Sahabat Purnama

Khamis, 22 Julai 2010

Pemandu van, lori maut kemalangan

SENAI – Seorang pemandu van dan seorang pemandu lori maut dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di persimpangan Jalan Teberau – Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pemandu van, dikenali Salim, 55, dipercayai melanggar sebuah kereta di hadapannya.
Mangsa yang dalam perjalanan membawa beberapa orang pekerja dari Jalan Ibrahim Abdullah ke Jalan Majidee, kemudiannya keluar dari kenderaan untuk melihat kerosakan yang dialami.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa kemudiannya dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah belakang.
“Sejurus itu, sebuah lori dipandu Lim Kok Hoon, 55, dipercayai merempuh belakang kereta tersebut.
“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa maut ekoran mengalami kecederaan parah di anggota badan,” katanya.
Katanya, bagaimanapun kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan._sinarharian
Turki, Hamas makin akrab
DAMSYIK - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bertemu dengan ketua kumpulan pejuang Hamas, Khaled Meshal dalam pertemuan yang menandakan hubungan yang semakin akrab sejak serangan Israel ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza.
Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan membincangkan cara menamatkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza semasa pertemuan unik di antara bekas sekutu kuat dan musuh utama Israel yang diadakan di Damsyik, Isnin lalu.
Ahmet menyuarakan kesediaan Turki untuk terus menghulurkan bantuan yang diperlukan dalam usaha menamatkan sekatan rejim tidak berperikemanusiaan itu ke atas Genting Gaza.
Selain isu sekatan Gaza, Ahmet dan Khaled juga membincangkan usaha perdamaian di antara Hamas dan Fatah, dua kumpulan pejuang utama di Palestin dan juga proses damai di Timur Tengah.
Khaled juga dilaporkan memuji Ankara kerana berani membidas keganasan rejim Zionis dan mempertahankan tindakan Turki menuntut pampasan daripada rejim itu.
Hubungan dua hala di antara bekas sekutu kuat, Turki dan Israel merosot selepas tentera rejim itu membunuh sembilan warga Turki dalam serangan berdarah, 31 Mei lalu._sinarharian

Usah ikut rentak media perdana


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta ahli-ahli parti itu agar tidak mengikut rentak media arus perdana berhubung isu kerjasama antara UMNO dan Pas sejak dua minggu lalu.


Dalam satu kenyataan medianya semalam, beliau berkata, isu-isu yang dipaparkan itu boleh merapuhkan kesatuan dalam parti itu sendiri.


“Kebelakangan ini mereka rancak memainkan isu berkenaan sehingga mengelirukan sebahagian daripada ahli Pas dan masyarakat Malaysia khususnya.


“Saya nasihatkan semua ahli dan pimpinan Pas supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana,” katanya.


:Sebuah akhbar perdana semalam menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan sebagai berkata, UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.


Kenyataan Nasruddin itu dipetik melalui laman blognya di bawah tajuk ‘Pelan Damai Untuk UMNO dan Pas’.

Nasharuddin berkata, Pas yang masih berpegang dengan muktamar-muktamar yang sedia ada akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja untuk pilihan raya umum yang ke-13 dalam membina sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru.

“Kita percaya media-media ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman Pas sendiri,” katanya.


Beliau juga menyeru kepada kesemua ahlinya agar lebih berusaha untuk memperkukuhkan parti terutama sekali di peringkat cawangan dan kawasan di samping menambah bilangan ahli baru.


Sementara itu, Nasrudin berkata, Pas tidak pernah menghantar mana-mana pemimpin tidak kira pemimpin peringkat rendah atau peringkat tertinggi bagi mengadakan perbincangan berkenaan isu perpaduan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.


Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya ada, terpulang kepada pemimpin berkenaan untuk tampil menjawab segala persoalan berhubung pertemuan yang diadakan itu.


“Kemungkinan perjumpaan yang diadakan adalah secara peribadi dan bukannya di atas arahan parti.


