ALOR SETAR - Jumlah kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak RM11 juta apabila mencatatkan kutipan RM68 juta tahun ini, berbanding RM57 juta pada tahun sebelumnya. Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan tahun ini adalah kerana ramai pembayar zakat memilih skim Zakat Pendapatan Potongan Gaji. “Skim ini mendapat sambutan majikan dan pekerja kerana memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Sehingga kini, terdapat 37,000 pembayar zakat yang memilih skim ini, terutama kalangan kakitangan awam dan Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan zakat kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam. Sheikh Ghazali berkata, zakat perniagaan antara penyumbang terbanyak tahun ini dan antara penyumbang terbesar ialah institusi perbankan, Lembaga Tabung Haji dan syarikat korporat. “Begitu pun, masih banyak syarikat tidak menunaikan zakat perniagaan, kita sekadar boleh memberi nasihat kerana tiada peruntukan yang membolehkan kita mengambil tindakan perundangan,” katanya. Menurutnya, Jabatan Zakat Negeri Kedah memperuntukkan RM9.2 juta derma siswa melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan kepada 12,811 pelajar tahun ini. “Hari ini sahaja kita menyerahkan RM973,600 kepada 1,249 pelajar antaranya dari daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Kubang Pasu dan Padang Terap. Setiap pelajar peringkat Ijazah menerima RM1,000 manakala Diploma RM600,” katanya. Derma siswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, iaitu Mesir, Jordan dan Syria pula berjumlah RM1.2 juta memanfaatkan 306 pelajar, dengan bantuan RM4,000 setahun. “Memandangkan kutipan zakat meningkat, jabatan zakat membuka permohonan pembiayaan pelajaran ini sepanjang tahun, berbanding sebelum ini diadakan secara bermusim kerana terhad kepada kuota 7,000 penerima bantuan sahaja,” katanya._sinarharian |
Sahabat Purnama
Jumaat, 25 Disember 2009
Kutipan zakat Kedah meningkat RM11 juta
Khamis, 24 Disember 2009
Demi Islam, orang Kelantan rela undi calon luar
| Subky Abdul Latif |
Dalam pilihan raya umum yang pertama pada 1959, sama seperti pilihan raya umum sebelumnya pada 1955, pilihan raya peringkat Parlimen tidak dijalankan serentak dengan pilihan raya di negeri-negeri.
Malah pilihan raya negeri-negeri pula tidak serentak. Ia dimulakan di Perlis, kemudian di Kedah dan dari satu negeri ke satu negeri hinggalah yang terakhirnya di Kelantan. Selepas semuanya selesai, barulah diadakan pilihan raya Parlimen.
Hasil daripada pilihan raya-pilihan raya negeri itu, PAS kalah di semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.
Keputusan itu menyebabkan PAS membuat strategi meletakkan sebahagian daripada barisan pemimpin nasionalnya bertanding di Kelantan dan Terengganu supaya pemimpin-pemimpin pentingnya dapat dihantar ke Parlimen.
Jika tidak dibuat demikian, sukar untuk menempatkan pemimpin-pemimpin penting itu ke Parlimen dan institusi penting itu mempunyai anggota-anggota berkaliber.
Maka keputusan itu dirundingkan dengan PAS di negeri-negeri berkenaan; Kelantan dan Terengganu bersetuju untuk menerima calon dari luar. PAS menghantar empat tokoh bertanding di Kelantan dan tiga di Terengganu.
Mereka yang bertanding di Kelantan termasuklah profesor Zulkifli Mohamad, Datuk Raja Hanifah, Othman Abdullah dan Haji Ahmad Perai. Di Terengganu pula, Dr Burhanuddin al-Hilmi, Hasan Adli dan Khadijah Sidik.
Bukan PAS saja yang membuat strategi demikian. Parti Negara kalah di semua negeri kecuali beberapa orang berjaya di DUN Terengganu telah mengadakan perundingan dengan PAS, maka PAS memberi laluan kepada Datuk Onn Jaafar bertanding di Terengganu.
Onn, sebagai yang dipertua agung Parti Negara, kalah di Batu Pahat dalam pilihan raya umum tahun 1955 dan beliau juga kalah dalam satu pilihan raya kecil di Johor selepas itu.
Dengan beberapa kerusi DUN yang dimenangi oleh Parti Negara belum memungkinkan Onn menang kerana kawasan yang dimenangi partinya itu tidak dalam satu kawasan parlimen.
