| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan pemuda PAS (DPP) Wilayah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menuntut penjelasan berhubung status tanah Masjid Sri Hartamas. Ianya dibuat ekoran MAIWP masih lagi berdiam diri biarpun isu tersebut dilontar awal minggu lalu dan memohon penjelasan segera dari majlis agama tersebut yang bertanggungjawab secara langsung berhubung penukaran status tanah itu kepada kawasan komersil. Status tanah masjid beralamat di Lot 48671 di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas itu didakwa telah ditukar dari tanah Masjid kepada tanah Pembangunan (Perniagaan) untuk dimajukan. Mereka menuntut penjelasan MAIWP terhadap 12 perkara yang berkait dengan isu tersebut seperti berikut: 1. Menjelaskan kenapakah status tanah berkenaan ditukar dari tanah ’Masjid’ kepada tanah ’Pembangunan (Perniagaan)’. 2. Memberikan sebab kenapa tanah itu tidak dimajukan bagi membina Masjid atau Institusi Islam lain yang sesuai dengan kedudukannya. 3. Menjelaskan sama ada tanah berkenaan telah disewakan atau dipajak atau dijual terus kepada Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd dan Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd. 4. Memberikan justifikasi tentang kewajaran pembinaan Glomac Galeria bukannya MAIWP Galeria di atas tapak berkenaan. 5. Menerangkan apakah konsep pembangunan yang dibuat dalam projek Glomac Galeria dan apakah manfaatnya kepada umat Islam disekitar Sri Hartamas. 6. Menjelaskan apakah kepentingan MAIWP dalam projek Glomac Galeria. 7. Mendedahkan siapakah pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam memajukan projek berkenaan. 8. Memberikan jawapan bagaimana 20 unit untuk lot perniagaan yang sedang dibina dalam projek Glomac Galeria boleh mendapat status pegangan bebas dan apkah kesannya terhadap status tanah Lot 48671 kelak. 9. Menyenaraikan senarai nama pemilik-pemilik 20 unit lot-lot perniagaan yang didakwa oleh Glomac Berhad sebagai sudah habis dijual dengan status geran milikan ’Free Hold’. 10. Menjelaskan ke manakah duit jualan bagi projek bernilai RM 8.3 juta itu di salurkan dan ; 11. Apakah baki kepentingan yang tinggal buat umat Islam di sri Hartamas setelah projek itu disiapkan. 12. Mendedahkan dokumen-dokumen Perjanjian yang terlibat dalam transaksi hartanah tersebut seperti Sale & Purchase Agreement, Joit Venture Agreement, Construction Agreement atau Building Agreement atau apa-apa dokumen lain yang terlibat. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuam hampir setengah jam itu, Idris memberitahu tiada apa-apa penjelasan diberikan dan pihak MAIWP meminta untuk membuat demikian kemudian. Selain itu mereka dalam pertemuan itu juga diberitahu bahawa tanah berkenaan diberikan kepada syarikat Glomac Resources kerana syarikat tersebut memberi tawaran terbaik kepada MAIWP. Idris juga berpendapat biarpun tanah tersebut tidak diguna untuk membangunkan masjid, namun wajar diguna untuk perkara yang memberikan kebaikan kepada ummat islam. Manakala Kamaruzaman pula menyelar sikap Umno Wilayah Persekutuan dan Syarikat Glomac kerana dilihat mendahului MAIWP dalam menjawab isu tersebut sedangkan ianya dikemukakan kepada majlis agama islam itu. Sehubungan itu mereka tetap akan menunggu penjelasan MAWIP._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Memaparkan catatan dengan label Berita semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita semasa. Papar semua catatan
Rabu, 16 Disember 2009
Tanah Masjid: Pemuda PAS serah memo, tunggu penjelasan MAIWP
Isnin, 14 Disember 2009
PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya. Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti. Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini._harakahdaily.net |
Presiden PAS rasmi Konvensyen Blogger 20 Dis
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar. Turut akan dilancarkan pada konvensyen tersebut adalah Kelab Blogger PAS sebagai pengiktirafan parti itu kepada penulis blog yang selama ini menyokong perjuangan PAS. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut juga kini dibuka bukan sahaja kepada ahli PAS malah kepada penyokong biasa. Ianya ekoran terlalu banyak permintaan yang mahu penyertaan ke program tersebut dibuka lebih luas. "Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat." katanya. Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan nmenghantar maklumat seperti nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat blog, email dan nombor telefon bimbit ke alamat email penerangan.paspusat@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini. "Manakala Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang," katanya._harakahdaily.net |
Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama
| Mohd Yusri Amin |
KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’. Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam. Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'. Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya. Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama. "Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah. “Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya. Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita. Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam. Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS. Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal. Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957. “Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan. “Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini. Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America. Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid. _harakahdaily.net |
Usaha kreatif Zunar sedarkan masyarakat dihargai
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyanjung tinggi usaha kreatif yang dilakukan Zunar dan pasukan kartunisnya dalam membangkitkan kesedaran rakyat di negara ini. Nizar berkata, pendekatan karya berbentuk kartun merupakan salah satu langkah dalam usaha mengubah pemikiran rakyat untuk menerima keadilan dan menolak kezaliman. "Kami dari Pakatan Rakyat sudah tentu menyanjung kerja baik yang dibuat oleh Zunar dan rakan-rakannya dan juga gabungan-gabungan lain yang menggunakan pendekatan kartun ini. "Ini merupakan langkah pertama dalam gelombang kita untuk mengubah masyarakat untuk menerima keadilan dan menolak kezaliman," katanya sewaktu berucap di Majlis Pelancaran "Perak Darul Kartun" di Pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Antarabangsa, Pusat Bandar Taman Melawati, dekat sini, petang semalam. (Gambar: Nizar melancarkan buku baru kelolaan kartunis Zunar, 'Perak Darul Kartun") Nizar yang mengagumi karya yang dihasilkan pasukan kartunis Zunar itu turut berharap agar usaha