Sahabat Purnama

Khamis, 3 Disember 2009

Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala

Abdul Rahim Sabri
Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.

Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.

NONE"Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.

"Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin (foto atas, berkaca mata), yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.

NONE"Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”

Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya._malaysiakini bm

SPRM digesa siasat adik PM

Salhan K Ahmad

Kemaskini 4.06pm,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan    P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai dakwaan hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.

NONEAduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak (foto kanan) dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda.

Kenalan rapat Najib itu, yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu. Abdul Razak menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.

Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara.

Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
shamsul iskandar probed macc 120309Dihubungi Malaysiakini, Shamsul Iskandar (foto kiri) berkata, rakaman temuramah tersebut turut diserahkan kepada SPRM dalam satu pertemuan petang semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Dalam aduannya, kata pemimpin PKR itu lagi, Mohamed Nazim dan Deepak didakwa "telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh dianggap sebagai perbuatan rasuah":

- Menawarkan wang sejumlah RM5 juta bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah beliau yang bertarikh 1 Julai 2008.

- Menggugut keselamatan keluarga Balasubramanian sekiranya beliau tidak menurut arahan kedua-dua individu itu.

- Penglibatan ASP Suresh Kumar yang membawa Balasubramanian ke sebuah restoran di Rawang untuk bertemu Deepak dan adik peniaga itu, Dinesh.

- Penglibatan 'perisik tentera' yang mengawasi rumah Balasubramaniam seperti dimaklumkan oleh Deepak.

- Memaksa Balasubramaniam menandatangani akuan bersumpah (kedua) yang telah disediakan walaupun kandungannya diragui.

- Menyerahkan wang hampir RM750, 000 kepada Balasubramanian sepanjang kehilangan beliau (di luar negara) dan 500,000 Rupee yang dimasukkan ke akaun bank anak penyiasat itu untuk perbelanjaan sekolah.

- Memegang pasport Balasubramaniam selama lima bulan untuk memastikan beliau tidak kembali ke Malaysia sehingga Najib dilantik menjadi perdana menteri.

- Secara berterusan mengganggu kehidupan Balasubramaniam melalui ASP Suresh.

Diminta mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, bukti-bukti berkaitan dakwaan penyerahan wang tersebut bagaimanapun tidak disertakan bersama aduan berkenaan.

"Mereka perlu panggil Balasubramaniam untuk siasatan kerana dia telah mengaku terima rasuah.

"SPRM juga perlu siasat sekiranya ini ada kaitan dengan Rosmah. Ini kerana mereka telah aturkan untuk (Balasubramaniam) minum teh dengan Rosmah," katanya lagi.
Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul Iskandar, dalam satu kenyataan PKR hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan penyiasat itu._malaysiakini bm

Banjir Kilat Setiap Tahun Kerana Tiada ‘Longkang Tengkujuh’ (Monsoon Drain)

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/banjirdiceronglanjut.JPG
- Bukti (Kedua) Monsoon Cup Tidak Membawa Banyak Manfaat

KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri menganjur ‘Monsoon Cup’, sedang  ‘Bandaraya’ Kuala Terengganu ‘monsoon drain’ pun tak ada!

Itulah keluhan penduduk, warga Kuala Terengganu yang terpaksa bercekang mata dan tidak dapat tidur lena apabila musim monsun tiba, kerana bimbang air longkang akan melimpah.

”Tiap-tiap tahun ada (banjir kilat), kalau boleh kita minta buat longkang beri molek (jadi lebih baik), sebab ini bukan ‘banjir’, ini longkang punya air naik,”kata seorang warga emas, Wei Ah, 58, ketika ditemui Buletinonline.

Menurutnya, satu hari kelmarin, 1 Disember, berlaku dua kali air longkang melimpah dan membanjiri, hingga ke dalam rumahnya, sekali pada jam 6 petang dan kali kedua berlaku pada jam 10.30 malam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/WeAhtimbaair.JPG“Hari ini dah dua kali, (tahun ini) dalam dua tiga bulan ini sudah lima kali, susah kita (jadinya),”keluhnya, yang sedang menimba air keluar, dari ruang tamu rumahnya (Gambar kanan)

Seorang lagi penduduk Taman Perumahan Cerong lanjut, Beow Tin, 60, berkata, penduduk dipersekitaran itu telah menderita selama 35 tahun.



Beliau sendiri pernah menulis surat kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, memohon supaya dibina ‘Longkang Monsun’ (Monsoon Drain) bagi menyelesaikan masalah dilanda banjir kilat setiap kali tiba musim tengkujuh.

”Sudah 35 tahun, mula-mula sekali saya buat (tulis) surat kepada (Tan Sri) Wan Mokhtar
(Menteri Besar) masa tu, sehingga sekarang tak selesai masalah,

”saya minta buat longkang besar sikit, ‘Monsoon Drain’ lah, ini kecil tak padang (cukup), air dari bukit, ni (jadi) slow (perlahan) pasal atas bukit ada projek (yang membawa lumpur),”jelasnya.

Menurutnya, projek pembangunan Puncak Panorama yang sedang dilaksanakan di atas Bukit Pak Apil ‘ada kaitan’ dan menyumbang kepada banjir kilat menjadi lebih teruk.

(Ketiadaan ‘Monsoon Drain’ sebagai satu infrastruktur penting Bandaraya Kuala Terengganu, adalah satu bukti yang jelas, menolak dakwaan bekas Exco Terengganu, Dato; Wan Hisham Wan Salleh, penganjuran ‘Monsoon Cup’ membawa banyak manfaat kepada rakyat) 

_buletinonline

Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman  di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam._harakahdaily.net

Royalti: MP PAS kemuka usul jawatankuasa khas esok


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Ahli Parlimen PAS akan menghantar satu lagi usul kepada Speaker Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah parlimen dibentuk bagi mengkaji terma-terma perjanjian petroleum di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut dibuat ekoran usul pertama membincangkan isu royalti Kelantan yang dihantar kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Isnin lalu ditolak dalam kamar pagi tadi.

