Sahabat Purnama

Ahad, 16 Mei 2010

SPR: PENGIRAAN SEMULA UNDI! (SPR NAK JAGA HATI PM)

 2205pm

SPR akan dicemuh rakyat jika keputusan berubah disaat akhir,  PAKATAN RAKYAT TETAP DIPIHAK YANG MENANG!

PAKATAN RAKYAT TUMBANGKAN BN DI SIBU!

 2140 pm
 
Pakatan Rakyat membuktikan calonnya dari DAP akhirnya mencapai kemenangan dengan majoriti yang agak kecil, walau apa pun kemenangan telah berpihak kepada keadilan yang sekali gus menolak kezaliman!   Rakyat Sibu membuktikan BN sudah tidak layak lagi menerajui Sarawak dalam Pilihanraya Negeri yang akan datang, Syabas Pakatan Rakyat.  Keputusan Rasmi akan diumum sebentar lagi. 

DAP DIRAMAL MENANG : 3 PETI UNDI SEDANG DIKIRA

DAP diramalkan menang melebihi seribu undi mejoriti jika ditolak undi pos yang dijangka dikuasai BN dan baki 3 peti undi yang sedang dikira,  pemimpin BN dilihat beransur-ansur meninggalkan dewan pengiraan undi sementara pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat serta penyokong sedang berkumpul memenuhi kawasan dewan.  Pengistiharan akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi.

DAP TERUS MENDAHULUI!

TERKINI: 2025 PM

DAP          - 18,211 UNDI   

BN            -   14,267 UNDI
Bebas        -       137 UNDI    


Majoriti    -   3,944 UNDI

DAP ADA HARAPAN MENANG

 TERKINI:

20:00 PM
DAP    -  16,178 UNDI
BN          -    13,156 UNDI
Bebas      -    136
Mejoriti   -   3,022 UNDI

DAP TERUS DIHADAPAN

TERKINI:
 
7:38 pm:

DAP     - 15,981
BN         - 13,061
Bebas    - 134

Majoriti - 2,920

PRK SIBU: DAP DIHADAPAN

TERKINI:


7:18 pm:
DAP    - 14,283
BN        -  12,047
Bebas   -  129

Majoriti - 2,236


Beginilah Kita Berpolitik Dalam Masjid

Nasrudin Hassan at-Tantawi  
Soalan: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus ? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah?

Masjid adalah Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.) Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin.

Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.

Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.

Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya.

Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!”  

Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!”

Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya.Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah.

Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.

Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan.  

Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah ?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.  

Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: "Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.

Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lingkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram.

Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.

Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya ;

الدين النصيحة : قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وإمامهم

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?”

Sabdanya: “Bagi Allah, Kitab وRasul, dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.):

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan kamu beriman kepada ALLah.” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat.

Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar.

Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:

Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.

Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.

Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiya’ ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan.

Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangkitan masjid.

Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan.

Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.

Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.

Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan.

Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dengan kekuatan Allah (s.w.t.)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerajaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.

Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t):


وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.

Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan.  

Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah.  

Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita.

*Nasrudin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 

_harakahdaily.net

PAS PERLU ADA KEMPEN BAHAYA ARAK DAN JUDI

Bacaan politiknya tajam sukar dicari ganti. Sejarah 8 Mac 2008 adalah hasil bacaan politik beliau
[al-fatihah untuk Ustaz Fadzil Noor]


[1]
Pengisytiharan kemenangan PAS, PKR dan DAP pada 8 mac 2008, memberikan aku satu bayangan dan pengharapan, bahawa Islam akan memerintah di Malaysia dalam 2 Pilihanraya Umum lagi. penilaianku ketika itu, PAS mempunyai imej yang baik, jika mahu dibandingkan dengan PKR dan DAP, disebabkan PAS membawa mesej Islam yang maha suci lagi indah.


Padaku, dengan imej Islam yang dibawa oleh PAS, akan menyebabkan PKR dan DAP akan menjadi dua parti yang akan rela Islam dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana, pada penilaianku, PKR dan DAP sebagai jambatan untuk rakyat yang ‘allergic’ dengan PAS untuk mereka mengenali Islam.


Jika kita fahami ini, tidak hairan kita melihat Ustaz Fadzil Noor sendiri yang merupakan Presiden PAS ketika itu, tidak mendesak rakyat yang gusar dengan UMNO/BN rentetan sejarah pemecatan Anwar Ibrahim agar masuk PAS, sebaliknya beliau sendiri yang memberi ruang terbuka penubuhan PKR [bermula dengan GERAK, kemudian dengan ADIL, kemudian PKN dan seterusnya PKR].


Ruang itu dibuka, sebagai sebuah parti yang bersahabat dengan PAS. apabila mereka bersahabat dengan PAS, sedikit sebanyak mereka akan mengenali Islam. Apabila rakyat sudah mengenali Islam, pasti mereka sendiri akan mendesak Islam dilaksanakan di Malaysia.


Inilah kehebatan bacaan politik Ustaz Fadzil Noor yang susah untuk dicari ganti di abad ini. Bacaan politiknya tajam, seiras-iras bacaan politik Nabi SAW setelah berlaku sejarah suluh Al-Hidaibiyyah.


Namun apakan daya, sejarah 8 mac 2008 dicemarkan dengan beberapa kesilapan buruk; iaitu bermula dengan isu ‘pertemuan sulit penubuhan kerajaan dengan UMNO’ yang menyebabkan berlaku penipuan terhadap ahli PAS khususnya; terhadap rakyat Malaysia amnya, dengan dakwaan tidak ada pertemuan, lalu ternyata ada pertemuan melalui kenyataan Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, lalu diakui kesahihan dakwaan Pak Lah itu oleh pimpinan tertinggi sendiri.

Peliknya, mereka sanggup melakukan penipuan terhadap ahli PAS sendiri, tetapi percaya kepada pimpinan UMNO, yang sudah sekian lama menyerang PAS.