yang dilakukan itu dapat membantu Pakatan Rakyat sebagai "Government In Waiting". "Saya berdoa mudahan-mudahan pendekatan yang dibuat oleh Zunar dan rakan-rakannya akan membantu memudahkan Pakatan Rakyat untuk terus ke Putrajaya. "Saya juga berdoa supaya Allah memberikan ransangan kreativiti kepada mereka untuk menghasilkan karya yang tulen, bukan dicedok dari mana-mana sumber," katanya lagi. Nizar juga menyifatkan lukisan-lukisan dalam "Perak Darul Kartun" itu sebagai "kena dengan situasi" yang berlaku di Perak ketika ini iaitu rampasan kuasa oleh Umno BN. Sementara itu, Zunar dalam ucapannya berkata, hasil karya pasukannya itu merupakan satu bentuk dimensi baru dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. "Apa yang kami buat ini merupakan dimensi baru dalam perjuangan ini. Jika ahli politik kita berjuang melalui ceramah dan perbahasan di parlimen, kami pula berperanan dalam perjuangan melalui karya kami," katanya. Zunar juga menegaskan, para kartunis harus menyatakan pendirian mereka berhubung apa jua krisis yang melanda negara ini melalui karya mereka. "Kami para kartunis berpendirian, kartunis-kartunis di negara ini tidak boleh berdiam diri dalam setiap isu dan krisis yang melanda negara. Jika orang lain seperti sasterawan negara, seniman negara dan ahli politik bangun menyuarakan kebenaran, mana mungkin kartunis boleh berdiam diari," tegasnya. Beliau turut menyifatkan pasukan kartunisnya sebagai berbeza dengan kartunis-kartunis lain kerana mereka melukis ikhlas dari hati dan berani menyatakan kebenaran, bukan untuk mengejar wang ringgit semata-mata. "Saya nyatakan pasukan kartunis saya berbeza dari kartunis lain kerana mereka berkarya dan melukis ikhlas dari hati. Tidak seperti kartunis lain yang hanya mahukan wang. Ada kartunis yang popular, tapi kuat mengampu. "Bila berkarya dengan hati yang iklhlas, kita tidak akan terjejas dengan apa-apa ugutan," ujarnya. Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR, ADUN Hulu Klang, Saari Sungip, dan ADUN Batu Caves, Amirudin Saari serta lebih seratus orang penyokong dan pencinta kebebasan bersuara. Nizar sebagai tetamu khas turut melancarkan Perak Darul Kartun disusuli dengan majlis tandatangan beliau, ADUN-ADUN serta Zunar sendiri ke atas muka depan buku berkenaan. Majlis gamat seketika dengan kehadiran maskot "katak berwarna biru dan berlambangkan wang" dan Nizar diminta memukul katak berkenaan sebagai simbolik kepada penolakan tindakan lompat parti dan rasuah yang diamalkan Umno BN. Selepas majlis tandatangan, Nizar bersama tiga tetamu yang lain dihadiahkan t-shirt "Gedung Kartun" dan mereka terus menyarungkannya ke badan masing-masing. Hadirin yang hadir tadi juga berpeluang mendapatkan buku-buku dan t-shirt terbitan Sepakat Efektif di gerai yang dibuka serta mendapatkan autograf Nizar dan Zunar. Turut bersama Zunar petang tadi ialah kartunis Jonos, (Nor Azlin Ngah), Orang-orang (Azlan Isa), Enot serta beberapa lagi kartunis lain. "Perak Darul Kartun" adalah komik terbaru hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar). Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartunnya mempunyai masalah dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu. Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin. Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN. Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama "Datuk Nazak", slot "Negaraku" dan tiga muka surat karya Enot bertajuk "Nostalgia 98" yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus. Ruangan "Selangor Tanahairku" diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan._harakahdaily.net |
Khamis, 10 Disember 2009
Artikel 'India suka kecoh' diadu kepada polis
Kemaskini 2.52pm Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.
Biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.
"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.
"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.
Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.
Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.
Seorang aktivis Angkatan Muda PKR cabang Batu, V Ravindran, turut membuat aduan berhubung isu tersebut di balai berkenaan bersama Padmanathan dan empat lagi rakannya kira-kira jam 11.10 pagi ini.
Dalam aduannya, Padmanathan (tiga dari kiri) mendakwa artikel itu "mengandungi unsur-unsur cemuhan terhadap masyarakat India dan memburuk-burukkan sikap mereka".
"Akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India.
"Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India," laporan polis itu dipetik.
Ravindran (dua dari kanan), dalam aduannya pula, mendakwa "artikel tersebut mengandungi komen-komen yang berbau perkauman serta memburuk-burukkan kaum India di negara ini" dan bercanggahan dengan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh perdana menteri.
Dalam sidang media selepas itu, Padmantahan mendesak Zaini memohon maaf kepada masyarakat India.
_malaysiakini bm
Telefon: Banduan dilarang guna bahasa ibunda
Banduan Penjara Seremban hanya dibenarkan bertutur dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris ketika membuat panggilan telefon kepada anggota keluarga mereka, demikian dakwaan seorang bekas banduan.
Dia yang menjalani hukuman penjara selama enam bulan, membuat aduan tersebut kepada ADUN DAP Bukit Payang, Cha Kee Chin.
Bekas banduan tersebut (foto-kiri) memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa warden akan memutuskan perbualan telefon jika banduan bercakap dalam bahasa ibunda mereka.
Apabila Cha menyemaknya dengan seorang pegawai penjara tersebut, wakil rakyat DAP itu diberitahu bahawa peraturan itu diperkenalkan atas tujuan keselamatan.
Alasan yang diberikan ialah tidak ada warden di situ yang memahami bahasa lain, sedangkan panggilan telefon berkenaan perlu dipantau.
Bagaimanapun, Cha tidak yakin dengan alasan tersebut.
Menurutnya, pihak berkuasa penjara boleh merakamkan perbualan banduan dan kemudiannya mendapatkan khidmat jurubahasa untuk menyemak kandungannya.
Cha juga memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa banduan India dan Cina telah mengadu perkara itu kepadanya.
Beliau turut membaca satu surat terbuka dari seorang banduan berbangsa Cina yang masih menjalani hukuman, yang mendakwa peraturan itu bertujuan untuk mendiskriminasikan banduan bukan Melayu.
Cha menegaskan bahawa hak untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dijamin dalam perlembagaan persekutuan, termasuk di kalangan banduan.
"Peraturan ini melanggar hak asasi manusia. Melarang banduan berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka dengan anggota keluarga sendiri adalah tidak wajar," katanya.
Wakil rakyat DAP itu merancang untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung isu tersebut._malaysiakini bm