"Sudah sampai masanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh parlimen bagi mengkaji terma-terma perjanjian di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

"Bila kita guna seluruh ruang dalam parlimen berbahas tentang isu ini, Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tetap dengan keputusan bahawa kelantan tak ada hak (royalti)," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Usul tersebut juga akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat petang ini untuk dibincangkan.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad menghantar usul di bawah perkara 18(1) mencadangkan Dewan Rakyat merundingkan semula status pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Ini berikutan tindakan kerajaan Pusat dan Petronas yang telah melanggari terma-terma kontrak sekaligus mengingkari 'sanctity of contact' untuk membayar 5 peratus wang tunai dari hasil minyak di luar pesisir Kelantan seperti termaktub dalam Fasal 4 dalam Akta 144 Keajuan Petroleum (PDA) 1974.

Bagaimanapun usul tersebut telah ditolak dalam kamar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Dzulkifli yang kesal dengan penolakan itu berkata, isu itu jelas melibatkan kepentingan rakyat, bukannya melibatkan kepentingan mana-mana parti politik.

"Kami akan terus mengangkat isu ini kerana Pakatan Rakyat mahukan isu ini terus dibawa supaya seluruh rakyat mengetahui perkara sebenar yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya yang juga bekas Pengarah Pusat penyelidikan PAS.

Perkara itu juga ujarnya disokong oleh pimpinan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parimen Gua Musang.

"Tengu Razaleigh sendiri dalam kenyataanya menegaskan bahawa isu ini merupakan bipartisan, tidak melibatkan kepentingan mana-mana parti politik," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Prlimen Pokok Sena pula, Dato' Mahfuz Omar mencadangakan agar kerajaan mengadakan satu wacana ilmiah melibatkan wakil kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri serta dua orang yang masing-masing terlibat dalam membuat draf perjanjian di antara Kelantan dengan Petronas dan mendraf Akta 144 Pembangunan Petroleum 1974 ini.

"Saya mencadangkan agar kerajaan sendiri mengaturkan satu wacana intelektual yang membabitkan wakil kerajaan Pusat dan wakil kerajaan Negeri serta membabitkan dua orang yang terlibat dalam mengasaskan akta ini iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abas,"

"Jika kerajaan tidak mampu melaksanakan (wacana) ni, ini bermakna kerajaan tidak mempunyai penghujahan yang kuat," tegasnya._harakahdaily.net

Umno digesa mohon maaf, contohi sikap terbuka DAP

Harakahdaily   
IPOH, 3 Dis: Umno digesa memohon maaf dengan segera kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran beberapa insiden bersifat perkauman yang cuba dicetuskan oleh mereka sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, ianya termasuk insiden membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru baru ini dan insiden mengarak dan memijak kepala lembu di Selangor Ogos lalu.

"Umno dan Barisan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka, isu membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu perkauman memijak kepala lembu adalah tindakan primitif dan tidak beritika.

"Tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah tindakan ganas yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat," jelasnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak hari ini. .

Kedua-dua insiden buruk itu jelasnya telah menimbulkan sentimen perkauman yang didakwa boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di Negara ini.

Umno juga katanya wajar mencontohi sikap pemimpin DAP yang berani memohon maaf secara terbuka ekoran isu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang lompat baru baru ini.

Ketiga-tiga mereka adalah gambar Adun Jelapang, Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) yang telah mengisytiharkan mereka bebas dan menyokong BN sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Negeri Perak.

"Ini adalah sikap yang harus dipuji dan dijadikan contoh oleh kita semua, sikap memohon maaf ini adalah sifat yang mulia.

"Sebenarnya jika sikap ini dijadikan amalan kita, semua masalah yang dihadapi dapat diselesai dengan segera," katanya lagi.

Selain itu, beliau turut mendesak Umno BN memohon maaf kepada rakyat negeri Perak atas rampas kuasa yang dilakukan dan kepada rakyat Kelantan kerana menafikan hak royalti negeri itu.
 
_harakahdaily.net

Himpunan sokong kepimpinan Nik Aziz esok

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 3 Dis: Penerangan PAS Kelantan menyeru orang ramai hadir pada program himpunan menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bakal diadakan esok, 4 Disember.

Program berkenaan dijangka bermula pukul 10.20 pagi sejurus selepas kuliah Jumaat, di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati, di sini (perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika memberitahu media semalam berkata himpunan berkenaan diadakan bagi menyokong kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar yang tidak berbelah bagi.

“Memandangkan kini ada pihak yang mendesak Tuan Guru supaya melepaskan jawatannya, sebaliknya pula kita akan mempertahankan Tuan Guru agar tidak berbuat demikian.

“Kita akan menganjurkan  program ini semata-mata untuk menyatakan sokongan kita terhadap kepimpinan Tuan Guru,”ujarnya.

Sambungnya, tidak ada sebab Tuan Guru harus melepaskan jawatannya memandangkan kepimpinan beliau masih diperlukan disamping ketokohannya yang sukar dicari ganti.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai hadir untuk menyatakan pendirian berkenaan pada program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri itu.

“Pada mereka yang mengikuti kuliah Jumaat Tuan Guru, kita minta mereka menunggu untuk seketika bagi menjayakan program tersebut,”ujarnya.

Sebelum ini, kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Perihatin Rakyat Kelantan yang turut disertai pemimpin Umno Bahagian Pasir Mas diketuai ketuanya, Che Johan Che Pa, telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar supaya meletakkan jawatannya.
 