“Isu siapa berjumpa siapa bukan isu penting. Pertemuan itu mungkin hanya pertemuan biasa untuk bertanyakan pendapat,” katanya.


Menurutnya, jika pertemuan di antara pemimpin Pas dengan Mufti Perak membincangkan isu perpaduan, beliau (pemimpin Pas) tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana segala keputusan ditentukan oleh parti.


Nasrudin berkata, Pas adalah parti yang bertunjangkan Islam dan UMNO hanya perlu menerima Islam serta menjadikan perundangan Islam sebagai asas perpaduan negara._sinarharian

Pemandu rogol pelajar dalam bas sekolah

MELAKA - Akibat merogol pelajar Tingkatan Satu di dalam bas sekolah, tiga tahun lalu, seorang lelaki yang juga pemandu bas berkenaan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, semalam.

Ibrahim Sali @ Ali, 25, dari Taman Harmoni, Merlimau pada hari akhir pembelaan kes didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa merogol seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun 9 bulan di dalam sebuah bas sekolah di hadapan Taman Muhibbah, Merlimau, kira-kira 3 petang, pada April 2007.

Tertuduh yang diwakili peguambelanya, Shaari Nor memohon mahkamah memberi hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu adalah pertama kali serta hubungan seks yang dilakukan atas dasar suka sama suka.

Timbalan Pendawa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin dalam pendakwaannya pula berkata, tertuduh perlu dikenakan hukuman berat atas faktor kepentingan awam dan istilah 'suka sama suka' tidak boleh dijadikan alasan kerana mangsa di bawah umur haruslah dilindungi.

Elesabet yang mendengar hujah dan meneliti fakta kes menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan tiga sebatan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan._sinarharian

Era Najib: Yang miskin subsidi yang kaya!

http://www.merdekareview.com/bm/   
Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?


DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.

Defisit meningkat; Hutang melambak

Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.


Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.


Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!


Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.


Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.

Yang miskin subsidi yang kaya


Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.


Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?


Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.


Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.


"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib._harakahdaily

Umno tenat, sanggup peralat mufti berbohong

Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.
"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.
"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.
"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".
"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya._harakahdaily

Rabu, 21 Julai 2010


http://buletinonline.net/images/stories/berita29/ganupolis.gifKUALA TERENGGANU - Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di Kampung Padang Hangus, Tepoh dekat sini yang menyebebkan seorang lelaki maut akibat dibelasah malam Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Supt K Manoharan berkata Rabu, lima daripada mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Padang Hangus, Isnin lalu.

Katanya, dua orang lagi yang berasal dari Kampung Batu Lapan dan Banggol Tok Jiring ditahan ketika membuat laporan di balai polis daerah Kuala Terengganu, semalam.

Manoharan berkata, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 48 tahun ditahan reman sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 148 kerana merusuh dan juga Seksyen 302 kerana membunuh.

"Kita yakin dengan tertangkapnya tujuh mereka yang disyaki terlibat itu, kes ini dianggap sudah selesai," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian pergaduhan pada kira-kira 10.30 malam Jumaat lepas, seorang buruh Wan Sukri Wan Temirang, 34, mengalami cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapat rawatan.

Bagaimanapun, mangsa yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu, meninggal dunia pada kira-kira 2.30 petang Isnin lepas.-- BERNAMA

Selasa, 20 Julai 2010

Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno

Idris Ahmad   
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.


PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai  parti yang busuk sampai usus.

Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar  beramai-ramai masuk PAS.


Apakah logik PAS  diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.


Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.


PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.


PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena  rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.


Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai.  Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.


PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.


Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa.


Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno.


Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, AlMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang


Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan Melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman PAS, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar PAS lawan Dr S Vasan (MIC).


Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.


PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.


Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat._harakahdaily
 

Sistem Perundangan Negara Gagal Jamin Hak Keselamatan Warga

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 19 Julai - N Surendran, peguam kepada bekas Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia, N Thamendran yang dituduh bersubahat mencuri enjin jet pejuang F-5e milik TUDM menyifatkan sistem perundangan negara ini tidak mampu menjamin  warga daripada ancaman terhadap kebeasan dan keselamatan diri mereka.
Ini jelas terbukti apabila Thamendran memilih untuk berada di dalam penjara daripada diseksa dan dicabul hak kemanusiaannya di bawah TUDM.
Surendran berkata anak guamnya hari ini meminta dirinya dipenjarakan semula di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonan beliau untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi dirinya.
Thamendran yang gagal dalam permohonan itu berkata beliau lebih sanggup dimasukkan ke dalam penjara daripada diseksa lagi oleh pihak TUDM.
Surendran yang dihubungi Suara Keadilan berkata pihak TUDM ingin 'menahan' anak guamnya dan berikutan itu beliau lebih rela ditahan di penjara.
"Tidak pernah dalam sejarah negara, seseorang yang mendapat jaminan untuk bebas rela masuk balik ke dalam penjara.
"Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem perundangan negara kita yang menyebabkan Thamendran tidak mahu bebas seperti manusia biasa," tegas beliau.
Menurut Surendran, pihaknya percaya Thamendran telah dikambinghitamkan kerana menurutnya, tidak masuk akal jika dua individu termasuk anak guamnya mampu mencuri enjin tersebut dan menghantarnya hingga ke Uruguay di Amerika Selatan.
Apabila ditanya adakah anak guamnya itu bersalah, beliau berkata Thamendran tidak bersalah dan sebab itu beliau minta dirinya dibicarakan.
Petang tadi, Tharmendran membatalkan ikat jamin terhadap dirinya selepas mahkamah menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.
Sebelum itu, permohonan perintah perlindungan difailkan di sebuah balai polis berhampiran.
 Kehadiran dua pegawai TUDM yang berada di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam Tharmendran yang bimbang terhadap keselamatan anak guamnya itu.
Berikutan pembatalan ikat jamin itu, Tharmendran akan kembali ke Penjara Sungai Buloh - dua minggu selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.
Tharmendran dituduh mencuri dan bersubahat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Sementara itu, Surendran mendakwa terdapat cubaan daripada pihak TUDM untuk menangkap anak guamnya itu untuk dibawa balik ke Pangkalan TUDM 16 Julai lalu.
Menurutnya, beberapa kakitangan TUDM yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita muncul di rumah Tharmendran di Seremban Jumaat lalu bertanyakan tentang "lapor diri ke kem".
"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain.
"Perkara ini serius kerana tertuduh bukan lagi Sarjan TUDM dan sudah meletakkan jawatan 28 Mei lalu," tambah Surendran.
Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Ishak Muhamad Yusof.
Mahkamah sesyen menetapkan 6 September sebagai tarikh sebutan kes dan sambungan perbicaraan.
Hadir pada perbicaraan ini adalah tertuduh bersama K Rajandran Prasad, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo._suarakeadilan

Isnin, 19 Julai 2010

Alasan beli durian terbongkar

MUAR - Alasan hendak beli durian oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berlegar-legar di sebuah rumah berjaya membongkar kejadian pecah rumah sepasang warga emas di pekan Panchor di sini, semalam.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai memecah masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu belakang.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila mangsa, Kow Kim Cheng, 73, dan isterinya Tey Siew Luan, 70, tiada di rumah.

Mangsa mula menyedari kejadian apabila diberitahu jirannya yang ternampak suspek keluar melalui pintu hadapan rumah.

Sejurus pulang ke rumah, mangsa terkejut melihat keadaan bilik utama rumah mereka bersepah dan terus memeriksa almari pakaian yang menyimpan barang berharga.

Suspek berjaya membawa lari wang tunai berjumlah RM4,000 termasuk mata wang asing.