Rabu, 9 Disember 2009
Nazri: Dr M 'bapa segala perkauman'
S Pathmawathy
Hari ini, beliau diberi gelaran baru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'.
Hari ini, Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).
Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.
Semalam, Dr Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawtan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.
Nazri pula menjawab, oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah 'bapa segala perkauman' kerana menjadi presidennya selama 22 tahun._malaysiakini bm
Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai "Bapa Pemodenan".
Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'.
Hari ini, Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).
Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.
Nazri pula menjawab, oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah 'bapa segala perkauman' kerana menjadi presidennya selama 22 tahun._malaysiakini bm
Pengikut Ashaari disekat promosi poligami
Salhan K Ahmad
Nasib yang menimpa Rufaqa Corporation – diisytiharkan haram kerana cuba menghidupkan gerakan Al-Arqam – dibimbangi akan berulang ke atas sebuah syarikat baru yang dibangunkan oleh pengikut-pengikut Ashaari Muhammad.
Perkembangan syarikat baru yang didaftarkan sebagai Global Ikhwan Sdn Bhd, yang ditubuhkan sejak hampir setahun lalu, dikesan mula dikekang oleh pihak berkuasa apabila ia mula bertindak mendaftar ahli-ahlinya.

Pengarahnya syarikat itu Hatijah Aam berkata usaha itu dikesan apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mendaftarkan sebuah kelab yang dianjurkan oleh syarikat itu.
Hatijah, seorang isteri Ashaari, menjelaskan usaha untuk mendaftarkan Kelab Poligami Ikhwan itu dihalang selepas kelab tersebut dilancarkan Ogos lalu dalam satu majlis di Bandar Country Homes, Rawang – lokasi baru kegiatan bekas pengikut Arqam.
"Pada bulan Ogos itu kami lancarkan untuk tengok sambutan. Alhamdulillah, sambutannya baik apabila dilaporkan dalam media. Tetapi ada menteri yang tidak setuju dengan kelab ini, jadi usaha untuk daftar pun tidak berjaya," katanya lagi.
Hatijah berkata demikian sebagi merujuk kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilaporkan menyebur penubuhan kelab sedemikian "tidak berfaedah" dan "tidak mempunyai hala tuju positif."
Reaksi lain termasuklah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang dilaporkan menyebut, individu yang mengamalkan poligami tidak seharusnya berbangga sehingga menubuhkan kelab.
Jamil juga dilaporkan berkata, kepentingan harus diletakkan kepada pelaksanaan poligami itu supaya mengikut lunas Islam, dan bukannya terhadap penubuhan kelab atau persatuan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Hatijah berkata, polis Bukit Aman juga telah menasihati beliau supaya kelab tersebut tidak ditubuhkan kerana bimbang akan "menimbulkan salah faham" di kalangan masyarakat.
"(Bukit Aman) tidak mahu timbul masalah kerana sejarahnya sebelum ini Rufaqa pun telah diharamkan kerana mengamalkan ajaran sesat. Jadi kami dinasihatkan untuk daftar syarikat lain," katanya.
Jelasnya, kebimbangan berhubung kelab tersebut dipercayai wujud kerana ia dikhuatiri menjadi medan baru untuk menghidupkan semula ajaran-ajaran Ashaari.
"Mereka bimbang platform motivasi kepada ahli kelab (secara tertutup) ini kami gunakan untuk mencari pengaruh dan sejarah mungkin berulang. Jadi Kelab Poligami Ikhwan kita hentikan dulu.
"Sekarang kami tumpukan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan sebab masyarakat lebih yang suka kepada aktiviti-aktiviti ekonomi kami," kata Hatijah ketika dihubungi._malaysiakini bm

Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah - Nazri Aziz
| Dzulfikar Mashoor & Shukri Mohamad |
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Perdebatan kontroversi berhubung modul Biro Tata Negara menyaksikan Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir saling bertikam lidah. Nazri menuduh Mahathir sebagai rasis Melayu kerana tidak menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak modul BTN agar selari dengan konsep 1Malaysia. Sebagai maklum balas, Mahathir pula meminta Nazri meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana didakwa tidak petriotik Melayu. Nazri pagi tadi menyifatkan kritikan Mahathir belakangan ini seolah-olah mahu menjadi Perdana Menteri semula, menggantikan Najib. "Waktu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) jadi Perdana Menteri dulu, semuanya (polisi kerajaan) tak betul. Seolah-olah dia (Mahathir) saja yang betul. Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah," soalnya. Beliau turut mengkritik tindakan Mahathir mempertikai kepemimpinan Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Dulu masa kita (Umno) kata jangan berhenti (dari jadi Perdana Menteri), dia juga yang nak berhenti. Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia mula suruh orang lain (Abdullah) pula berhenti." Beliau juga menasihatkan Mahathir supaya menyokong kepemimpinan Najib. "Dulu, masa orang sokong kita (Mahathir), sekarang masa kita (Mahathir) sokong orang (Najib) pula," soalnya. Beliau juga menganggap kritikan Mahathir belakangan ini banyak menguntung pembangkang. "Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia serang kita (Umno) pula, lebih teruk daripada pembangkang," sindirnya lagi. "Hari ini, pembangkang tidak perlu buat kerja, cukup dengan Dr. Mahathir saja, semuanya (polisi kerajaan) tidak betul." Pun begitu, Nazri mengakui sumbangan Mahathir dalam Umno dan kerajaan sebelum ini. Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk. Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri. Pertikaman lidah antara dalam kalangan beberapa pemimpin terbabit tersebut sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya pada pluralisasi kaum melalui konsep 1Malaysia_harakahdaily.net |
Selasa, 8 Disember 2009
Mayat wanita tertiarap dalam longkang
CHERAS - Seorang wanita berbangsa India ditemui mati tertiarap di dalam longkang di kawasan tanah perkuburan cina Taman Counnougt pagi semalam.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui lengkap berpakaian seluar panjang dan berbaju gelap oleh penjaga kubur di kawasan tersebut kira-kira jam 9 pagi.
Asisten Komisioner Ahmad Amir Hamzah berkata, mangsa ditemui tertiarap di dalam longkang dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan kepala.
“Pihak polis mempercayai mangsa dipukul menggunakan objek tumpul berikutan kesan kecederaan yang dialaminya,
“Tiada sebarang senjata ditemui di kawasan kejadian. Polis juga menolak kemungkinan mangsa dirogol berdasarkan keadaan mayat yang ditemui,” katanya.
Tambah beliau, pihak polis juga tidak menemui sebarang identiti pengenalan mangsa dan dipercayai dibunuh antara tengah malam hingga awal pagi semalam.
Sepasang kasut dipercayai milik mangsa turut ditemui kira-kira 20 meter daripada lokasi mayat ditemui.
Sementara itu seorang lelaki India tampil ke lokasi kejadian dan mendakwa rakan kepada mangsa. Difahamkan mangsa menetap di Taman Desa, Jalan Klang Lama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih lagi dalam siasatan._sinarharian