Rentetan itu, sebuk pula dengan isu Muzakarah, kemudian Muqabalah dan disudahi dengan Kerajaan Perpaduan [Unity Government] yang sekali dibuka, kemudian ditutup, kemudian dibuka balik pada pelancaran buku natrah, menyebabkan harapanku melihat islam memerintah di Malaysia dalam dua penggal Pilihanraya umum, hancur berkecai.


Sejak dari itu, dilihat kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin goncang, sama ada dari pihak undi melayu, mahupun bukan melayu.


Mungkin itu sejarah silam yang tidak dapat dilupakan dalam benak rakyat Malaysia sejak berlaku tarikh keramat 8 mac 2008, malahan ia akan tercatit dalam tatapan sejarah untuk generasi akan datang. Sejarah itu, wajar dilupakan, bahkan sebagai umat islam yang berharap Islam terlaksana di Malaysia, sejarah sebegini hendaklah ditinggalkan pergi.


[2]
Sejarah buruk ini, melahirkan perpecahan dalaman PAS. Bahkan, menurut ’orang-orang lama’ dalam PAS, perpecahan dalaman PAS pada kali ini, merupakan perpecahan yang paling buruk berlaku dalam sejarah, iaitu sejak penubuhan kepimpinan Ulama.


Walau bagaimanapun, sebagai muslim, harapan hendak melihat Islam terlaksana tetap menjadi cita-cita. Cumanya, apa yang ingin mahu dilihat adalah, Islam terlaksana dalam keadaan yang aman damai, penuh dengan hikmah; mengharapkan Islam terlaksana dalam ruang lingkup demokrasi yang sihat, tanpa wujud perbalahan antara muslim dan non muslim.


Apabila mengenangkan cita-cita ini, teringat dengan perkataan Umar bin Abdul Aziz yang ditanya oleh anaknya, Abdul Malik tentang tindakannya tidak melaksaksanakan Islam secara total. Mendengar soalan anaknya itu, Umar terus berkata;


لا تعجل يا بني , إن الله ذم الخمر في القرءان مرتين , و حرمه في ثالثة , و الله إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة فيدفعواه جملة, ويكون من ذا الفتنة
 

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran dua kali, dan haramkannya pada kali yang ketiga. Demi Allah, sesungguhnya aku takut melaksanakan kebenaran kepada mahusia secara total, lalu manusia akan menolaknya secara total. Pasti ia merupakan fitnah ”


[3]
Di Malaysia, dua dosa besar telah sebati, iaitu arak dan judi. Agak susah hendak menghapuskan kedua-dua unsur ini sekaligus. Pastinya, kedua-dua dosa besar ini dibawa masuk oleh UMNO [laknatullah alah], yang mendakwa berbangsa melayu dan beragama Islam.


Justeru, setelah PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat [PKR dan DAP] menubuhkan kerajaan, usaha hendak menghapuskan kedua-dua dosa ini adalah satu kewajipan. Namun, usaha penghapusan tersebut hendaklah berhikmah dan berstrategi, agar tidak melahirkan mudharat yang lebih besar di masa akan datang.

Pun begitu, menyedihkan. Ini kerana, sejak PAS menubuh kerajaan bersama PKR dan DAP, belum ada usaha serius yang berstrategi dalam usaha memahamkan rakyat tentang dosa dua perkara ini. yang wujudnya adalah, bertindak ’hentam keromo’ sehingga memungkinkan berlaku kecelaruan dalam politik, yang mampu diambil kesempatan oleh UMNO/BN untuk memporak-perandakan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.


[4]
Sejak 1511 lagi, Tanah Melayu diperintah oleh penjajah. Justeru, sejak itu rakyat Tanah melayu ditanam doktrin ’politik suku, agama suku’.


Justeru, sejak tahun 1951 lagi PAS ditubuhkan, baru sekarang kita dapat melihat rakyat agak mula memahami bahawa konsep ’politik suku, agama suku’ ini merupakan satu kesesatan, dan akhirnya menerima konsep beragama dalam politik.


Jika dilihat demikian, kita akan fahami bahawa usaha hendak memahamkan perkara islam yang sudah ditinggal lama adalah satu perkara yang susah. Ia memerlukan strategi, dan usaha yang berterusan [istiqamah].


Maka begitujuga dengan arak dan judi. Hendak diharamkan secara total, ia memungkinkan lahir mudharat [lebih-lebih lagi menyebabkan keuntungan kepada UMNO]. Justeru, usaha berstrategi dan istiqamah dalam usaha hendak menghapuskan kedua-dua unsur ini adalah perlu.


Sirah nabawiyyah telah membuktikan, bahawa konsep kefahaman adalah perlu. Namun, kadangkala usaha hendak memberi kefahaman itu mendapat halangan, maka usaha menghapuskan halangan itu adalah perlu.


Di Malaysia, golongan yang menghalang rakyat dari memahami keburukan arak dan judi adalah UMNO yang mendakwa beragama Islam. Apabila UMNO yang beragama Islam sendiri mengatakan ’ok’ pada arak dan judi, sudah pasti non Muslim akan menilai bahawa kedua-dua dosa besar ini sebagai perkara yang biasa. Makanya, sudah pasti satu kesusahan hendak memahamkan mereka tentang bahaya kedua-dua dosa ini.


Justeru, usaha yang paling berkesan adalah, kalahkan UMNO terlebih dahulu. Kerana, dengan kejatuhan UMNO, merupakan satu ruang yang amat terbuka untuk usaha memahamkan rakyat tentang Islam, sama ada terhadap Muslim, mahupun terhadap Non Muslim.


[5]
Dalam sejarah 8 mac 2008, ruang dakwah semakin terbuka, terutama di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat; Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Untuk memahamkan rakyat yang beragama Islam tentang bahaya kedua-dua dosa ini, saluran masjid amat berkesan; iaitu menerusi khutbah-khutbah jumaat dan tazkirah-tazkirah dalam bulan ramadhan dan sebagainya.