Mangsa yang masih trauma dengan kejadian tersebut kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, gerakan memburu suspek akan dilakukan serta-merta sehingga suspek berjaya ditangkap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah._sinarharian

Kenaikan Harga Barang Menambah Beban Rakyat Miskin

Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 19 Julai - Ahli Dewan Negara, Senator Dr Syed Husin Ali menyangkal tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikkan harga barangan baru-baru ini tanpa mempertimbangkan bebanan yang terpaksa dihadapi rakyat.
Beliau berkata, keputusan kerajaan tersebut secara tidak langsung bakal menambah bebanan rakyat apabila barangan lain juga turut dinaikkan dalam masa yang sama.
"Saya bimbang kenaikan harga barang sekarang ini diakibatkan oleh penarikan subsidi terutamanya ke atas minyak dan gula akan mempunyai akibat-kaibat lain di negara ini dan paling teruk sekali menangung beban ini adalah bagi golongan susah.
"Kita lihat bagi mereka yang kaya misalnya subsidi yang diberikan kerajaan kepada IPP (Pengeluar Tenaga Bebas), subsidinya 19 bilion tetapi tidak ditarik balik. Maksudnya yang kaya diketepikan tetapi yang susah akan dibebankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri persidangan dewan negara di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Hadir sama, Senator S Ramakrishnan (DAP), Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP) dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff (KEADILAN). 
Dr Syed yang juga Timbalan Presiden KEADILAN turut mempertikai kerajaan kerana mengemukakan alasan menaikkan harga gula disebabkan faktor penjagaan kesihatan.
"Saya marasa geli hati sedikit mendengarkan bahawa alasan menaikkan harga gula untuk memastikan kesihatan. Kalau itulah alasannya, daging boleh menyebabkan darah tinggi, telur barangkali boleh menaikkan kolestrol begitu juga mentega. Jadi adakah dengan alasan kesihatan, kita boleh menaikkan harga barangan ini? tegas beliau.
Tambah Dr Syed, percubaan kerajaan untuk menyekat media daripada menggunakan perkataan 'barang naik' itu tidak mempunyai asas kerana hakikatnya barangan tersebut sememangnya mengalami kenaikan.
Beliau turut mengkritik tindakan kerajaan membuat perbandingan dengan negara luar berhubung kenaikan harga barangan berkaitan.
"Hujah kerajaan membuat bandingan dengan negara lain tidak betul kerana ada negara yang harga berasnya lebih murah, ada negara yang harga daging dan juga buah-buahannya jauh lebih murah daripada sekarang.
"Soal membandingkan harga dengan negara luar adalah tidak boleh. Kita mesti membandingkan dengan negara kita sendiri yang dulu dengan yang sekarang. 
"Apa justifikasinya sekarang kerajaan menaikkan harga barang lebih daripada yang dulu," soal Dr Syed.
Sementara itu, Ramakrishnan membidas kerajaan kerana tidak mempedulikan bantahan dari pemimpin-pemimpin politik ke atas kenaikan harga barangan termasuk pembaziran kerajaan meneruskan projek mega.      
"Kenaikan (barang) yang berlaku sekarang mendapat banyak bantahan dari pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan tidak ambil peduli mengenainya malah terus menaikkannya.
 
"Misalnya kerajaan memberikan subsidi kepada IPP juga tiga permit AP yang diberikan kerajaan kepada kroni-kroni.
"Baru-baru ini laporan bagi projek pelabuhan Batu Maung yang terbengkalai mendapati kerajaan telah memberi surat sokongan kepada kroni-kroni. Jadi sekarang kerajaan kena tanggung kos itu dan kesannya kepada seluruh rakyat," katanya.
Bercakap dalam sidang media yang sama, Dr Syed turut mempertikai penolakan dewan negara yang menolak soalan-soalan yang dikemukakan oleh Senator Pakatan Rakyat.
"Peluang untuk mendapat jawapan kepada soalan ditolak, ramai di antara kami yang mengemukakan soalan telahpun ditolak.
"Soalan saya ialah mengenai berapa bilangan 'special branch' (cawangan khas) di negara ini termasuk berapa peruntukan sebenar dan apa tugas-tugas mereka tetapi soalan itu ditolak.
"Ia perlu bagi memastikan ketelusan berhubung peruntukan yang dibuat bagi mengetahui perkara sebenar," katanya._suarakeadilan  

Kejayaan menggerakkan UPU

Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan atau di DUN lain yang rata-ratanya sambutan memberangsangkan daripada penduduk menggambarkan keberkesanan Kerajaan Negeri yang menerajui Kelantan selama 20 tahun.