Bagaimanapun perhimpunan tersebut dianggap gagal apabila impian Umno menghimpunkan 2,000 penyokong hanya disertai kira-kira 100 orang sahaja.

Biar pun media harian kelihatan sepakat melaporkan lebih 1,000 orang hadir pada perhimpunan di depan Kota Darulnaim, namun ia tidak mampu memperbodohkan orang ramai yang menyaksikan ‘drama’ tersebut.
 
Semalam, Dewan Pemuda PAS negeri, telah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Tuan Guru dalam sidang mereka tersebut yang diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Baihaqi.

Pada masa yang sama, Naib Ketuanya, Hisyam Fauzi, mengucapkan terima kasih kepada kepada pasukan keselamatan terutama Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang turut turun padang meninjau perkembangan di hari perhimpunan berkenaan diadakan.

Menurut Hisyam, tekanan yang diberikan begitu kuat terhadap kepimpinan Kelantan, terutama pada Tuan Guru adalah untuk mengalihkan isu kerisis kepimpinan dalam Barisan Nasional (BA) terutama Umno dan MCA.

“Kerana integriti Tuan Guru yang tersenarai diantara 42 dari 500 orang pemimpin Islam di peringkat dunia juga menyebabkan mereka cemburu, kerana itu menciptakan pelbagai isu untuk memburukkan imejnya,”ujarnya._harakahdaily.net

Langgar Akta Petronas: Najib yang patut letak jawatan

Salmah Mat Hussain   
KOTA BHARU, 3 Dis: Mungkin agak melucukan apabila seorang ulama yang mahu mendoakan supaya dibuka pintu hati pemimpin tertentu, didesak supaya meletakkan jawatan, sedangkan ketua kerajaan yang jelas melanggarkan Akta Petronas dipertahan habis habisan.

Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana cuba melanggar akta dan perjanjian yang ditandatangani pada 1974.

Timbalannnya, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perdana menteri perlu meletakkan jawatan kerana kenyataannya mahu menukar royalti minyak kepada wang ihsan jelas bertentangan dengan perjanjian sebelum ini.

“Kenyataannya mahu membayar wang ihsan bercanggah dengan kebenaran dan fakta.

“Kami beranggapan jawapan itu bertujuan memperbodoh rakyat Kelantan dan menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 1974,” ujarnya di sini.

Najib melanggar Akta Petroleum Negara 1974 dengan hanya mengumumkan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan sedangkan perkataan 'wang ihsan' tidak langsung dinyatakan dalam akta tersebut.

Sebaliknya yang ada adalah 'bayaran tunai' atau disebut sebagai cash payment.

Oleh itu Ahmad Baihaqi berkata apabila seorang pemimpin tidak mampu lagi memegang amanah rakyat maka wajarlah beliau berundur secara terhormat.

Baru-baru ini kira-kira 100 ahli dan penyokong Umno yang berselindung di sebaliknya Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Pemuda PAS Kelantan menyatakan pendirian menyokong penuh kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Dewan Pemuda PAS juga sentiasa mendoakan kesejahteraan Tok Guru supaya dapat menerajui kerajaan negeri dan parti dengan berkesan biar pun berdepan dengan pelbagai desakan dilakukan pihak lawan.

“Kami menganggap apa yang dilakukan pihak tertentu sebelum ini tidak mampu menggugat kestabilan politik di negeri ini,” ujarnya.

Malah kata beliau dengan isu begitu kecil dipandang negetif pemimpin Umno sehingga menganjurkan demontrasi._harakahdaily.net

Umno risau SPIES didik rakyat tolak politik perkauman

Dzulfikar Mashoor   
SHAH ALAM, 3 Dis: Exco Selangor, Dr. Halimah Ali berpendapat kritikan keras terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan BTN adalah disebabkan Umno takut ditolak rakyat.

Apatah lagi kerajaan negeri akan memperkenal program sendiri melalui program pembangunan modal insan kerajaan negeri Selangor iaitu SPIES.

SPIES atau penuhnya Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social akan mengajar rakyat menolak politik perkauman sempit yang cuba didoktrin melalui BTN.

"Saya rasa Umno (dan) BN sangat risau kalau rakyatnya cerdik," jelasnya.

"Mereka sangat risau kalau SPIES mengajar rakyat tolak politik perkauman sempit BTN doktrinkan."

Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, program pembangunan modal Insan kelolaan kerajaan Selangor tersebut mampu mendorong rakyat pelbagai kaum menolak permusuhan sesama sendiri.

"SPIES jadikan rakyat cerdik dan bebas berfikir, mereka akan lihat keburukan politik perkauman, mereka akan lihat yang bangsa-bangsa bukan Melayu bukannya ancaman seperti BTN doktrinkan."

Beliau yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat turut mendedahkan tiga inti utama doktrin kebencian dalam program-program BTN.

"Dia (BTN) ada tiga perkara yang digambarkan, Pertama, DAP adalah agen Singapura-Yahudi, kedua, PKR (adalah) penderhaka (dan) PAS dikatakan Parti Ajaran Sesat (malah) Datuk Seri Anwar Ibrahim pun digambarkan sebagai agen Yahudi-Amerika."

"Setiap hari, BTN minta pesertanya menyanyi lagu 'Anak Kecil Main Api' supaya ditanam kebencian kepada bangsa yang bukan Melayu, khususnya orang Cina sebagai pendatang,' katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa dirinya turut menjadi sasaran pihak tertentu yang terpengaruh oleh doktrin kebencian itu.

"Bila saya umumkan keputusan kerajaan negeri melarang program BTN di Selangor, saya ini dituduh kurang Melayu, seolah-olah kuda tunggangan DAP."