Adapun untuk memahamkan rakyat yang tidak beragama islam, kempen yang berkesan melalui ”DUN” dan ”PARLIMEN” perlu dilakukan. Anjurkan program-program kemasyarakatan yang melibatkan mereka, seperti program bantuan masyarakat, program majlis hari raya, gong xi Fa Chai, Depavali dan sebagainya, lalu diselit dalam sebarang ucapan dari pihak pimpinan tentang bahaya judi dan arak ini.


Sebaran risalah juga harus dilakukan, disamping tayangan video juga tidak boleh diabaikan. Bentuk kempen tersebut, jangan terus dimulakan dengan sebarang ayat Al-Quran, sebaliknya mulakan kesan kemudharatan dan bahaya yang wujud pada arak dan judi. Apabila sudah berjaya menerapkan mereka tentang keburukan dan kemudharatan arak dan judi, baru dikemukakan ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah, agar mereka tahu bahawa hakikat pengharaman itu adalah datang dari Islam.
 

[6]
Sebarang kempen yang telah dilakukan, hendaklah wujud ’post mortem’. Perlu dilihat, kesan disebalik sesuatu kempen yang dilakukan, apakah memberi kesan yang baik atau tidak. Jika dilihat kurang berkesan, hendaklah diubah strategi yang lain; yang lebih berkesan, sesuai dengan situasi dan keadaan sasaran dakwah.


Jika ini berjaya dilakukan, tidak mustahil rakyat akan semakin mengenali Islam. Apabil mereka kenal Islam, mereka akan nampak keindahan dan kecantikan Islam. Apabila mereka sudah nampak keindahan Islam, tidak mustahil mereka sendiri akan mendesak kerajaan melaksanakan Islam.


Mungkin akan ada yang berkata bahawa Usaha ini adalah satu perkara yang susah. Benar, ia adalah perkara yang susah, tetapi ia bukan perkara yang mustahil berlaku. Ia bukan soal tidak mampu, tetapi ia adalah soal tidak mahu.


Justeru, ia memerlukan strategi dan istiqamah. Jika ia berjaya dilakukan secara bersrategi dan istiqamah, pasti kita akan mencapai kejayaan. Persoalannya, apakah kita mahu? Iman kita mampu memberi jawapannya.
 

Sekian

Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
_
ustaz_bakistani@yahoo.com

http://g-82.blogspot.com/

- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 Mei 2010 * 1:56 pagi


Ingatan kepada Ustaz Fadzil Noor:

Jumaat, 14 Mei 2010

Judi bola: Umno bawa negara mundur ke belakang

Presiden PAS   
Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.

Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

harakahdaily.et

Upah memaki hamun Anwar

Mohd Rashidi Hasan
ADA beberapa persoalan pokok yang harus diajukan di sebalik pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai Senator yang baru.

Pertama, apakah sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara sehingga melayakkan beliau dilantik sebagai Senator?

Kedua, dengan kedudukan beliau sebagai ahli biasa Umno, apakah peranan yang boleh beliau mainkan di Dewan Negara?

Atau, apakah beliau akan dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, bagi membolehkan beliau berperanan di Dewan Rakyat pula?

Merujuk kepada persoalan ini, sejurus pelantikannya Ezam mendakwa beliau layak dilantik menjadi Senator berdasarkan banyak sumbangan beliau untuk memerangi rasuah, antaranya dengan menubuhkan Gerak.

Ezam menafikan dakwaan bahawa pelantikannya sebagai 'upah' dari Umno-Barisan Nasional.

Namun bagi penulis, jika Ezam menafikannya pun siapa yang hendak percayakan dia.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lama tidak mempercayainya, malah, orang-orang Umno sendiri pun belum tentu percaya kepada beliau.

Hakikatnya pelantikan Ezam sebagai Senator banyak dipertikaikan. Kelompok Pakatan Rakyat tidak ada sebab hendak pertikaikan kerana pelantikan tersebut adalah progatif Perdana Menteri.

Yang banyak mempertikaikan pelantikan Ezam adalah orang-orang Umno sendiri.

"Dia (Ezam) dah 'kenyang' kat sana, buat onar macam-macam burukkan kita (Umno), lepas tu dia masuk sini, pun dia 'kenyang' juga, dapat Senator lagi," keluh seorang pemimpin pemuda Umno.

Apa maksud 'kenyang' itu, hanya Ezam dan orang-orang Umno yang terlebih faham.

Persoalan yang mengguris hati kebanyakan orang Umno ialah bagaimana bekas pengkhianat Umno, baru setahun kembali ke dalam Umno, sudah mendapat 'reward' sebegini besar?

Di luar sana, ramai lagi pemimpin tertinggi Umno, di peringat negeri dan bahagian, yang berjuang sehidup semati mempertahankan Umno, sejak dulu, kini dan selamanya, 'habuk pun tak dapat.'

Malah ada antara mereka yang menjadi penyokong tegar Dato' Seri Mohd Najib Razak tatkala ditindas Khairy Jamaluddin, pun tidak mendapat apa-apa.

Malah begitu komitednya perjuangan mereka dalam Umno, diumpamakan, jika ditoreh lengan mereka sekalipun, akan keluar 'darah cap keris'! Tetapi mereka-mereka ini diketepikan oleh pemimpin tertinggi Umno. Mengapa mereka diketepikan?

"Kes Ezam buat PM, ini ibarat 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan," kata seorang penganalisis politik.

"Ada bunyi-bunyi kata hendak lantik Ezam pula sebagai Timbalan Menteri, habis kami orang Umno yang ramai-ramai ini hendak jadi apa?" soal seorang pemimpin pemuda dengan nada kemarahan.

Ya tak ya juga. Bukan AJK Pemuda atau pemimpin bahagian Umno sahaja, malah berlambak-lambak Ahli Parlimen Umno-BN yang mengharap jawatan Menteri atau Timbalan Menteri yang akan kempunan nanti.

Yang paling kempunan sudah tentunya Ahli Parlimen Rembau, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Selepas bapa mertuanya dijatuhkan dari tampuk kuasa, Khairy tidak mendapat apa-apa dari Umno, walaupun suatu ketika dahulu beliau kelihatan amat berkuasa.