ADUN Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, program anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di Padang Majlis Dearah Pasir Puteh (MDPP) itu dilihat sebagai kayu pengukur bagi menilai keupayaan pimpinan di semua peringkat.

Menurutnya, kerajaan sendiri mahu melihat sejauh mana kejayaan pimpinan di peringkat Unit Peti Undi (UPU) atau mukim menggerakkan potensi yang terdapat di kawasan masing-masing.

“Gerai daripada 15 UPU dengan mempamerkan kelebihan yang tersendiri membuktikan komuniti itu digerakkan secara aktif daripada memartabatkan agama, kebudayaan sehingga kepada usaha menaikkan taraf ekonomi melalui Industri Kecil dan Sederhana.

“Semangat kerjasama yang ditunjukkan merupakan ‘tonik’ kepada kita yang sememangnya tidak jemu membangunkan komuniti dari pelbagai aspek,” katanya.

Bersempena dengan program itu juga, Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik dan cek kepada wasi untuk Skim Kifalah.

Pengarah Program, Mohd Judin Samat berkata, Selain 3,000 peserta terlibat dengan 30 acara sukaneka dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu, muslimat turut mempamerkan kebolehan masing-masing dalam pertandingan masakan.

Walaupun DUN Lim-bongan mempunyai misi bagi menyertai Cakna Rakyat peringkat negeri katanya, kejayaan Cakna Rakyat DUN Limbongan sudah cukup membanggakan.

“Semua ini terhasil hanya dengan semangat kerjasama tinggi masayarakat, memahami antara satu sama lain serta sedia menyumbangkan tenaga secara percuma untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir seperti ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Nik Mohamed dan ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Pengunjung katanya, turut mendapat manfaat daripada gerai agensi kerajaan yang menyediakan pameran dan perkhidmatan terus kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi dalam ucapannya, melahirkan rasa bangga dengan sambutan masyarakat daerah ini terhadap program tersebut.

Menurutnya, sambutan itu menjelaskan bahawa masayarakat terus memberi sokongan kepada program anjuran Kerajaan Negeri.

“Sambutan hebat rakyat terhadap program ini merupakan suntikan kepada kerajaan negeri untuk meneruskan dasar-dasar yang memberi kebaikan kepada semua,” katanya sebelum melawat gerai-gerai pada program itu.

Pada sebelah malamnya, orang ramai memenuhi padang MDPP untuk mengikuti ceramah Cakna yang disampaikan Ustaz Hamid Derani dan Pengerusi Jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah._sinarharian

Dadah: Penganggur ke mahkamah

KOTA BHARU - Seorang penganggur berusia 33 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar dan memiliki dadah.

Penganggur berkenaan, Hilmy Ab Hamid dari Kampung Kedai Melor dekat sini, bagaimanapun mengaku faham atas dua pertuduhan yang dihadapi di hadapan Majistret Azrol Abdullah selepas pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Hilmy didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat kasar 18.0 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bahagian kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, kira-kira jam 3.30 pagi 6 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Menurut pertuduhan kedua pula, Hilmy didakwa memiliki heroin dengan anggaran berat kasar 1.3 gram ketika ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pangkal Kalong, Kok Lanas dekat sini, kira-kira jam 4 petang 5 Julai lalu.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh diden-da tidak lebih RM100,000 atau di penjara tidak lebih lima tahun.

Dalam prosiding semalam, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali kemudiannya memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baru untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia tertuduh.