Beliau turut mencadangkan kerajaan menafikan segala pendedahan yang dilakukannya jika ianya tidak benar.

"Kalau tak ada apa-apa (doktrin kebencian), kenapa kerajaan atau BTN rombak modul mereka, nafikanlah beberapa modul yang didedahkan ini."

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Pulau Pinang turut sependapat dengan Selangor, mengharamkan aktiviti BTN di negerinya.

Kerajaan Pusat sendiri dilaporkan mengkaji dan merombak beberapa modul BTN agar tidak bersifat cauvenisme dan selari dengan konsep 1Malaysia.

Segala pendedahan berkaitan doktrin kebencian pada kaum selain Melayu sekaligus memperlihatkan wajah BTN seperti mahukan mesyarakat 1Umno sahaja._harakahdaily.net

Tohmahan terhadap Nik Aziz punya agenda tertentu - Mahfuz

Ali Hashim   
ALOR SETAR, 3 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan sesetengah pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau mempunyai agenda tersendiri.

Menurut beliau lagi usaha yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ini adalah sebagai salah satu tindakan untuk melihat PAS berada dalam keadaan kucar-kacir.

"Tindakan mereka terhadap Nik Aziz tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada beliau. Malah ahli-ahli PAS akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada beliau bagi memastikan tidak ada pihak yang dapat menjatuhkannya.

"Kekuatan dan kesepaduan yang ada dalam PAS agak sukar untuk mereka daripada BN untuk mengganggu-gugat kedudukan di negeri Kelantan," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pemimpin Umno sepatutnya mencari kaedah dan jalan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti mereka dan juga menumpukan tumpuan bagaimana untuk menunaikan janji yang telah mereka berikan kepada rakyat ditepati.

"Mereka sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang sudah jauh terhakis kepada mereka dan bukannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap parti lawan.

"Saya juga berkeyakinan mereka mempunyai agenda tertentu bagi menawan semula Kelantan. Sehubungan itu adalah tidak menghairankan sekiranya mereka membuat pelbagai tohmahan bagi mengeruhkan suasana yang ada di negeri Kelantan," katanya lagi. _harakahdaily.net


Program Angkasawan dipersoal lagi, cadang beli kapal angkasa

Azamin Amin   
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Biarpun telah dijawab berulang kali, namun persoalan perbelanjaan dan keberkesanan Program Angkasawan Negara masih dipersoalkan lagi.

Di Dewan Rakyat hari ini Datuk Haji Ismail Haji Abd. Muttalib (BN-Maran) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan Kementerian dalam penglibatan Malaysia dengan Program Angkasa Lepas. Apakah yang telah terjadi dengan Program Angkasawan Negara sehingga hari ini, apakah ianya akan diteruskan atau sebaliknya.

Menterinya Datuk Dr Maximus Ongkili (BN-Kota Marudu) menjelaskan bahawa soalan tersebut telah dijawab beberapa kali malah semalam sahaja tidak kurang lima Ahli Parlimen bangkit menyentuh perkara yang sama.

Katanya peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program tersebut adalah sejumlah RM37 juta dan program kesedaran awam masih diteruskan sehingga kini bagi memberi pendidikan kepada kumpulan sasaran.

Kerajaan pada dasarnya akan diteruskan lagi namun tarikh dan peruntukan kewangan untuk tujuan tersebut belum ditentukn lagi tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan pada masa itu.
Kemneterian katanya akan terus menjalankan program galakan dan latihan untuk angkasawan kedua Mejar Dr Faiz Khaleed dan kajian-kajian mikrograviti yang berkaitan.

Dalam soalan tambahan, Ismail mengemukakan cadangan supaya kerajaan membeli sebuah kapal angkasa bagi membuktikan kemampuan Malaysia yang dalam masa yang sama telah berjaya menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula membangkitkan persoalan sama ada Kerajaan hanya bergantung kepada pembelian 'off set' Sukhoi dari Rusia, untuk meneruskan dan membiayai program tersebut.

"Kerajaan telah menolak pemindahan teknologi dari Rusia sebaliknya bersetuju dengan tawaran projek menghantar angkasawan.

"Adakah nak tunggu tambahan beli Sukhoi baru nak teruskan program?

"Dan Apakah kerajaan tidak mempunyai perancangan masa depan dari sudut pembangunan untuk program ini" katanya. _harakahdaily.net

Petugas PAS diingat berusaha keras tarik golongan muda

Hashim Abdullah   
TEMERLOH, 3 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan petugas parti supaya berusaha keras menarik lebih ramai masyarakat khususnya anak muda menyokong dan menjadi ahli PAS.

Tumpuan juga harus diberikan kepada pendaftaran ahli dan penyokong ke dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan mereka layak mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau ketika berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh baru-baru ini memberitahu, gerakan berterusan ke arah itu perlu diperkasakan sebagai persiapan awal berdepan pelbagai kemungkinan sebelum berlakunya pilihan raya.

“Kita ada pengalaman  bagaimana petugas dan penyokong parti yang kuat bekerja dalam program parti terutama di musim pilihanraya tetapi gagal menunaikan tanggung-jawab mengundi semata-mata kerana namanya tiada dalam senarai daftar pemilih. Ini merugikan,” katanya.

Menyentuh mengenai peranan rakyat sebagai hakim yang adil dalam menghadapi proses pilihanraya bagi menentukan pemimpin yang dipilih benar-benar jujur melaksanakan tanggung-jawab kepimpinan, Abdul Hadi mahukan rakyat di negara ini mencontohi negara yang maju dalam amalan demokrasi berpilihanraya bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Rakyat di negara ini mestilah mencontohi negara yang maju dalam system demokrasi berpilihanraya. Di negara lain rakyat menggunakan kuasa mereka sebagai hakim bagi menjatuhkan parti yang melakukan kesilapan dalam pemerintahan.