Penentangnya Dato' Mukhriz Mahathir dah jadi Timbalan Menteri. Begitu juga Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim, juga Timbalan Menteri.

Maka kali ini jika Ezam dilantik menjadi Timbalan Menteri, maka riwayat Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno yang sedang berantakan dengan exconya sekarang ini, sudah hampir di penghujung.

Apakah tidak mustahil Najib sedang memprojek Ezam sebagai bakal Ketua Pemuda Umno yang baru? Khairy sudah tidak layak, sebab pertama, beliau menang tipis apabila undi perwakilan pemuda terbahagi tiga, bermakna beliau hanya dipercayai satu pertiga pemuda sahaja.

Alasan kedua, beliau dikritik oleh exconya sendiri, malah disuruh meletak jawatan kerana gagal mengemudi pemuda Umno.

Alasan ketiga, ialah kerana Khairy tidak mendapat kepercayaan Najib, dengan tidak dilantik menganggotai kabinet, dan sama sekali tidak boleh diterima oleh orang-orang Najib.

Oleh kerana Mukhriz kelihatan sedikit 'lembap' untuk dijadikan galang-ganti Khairy, maka seseorang seperti Ezam yang kelihatan rancak dan bertenaga, harus dipupuk mulai dari sekarang untuk mengambil alih tugas Ketua Pemuda.

Ezam dalam konteks ini dilihat ada sedikit 'command'. 'Command' atau karisme Ezam, bukan untuk dikemudikan untuk mengembleng tenaga muda menyokong Umno, sebab penyokong Umno sudah semakin pupus.

Ezam sebenarnya hendak dipergunakan sebagai alat Najib untuk menyekat kemaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ezam adalah 'ayam sabung' terbaru Umno-BN untuk menentang Pakatan Rakyat, selepas Ahli-ahli Parlimen Umno-BN yang ada gagal berfungsi.

Sebab apa Najib mempercayai Ezam? Sebabnya ialah selepas mengkhianati 'tuannya' dalam KeADILan, Ezam begitu konsisten memaki hamun Anwar.

Tiada topik lain yang dicakapkannya selain memburuk-burukkan Anwar. Beliau akan muncul setiap kali ada pilihan raya dan setiap kali wujud perpecahan dalam KeADILan, 'menangguk di air yang keruh' untuk menjatuhkan maruah Anwar.

Ada rakan-rakan dalam KeADILan mendakwa, peristiwa beberapa orang anggota AMK KeADILan dan lain-lainnya keluar dari parti itu, berikutan daripada kerja keras Ezam dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin.

"Kerja mereka mudah, mereka round satu Malaysia, hubungi semua 'budak-budak Ezam' dalam parti, tawar macam-macam kepada mereka," dakwa seorang ahli MPT KeADILan.

"Ezam dan bekas Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim rapat dengan Najib.

Mereka jadi broker 'tukang beli' orang-orang KeADILan," dakwa seorang yang lain.

Di sini, bukan persoalan jumlah banyak mana RM yang 'dibayar' untuk mereka yang sedia mengkhianati perjuangan. Tetapi, ianya adalah soal keberkesanan tugas Ezam untuk melemah dan memporakperandakan KeADILan.

KeADILan adalah antara komponen utama Pakatan Rakyat. Dan Anwar dilihat sebagai pencabar terbesar kepada Najib. Tugas Ezam dan pecacai-pecacai yang lain adalah untuk memperlahankan gerakan Pakatan Rakyat.

Walaupun kocaknya KeADILan, seumpama 'kocakan air dalam cawan', namun ianya cukup untuk memuaskan hati Najib. Di atas kepuasan hati itulah, beliau menganugerahkan jawatan Senator buat Ezam.

Jelasnya, ianya upah yang diberikan kerana berjaya memaki hamun Anwar!

Khamis, 13 Mei 2010

Kuan Yew yang layak kritik Zaid


Subky Latif   

SIAPAKAH dalang yang utama yang mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dulu sebagai kaki botol dan kaki judi kuda?

Siapa lagi kalau bukan UMNO dan akhbar upahannya yang menjadi promoter utama judi lumba kuda sejak pertengahan tahun 70an dulu.

Adakah UMNO dan akhbar itu  ada kelayakan untuk menyalah Zaid dalam perkara itu? Kedua-duanya tidak ada kelayakan kerana mereka juga bergelumang dengan maksiat dosa besar itu.

Zaid tidak berperangai baik semasa berada dalam UMNO, tetapi bukanlah UMNO yang layak menegurnya kerana UMNO dan akhbar itu adalah seperti ibu ketam yang tidak boleh mengajar anaknya berjalan betul.
PAS layak membuat teguran itu kerana ia ditubuhkan adalah untuk menentang semua dosa besar dan dosa kecil.

Satu-satunya orang politik yang boleh menegur Zaid ialah Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura. Sejak dia menyertai politik tahun 50an dia bercita-cita untuk menjadi seorang puritan iaitu seorang bersih dari arak, judi dan betina.

Tidak pasti apakah dia tidak pernah minum beer? Bagi masyarakat barat, beer macam air sejuk; minuman biasa yang tidak dikira arak sangat dan tidak dikira perangai buruk.

Apa pun Lee Kuan Yew dikenali seorang puritan seperti juga Nehru, Perdana Menteri India yang pertama dan Dag Hurmarsjuld, Setiausasha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 60an dulu. Mereka adalah antara beberapa kerat pembesar dunia yang tidak merokok, tidak minum arak, tidak berjudi dan tidak kaki betina.

Sekalipun Lee Kuan Yew dilihat sebersih itu tetapi tidak dipastikan apakah dia dapat menjadikan orang-orangnya sebersihnya.

Devan Niar yang pernah dijadikannya Presiden Singapura dipercayai orang yang pernah paling rapat dengannya. Ketika PAP atau PETIR dibentuk di Malaysia Devan Niarlah menjadi Setiausaha Agung PAP Semenanjung dan menjadi MP tunggal PAP tahun 1964.