Azrol seterusnya bersetuju dengan permohonan itu dan menetapkan 22 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sinar Harian 8 Julai lalu melaporkan polis Kelantan berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki menyembunyikan enam botol heroin di dalam dubur dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kok Lanas, dekat sini.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan terpaksa dihantar ke HRPZ II untuk mengeluarkan lima botol dadah yang berada di dalam duburnya manakala satu botol lagi dikeluarkan suspek sendiri ketika ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Lelaki terbabit turut menjalani pemeriksaan X-ray untuk mengesan dadah yang masih ada lagi dalam badannya dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati masih terdapat satu objek kehitaman yang dipercayai botol plastik yang mengandungi dadah dalam badannya.

Keseluruhan dadah yang dirampas ialah tujuh botol dan dianggarkan bernilai RM3,000._sinarharian

Peniaga pasar malam dihukum mati kerana bunuh pembantu rumah

SHAH ALAM - Seorang peniaga pasar malam, A.Murugan, 36, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani, Oktober lepas.

Hakim, Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas tertuduh.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, pembelaan diri Murugan adalah penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai.

Seramai 50 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Murugan didakwa membunuh Muntik, 36, di rumah No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 Okt dan 20 Okt tahun lepas.

Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.-Bernama

Ahad, 18 Julai 2010

Dakwaan Noh Omar Tidak Bertanggungjawab Dan Salah Fakta

PETALING JAYA 18 Julai -  Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.
 Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh tersebut salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir. 
 "Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat. 
"Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaam biasa.
"KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab dan mengamalkan pentadbiran baik. Selain daripada mengumumkan harga dimedia, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus," kata Abdul Shukor.
Beliau berkata semua tuduhan dan dakwaan dibangkitkan pelbagai individu dan kumpulan akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas  Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kelak.
"Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan.
"Selain sesi pendengaran Selcat, KSSB mengalu-alukan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.  Malah, sebelum ini SPRM sudah pun beberapa kali datang ke Ibu pejabat KSSB di Seksyen 7 di Shah Alam berhubung beberapa dakwaan dan kami telah memberi kerjasama penuh," jelas beliau lagi.
 Abdul Shukor menjelaskan KSSB bimbang serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu.
 "Kami menegaskan bahawa syarikat ini menguntungkan dan telah melaksanakan polisi serta garis panduan telus untuk menyekat amalan rasuah. KSSB merupakan syarikat kerajaan yang profesional serta tidak menerima sebarang amalan seleweng atau salah laku dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar polisi KSSB," tambah beliau._suarakeadilan

Mat Sabu - MELAYU yang berfikir dengan KEPALA LUTUT

Ust Sharil Long - Rosak Akidah jika pinda hukum ALLAh swt

Penduduk gempar buih-buih kecil mampu nyalakan api

BAGAN DATOH - Penemuan gas bawah tanah menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Tiang Baroh, di sini memandangkan tiada tanda-tanda kawasan itu mempunyai hasil seperti itu.
Mohd Shamsuri Abdul Rahim yang menemui sumber bahan api itu berkata, pada mulanya dia tidak menyangka itu adalah gas kerana berada di dalam parit dan cuma mengeluarkan buih-buih kecil.
Menurutnya, dia tergerak untuk menguji kawasan berbuih itu setelah dicadangkan kawannya yang pernah menemui kejadian sama di kebun berhampiran.
“Buih-buih ini memang sudah lama sebenarnya dan saya anggap ia benda biasa tetapi setelah kawan saya menceritakan pengalamannya, saya ingin mencuba.
“Saya tutup kawasan berbuih itu dengan botol yang diubah suai dan apabila saya nyalakan dengan pemetik api, memang ada api menyala tetapi kecil,” katanya.
Shamsuri berkata, kejadian itu sungguh menakjubkan dan sepanjang tujuh tahun tinggal di situ dia tidak pernah terfikir ia boleh berlaku.
Dia yang juga ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Tiang Baroh berkata, ketua kampung itu sudah dimaklumkan dengan kehadiran gas itu.
"Jika benar gas ini wujud, apakah ia akan membahayakan penduduk kerana saya juga bimbang keselamatan keluarga kerana kawasan itu berhampiran dengan rumah," katanya._sinarharian


