Kalimantan Utara yang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak dengan Sultan Brunei sebagai Rajanya. Politik SUPP sebagai parti pembangkang di Sarawak selepas berada dalam Malaysia dulu adalah sama dan sealiran dengan pembangkang di Semenanjung seperti Gerakan, PPP di bawah Seenivasagam bersaudara di Perak dan DAP. Ia parti yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina yang dikira anti UMNO dan sekutu-sekutunya dalam Perikatan. Dalam pilihan raya awal tahun 70an bagi menentukan pengaruh Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia, SUPP adalah parti pembangkang yang penting. Kalong Ningkan dipercayai orang lebih cenderung dengan politik Lee Kuan Yew dan tidak senang dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia. Tidak dipastikan pendirian SUPP dengan pemimpin Singapura itu. Yang nyata keduanya tidak sekata dalam pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew pro pembentukan Malaysia menakala SUPP tidak tertarik dengannya. Dalam pilihan raya bagi menentukan kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bagi kesetiaannya kepada Kuala Lumpur, SUPP yang paling ketara menentang orang-orang yang diberi sokongan penuh oleh Kuala Lumpur seperti Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Perdana Menteri Tun Razak mengirim Menteri Pelajaran Abdul Rahman Yaakub bagi menjadi calon Ketua Menteri bagi menggantikan Ketua Menteri Tawi Seli yang tidak lagi bertanding dalam pilihan raya itu. Keputusan pilihan raya itu tidak memberikan majoriti yang jelas kepada parti-parti yang bertanding. Kira-kira seperti yang terjadi di Britain dalam pilihan raya Mei lalu. Dalam kebuntuan itu, seperti yang Tun Datu Mustapa, Ketua Menteri Sabah ketika itu kata kepada saya, bahawa beliau bersama Perdana Menteri Tun Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin SUPP, Ong Kee Hui rakannya semasa belajar di Maktab Pertanian Serdang dulu. Tun Mustapha memintanya membentuk kerajaan campuran dengan Abdul Rahman Yaakub sebagai Ketua Menteri. Ong Kee Hui tidak dapat membuat keputusan tanpa persetuan Setiausaha Agung SUPP Stephan Yong. Tun Mustapha memintanya memanggil Stephan. Kedua mereka didesak bersetuju membentuk kerajaan dengan Perikatan. Stephen Yong kata mustahil kerana mereka baru berkempen menentang parti yang dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub. Menurut Tun Mustapha, dia minta Tun Razak menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepadanya satu jam. Tun Razak dikatakan tidak berhalangan. Dengan kuasa Perdana Menteri itu, Tun Mustapha memberi kata dua kepada kedua pemimpin SUPP supaya bersetuju membentuk kerajaan dengan Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Jika menolak kedua mereka akan dikenakan Tun Mustapa tindakan ISA. Kata Tun Mustapha mereka bersetuju dengan tekanan itu. Kuasa Perdana Menteri dipulangkan semula kepada Tun Razak. SUPP bersetuju membentuk kerajaan bersama Abdul Rahman Yaakub.??sebagai kerajaan campuran tetapi ialah kerajaan Perikatan. Penyertaan SUPP dalam Perikatan yang peranannya dimainkan oleh Abdul Rahman Yaakub membuka jalan kepada Tun Razak melebarkan Perikatan kepada apa yang dinamakannya Grand Alliance atau Perikatan Raya membawa Gerakan pimpinan Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang dan PPP di Ipoh bersamanya. Tun Razak melobi PAS menyertai Perikatan yang besar itu tetapi Datuk Asri, Menteri Besar Kelantan tidak bersetuju gabungan itu dikekalkan dengan nama Perikatan tetapi boleh menimbangkannya menggantikannya dengan nama lain. Tun Razak dan Datuk Asri bersetuju nama baru itu Barisan Nasional. Maka berakhirlah Perikatan yang diganti oleh Barisan Nasional. Tetapi