Semasa menjadi Presiden Singapura Devan Niar jadi kaki botol tegar. Lee Kuan Yew bertindak melucutkannya dan dia membawa diri menghabiskan baki usianya di Kanada.

Lee boleh bertindak setegas itu kerana dia membuktikan dia seorang puritan. Tetapi kalau dia sendiri tidak begitu maka dia tidak boleh menuduh orang lain kaki judi, kaki betina, kaki arak dan kaki rasuah.
Jika Lee yang membongkar kelemahan Zaid itu, maka dia ada kelayakan.

Tetapi mana-mana pemimpin UMNO dulu, sekarang dan akan datang tiada sedikitpun wibawa dan kelayakan untuk memburukkan Zaid kerana mereka juga lebih buruk daripadanya.

Zaid mengaku dia dulu minum seperti yang dibuat Dr. Mahathir dan kebanyakan pemimpin UMNO. Kata Zaid, dia tidak minum sampai mabuk, tetapi ada pemimpin UMNO yang minum sampai mabuk hingga sanggup meraba ponggong pelayan di khalayak umum.

Manakala akhbar yang menjadi juara mencanangkan Zaid kaki botol dan kaki judi lumba kuda itu tidak pula berperangai seperti Malaikat yang bersih daripada dosa besar.

Saya pernah menjadi warga akhbar itu sejak tahun 60an. Saya tahu apa yang berlaku. Pemberita yang terkenal yang seangkatan dengan saya yang saya rasa tidak jadi kaki botol dan tidak jadi kaki betina ialah Zam – Tan Sri Zainudin Maidin dan Datuk Firdaus Abdullah.
Yang lain saya tidak dapat jamin.

Saya yang tidak pernah memegang gelas arak dikira seorang wartawan kolot yang tidak maju, tidak ikut peredaran masa dan perkembangan. Ada yang tidak menyentuhnya tetapi ia adalah kalangan yang tidak popular.

Kerana itu berlumba-lumbalah masing-masing untuk menjadi wartawan maju dengan tidak segan-segan meneguk arak semahu-mahunya.

Ketika saya mula jadi wartawan, tugas yang diberi ialah pergi ke Turf Club di Pulau Pinang setiap kali ada lumba kuda untuk mengambil keputusan sumber judi tikam ekor itu. Akhbar menyiarkan keputusannya.

Masa itu judi lumba kuda jadi bahan siaran akhbar Inggeris dan Cina saja. Kemudian akhbar yang menyiarkan Zaid kaki judi lumba kuda telah memperkenalkan siaran judi lumba kuda itu kepada pembaca Melayu.

Ia menyediakan ruang meramalkan kuda-kuda yang akan menang dan nombor-nombor yang akan berjaya. Ia menjadi panduan bagi sekalian kaki judi yang membaca akhbar Melayu.

Akhbar itu memang terkenal dengan ramalan nombornya yang tepat, malah dapat menyaingi keupayaan ramalan dalam akhbar Inggeris dan Cina.

Dosa Zaid sekadar dia seorang saja minum. Kalau kudanya digunakannya untuk berjudi, dia seorang sajalah yang berjudi.

Tetapi dosa akhbar yang mempromosikan judi lumba kuda itu dan membantu kaki judi dengan ramalan yang tepat atau hampir tepat, telah menggalak dan menyebabkan begitu ramai pembaca Melayu yang juga orang Islam bergelumbang dengan dosa itu.

Zaid tidak melibatkan orang lain. Bila dia taubat urusannya dengan Allah moga-moga selesai. Tetapi bagi akhbar dan petugasnya yang menggalakkan anggota masyarakat seluruhnya berjudi, bagaimana hendak taubat dan membersihkan dosa orang-orang yang digalakkannya berjudi?

Jika yang menegur Zaid itu Lee Kuan Yew, tegurannya wajar didengar, tetapi ekor ayam jantan UMNO macam mana hendak didengari kerana ia bergelumang tahi?_harakahdaily.net