Isnin, 7 Disember 2009
8 syarikat saman Mara
| KUALA LUMPUR, 7 Dis: Lapan syarikat menyaman Mara untuk menuntut gantirugi RM381 juta di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman yang difailkan pada 2003 lalu dibicarakan dalam kamar Datuk Zakaria Sam hari ini untuk tentukan isu undang-undang. Syarikat itu adalah Indera Perabut, Medan Data, Adi Wood, Almawood Industries, Ikrar Teguh, Phoenix Calibre, Perabot Wilayah Utara dan CT Max. Kesemua mereka mendakwa Mara gagal dalam tanggungjawabnya menyediakan pusat kemudahan guna sama atau PKG yang menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi untuk siapkan projek perabot mereka. Hasilnya, Mara telah menyaman mereka kerana tidak membayar hutang. Kini mereka menyaman Mara kerana kegagalan Mara laksanakan fungsinya untuk membolehkan projek perabot mereka berjalan dengan baik. Mahkamah Pulau Pinang akan putuskan lapan Januari depan samada untuk menerima atau tidak isu undang-undang Mara bertanggungjawab siapkan PKG. "Jika hakim putus Mara bertanggungjawab, segala tuntutan lapam syarikat itu akan diterima dan taksiran akan dibuat berdasarkan tuntutan plaintif," kata peguam plaintif Shuhaimi Mat Hashim selepas bersidang dalam kamar dengan hakim dan peguam defendan. 8 syarikat itu diwakili oleh Shuhaimi Mat Hashim manakala Mara diwakili 4 syarikat guaman. Isu undang-undang yang akan diputuskan hari ini adalah "Adakah Mara bertanggungjawab memastikan PKG disiapkan dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari, 1998 dan adakah Mara telah gagal, mungkir dan melakukan perbuatan pecah kontrak mengenai penyiapan dan operasi PKG seperti dijanjikan Mara yang kena disiapkan dan hendaklah beroperasi sepenuhnya oleh Mara pada 1 Januari, 1998." "Seterusnya adakah akibat daripada kegagalan Mara mengenai PKG maka sebabkan aktiviti perniagaan lapan syarikat tidak boleh berjalan seperti yang dirancang kerana PKG tersebut adalah asas utama kepada pelaksanaan terma dan syarat perjanjian dan kerjasama pengeluaran perabot set meja makan." _harakakahdaily.net |
Ahad, 6 Disember 2009
Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi
| Dzulfikar Mashoor |
| GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri. "Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All. Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut. "Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka." Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. "Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah." Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib. "Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz "Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya." "Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat." Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman. Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. "Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya._harakahdaily.net |
K'jaan digesa ampun pekerja asing
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memohon kerajaan untuk mengisytiharkan pengampunan bagi membolehkan sejumlah 2.1 pekerja asing tanpa izin meninggalkan negara ini.
Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata langkah ini merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini.
Beliau berkata program pengampunan terakhir pada 1 Julai 2004 hingga Februari 2005 amat berjaya dengan 230,000 pekerja tanpa izin pulang ke negara masing-masing secara sukarela.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata MTUC menerima ratusan permohonan daripada pekerja seumpamanya terutamanya mereka yang tempoh visa telah tamat dan berhasrat pulang ke negara asal mereka.
Menurut beliau, kos untuk mendapatkan dokumen berkenaan agak tinggi dan pekerja berkenaan tidak mampu.
Katanya pekerja perlu membayar sejumlah RM2,000 untuk mendapat dokumen berkenaan, meliputi denda RM300 kerana tinggal melebihi tempoh, RM600 untuk tiket penerbangan dan RM1,100 bagi pemprosesan permohonan menerusi agen-agen khusus.
Di bawah program pengampunan, pekerja tidak perlu membayar apa-apa kerana kos penghantaran balik akan ditanggung oleh kerajaan negara asal mereka.
Balasubramaniam berkata program pengampunan akan memberi manfaat kepada negara kerana ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan, mengurangkan jumlah depoh tahanan, penempatan semula pegawai penguatkuasa, risiko lebih rendah penularan penyakit berjangkit dan membantu pekerja asing daripada dieksploitasi majikan tidak bertanggungjawab.
Selain itu, Malaysia juga memperoleh jalinan hubungan muhibbah persatuan pekerja di kedua-dua negara ini dan negara asal pekerja, katanya. - Bernama_malaysiakini bm