pembuka jalan kepada Perikatan yang lebih besar tadi dimulakan dengan persetujuan SUPP. Sejak itu SUPP tidak lagi dikenali sebagai parti yang radikal tetapi terus menjadi kerabat Barisan Nasional yang setia. Sibu yang menjadi kubunya sejak ia dibentuk kekal menjadi kubunya sekalipun menjadi komponen BN hampir 40 tahun. Tetapi pilihan raya kecil pertengah Mei lalu didapati SUPP tidak dapat mempertahankan kerusinya dan Sibu seperti kembali ke zaman ia sebelum menyertai Perikatan/BN dulu. Apakah ia akan mengalami nasib yang telah menimpa Gerakan dan PPP?_harakahdaily.net |
Azizan selar media sekongkol dengan BN
| Mohd Shubihi Zain | |
ALOR SETAR, 24 Mei: Media yang bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebarkan spekulasi kononnya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Kedah akan berpaling tadah ditempelak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar). "Apa yang berlaku adalah disebabkan BN tidak boleh menerima hakikat kekalahan, mereka tanpa segan silu terus menyalahgunakan media-media bagi kepentingan politik mereka. "RTM diperlakukan seperti harta benda mereka dan dipergunakan untuk menghentam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, wartawan jangan jadi bodoh macam RTM," tegasnya semasa menyampaikan ucapan di himpunan berhubung spekulasi pembubaran Dun Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota sarang Semut, malam semalam.Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri turut menyelar peranan media yang berterusan memainkan isu-isu ciptaan Umno dan BN yang terdesak untuk merampas pentadbiran negeri dengan cara tidak bermaruah seperti yang berlaku kepada kerajaan PR di Perak. "Bermula dengan isu Arumugam (bekas Adun Bukit Selambau) yang dipaksa melepaskan jawatan, selepas itu isu surat layang kononnya salah seorang Exco memaki raja, diikuti isu masalah air semasa musim kemarau, dan yang terbaru, isu soalan dewan yang dikatakan mempertikai kuasa raja. "Media memainkan isu-isu tersebut sampai rakyat jadi pening, sepatutnya mereka melihat dulu ketulenan dan nilai sesuatu berita sebelum ianya disebarkan," katanya menasihati media yang hadir membuat liputan pada himpunan tersebut. Perhimpunan itu menjadi tumpuan puluhan ribu rakyat termasuk sebahagian besar petugas-petugas media yang tidak senang duduk dengan spekulasi pembubaran Dun Kedah sejak kebelakangan ini. Sementara itu, keempat-empat Adun PR yang dikatakan akan meninggalkan parti, tampil menamatkan spekulasi itu. Kesemua mereka, Tan Show Kang (Sidam), S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) berikrar akan tetap bersama PR dan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar. Mereka diberikan ruang waktu untuk menyatakan pendirian masing-masing dalam himpunan yang dianjurkan PAS berikutan khabar angin ada di antara mereka yang akan berpaling tadah hingga mengakibatkan berlakunya pembubaran Dun Kedah. Masing-masing dalam ucapan mereka melahirkan rasa tidak senang apabila terpaksa melayani panggilan-panggilan telefon yang inginkan kepastian berkaitan khabar angin yang disebarkan melalui media, blog dan sistem pesanan ringkas (sms). Sehubungan itu, kesemua mereka berharap tidak lagi diajukan dengan soalan berhubung perkara tersebut selepas penjelasan itu dan sekiranya ada, ianya tidak akan dilayan. "Jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon. Tak perlu banyak kali saya nak cakap yang saya tak akan lompat. "Saya berjanji akan sentiasa berdiri teguh menyokong kepimpinan MB (Ustaz Azizan) dan PR dan tidak akan melompat," kata Tan (Sidam) yang dilantik menganggotai barisan Exco baru-baru ini. Manakala, Manikumar (Bukit Selambau) pula berkata, media