“Kita tengok di Amerika dan di India juga di negara lain pemimpin bertukar ganti  kerana rakyat bertindak secara bijak dan adil. Di negara kita dah 50 tahun lebih tak tukar-tukar, walau pun pemerintah  rasuah, pemerintah menyeleweng. Ini tak betul, rakyat kena berlaku adil,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan pelancaran lot tanah wakaf  bagi pembangunan Markaz PAS Chempaka, di Lanchang._harakahdaily.net

Pakatan pantau GST kerana anggap ia usaha peras wang rakyat

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Pakatan Rakyat menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana, bagi mereka, GST adalah satu tindakan untuk memeras wang rakyat kerana kerajaan sudah kehabisan wang.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dari PKR berkata, pasukan petugas pemantau GST (Anti-GST Task Force) itu dianggotai tiga wakil setiap parti.

"Pakatan Rakyat prihatin terhadap cadangan ini dan menubuhkan sebuah pasukan petugas pemantau GST yang dianggotai tiga wakil setiap parti," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen petang semalam.

Selain beliau, dua lagi wakil dati PKR ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Wakil dari PAS ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.

DAP pula diwakili Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Pasukan petugas ini akan mengkaji akta sedia ada yang berkaitan serta cadangan rang undang-undang berkenaan.

Ia juga bertujuan untuk memformulasikan pelan tindakan untuk jangka pendek dan panjang.

Pasukan ini akan menyedia dan melengkapkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu GST selain menjalankan sesi sumbang saran dengan rakyat serta memberi kefahaman secara menyeluruh terhadap kesan GST.

Menurut Dr Dzulkifli, GST yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan ini akan memberikan kesan yang parah kepada rakyat khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Pada pandangan dan telahan kami pengenalan GST ini akan meninggalkan kesan kesan dan impak yang parah khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kami mahu membawa isu ini sebagai isu yang cukup penting kerana persoalan bagaimana ia akan meninggalkan impak kepada rakyat bukan hanya isu politik tetapi sekaligus akan mejejaskan kehidupan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai cukai dan penarikan semula subsidi," tegasnya.

Tony Pua pula mendakwa kerajaan begitu terdesak mahu melaksanakan GST kerana menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

"Saya rasa sebab utama kenapa kerajaan berasa terdesak untuk melaksanakan GST walaupun penuh kontroversi kerana kerajaan sudah kehabisan wang.

"Mereka memerlukan sumber kewangan yang baru untuk menanggung hutang-hutang sejak beberapa tahun yang lalu," katanya.

Minggu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata rang undang-undang mengenai GST akan dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama tahun ini makalala bacaan kedua pada Mac tahun hadapan.

GST akan dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua.
Kerajaan menjangka perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun selepas tahun pertama pengenalannya. _harakahdaily.net

Ketua Pengarang Harakah jalani rawatan jantung

Azamin Amin   
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjalani rawatan jantung pagi ini iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Prosedur tersebut dijalankan di HSC Medical Centre di Jalan Ampang dekat sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Lutfi sampai ke pusat perubatan swasta itu kira-kira jam 8.30 pagi dengan ditemani isterinya, Puan Siti Hawa Samsam. Menunggu beliau di pusat perubatan itu adalah rakan-rakannya dari Harakah serta keluarga beliau yang lain termasuk abangnya, Che Samsudin Othman atau Dinsman.
Lutfi membuat pemeriksaan jantungnya di situ semalam selepas disyorkan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang pernah mendapatkan pemeriksaan jantung di situ. Cadangan itu dibuat Husam ketika menziarahi Lutfi di rumahnya dua hari lepas.

Selepas dibuat pemeriksaan, doktor memutuskan agar Lutfi membuat pembukaan segera kepada saluran jantungnya yang terlalu banyak tersumbat itu.

Semalam, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar mengunjungi beliau di pusat perubatan swasta itu.

Prosedur angioplasty itu dijangka akan berjalan selama 4 jam. Ia dibuat tanpa melalui pembedahan tetapi hanya memasukkan alat melalui saluran darah beliau. Di sana, saluran darah ke jantungnya yang tersumbat akan dibuka semula dengan belon dan tongkat (stanting) akan diletakkan.
Lutfi yang menghantar sistem pesanan ringkas kepada Harakahdaily malam semalam, menjelaskan bahawa beliau menghadapi masalah jantung yang serius.

"Doktor pakar kata keadaan jantung saya serius.

"Saluran tersumbat dan doktor mahu jalani pembukaan saloran itu esok. Harap doakan saya," katanya kepada Harakahdaily.

Harakahdaily berharap semua pihak khususnya kepada pembaca Harakah dan Harakahdaily mendoakan kesejahteraan Lutfi dan semoga Allah mempermudahkan pembedahan beliau pagi ini.

_harakahdaily.net

Rabu, 2 Disember 2009

Bajet Pulau Pinang jamin masa depan rakyat

Mohd Sabri Said  
GEORGETOWN, 2 Dis: Bajet Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang bertemakan 'Menjamin Masa Depan Kita' memberi harapan baru kepada keseluruhan rakyat negeri ini.

Penumpuan khusus diberikan terhadap sektor pendidikan serta tiga teras utama pada bajet 2008 iaitu merancakan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjamin keadilan sosio ekonomi.

Paling mengembirakan walaupun baru hampir dua tahun memerintah, Ketua Menteri melakukan beberapa pembaharuan memberi peluang kepada para peniaga melaksanakan urusan dengan tander terbuka selari dengan dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) sehingga mendapat kepujian oleh Ketua Audit Negara dan badan Anti Rasuah terulung.