Sabtu, 5 Disember 2009
Demonstrasi: Lapor polis untuk ketenteraman, bukan menghalang
| Dzulfikar Mashoor |
| KUALA LUMPUR, 4 Dis: Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Baihaqi Atiqullah menjelaskan laporan polis yang dibuat pihaknya berhubung demonstrasi Umno Kelantan di hadapan bangunan Kota Darul Naim bukan berniat menghalang mana-mana perhimpunan rakyat. Sebaliknya, beliau berpendapat mana-mana perhimpunan yang mahu diadakan perlu mengikut peraturan serta mendapatkan permit Polis terlebih dahulu. "Nak berhimpun, kita (Pemuda) tidak ada masalah. Sebagaimana kita (Pemuda PAS) diminta dapatkan permit polis, kita minta (Umno Kelantan) buat permintaan (permit berhimpun) yang sama,"jelasnya. Jelasnya lagi, keputusan membuat laporan Polis tersebut demi memastikan ketenteraman awam terpelihara. "Kita buat (laporan) kerana tidak mahu ada gangguan ketenteraman awam di SUK (Bangungan Setiausaha Kerajaan Negeri)," jelasnya. Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berkata, Perhimpunan 10 ribu menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi ini turut dimaklumkan kepada Polis. "Kita pun maklum kepada Polis...kita (Pemuda PAS) ambil kesempatan dengan perhimpunan biasa yang sah pagi ini (iaitu kuliah Jumaat)." Beliau berketa demikian ketika diminta mengulas kritikan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung laporan polis yang dibuat Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPK) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang berhubung dua perhimpunan tanpa permit di kedua-dua negeri terbabit Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithin berpendapat laporan polis tersebut adalah cubaab menghalang perhimpunan rakyat, sebagaimana yang dijamin perlembagaan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948(UHDR). Dakwanya lagi, amalan mendapatkan permit berhimpun daripada Polis merupakan amalan Umno dan BN demi mengekang suara rakyat. "Orang yang nak desak satu-satu perhimpunan perlu ada permit Polis macam Umno. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu ikut Umno menghalang perhimpunan aman," ujarnya. Kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat katanya seharusnya bersikap terbuka dalam aksi demontrasi rakyat, termasuk Umno sendiri. "Demontrasi rakyat tidak kira mana pihak sekalipun, walau datangnya dari Umno, kerajaan perlu bersikap terbuka." "Kalau dulu sebelum memerintah, pembangkang (Pakatan Rakyat) selalu melaung-laungkan kebebasan berhimpun (walaupun) tanpa permit Polis, kenapa hari ini mendesak pihak yang dibangkang (Umno/BN) mendapatkan permit Polis terlebih dahulu," ujarnyalagi. Beliau yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) meminta pihak yang terbabit menarik semula laporan polis dan segera meminta maaf kepada rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Amir Ghazali pula dalam responnya memberitahu laporan polis yang dibuat pihaknya bukan berniat menghalang perhimpunan tanpa permit. Sebaliknya, laporan tersebut berkaitan tindakan pemuda Umno negeri menggoncang pagar Dewan Undangan Negeri (DUN), yang didakwa berunsurkan provokatif. "Kita buat laporasn polis bukan kerana perhimpuan haram...kita buat laporan Polis kerana provokasi pemuda Umno menggoncang pagar DUN Pulau Pinang." Jelasnya, tindakan provokasi itu sekali gus seolah-olah menghina kewibawaan DUN dan kerajaan yang memerintah. Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya turut membuat laporan polis berkaitan laporan palsu TV3 kononnya perhimpunan pemuda Umno tersebut ekoran sikap kerajaan negeri membohongi rakyatnya. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa AMK menggalakkan sebarang perhimpunan aman sebagaiman yang dijamin dalam Perlembagaan dan UHDR. Isnin lepas, lebih 100 pemuda Umno negeri melancarkan demontrasi di depan DUN Pulau Pinang. Demontrasi tersebut ekoran beberapa tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak menguntungkan rakyat. Selasa lepas, lebih 100 pemuda Umno negeri berhimpun di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) membantah kepemimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bantahan tersebut ekoran kenyataan Nik Aziz menyeru rakyat berdoa agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dibinasakan kerana enggan memberikan hak menguruskan wang royalti minyak negeri itu._harakahdaily.net |
Jumaat, 4 Disember 2009
Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'
Abdul Rahim Sabri

Kemaskini 5.50pm Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) membantah program Biro Tatanegara (BTN) dengan mendakwa ia satu bentuk "maksiat" kepada Allah apabila kursusnya menjurus kepada unsur mendewa-dewakan pemimpin negara secara "membabi buta".
"Daripada pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara," satu risalah kumpulan itu dipetik.
"Dengan kata lain menyemai perasaan 'assabiyyah (perkauman) dan wathaniyah (kebangsaan) yang jelas diharamkan oleh Islam.
"Indoktrinasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada (kini) memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua."

Risalah dua halaman bertajuk 'Indoktrinasi Yang Menyimpang Wajib Dibetulkan' diedarkan di beberapa masjid di ibu kota ketika solat Jumaat hari ini, antaranya Masjid Negara, masjid Bangsar dan masjid Kampung Baru.
Malaysiakini menyaksikan kira-kira 20 aktivis perkumpulan Islam antarabangsa itu, yang ditubuhkan pada 1950-an untuk menegakkan sistem khalifah Islam, mengedarkan risalah sehelai itu sebelum dan selepas solat di Masjid Negara.
Memetik tulisan risalah tersebut, HTM berkata kursus BTN sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman terhadap bangsa Melayu, lalu menyeru orang-orang Melayu "memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanahair tidak tergadai."
"Pendek kata, dalam (kursus) BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN," risalah itu dipetik.
Dengan menyifatkan BTN "satu senjata perang saraf kerajaan", Hizbut Tahrir berkata perdana menteri sendiri "tidak senang duduk dengan pendedahan (keburukan) ini."
"Siapa tidak tahu tentang propaganda Umno menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut?
"Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor," kata organisasi itu dalam risalah tersebut.

HTM juga menggesa umat Islam menegur dan membetulkan pemimpin daripada terus melakukan perkara maksiat itu.
"Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin.
"Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak rakyat, mengabai kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang daripada hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah".
Risalah Suara Kebangkitan (atau Shoutul Nahdhah), yang mendapat permit penerbitan mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut memetik maksud al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah mereka berhubung biro kontroversi bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Ketua Cawangan HTM Kuala Lumpur Ahmad Kori Shafie, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan risalah tersebut memang diterbitkan oleh kumpulannya Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN).
Sebelum ini, tambahnya, HTM juga sering menerbit dan mengedarkan risalah yang menjelaskan pendirian mereka di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan umat Islam ketika hari Jumaat.

Setiap edisi termasuk edisi terbaru ini, kumpulannya sebagai mewakili HTM mengedarkan 10,000 keping risalah, tambahnya
Ahmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya.
Ahmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya.
_malaysiakini bm
Kes Nirmala: Surirumah dipenjara 12 tahun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman penjara 18 tahun kepada 12 tahun terhadap surirumah Yim Pek Ha yang
didapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia, Nirmala Bonat pada 2004.
Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah juga membenarkan permohonan lisan peguam Yim, Datuk Jagjit Singh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman walaupun dibantah oleh timbalan pendakwa raya Rozela Raja Toran.