sering memutar belitkan kenyataannya sehingga dilihat kononnya beliau kurang senang dan tidak berpuas hati dengan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan Negeri Kedah. "Memang terdapat percanggahan pendapat tapi dapat diselesaikan secara rundingan kolektif dan kekeluargaan, saya tetap sehaluan dalam perjuangan dan tidak ada langsung perbalahan seperti yang digembar-gemburkan. "Saya tidak akan lupa jasa rakyat dan pengundi yang mengangkat saya sebagai wakil rakyat, saya akan terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong kerajaan PR di bawah kepimpinan Ustaz Azizan dan saya berharap media jangan ulangi lagi soalan berkenaan," katanya. Lim (Kulim) yang mengambil giliran seterusnya pula menjadi tumpuan mereka yang hadir dan sebahagian besar petugas media apabila secara terbuka menegur kepimpinan parti dan kerajaan negeri. "Saya merasa sedih bila dua orang rakan kita mengambil keputusan meninggalkan PR, tapi kepimpinan parti dan kerajaan tidak buat 'post-mortem' untuk mengkaji sebab mereka berbuat demikian. "Kita kena kaji, mungkin ianya berpunca dari kesalahan kita sendiri hingga mengakibatkan mereka bertindak meninggalkan kita," katanya._harakahdaily.net |
Menunggu tsunami ke II PRU ke 13
Setiap pagi Ahad, selain mendapatkan perkembangan berita-berita semasa di akhbar tempatan, saya akan beri perhatian kepada tulisan para pengulas dan penganalisa politik di akhbar-akhbar berkenaan. Sudah pastilah kumpulan pengampu dan propogandis paling ramai di akhbar-akhbar media perdana berbahasa Melayu.
Di situlah para penulis cari makan akan mengagung dan mendewa-dewakan pimpinan mereka, semuanya suci bersih dan geliga belaka, manakala lawan mereka semuanya kotor, hodoh dan dungu. Kesian contoh akhbar Utusan Malaysia, dari Utusan Melayu bawah teraju Said Zahari satu ketika dahulu yang berani, tegas dan benar, kini menjadi tekukur, mengangguk dan menyanyi-nanyi menurut petikan jari tuannya.
Satu ruangan yang seakan wajib saya baca dan telaah adalah INSIGHT yang dikendalikan oleh penulis veteran Joceline Tan. Memang dalam blog ini sepanjang 6 tahun lalu, Joceline sering menjadi bahan saya jika beliau berlebihan menyondol PAS, tetapi saya kena akui beliau seorang yang tajam dalam membuat analisa walaupun kadangkala tidak tepat dan tersasar.
Apa pun saya kenali beliau terutama semasa menjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS dahulu dan masih menjalin hubungan sebagai rakan sehingga kini.
Hari ini Joceline menulis berkenaan pengundi Melayu di bawah tajuk “Greater shift in the Malay vote” http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/23/focus/6306114&sec=focus
dimana beliau membongkar bahawa dalam pada kita memperkatakan darihal lonjakan sokongan pengundi Cina khasnya terhadap Pakatan Rakyat, sesungguhnya para pengundi Melayu pun sebenarnya sudah mula melangkah beralih kepada PR samada disedari ataupun tidak.
Kebetulan saya rasa inilah “point” yang cuba saya hujahkan dalam posting saya yang lalu bertajuk “Jangan perlekeh keupayaan orang Melayu” di blog ini: http://n32.blogspot.com/2010/05/jangan-perlekeh-keupayaan-orang-melayu.html
Kata Joceline peralihan sokongan orang Melayu ini paling ketara jika dilihat pada lonjakkan sokongan yang diterima oleh PAS. Undi PAS bertambah lebih tiga kali ganda dari tahun 1990 apabila ia hanya menerima 376,000 undi kepada 1.1 juta dalam tahun 2008.
Ini bermakna cara politik lama sudah tidak termakan atau semakin ditolak oleh orang Melayu. Politik kain batek, politik subsidi,politik janji dan wang ringgit semasa kempen pilihanraya semakin memakan diri berbanding dengan memberi sokongan kepada BN sebagaimana satu waktu dahulu.