Kepujian itu merupakan lambang kejayaan kerajaan yang telus serta merupakan negeri pertama mendapat gelaran tersebut di Malaysia setelah berjaya membaiki kelemahan kerajaan terdahulu.

Melalui bajet 2010 ini, kerajaan Pulau Pinang telah bertekad mendirikan suatu Hab Pendidikan Cemerlang di Pondok Upeh, Balik Pulau dengan kos RM121 juta termasuk kos pengambilan tanah.

Selain menekankan pertumbuhan ekonomi, kerajaan negeri juga berhasrat membentuk sebuah negeri bercorak demokratik, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika di bawah nilai-nilai 5K iaitu kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dan ketaqwaan kepada Tuhan.

Antaranya meningkatkan daya saing ekonomi ekoran krisis ekonomi dunia masih meninggalkan impak ke atas ekonomi dunia keseluruhanya.

Namun begitu, Pulau Pinang tetap berusaha ke arah memantapkan ekonomi dan ia berjaya dibuktikan apabila 151 projek pelaburan telah diterima oleh Pulau Pinang dengan kadar pelaburan RM10.156 bilion.

Pada masa yang sama 22,215 pekerjaan dapat diwujudkan setelah mendapat pelaburan baru oleh Kerajaan Negeri iaitu berjumlah RM1.66 bilion pada tempoh Januari hingga Ogos tahun lepas.

Dari jumlah itu RM466 juta adalah pelaburan domestik dan baki sebanyak RM1.2 bilion merupakan pelaburan asing.

Sektor infrastruktur dan kemudahan awam juga diberikan penekanan berikutan aduan yang diterima serta memperbaiki kelemahan yang ada.  Contoh paling ketara ialah pengangkuan awam Rapid Penang yang dikatakan belum memenuhi tahap kualiti pengangkutan awam.

Akan tetapi pertambahan 100 bas lagi dipercayai akan mengatasi masalah tersebut selari dengan fokus yang diberikan menerusi janji kerajaan yang lebih efesyen dan cekap.

Bagi mencapai hasrat pembangunan sejagat Kerajaan Negeri juga berterima kasih pada Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan dua projek terbesar iaitu projek pembesaran Empangan Mengkuang dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Projek Empangan Mengkuang mendapat kenaikan peruntukan dari RM506.64 juta kepada RM955 juta di mana ia akan dimulakan pada awal 2010 dan dijangka siap dalam jangkamasa empat tahun.

Manakala pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pianag pula dilaksanakan semula dengan kos RM1.75 bilion di bawah Rancangan Malaysia (RMK 10) dengan mengambil masa setahun untuk siap sepenuhnya.

Kerajaan Negeri juga memfokuskan kepada memperkasaan sektor pertanian dan Industri Asas Tani walaupun kadar pertumbuhanya hanya 2.3 peratus dalam tempuh 2007-2010 berbanding kadar nasional sebanyak 7.1 peratus.

Namun begitu, memandangkan pembangunan sektor itu berpotensi pada masa depan Kerajaan Negeri telah memajukan lot 1441, Mukim Juru 12, Daerah Seberang Perai Tengah dengan keluasan 284.62 hektar sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Bukan sahaja sektor ekonomi malahan sektor ekologi juga turut diberikan keutamaan kerana selama ini sektor tersebut terlepas pandang sehingga mencetuskan fenomena baru dan ancaman kepada rakyat.

Jesteru itu, kali ini Kerajaan Negeri telah membuat penelitian terhadap isu hijau dengan menyasarkan program kualiti alam sekitar dengan lebih berkesan lagi.

Antara program yang telah dilaksanakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat ialah Hari Kempen Tanpa Beg Plastik, Kempen Green State serta pelancaran EM Mud Ball di semua peringkat daerah di Pulau Pinang.

Hasilnya boleh dikatakan semua pemaju perumahan telah bekerjasama dengan mengwujudkan kawasan hijau di setiap rumah atau kawasan perumahan.  Tidak hairanlah kesanya Negeri Pulau Pinang telah diiftirafkan sebagai negeri pertama di Malaysia mengadakan polisi seumpama itu bagi menggalakan dan menyokong inisiatif bangunan hijau (Green Building Index) atau ringkasnya GBI._harakahdaily.net

Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama

M Faqih & Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan.

"Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain.

"Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.

"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.

Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.

Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.

"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.

"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya  menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya._harakahdaily.net

Tauliah: Jais didakwa bertindak atas pandangan sebelah pihak

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid samad mempersoal tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertindak menarik balik tauliahnya berdasarkan pandangan sebelah pihak sahaja.

Khalid dalam satu siang media di lobi parlimen tengahari tadi berkata, meskipun terdapat segelintir pihak yang menyokong tindakan penarikan tauliah itu, namun lebih ramai lagi yang tidak bersetuju dengan tindakan Jais itu.

"Mengapa dia (Pengarah Jais) hanya mendengar pandangan sebahagian dan tidak sebahagian yang lain.

"Hanya mendengar dan bertindak atas desakan orang-orang yang menyokong tindakannya ataupun tidak bersetuju saya memberi khutbah, tazkirah dan kuliah agama sedangkan lebih ramai lagi yang bersetuju saya diberikan kebenaran ataupun tauliah tuk memberikan khutbah," katanya.

Khalid yang juga Yang Dipertua Shah Alam merujuk kepada tindakan sekumpulan penduduk kawasan itu yang menghantar memorandum mengandungi kira-kira seribu tandatangan menyokong tindakan Jais itu.

Isnin lalu pula, memorandum bantahan dari 1013 ahli qariah masjid dan surau sekitar Shah Alam diserahkan kepada Jais membantah tindakan itu.