Selasa, 11 Mei 2010

Artis Bob Lokman memilih PAS

Subky Abdul Latif   
ORANG lulus Universiti Azhar dengan ijazah PhD, bertabur firman dan hadis di hujung jarinya, tidak memilih PAS sebagai medan mengembangkan ilmu dan jihadnya.
Antaranya memilih Umno. Atau Allah memilih mereka menjadi Umno.Yang Allah pilih menjadi ahli PAS ialah artis penulis lirik Bob Lokman. Dunia Bob dulunya di alam wayang. Tetapi dia memilih menjadi ahli PAS.Bukan mudah bagi seseorang untuk memilih menjadi PAS. Menjadi hafiz dan PhD. Pengajian Islam belum tentu Allah pilih dia jadi orang PAS, tetapi Bob Lokman, sebagai penulis lirik Allah pilih jadi orang PAS. Bob Lokman boleh bersyukur atas pemberian Allah itu. Dan umat Islam seluruhnya bersyukur kerana Bob Loman mula menjadi aktivis PAS.
Dia mengaku pilihannya betul setelah ada yang mencemik pemilihannya itu. Itulah ujian awal yang Bob hadapi. Dan mula gelaplah gambar dan karya seninya dari dada TV dan media perdana. Tetapi Bob tetap memberitahu, setiap kali dia hendak meninggalkan, setelah berada dalam PAS, dia tahu langkahnya adalah betul dan mula merasai manisnya berpolitik dalam PAS.
Orang lain belum merasa manis itu, tetapi Bob sudah merasa manisnya. Sudah ada rakan-rakan artisnya mula mendekatinya dan mahu mengikutnya. Begitulah ada orang menyertai PAS kerana mengikut kuliah Tok Guru Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz. Ada yang masuk kerana terasa sedapnya kata-kata mantik Ustaz Fadzil Noor. Demikian juga memahami Islam melalui kuliah Ustaz Abdul Hadi.
Tetapi ada juga kerana mengikut daya jelas Bob Lokman.
Seperti saya menanda tangani borang menyertai PAS 30 tahun dulu, saya didorong oleh pelakun filem Yusuf Suria. Saya berbuat bersamanya dengan Dato’ Asri, pemimpin PAS masa itu.
Tiba-tiba Yusuf berkata kapada saya di depan Dato’ Asri, ‘I ini bukan orang agama, tetapi I mahukan Islam. You orang beragama, tetapi pasal apa tak mahu ikut Islam?’
Saya tidak dapat memberi jawapan. Lalu dia menyuakan borang PAS kepada saya. Saya ambil borang itu dari tangannya. ‘Isi!’ suruhnya.
Dato’ Asri mengambil borang itu, dia minta kad pengenalan saya. Diisinya borang itu. Saya pun menjadi ahli PAS dan mula merasa manisnya berjuang dalam Islam.
Kira-kira 35 tahun dulu pelakon Yusuf Suria yang banyak berlakon di bawah arahan P.Ramlee dan menyokong kuat Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Harun Idris menjadi  ahli PAS.
Ke sana ke mari dia menggalas borang PAS. Ramai orang ditemuinya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur diajaknya masuk PAS. Saya tengok beberapa pelakon kecil dan pelakun tambahan yang datang makan di gerainya, Restoran Semporna mengisi borang menjadi ahli PAS. Dia rajin masuk ke luar-luar bandar berceramah mengajak orang masuk PAS. Yusuf mahu jadi orang baik. Dia tidak banyak mendapat didikan agama. Jika ada orang PAS yang ada masa, boleh menumpukan penuh masa kepada Yusuf, dia boleh jadi aktivis Islam  yang gigih. Malangnya PAS ketika itu bertempur antara yang menyokong dan menentang Dato’ Asri, maka tidak yang dapat membeberi masa untuk membimbing artis-artis yang menyertai PAS masa itu. Beberapa tahun selepas itu Jamal Mohamad yang dikenali sebagai Jamal Kerdil. Dia meninggalkan terus dunia hiburannya. Isterinya membawanya ke sana ke mari di seluruh negara memenuhi jemputan mengadakan ceramah PAS.
Dia tidak berapa sihat. Selalu masuk hospital. Tetapi bila keluar hospital selalu menghadhirkan diri dalam kegiatan PAS. Dunia hiburannya sudah terputus baginya. Dia tidak suka lagi diingatkan dengan zaman dunia hiburannya. Bintang-bintang terkenal seperti Tompel, Ibrahim Din dan P.Ramlee yang baik dengannya, kalau boleh nama-nama itu tidak boleh disebut di depannya. Dia tidak suka dikaitkan dengan masa lampaunya. Di hari tuanya dia tinggal di Dengkil. Dia hari-hari tuanya dengan mengingati kebesaran Allah. Semangat PASnya masih tinggi. Jika Bob Lokman mahu tahu akan manisnya menyertai politik PAS mengikut pengalaman dan pandangan seorang bekas seorang artis, pergilah berkunjung ke rumah Pak Jamal Kerdil di Dengkil. Tanya dia tentang manis dan indahnya PAS.

Ahad, 9 Mei 2010

BN bakal lemas di Sibu

Othman Inayatullah   
Ini adalah hasil kajian rambang dengan merujuk kepada hasil PRK Hulu Selangor:
Pecahan pengundi Sibu
Cina: 36,646
Melanau: 6,016
Bumiputra: 12,033
 Jumlah keseluruhan: 59,695
Pecahan pengundi yang diperlukan oleh PR
Cina: 27,484 (75%)
Melanau: 902 (15%)
Bumiputra: 1,804 (15%)
Jumlah keseluruhan: 30,190
 Lebihan: 685.
PR perlu berusaha untuk mendapatkan undi bangsa Malaysia Cina sekurang-kurangnya 80% dan bangsa Malaysia Melanau dan Bumiputera 10% untuk memenangi PRK ini.
Ini melemaskan BN sekira bentuk pendirian Bangsa Malaysia Cina di Hulu Selangor terus kekal di Sibu.
PR perlu menerangkan penyerahan wilayah maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepada Brunei satu pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara ini.
Ingatkan mereka bahawa Ambalat dan Limbang kemungkinan besar akan diserahkan kepada negara asing sekiranya BN terus menguasai parlimen.
Warga Sibu juga harus diterangkan tentang kes rasuah pembelian aset pertahanan sehingga dakwaan rasuah di buat di luar negara. Tentang Yahudi dalam pentadbiran negara.
Salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak yang mengkayakan keturunan beliau sahaja. PR perlu melakukan kaji silidik sepanjang hari tentang penerimaan calon PR.
 Kaji selidik hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% pengundi Sibu. Dari kaji selidik, PR boleh mengatur gerak tempur kawasan yang penerimaan yang lemah agar mereka berubah hati di saat akhir.
PR juga bersedia menyerang habis-habisan bukan lagi bertahan seperti di Hulu Selangor. Jadikan kedudukan menyerang 80% dan bertahan 20%. Gunakan segala khidmat internet sebaran bacaan kepada para pengundi.
Jangan lakukan sesi penerangan bersebelahan BN kerana ianya menyukarkan rakyat melakukan penilaian.
Jadual penerangan atau ceramah hendaklah boleh ubah kerana pertindihan ceramah antara BN dan PR bakal menyebelahi BN.
Ceramah dalam kelompok kecil iaitu di sebelah petang juga memainkan peranan. Ceramah boleh dilakukan di kedai-kedai kopi terutama sekali di kawasan bangsa Malaysia Cina.
Ceramah sepusat tidak perlu diutamakan kerana ianya melibatkan kos yang besar kecuali di bandar Sibu.
Peringatan juga haru diberikan kepada anggota tentera tentang janji manis PRK Bagan Pinang yang masih belum kunjung tiba.
Akhir sekali calon PR hendaklah menjelajah seluruh kawasan PRK Sibu. Lawatan berterusan dan berulang akan merapatkan calon dengan pengundi. Sampaikan wawasan calon secara konstant dan juga dapatkan maklum balas keperluan rakyat.
Ini menunjukkan bahawa calon mula bekerja walaupun belum dipilih. Maklum balas rakyat hendaklah segera disalurkan kepada agensi kerajaan untuk melihat tindak balas mereka.
Ini boleh dilakukan oleh wakil kepada calon dan segala tindak balas hendaklah direkodkan dan dihebahkan kepada pengundi.
Saya amat berharap ianya dapat membantu PR dan saya doakan agar PR menang di PRK Sibu. Hapuskan penderhaka dan pengkhianat negara ini dengan undi anda._harakahdaily.net