Khamis, 15 Julai 2010

KAMI SOKONG 200 PERATUS, NAJIB BAGI HADIAH ISTIMEWA KEPADA PENYOKONG SETIA BN, HIDUP UMNO, HIDUP APCO, RAKYAT WAJIB HUMBAN BN PADA PRU 13!

norhalim mh

Tahniah kepada yang menyokong UMNO, Tahniah kepada yang menyokong BN, Tahniah kepada yang mengundi BN, inilah hadiah paling istimewa  dari puak gerombolan untuk mereka, apa kata mereka? "KAMI SEMUA BERSATU HATI, DAN AMAT2 BERSETUJU DENGAN TINDAKAN KERAJAAN PRIHATIN 1 MALAYSIA YANG MENGAMBIL BERAT KEBAJIKAN RAKYAT, KENAIKAN 5 DALAM 1 INI ADALAH LAGKAH BIJAK BAGI MENGELAKKAN NEGARA MUFLIS" - hidup mati umno. 

Alahai kesian penyokong-penyokong umno nie... mereka tiada pilihan kecuali terus menyokong penguasa bagi meneruskan kehidupan mereka yang bergantung harap hanya pada umnobn, tanpa umno maka tiadalah hidup mereka ini, syabas pengundi, penyokong, pelobi, pengampu umnoapco, kamu semua telah ditipu hidup2 oleh penyangak2 gerombolan!  beritanya di sini...

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

3 Syaaban 1431H.

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
•Diesel - RM1.75 seliter.
•Gula - RM1.70 sekilogram
•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.Malaysiakini/-

Ahad, 4 Julai 2010

Pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali perlu pengadilan

Subky Latif   


PROF. Datuk Hamdan Adnan telah membangkitkan satu tuntutan yang amat adil tentang penyembelihan beramai-ramai penduduk Batang Kali, Hulu Selangor oleh tentera British lebih 60 tahun lalu.


Tindakan ganas oleh tentera British itu adalah dalam rangka membasmikan gerakan bersenjata komunis dalam tahun 1948.


Penduduk yang dibunuh itu, 24 orang kesemua – dikatakan orang awam yang tidak bersenjata. Apakah mereka terlibat atau tidak dengan komunis, mereka adalah tidak bersenjata.


Britain pun tidak bertindak  demikian kejam dalam menghadapi gejala komunis dalam negerinya. Dalam keadaan mereka tidak bersenjata dan tidak melawan apabila mereka diserbu, maka zalim bagi mana-mana pihak bertindak membunuh orang awam seperti itu.


Pembunuhan seperti itu perlu dikutuk. Kutukan itu bukan kerana tentera itu British atau ia tentera kerajaan yang berkuasa, tetapi pembunuhan sembarangan ke atas awam di mana-mana pun adalah dikutuk.


Samalah keadaannya dengan tindakan tentera Amerika dan bersekutu Nato di Iraq dan Afghanistan yang dikatakan dalam menentang keganasan Islam lalu membunuh orang awam di merata-rata tempat.


Peristiwa di Batang Kali itu tidak pernah mendapat pembelaan keadilan. Tuntutan masyarakat khususnya dari keluarga mangsa terus dibangkitkan tetapi tidak pernah dilayan dengan adil oleh kerajaan penjajah yang terus berada di Tanah Melayu hingga tahun 1957 apabila tanah jajahan itu merdeka.


Kerajaan merdeka mungkin lupa dan melupakan kecelakaan itu tetapi keluarga mangsa tidak pernah melupakannya dan mereka terus ingat dan menuntut keadilan.