Khalid turut mendakwa Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin bertindak atas desakan politik Umno BN di Selangor dan menyalahgunakan kedudukannya untuk bertindak secara tidak adil kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tindakan ini memberikan gambaran bahawa Pengarah Jais bertindak atas desakan kepentingan politik kerana kita tahu bahawa dia sebelum ini adalah pebantu kepada Tan Sri Muhammad Taib yang merupakan pimpinan Umno dan selepas itu dia telah dilantik pada zaman Khir Toyo sebagai Pengarah Jais.

"Ini menunjukkan hubungan yang begitu rapat dengan Umno dan dia menyalahgunakan kedudukannya untuk bertindak menyekat pemimpin masyarakat dari PAS untuk mengadakan program-program di dalam masjid," dakwanya.

Beliau juga tidak menolak tindakan Jais itu merupakan salah satu strategi Umno BN untuk merampas Selangor khususnya Shah Alam yang dilihat sangat berharga kepda mereka.

"Umno memang target nak ambil Shah Alam.Shah Alam bagi Selangor satu permata yang penting dan mereka sedang menyusun strategi untuk menentukan bahawa kedua-dua dun atau parlimen jatuh ke tangan mereka.

"Mereka risau pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dapat mendekati orang Islam melalui program di masjid dan surau kerana mereka telah menanamkan ke dalam minda orang Islam bahawa Pakatan Selangor anti Islam," tegasnya lagi.

Khalid turut menegaskan bahawa beliau tidak membawa ajaran sesat dan tidak menyentuh soal politik dalam kuliahnya.

"Saya tidak memaksa masjid untuk memanggil saya tetapi mereka yang menjemput saya.Kalau kiranya didapati kuliah saya tidak mantap maka dengan sendirinya mereka tidak akan menjemput saya lagi.

"Biar qariah sendiri yang menilai sendiri mantap atau tidak takziah atau khutbah yang saya sampaikan," tegasnya.

Tauliah sementaranya yang diperoleh pada 10 Julai 2008 ditarik balik pada 8 Oktober 2008 atas alasan beliau mempunyai rekod jenayah tetapi kemudian JAIS mendakwa khutbah yang disampaikan tidak mantap.

Khalid dalam sidang media samaturut menyatakan sokongannya terhadap kaedah yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghapuskan kezaliman dengan doa.

"Saya juga nak buat kenyataan menyokong tindakan Tok Guru Nik Aziz berhubung doanya," katanya.

Menurutnya kaedah itu sangat wajar memandangkan Kerajaan Pusat telah sekian lama melakukan kezaliman terhadap rakyat Kelantan.

Selain negeri itu sering di anak tiri dalam menyalurkan bantuan, hak rakyatnya untuk mendapat royalti petroleum turut dinafikan._harakahdaily.net

Taib Azamudden cadang pungutan zakat negeri diselaras

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib mencadangkan agar kerajaan membuat satu penyelarasan mengenai pungutan zakat di setiap negeri.

Taib berkata, cadangan penyelarasan ini perlu dikaji kerana terdapat negeri-negeri yang mempunyai kutipan (zakat) yang tinggi tetapi asnafnya sedikit. Manakala terdapat negeri yang mempunyai pungutan yang rendah tetapi asnafnya ramai.

"Saya mintak supaya dikaji dibuat satu penyelarasan (pungutan zakat) di negeri-negeri ini.Contohnya di Wilayah Persekutuan mempunyai kutipan zakat yang tinggi tapi asnafnya sedikit berbanding contohnya Kdah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan sebagainya kutipannya sikit tapi asnafnya ramai," katanya ketika ditemui di lobi parlimen siang tadi.

Beliau berkata, dengan adanya penyelarasan ini, negeri yang mempunyai pungutan zakat yang tinggi boleh mengagihkan pungutan berkenaan kepada negeri yang mempunyai asnaf yang ramai untuk mengelakkan perbezaan jurang yang ketara.

"Walaupun zakat merupakan bidang kuasa negeri-negeri, tapi kita mintak supaya ada satu kesefahaman supaya diselaraskan.Contoh di Wilayah Persekutuan zakat banyak maka bolehlah juga diagihkan kepada negeri yang pungutannya sikit tapi asnaf ramai supaya jurang antara negeri tidak begitu ketara,"

"Contoh pelajar yang akan belajar di Timur Tengah, Selangor mampu beri sehingga 7 ribu tapi negeri lain contohnya kedah hanya mampu beri 3 ribu atau 4 ribu Kalau diselaraskan bolehlah semua asnaf mendapat zakat yang sama rata," jelasnya.

Taib membangkitkan perkara itu dalam soalan tambahannya sewaktu sesi soal jawab lisan di dewan rakyat semalam.

Beliau semalam turut meminta Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan sejauhmana penguatkuasaan zakat terhadap pengeluar zakat terutama sekali usahawan-usahawan korporat dan syarikat-syariat besar.

"Kita turut ucapkan tahniah kepada syarikat besar misalnya Tabung Haji yang telah keluarkan zakat dan agihkan kepada semua negeri.Kita harap banyak lagi syaraikat yang buat demikian," katanya.

Sebelum itu wakil Dungun, Matulidi Jusoh dari BN meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana zakat telah dapat menjana ekonomi golongan fakir dan miskin serta mengeluarkan mereka dari belengggu kemiskinan.

Beliau daam pada itu, meminta kerajaan mempertimbang untuk memanggil Petronas menyertai Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyak 'Hub Hidrokarbon' (SULIHH) di Sungai Limau, Yan.

Menurutnya Petronas juga dapat memanfaatan penyertaannya ke dalam projek itu dengan menggunakan laluan Yan untuk berulang-alik dari Timur Tengah ke loji penapisan.