Rabu, 5 Mei 2010

Serah kepada SPRM: Mohd Amar

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohamed Amar Nik Abdullah menyerahkan kepa-da Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan blogger kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul aziz berhubung individu yang terlibat memberikan peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pendedahan yang dibuat semalam oleh blogger berkenaan lebih bersifat dakwaan dan pihak SPRM telah menjalankan siasatan mereka.

“Pas Kelantan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk menyiasatnya sama ada benar atau sebaliknya pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi.

“Kebenaran belum dibuktikan lagi. Memang betullah dia bagi nama orang itu, orang ini, tapi betul ke orang tu terlibat? Jadi ini kita serahlah kepada proses perundangan.

“Kalau dia kata dia sudah lapor kepada SPRM, jadi biarlah SPRM siasat dengan adil dan telus. Kalau betul maknanya kita terimalah, tetapi kaedah undang-undang dia tu (individu terbabit) bersalah apabila dibuktikan. Jadi kita biar undang-undang tu berjalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi berhubung nama individu yang menyalurkan dana untuk sebuah syarikat Global Media Channel Sdn Bhd.

Syed Azidi menyenaraikan lima individu terbabit termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri dan bekas wakil rakyat dikatakan penyumbang bagi syarikat berkenaan yang menjalankan operasi gerak saraf._sinarharian

Selasa, 4 Mei 2010

Keputusan kenaikan gaji pengawal minggu depan

KUALA LUMPUR - Permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan gaji pengawal keselamatan yang dijadualkan bermula 1 Julai diputuskan pada hujung minggu depan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, akan membuat satu kenyataan tentang isu itu pada hujung minggu depan pada hari Khamis atau Jumaat di mana segala isu mengenai hal itu akan dijelaskan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan persatuan itu pada Khamis lalu supaya menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal ke tahun depan,

Penangguhan itu bagi membolehkan syarikat keselamatan merundingkan semula kontrak dengan pihak yang menggunakan perkhidmatan mereka.        

Ketika ditanya sama ada pihaknya sudah menerima memorandum daripada persatuan itu, Dr Subramaniam berkata: “Saya tidak lihat itu tetapi mungkin mereka sudah hantar.”

Menerusi kenaikan gaji ini, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 peratus dan 75 peratus mulai 1 Julai ini. - Bernama _sinarharian

Sepasang suami isteri didakwa dera anak kandung

MELAKA - Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mendera secara fizikal anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun lima bulan pada bulan lepas.

How Guan Teng, 39, dan isteri Ang Moi Lay, 36, didakwa dengan niat bersama melakukan penderaan terhadap anak kandungnya itu di sebuah rumah di Taman Mawar Jaya, Machap Umboo, Alor Gajah pada pukul 12.30 malam, 25 April lepas.

How, seorang mekanik dan Ang, suri rumah, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

How dan isterinya tidak diwakili peguam.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin.- Bernama _sinarharian

Isnin, 3 Mei 2010

Tampar suami di khalayak ramai

KUALA KEDAH – Alangkah hibanya hati seorang isteri melihat suami yang diharap untuk menjadi teladan dalam keluarga, ditahan kerana disyaki menagih dadah.

Rasa sabar yang dibendung, akhirnya tidak tertahan lalu tangan dihayun tepat ke muka suami.

Itulah insiden yang berlaku di pekarangan Balai Polis Kuala Kedah, di sini susulan Ops Tapis, semalam.

Lebih memilukan, kejadian turut disaksikan orang ramai.

Lelaki itu antara 55 yang ditahan, termasuk empat yang masih di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ops Tapis dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar khusus memerangi gejala dadah dalam kalangan nelayan di beberapa pelantar ikan di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Deputi Superintendan Zainuddin Saad berkata, operasi bermula jam 6 pagi dan berakhir jam 11 pagi itu disertai empat pegawai dan 28 anggota, berjaya merampas dadah jenis heroin dan syabu.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas semua yang ditahan mendapati 30 daripadanya positif dadah termasuk empat yang masih di bawah pengawasan AADK.

“Majoriti yang ditahan ini adalah nelayan berumur antara 25 hingga 50 tahun. Kami turut merampas sebuah motosikal Honda dipercayai dicuri dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Zainudin berkata, empat penagih di bawah pengawasan AADK yang berumur 25 hingga awal 40an cuba bertindak agresif ketika ditahan.

Menurutnya, pihaknya juga menemui 27 keratan straw mengandungi heroin dan 12 keratan straw berisi syabu yang disyaki untuk bekalan nelayan yang akan turun ke laut.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu adalah kira-kira RM1,000 yang mana setiap tiub berisi syabu ini dijual dengan harga antara RM40 hingga RM50, manakala RM10 untuk setiap keratan straw heroin.

“Pengedar dadah berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun ini juga turut ditahan, termasuk mereka yang pernah ditahan sebelum ini. Polis masih lagi menjalankan siasatan dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh,” katanya.

Zainudin berkata, operasi itu adalah kali kedua dijalankan selepas operasi pada penghujung Mac lalu dan dalam operasi semalam, kira-kira 15 hingga 20 orang terlepas ketika serbuan.