Yim, yang mempunyai empat orang anak berusia antara empat dan 11 tahun, kelihatan menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hakim.
Azman, dalam penghakimannya, berkata setelah meneliti fakta kes dan rayuan, beliau mengekalkan penyabitan Yim, 41, untuk pertuduhan pertama dan kedua.
Beliau berkata mahkamah telah mengambil kira hukuman maksimum 20 tahun bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan hakim Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 18 tahun untuk setiap pertuduhan telah sampai kepada hukuman paling tinggi boleh dikenakan bawah seksyen tersebut.
"Setelah meneliti fakta kes dan kecederaan yang dialami oleh mangsa serta rayuan pihak pembelaan bahawa tertuduh merupakan pesalah pertama serta mempunyai empat orang anak yang masih kecil, dengan ini saya mengurangkan hukuman penjara untuk kedua-dua pertuduhan ini daripada 18 tahun kepada lima tahun," kata Azman.
Bagaimanapun Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan, berbanding dengan perintah Mahkamah Sesyen yang merintahkan untuk berjalan secara serentak.
Azman berkata beliau akan memberikan alasan penghakimannya secara lebih terperinci kemudian.
Pada 27 Nov tahun lepas, Yim didapati bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Nirmala menggunakan seterika dan satu lagi tuduhan menyimbah air panas terhadap mangsa di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.
Bagi pertuduhan ketiga, hakim membenarkan rayuan Yim untuk menggugurkan penyabitan dan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana kekeliruan dalam kertas pertuduhan.
Beliau berkata ini berdasarkan keterangan Nirmala di mahkamah yang menyatakan kejadian beliau diserang dengan seterika berlaku pada Mac dan bukan pada April.
Pihak pendakwaan seharusnya meminda kertas pertuduhan tetapi telah gagal berbuat demikian, kata hakim.
Sementara itu bagi pertuduhan keempat, Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dengan menyabitkan Yim atas pertuduhan mencederakan Nirmala dengan sebiji cawan besi di tempat yang sama pada 17 Mei 2004.
Untuk tuduhan ini Yim dipenjara dua tahun dan hukuman berjalan secara berasingan dengan hukuman sebelum ini. Sebelumnya beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.
Azman, dalam penghakimannya, turut menyatakan bahawa ketika Nirmala memberi keterangan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda mempunyai penyakit sawan atau tidak siuman.
"Keterangan Nirmala mengenai kecederaan yang dialaminya adalah sejajar dengan laporan perubatan dan keterangan pakar serta beliau tidak mempunyai peluang untuk mengadu kepada sesiapa mengenai penderaan yang dilakukan kepadanya," kata beliau.
Azman juga berkata secara logiknya sebagai seorang ibu, Yim seharusnya menjaga pembantu rumahnya dengan baik.
"Berdasarkan gambar-gambar yang dikemukakan, kesakitan yang dialami oleh mangsa tidak boleh digambarkan langsung," kata hakim.
Azman mengingatkan Yim bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau adalah memberi ingatan dan pengajaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perbuatan seperti itu terutamanya pada yang lemah.
"Apatah lagi terhadap isteri, kanak-kanak, orang gaji dan mahupun terhadap binatang," tegasnya.
Selepas keputusan itu, Raja Rozela berkata beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman penjara tersebut. BERNAMA_malaysiakini bm

Khamis, 3 Disember 2009
Chin Peng sedia berdepan tribunal jenayah perang
Low Chia Ming
Bekas setiausaha agung PKM itu - yang kini sudah berusia 85 tahun - menyuarakan kesediaannya itu ketika diwawancara Malaysiakini selepas majlis ulangtahun Perjanjian Damai Hatyai yang ke-20, di Hatyai Isnin lalu.
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng bersedia dihadapkan ke tribunal jenayah perang sekiranya ianya benar-benar adil dan bebas.
"Jika ianya sebuah mahkamah yang benar-benar adil dan bebas, saya akan hadir.
"Tetapi ia mustahil (adil dan bebas). Jika hakim-hakim dilantik oleh kerajaan Malaysia, saya tidak akan hadir," katanya.
Ditanya sama ada rakan-rakan seperjuangannya yang lain, juga harus dihadapkan ke tribunal tersebut, Chin Peng menjawab:
"Itulah masalahnya, (saya didiskriminasi) hanya kerana saya bukan Melayu."
Bila diberitahu bahawa Abdullah CD pernah mengakui dalam memoirnya mengenai serangan ke atas sebuah balai polis di Pahang, Chin Peng berkata seingatnya, beliau tidak pernah membunuh seorang pun orang awam.
Sewaktu zaman darurat, katanya, pihak tentera dan polis juga telah membunuh ramai orang.
"Tetapi mengapa hanya saya sahaja yang harus berdepan dengan semua tuduhan tersebut?" soalnya.
Sewaktu darurat, menurut Chin Peng, British berperang hanya untuk mengekalkan kuasa penjajahannya manakala anggota PKM pula pejuang sebenar untuk kebebasan dan kemerdekaan negara.
Mengenai dakwaan yang beliau tidak pernah memohon untuk pulang ke Malaysia - sewaktu tempoh setahun yang diberikan untuk berbuat demikian selepas Perjanjian Damai Hatyai - Chin Peng berkata, beliau telah memohon tetapi telah dipermain-mainkan oleh para pegawai Malaysia.