"Oleh kerana potensinya begitu hebat dan keistimewaan Yan ialah kedalaman laut bersifat semulajadi yang boleh menampung tangki kapal-kapal besar. Petronas boleh menggunakan laluan Yan untuk berulang alik dari Timur Tengah ke loji penafisan.Kenapa Petronas tak mahu menyertai projek ini sedangkan ini ialah untuk malaysia," katanya.

Beliau dalam soal jawab lisan semalam meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah bentuk kerjasama dan usaha yang diberika oleh Kerajaan Pusat terhadap Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyakv'Hub Hidrokarbon' (SULIHH) di Sungai Limau Yan, Kedah untuk menarik pelabur luar sebanyak mungkin._harakahdaily.net

Makkal Sakhti pecah dua

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Baru dua bulan lalu Makkal Sakthi dilancarkan oleh Perdana Menteri, namun hari ini  Makkal Sakthi sudah berpecah dan sebahagian dari pemimpin parti itu mendesak presiden mereka,  R S Thanenthiran meletakkan jawatan.

Ketika dilancarkan dahulu, pilihan raya kecil Bagan Pinang hampir berlangsung. Dengan perhimpunan besar para penyokong Makkal Sakti itu, pengundi India di Bagan Pinang mendapat dorongan untuk menolak parti yang mereka undi pada pilihan raya Mac 2008 lalu.

Hasilnya, PAS kalah teruk dalam pilihan raya kecil tersebut.
(Gambar: Perdana Menteri dan Thanenthiran semasa majlis pelancaran parti Makkal Sakti menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang)
Kini, R S  R S Thanenthiran didesak oleh lebih 15 dari 27 anggota Jawatankuasa Pusat partinya agar melepaskan jawatannya.

Kumpulan pendesak ini pula dipimpin oleh timbalannya,  A Vathemurthy. Dalam sidang medianya hari ini,  Vathemurthy mendakwa, mereka tidak mahu Thanenthiran memimpin mereka lagi.

“Kami mahu Thanenthiran melepaskan jawatan presiden dan tidak lagi memimpin parti. Usul untuk menyingkirkan sepatutnya dibincangkan hari ini tetapi mesyuarat CC dibatalkan minit terakhir, kami tidak tahu siapa di belakangnya,” kata Vathemurthy dalam sidang medianya hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat AJK Pusat partinya dijadualkan malam ini dan usulnya adalah untuk menggugurkan Thanenthiran.

Tetapi Setiausaha Agung, R Kannan telah membatalkan notis mesyuarat tengah malam tadi, beritahu Vathemurthy kepada wartawan._harakahdaily.net

Penasihat Ekonomi Selangor: Anwar dapat gaji RM1 dan seorang kakitangan

Dzulfikar Mashoor   
SHAH ALAM, 2 Dis: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disahkan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1, dengan penuh rendah diri hari ini berkata, dia hanya ada sedikit pengalaman sahaja.

"Saya secara peribadi memang tiada pengalaman, kecuali sedikit di (peringkat) Persekutuan dan jadi juru kira-kira di Cheruk Tok Kun (kampung halangannya), tetapi saya akan membantu apa yang perlu," kata Anwar.

Anwar berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan selepas menandatangani surat perlantikan itu petang tadi.

Beliau dipercayai menjawab secara sinis tuduhan dan serangan yang dibuat terjadap beliau selepas perlantikannya diumumkan Khalid sebelum ini.
(Gambar: Anwar bercakap dengan Khalid semasa perisytiharan beliau sebagai Penasihat ekonomi Selangor hari ini)
Antaranya, Tun Dr Mahathir yang berkata, Anwar akan bangkrapkan Selangor dan itulah nilai Anwar...RM1 sebagaimana yang dinyatakan oleh seorang pemimpin Umno yang lain.

Perlantikan tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis Taklimat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor.

Anwar yang berucap kemudiannya merakamkan penghargaan kepada Khalid, Pakatan Rakyat serta kerajaan Selangor atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Saya dengan rasa rendah diri terima...Saya terima (pelantikan) setelah dapat restu dengan pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) Ustaz Abdul Hadi Presiden PAS dan Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP," jelasnya.

"Kehadiran saya adalah untuk membantu...jadi saya pun kena tandatangan surat jawatan jadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri."

Beliau turut berikrar untuk memastikan ekonomi Selangor kian kukuh, berdasarkan pengalamannya menjadi Menteri Kewangan era 1990an lalu.

Anwar turut memuji ketelitian dan kejujuran Khalid dalam menguruskan ekonomi negara dalam nada yang cukup mesra.

"Saya begitu akrab dengan Tan Sri Khalid, saya kenal dia sebagai seorang yang tegas walaupun dia adalah ahli parti saya." jenaka Anwar.

"Bila saya kata bagilah RM1 kalau nak sangat saya jadi Penasihat Ekonomi (Selangor), saya ingat beliau akan menolaknya, tapi, beliau kata terima kasih (bersetuju) dan terus lantik saya dengan gaji RM1."

Beliau yang juga Ketua Umum PKR turut mengumumkan kakitangan yang akan membantunya di peringkat kerajaan negeri - Rafizi Hafiz, seorang jurutera dan akauntan yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan di Petronas.

Jelasnya lagi, dengan pejabat yang sederhana dan seorang staff, beliau akan cuba meneruskan rundingan dengan beberapa syarikan konsesi air swasta agar agenda 'Merakyat Ekonomi Selangor' berjaya direalisasikan secepat mungkin.

"Dengan pejabat yang cukup sederhana, seorang atau dua staff mungkin kalau saya perlu, saya akan usahakan agar rundingan dengan syarikat konsesi air boleh diteruskan demi rakyat." jelasnya.

_harakahdaily.net