Menurutnya, kesemua yang ditahan, akan disiasat mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
_sinar harian

1,000 pelabur rugi RM17 juta

KOTA BHARU - Kira-kira 1,000 pelabur dari seluruh negara termasuk Kelantan kerugian RM17 juta setelah dipercayai ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang terletak di Pasir Puteh, dekat sini.

Kesemua mangsa terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta ini sanggup bergolok gadai dan berhutang dengan pihak bank bagi menyertai perkongsian modal berkenaan yang menjanjikan pulangan lima hingga 10 peratus kepada setiap pelabur berdasarkan pelaburan.

Mangsa menceritakan kutipan deposit berkenaan kerana kekurangan modal untuk membuka agen syarikat berkenaan di Gua Musang dan pelabur mula menawarkan pulangan serta peserta ini dikaburi dengan cop daripada pesuruhjaya sumpah berdaftar pada borang mereka.

Seorang mangsa, Norizan Mat Nor, 46, berkata, pada awal penglibatannya dengan syarikat berkenaan bermula pada tahun 2007 lagi dan sanggup menjual lori miliknya malah lebih teruk lagi kerana percayakan habuannya dia melakukan pinjaman berjumlah kira-kira RM60 dengan pihak bank.

“Saya bersama isteri melabur kira-kira RM207,000 untuk perkongsian modal bersama pemilik syarikat ini yang juga saudara saya sendiri.

“Pada awalnya saya mempercayainya kerana habuan yang dijanjikan ditunaikan oleh syarikat sehingga Mei tahun lalu tetapi bermula Jun sehingga kini pulangan berkenaan tidak sampai kepada kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Norizan yang juga kakitangan syarikat berkenaan berkata, dia bersama pelabur-pelabur yang lain merasa tertipu setelah tuntutan yang dijanjikan akan dijelaskan pada Ogos juga tidak dibayar.

“Setelah lama menunggu kami mendapatkan penjelasan daripadanya dan dia memaklumkan wang sejumlah RM17 juta itu berada dalam akaun ibu pejabat dan kami mempercayainya kerana dia juga menunjukkan cek dengan jumlah berkenaan kepada kami.

“Sebelum itu juga saya terkejut kerana ada dalam kalangan pelabur yang menerima cek tendang dan dia masih berkeras menyatakan wang berkenaan berada di akaun ibu pejabat,” katanya.

Sementara itu, seorang guru yang enggan dikenali memberitahu, dia juga mengalami kerugian setelah melabur lebih RM30,000 dan kira-kira 10 sanak saudaranya juga turut menyertai perkongsian modal itu.

“Saya terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan untuk mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja yang banyak dan pada awalnya saya hanya melabur RM5,000 sahaja tetapi lama-kelamaan jumlah ini ditambah untuk mendapat pulangan yang lebih.

“Pada awal penglibatan memanglah ia menggembirakan kerana saya mendapat habuan seperti yang dijanjikan tetapi sekarang ini ia tidak berbaloi,” katanya.

Berikutan kekecewaan yang dialami pelabur-pelabur berkenaan yang diwakili kira-kira 13 ahli mengunjungi ibu pejabat mereka di Pulau Pinang dan dimaklumkan wang sejumlah RM17 juta itu sebenarnya tidak wujud.

Ekoran tidak tahan dengan alasan yang diberikan kira-kira 102 pelabur membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh pada 24 April lalu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pakar runding kepada mangsa-mangsa penipuan berkenaan, Mohammad Salihin Abdul Jalil berkata, masalah ini akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa kerana ini melakukan kutipan secara haram.

Mohammad Salihin juga memberitahu mangsa-mangsa lain yang masih belum membuat laporan berhubung kes berkenaan boleh menghubungi di talian 014-5023523 untuk tindakan lanjut.

“Kami akan membawa kes ini ke pihak atasan dan kami juga dalam proses melantik peguam bagi membela nasib mangsa yang tertipu ini,” katanya._sinar harian

Isnin, 12 April 2010

Laluan Gua Musang, Kuala Krai dilabel ‘sakaratul maut’

GUA MUSANG – Laluan Gua Musang Kuala Krai menjadi laluan ‘sakaratul maut’ apabila dikesan antara penyumbang utama jumlah 6,200 hinga 6,300 kematian jalan raya dicatatkan di seluruh negara setiap tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, tahun ini sahaja sebanyak 18 kematian dicatatkan.
 
Menurutnya, peningkatan kes menyebabkan JPJ mengambil inisiatif untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik yang mana kawasan yang kerap berlaku kemalangan yang dikenali sebagai ‘black spot’ yang mana telah mengakibatkan dua kematian mengikut tahun 2006 akan dipasang dengan kamera.
 
“Kamera yang dipasang akan merakam plat kenderaan serta imej pemandu dan maklumat akan terus sampai ke ibu pejabat dan dalam tempoh dua hari, mereka yang melakukan kesalahan akan menerima surat saman.
 
“Sebanyak 11 kawasan telah dikenal pasti untuk dipasang dengan kamera antaranya di KM13.8, KM38, KM63, KM22.2 dan Gua Musang ke Kuala Krai ada lima kawasan yang mana terdapat satu kawasan di Felda Aring, Gua Musang Kuala Lipis terdapat empat kawasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ di Dataran Kebudayaan Kesedar Tiga, semalam.

Menurutnya, selain pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik, JPJ juga akan membuat rondaan 24 jam bagi mengenal pasti kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.
 
“Laluan Gua Musang sentiasa sibuk yang mana hujung minggu bagi Kelantan adalah pada hari Jumaat dan bagi negeri di Pantai Barat hujung minggu mereka adalah pada Sabtu dan Ahad dan di sini kita dapat lihat walau pun cuti hujung minggu, tetapi ramai penduduk Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur mengambil peluang untuk pulang dan begitu juga yang berada di Kelantan akan ke Kuala Lumpur.
 
“Keadaan ini menjadikan empat hari dalam tempoh satu minggu keadaan jalan di Gua Musang Kuala Krai menjadi sibuk , apatah lagi sekiranya tiba cuti umum,” katanya. _sinarharian