"Mereka minta saya jumpa (mereka) di sempadan, tetapi selepas tiga jam berkejar ke beberapa lokasi (yang disuruh), tidak ada pun wakil rasmi. Walaupun lama menunggu, tiada seorang pegawai pun yang muncul," tambahnya.
Berikutan itu, katanya, beliau merasa seperti 'diperbodoh-bodohkan' dan serik untuk berbuat demikian lagi.
Chin Peng juga berkata, tidak guna baginya membuat bantahan secara terbuka mengenai layanan buruk terhadapnya itu kerana media juga dikawal oleh pihak kerajaan.
Ditanya mengenai beliau yang tidak dapat menunjukkan rekod kelahirannya untuk membuktikan beliau rakyat Malaysia, Chin Peng berkata, beliau tidak pernah menyangka yang soal kewarganegaannya akan dipertikaikan.
"Saya dilahirkan di Malaysia, maka tentunya saya termasuk dalam mereka 'yang berasal dari Malaysia' seperti yang disebut dalam Perjanjian Damai Hatyai," katanya.
Menurutnya, jika pihak berkuasa meminta bukti kewarganegaraannya sewaktu rundingan damai tersebut, sudah tentu beliau akan meminta keluarganya menadpatkan bukti-bukti yang diperlukan.
Ditanya mengapa kerajaan sendiri tidak menyemak perkara itu dalam arkib pendaftaran negara, Chin Peng mengesyaki rekod kelahirannya telah dimusnahkan.
Chin peng juga menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta bantuan Thailand untuk menyelesaikan pertikaian beliau dan kerajaan Malaysia itu.
Beliau berkata, masalahnya adalah dengan kerajaan Malaysia dan menurutnya, adalah tidak betul untuk meminta negara lain campur tangan.
Lagi pula, katanya, kepimpinan kerajaan Thailand sekarang mungkin tidak bersedia untuk membantunya.
Tambahnya, pucuk pimpinan di Thailand sudah bertukar tangan. "Jika Chavalit (Yongchaiyudh) masih berkuasa, saya boleh cuba."
Chavalit adalah bekas panglima angkatan tentera Thailand yang menandatangani Perjanjian Damai Hatyai dan bekas perdana menteri Thailand.
Chin Peng - kini seorang datuk berusia 85 tahun - teringin sekali pulang ke tanahairnya.
Berasal dari Sitiawan, Perak, Chin Peng yang nama sebenarnya, Ong Boon Hua, mahu pulang menziarahi kubur ibubapanya serta kembali ke pangkuan keluarganya.
Tetapi kerajaan Malaysia berkeras tidak membenarkan beliau pulang, atas alasan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah dibubarkan itu, tidak boleh dimaafkan atas kekejaman pasukan tersebut.
Chin Peng yang kini tinggal di Thailand, tidak menolak kemungkinan bahawa bangsa menjadi faktor di sebalik punca beliau seorang sahaja anggota KPM yang dilarang pulang ke Malaysia.
Ditanya mengapa kerajaan Malaysia menentang kepulangannya, bapa dua orang anak itu, pada mulanya menjawab bahawa ia satu soalan yang sukar untuk dijawab.
Tetapi apabila kes Abdullah CD (kiri) disebut, di mana bekas pengerusi PKM itu dibenarkan pulang serta diterima mengadap Sultan Perak, Chen Peng tidak menolak kemungkian ia disebabkan oleh diskriminasi kaum.
"Mungkin (ia disebabkan) saya bukan Melayu," katanya.
Ditanya, sama ada beliau merasakan kepulangannya akan memberi impak kepada suasana politik negara ini, sekiranya dia pulang lama dahulu, Chin Peng berkata: "Ya, saya mungkin membabitkan diri dalam aktiviti politik dan memimpin pihak pembangkang.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa suasana politik negara sudah banyak berubah dan mungkin tiada lagi peranan yang boleh dimainkannya._malaysiakini bm
Berikutan itu, katanya, beliau merasa seperti 'diperbodoh-bodohkan' dan serik untuk berbuat demikian lagi.
Chin Peng juga berkata, tidak guna baginya membuat bantahan secara terbuka mengenai layanan buruk terhadapnya itu kerana media juga dikawal oleh pihak kerajaan.
Ditanya mengenai beliau yang tidak dapat menunjukkan rekod kelahirannya untuk membuktikan beliau rakyat Malaysia, Chin Peng berkata, beliau tidak pernah menyangka yang soal kewarganegaannya akan dipertikaikan.
"Saya dilahirkan di Malaysia, maka tentunya saya termasuk dalam mereka 'yang berasal dari Malaysia' seperti yang disebut dalam Perjanjian Damai Hatyai," katanya.
Menurutnya, jika pihak berkuasa meminta bukti kewarganegaraannya sewaktu rundingan damai tersebut, sudah tentu beliau akan meminta keluarganya menadpatkan bukti-bukti yang diperlukan.
Ditanya mengapa kerajaan sendiri tidak menyemak perkara itu dalam arkib pendaftaran negara, Chin Peng mengesyaki rekod kelahirannya telah dimusnahkan.
Chin peng juga menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta bantuan Thailand untuk menyelesaikan pertikaian beliau dan kerajaan Malaysia itu.
Lagi pula, katanya, kepimpinan kerajaan Thailand sekarang mungkin tidak bersedia untuk membantunya.
Tambahnya, pucuk pimpinan di Thailand sudah bertukar tangan. "Jika Chavalit (Yongchaiyudh) masih berkuasa, saya boleh cuba."
Chavalit adalah bekas panglima angkatan tentera Thailand yang menandatangani Perjanjian Damai Hatyai dan bekas perdana menteri Thailand.
Chin Peng - kini seorang datuk berusia 85 tahun - teringin sekali pulang ke tanahairnya.
Berasal dari Sitiawan, Perak, Chin Peng yang nama sebenarnya, Ong Boon Hua, mahu pulang menziarahi kubur ibubapanya serta kembali ke pangkuan keluarganya.
Tetapi kerajaan Malaysia berkeras tidak membenarkan beliau pulang, atas alasan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah dibubarkan itu, tidak boleh dimaafkan atas kekejaman pasukan tersebut.
Chin Peng yang kini tinggal di Thailand, tidak menolak kemungkinan bahawa bangsa menjadi faktor di sebalik punca beliau seorang sahaja anggota KPM yang dilarang pulang ke Malaysia.
Ditanya mengapa kerajaan Malaysia menentang kepulangannya, bapa dua orang anak itu, pada mulanya menjawab bahawa ia satu soalan yang sukar untuk dijawab.
"Mungkin (ia disebabkan) saya bukan Melayu," katanya.
Ditanya, sama ada beliau merasakan kepulangannya akan memberi impak kepada suasana politik negara ini, sekiranya dia pulang lama dahulu, Chin Peng berkata: "Ya, saya mungkin membabitkan diri dalam aktiviti politik dan memimpin pihak pembangkang.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa suasana politik negara sudah banyak berubah dan mungkin tiada lagi peranan yang boleh dimainkannya._malaysiakini bm
Aduan polis isu RM10 juta milik MB N. Sembilan
Abdul Rahim Sabri
Walaupun menteri besar Negeri Sembilan sedang disiasat Bank Negara berhubung dakwaan pemindahan wang RM10 juta ke luar negara, ia tidak menghalang satu aduan polis isu yang sama dibuat lagi di Bukit Aman.
Datuk Seri Mohamad Hassan, dikaitkan dengan kegiatan itu, apabila bank pusat Malaysia membatalkan 20 lesen perniagaan pengurup wang hujung Oktober lalu.
Beliau didakwa memindahkan wang tersebut pada Mac tahun lalu melalui syarikat Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd.

Bank Negara menyatakan syarikat pengurup wang itu melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya dibatalkan pada 26 Oktober lalu.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membawa perkara tersebut ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman pagi tadi bersama dua lagi isu.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membawa perkara tersebut ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman pagi tadi bersama dua lagi isu.
Isu-isu itu: Dakwaan pembabitan adik perdana menteri dalam pertukaran akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian yang mengaitkan hubung Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu dan juga dakwaan seorang setiausaha politik perdana menteri dengan politik wang dalam Umno.
Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin, yang membuat aduan tersebut, mempertikaikan tindakan Bank Negara yang telah membatalkan lesen Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd tetapi "tiada tindakan terhadap Mohamad yang menghantar wang dan penerima wang tersebut."
"Tindakan menghantar wang tunai dalam jumlah yang besar adalah menstabotaj ekonomi dan mengkhianati negara.
"Jabatan Siasatan Jenayah Komersil didesak memulakan siasatan berkenaan perkara ini," katanya, yang juga seorang pemimpin PKR yang berasal dari negeri itu.
Badrul Hisham, yang dikenali Chegu Bard, menyerahkan satu dokumen 52 halaman berhubung ketiga-tiga kes tersebut.
"Laporan ini juga sebagai 'ujian litmus' kepada ketua polis negara (Tan Sri Musa Hassan) dan institusi Polis Diraja Malaysia itu sendiri sama ada benar-benar bebas atau sekadar alat kepada rejim pemerintah," tambahnya.
Beliau berharap aduannya ini disiasat tanpa kepentingan politik atau kumpulan tertentu demi menjamin kepentingan negara dan rakyat seluruhnya._malaysiakini bm