Tuntutan itu bukan sekadar mahukan ganti rugi, tetapi mahukan satu pengajaran keadilan supaya kekejaman seperti itu tidak dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa jua. Jika keadilan itu telah diberikan dulu, maka tentulah tentera Amerika yang ke Iraq dan ke Afghanistan tidak mengulangi apa yang British buat di Batang Kali dulu.


British hingga ini telah berlepas tangan dan kedaulatan Malaysia pula tidak berbuat apa-apa bagi membela rakyatnya yang jadi mangsa kezaliman itu. Mungkin mereka komunis, tetapi mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata ketika mereka dibunuh.


Dan jika pun mereka simpatisan komunis, maka layanannya bukan dengan membunuh mereka tanpa senjata dan tanpa diberi keadilan membela diri.

Kerajaan British mungkin tidak selesa jika ia dibangkitkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi ia adalah tuntutan keadilan yang balasannya tidak akan luput selama ia tidak diselesaikan secara adil.


Britain mengahadapi lebih banyak tuntutan keadilan yang lebih besar dari pembunuhan 24 orang di Batang Kali itu. Maka tidak terlalu berat baginya untuk melayan tuntutan itu jika kementerian luar Malaysia membuka semula failnya.


Kerajaan baru Britian pimpinan David Camaron, seperti yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan, telah membuat tuntuan maaf terbuka kepada keluarga dan penduduk Ireland Utara yang dibunuh tentera British pada 30 Januari 1970.


Kerajaan baru itu tidak mahu dilihat menggelapkan segala dirasakan tidak adil dalam sejarah lalu, maka ia mengambil sikap terbuka dan tindakan sewajarnya bagi menjernihkan suasana dan yang terpenting ialah ia mahu melihat keadilan dapat dilakukan.


Tanpa mahu menyenggong British, maka kesilapan tenteranya semasa menjajah Tanah Melayu dulu, perlu disebutkan bahawa adanya tindakan kezaliman tenteranya yang terpaksa dibayar oleh kerajaan British.


Tuntutan paling adil tidaklah terus menghukum Britain tanpa adanya penyiasatan. Cadangan supaya kejadian itu disiasat adalah langkah yang terbaik. Tindakan yang  diambil nanti tidaklah dilihat sebagai langkah mahu mendera dan memalukan Britain tetapi keadilan didahulukan sebelum penalti dikenakan.


Kalau rakyat yang dibunuh  24 orang itu dinafikan keadilan sebelum dibunuh, maka tidaklah dendam yang serupa dikenakan pula kepada kerajaan British sekarang. Adakan penyiasatan bersama Malaysia dan Britain dalam penyembelihan itu.


Kemudian Britain tidak terlalu berat membayar ganti darah kepada keluarga mangsa. Tidak semestinya mereka dikenakan membayar sekian ribu paun atas setiap jiwa yang dibunuh, tetapi dengan permintaan maaf yang terbuka atas kesalahan itu serta tawaran kemudahan belajar dan biasiswa kepada anak cucu cicit mangsa mengikut peruntukan yang selayaknya.


Ia sebenarnya bukan satu denda tetapi ia dilihat satu bayaran muhibbah tentang hubungan baik antara kedua bangsa. Dan ia juga satu pengajaran kepada mana-mana tentera asing yang datang ke sebuah wilayah yang bukan sebahagian dari kedaulatannya.


Yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan dan rakan-rakannya adalah dalam rangka menegakkan keadilan bahawa manusia itu adalah sama baik ia dari negeri kecil yang mundur mahukan negara kaya yang maju._harakahdaily

Sabtu, 19 Jun 2010

Terkenang 10/06/15: Ustaz Hasan arkitek tak bertauliah

Subky Latif   

ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.

Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.

Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula.

Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.

Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengurusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.

Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2004 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.

Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.

Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.

Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal  markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan  tingkap.

Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.

Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.
Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual  tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli  lot-lot itu untuk PAS.

Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara akitek tak bertauliah itu.

Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.

Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.
Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.

Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.
Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan  Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.

Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.

Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.

Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.
Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian  dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk mentadbiran kolej itu nanti.

Akitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan   dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.

Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah._harakahdaily.net