Orang Melayu sebagaimana rakan-rakan-rakan mereka orang Cina juga mahukan pimpinan yang berkualiti. Pemimpin yang boleh dipercayai, yang memperjuangkan nasib mereka secara tulus dan ikhlas, tidak rasuah, bermoral tinggi semuanya kulaiti yang semakin asing dan jauh dari barisan pimpinan Umno pada hari ini, samada diakui ataupun tidak.
Kerana itu kita jangan sekali-kali menghukum pengundi Melayu sebagaimana orang-orang Umno menghukum pengundi-pengundi Cina bila menolak mereka di Hulu Selangor dan Sibu. Jika tepatlah analisa dan bacaan Joceline bermakna pengundi Melayu berpotensi bangkit sekali secara menyeluruh menolak Umno, syaratnya kita kena berusaha dan bekerja kuat menawan hati mereka.
Saya ambil contoh di Sibu. Semasa DAP bersendirian dahulu,sukar bagi mereka masuk dan berinteraksi dengan para pengundi Melayu khasnya di DUN Nangka. Tetapi dalam tempoh 10 hari, dengan kehadiran para petugas PAS dari seluruh negara, mereka berkampung di DUN Nangka, orang-orang Melayu/Melanau di sana mula membuka pintu pada PR.
Walaupun pintu itu belum lagi dibuka seluas-luasnya namun kesannya dapat dilihat. Di Daerah Mengundi Illir Nangka walaupun BN menang di semua peti undi, namun dengan kehadiran PAS undi DAP bertambah lebih 10 peratus. Ia mungkin kecil tetapi ia suatu petanda yang sangat positif. Illir Nangka adalah daerah mengundi jauh di Sibu, ia bukan Seri Serdang atau Taman Templer di tengah-tengah bumi Selangor!
Orang Melayu memang sudah bangkit menolak BN dalam PRU ke 12 lalu, cuma tahap lonjakkannya berbeza-beza dari satu daerah ke satu daerah dan dari satu negeri ke satu negeri. Dalam erti kata lain belum betul-betul menyeluruh. Di Selangor sahaja buktinya Dato Dr Hasan Ali menang di DUN Gombak Setia yang majoriti pengundi Melayunya 80.3 peratus dengan kelebihan 2,797 undi (calon BN dahulumenang dengan majoriti 2,728). Di DUN Sabak yang majoriti pengundi Melayunya 79.7 peratus,Ustaz Sallehen Mukhyi dari PAS tewas dengan majoriti 117 undi (calon BN dahulu menang dengan majoriti 2,256 undi).
Kesimpulannya pengundi Melayu memang telah bangkit dan insyallah berpotensi bangkit lebih besar lagi kerana mereka peka danmelihat apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kata Joceline pakatan antara PAS,DAP dan PKR kelihatan lebih meyakinkan rakyat. Masing-masing bertolak-ansur dan boleh bekerjasama dengan baik demi kepentingan rakyat.
Bagi saya pengundi-pengundi Cina telah memberikan paku terakhir buat keranda MCA dan Gerakan. Mereka tidak kelihatan akan mahu memeluk kembali BN dalam waktu terdekat ini. Keberkesanan kepimpinan kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan terus meyakinkan mereka.
Begitu juga para pengundi Melayu. Mereka dapat melihat kesungguhan PAS dalam memperjuangkan nasib dan masa depan Islam dalam negara selain menjadikan PR sebagai wadah terbaik untuk memimpin dan memperjuangkan nasib dan kebajikan umat Melayu yang berbeza sama-sekali dengan”style” dan kaedah Umno.
Saya yakin bahawa sedikit demi sedikit para pengundi Melayu akan semakin sedar dan celik. Tidak mustahil tsunami yang lebih besar akan melanda dalam PRU ke 13 nanti, dan ianya sumbangan dan bikinan tangan orang-orang Melayu selain rakan-rakan bukan Melayu yang lain._roslan sms corner
Langgan:
Catatan (Atom)