Misteri di sebalik 'Task Force 2010'
Jimadie Shah Othman
Bagaimanapun, setiap kali dihubungi, kakitangan pejabat itu berkata Wan Abu Bakar "ada tetamu dan tidak dapat menjawab panggilan" dan "sedang bermesyuarat".
Berikutan itu, Malaysiakini berkunjung ke pejabat pasukan petugas itu semalam, yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Jalan Aman, Kuala Lumpur.
Usaha mencari pejabat tersebut agak sukar kerana tiada papan tanda dipasang, begitu juga dengan nombor rumah tersebut.
Berikutan itu, wartawan terpaksa bertanya kepada penduduk yang ditemui di situ.
Apabila ditanya mengenai "rumah askar", lelaki tersebut berfikir sejenak dan kemudiannya menuding jari ke arah sebuah rumah banglo dua tingkat di situ.
Rumah yang dicat dengan warna agak kekelabuan itu juga bertembok batu tinggi, manakala pintu pagarnya bertutup.
Walaupun pejabat tersebut terletak betul-betul di belakang Hotel Crown Princess di Jalan Tun Razak, tetapi jalan masuk ke situ agak bersimpang-siur dan boleh mengelirukan.
Malaysiakini tiba ke pejabat tersebut pada kira-kira jam 4 petang semalam. Oleh kerana pintunya bertutup, maka wartawan menelefon pejabat tersebut tetapi tidak berjawab.
Selepas lima minit kemudian kelihatan tiga kakitangan lelaki, yang berpakaian kemas dan merambut pendek ala-tentera, muncul dari dalam rumah itu dan berjalan menuju ke arah pintu pagar.
Wartawan Malaysiakini menemui mereka sambil memperkenalkan diri dan juga menghulurkan kad nama.
Selepas dimaklumkan mengenai tujuan kedatangan akhbar web itu, mereka berkata Wan Abu Bakar tiada di pejabat. Sebelum beredar, mereka sempat bertanya sedikit sebanyak mengenai Malaysiakini.
Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak - Pattani, Yala dan Narathiwat.
Pasukan petugas untuk keamaan di Selatan Thailand, Task Force 2010, kini menjadi perbualan politik tanahair selepas pasukan itu dikaitkan dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno.
Isu kerajaan perpaduan menggegarkan PAS sehingga Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak supaya diadakan muktamar khas bagi membincang pembabitan beberapa pemimpin parti itu dalam usaha tersebut.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan oleh barisan tertinggi PAS, muktamar itu digantikan dengan seminar politik yang berlangsung bulan lalu.
Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pejabat pasukan petugas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sejak awal minggu ini bagi mendapatkan penjelasan daripada ketua pengarahnya Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.
Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pejabat pasukan petugas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sejak awal minggu ini bagi mendapatkan penjelasan daripada ketua pengarahnya Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.
Bagaimanapun, setiap kali dihubungi, kakitangan pejabat itu berkata Wan Abu Bakar "ada tetamu dan tidak dapat menjawab panggilan" dan "sedang bermesyuarat".
Berikutan itu, Malaysiakini berkunjung ke pejabat pasukan petugas itu semalam, yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Jalan Aman, Kuala Lumpur.
Usaha mencari pejabat tersebut agak sukar kerana tiada papan tanda dipasang, begitu juga dengan nombor rumah tersebut.
Apabila ditanya mengenai "rumah askar", lelaki tersebut berfikir sejenak dan kemudiannya menuding jari ke arah sebuah rumah banglo dua tingkat di situ.
Rumah yang dicat dengan warna agak kekelabuan itu juga bertembok batu tinggi, manakala pintu pagarnya bertutup.
Walaupun pejabat tersebut terletak betul-betul di belakang Hotel Crown Princess di Jalan Tun Razak, tetapi jalan masuk ke situ agak bersimpang-siur dan boleh mengelirukan.
Malaysiakini tiba ke pejabat tersebut pada kira-kira jam 4 petang semalam. Oleh kerana pintunya bertutup, maka wartawan menelefon pejabat tersebut tetapi tidak berjawab.
Selepas lima minit kemudian kelihatan tiga kakitangan lelaki, yang berpakaian kemas dan merambut pendek ala-tentera, muncul dari dalam rumah itu dan berjalan menuju ke arah pintu pagar.
Wartawan Malaysiakini menemui mereka sambil memperkenalkan diri dan juga menghulurkan kad nama.
Selepas dimaklumkan mengenai tujuan kedatangan akhbar web itu, mereka berkata Wan Abu Bakar tiada di pejabat. Sebelum beredar, mereka sempat bertanya sedikit sebanyak mengenai Malaysiakini.
Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak - Pattani, Yala dan Narathiwat.
Penubuhannya dibuat hasil perbincangan antara perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahu mengembalikan kestabilan di selatan Thailand.
Bagaimanapun, fungsinya dilaporkan akan ditamatkan pada penghujung tahun ini dan segala peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.
Awal minggu ini, nama pasukan petugas tersebut muncul kembali apabila Nik Abdul Aziz berkata terdapat usaha menjatuhkannya yang melibatkan seorang pegawai tentera, dikenali sebagai 'Kolonel Mat'.
Sumber yang dekat dengannya tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata.
Menjelang muktamar pemilhan PAS Jun lalu - yang menyaksikan pertarungan sengit jawatan nombor dua parti itu antara exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa - nama Task Force 2010 mula diperkatakan.
Laporan di blog-blog mendakwa Nasharuddin mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pasukan petugas khas itu dan cuba membabitkan Nik Abdul Aziz tetapi mursyidul am PAS didakwa tidak menunjukkan minat.
Selain Nasharuddin, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga turut dikaitkan dengan Task Force 2010 yang mula menukar arahnya kepada isu "perpaduan Melayu" susulan keputusan pilihan umum 2008 yang memihak kepada pembangkang.
Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella) - yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz._malaysiakini bm

Langgan:
Catatan (Atom)