Oleh sebab kawasan-kawasan sekitarnya dimenangi oleh calon-calon PAS, maka dengan laluan yang diberi oleh PAS itu memungkinkan Onn diterima oleh pengundi di Terengganu.
Onn seorang wira dan putera handal dari Johor tetapi rakyat negeri asalnya tidak menilai ketokohannya; yang menilainya pengundi-pengundi Terengganu. Beliau menang di kerusi Kuala Terengganu.
Semua calon luar yang dikemukakan oleh PAS di Kelantan dan di Terengganu dalam pilihan raya umum 1959 berjaya memasuki Dewan Rakyat.
Penggal pertama persidangan selepas merdeka mencatat sejarah mengumpulkan lapan orang pemimpin PAS sebagai anggota Dewan Rakyat. Tujuh daripadanya calon luar dan seorang lagi pemimpin nasional dari Kelantan sendiri, Datuk Asri Muda.
Selepas itu, belum pernah tercatat rekod seramai itu pemimpin utama PAS menjadi anggota Parlimen pada satu-satu penggal.
Dalam pilihan raya umum 1964, hanya Zulkifli Mohamad saja yang kekal bertanding di Kelantan, sementara kerusi-kerusi lain ditandingi oleh calon anak tempatan sendiri.
Haji Ahmad Perai menemui kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut digantikan oleh calon tempatan, tidak lagi dari luar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Ustaz Othman Abdullah menyertai Umno menjelang pilihan raya umum 1964; jadi tidak berbangkit lagi baginya untuk bertanding di Kelantan. Sebaliknya beliau menjadi calon Perikatan di Hilir Perak. Manakala Datuk Raja Haniafah tidak dapat menumpukan masa di Kelantan, maka beliau tidak lagi menjadi calon di negeri itu.
Manakala di Terengganu, Dr Burhanuddin al-Hilmi menghadapi kes mahkamah dan beliau hilang kelayakan bertanding. Hasan Adli dan Kadijah Sidik juga tidak lagi bertanding di Terengganu.
Zulkifli Mohamad satu-satunya calon dari luar bertanding di Pantai Timur pada 1964 dalam gelora isu konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau berjaya mendapat peratusan undi dan majoriti yang tinggi. PAS dalam pilihan raya tu agak terpukul kerana menentang pembentukan Malaysia. Pendirian PAS itu sama pula dengan sikap Indonesia.
Zulkifli Mohamad pula, kemudian, menemui kecelakaan jalan raya sehari selepas memenangi pilihan raya umum 1964. Dalam pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi yang dikosongkannya, PAS terus meletakkan calon dari luar iaitu Abu Bakar Hamzah. Pengundi tempatan terus memberi sokongan kepadanya untuk beberapa penggal.
Selepas PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 dan setahun kemudian ikut membentuk Barisan Nasional bersama Perikatan, maka tidak lagi timbul orang luar bertandingi di Kelantan.
Cuma dalam tahun 1986, ketika parti itu dalam keadaan kalah di Kelantan, PAS Kelantan menerima Khalid Samad bertanding di Kuala Krai. Pilihan raya umum itu antara sejarah hitam bagi PAS, bukan sekadar penyertaan Khalid tidak membawa kejayaan.
Bukan sekadar calon dari luar tidak dibawa ke Kelantan, calon dari Kelantan sendiri kalah, hanya satu kerusi parlimen saja dimenangi oleh PAS di seluruh negara iaitu di Pengkalan Chepa dengan calonnya Nik Abdullah Arshad.
Kalau Kelantan, sebagai kubu PAS, parti itu hanya memenangi satu kerusi, maka tidak berbangkit isu pengundi luar ditolak oleh pengundi Kelantan.
Tetapi dalam kebangkitan semula PAS pada pilihan raya umum 1990, PAS Kelantan membawa dua calon dari luar iaitu Dr Daeng Sanusi Mariok dan Mohamad Sabu. Kedua-duanya telah diterima oleh pengundi masing-masing di Rantau Panjang dan Nilam Puri.
Dalam pilihan raya itu, PAS mengadakan muafakat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Parti Melayu Semangat 46. Ia bukan sekadar memberikan kemenangan semula kepada PAS di Kelantan, malah APU memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN. Kedua-dua parti itu mengulangi kemenangan dalam pilihan raya Umum 1995.
Dalam dua pilihan raya umum selepas itu, iaitu 1999, tiada calon luar bertanding sebagai calon PAS di Kelantan.
Tiadanya calon luar itu bukan disebabkan oleh kebimbangan ia tidak disokong oleh para pengundi tetapi disebabkan keputusan PAS sendiri dan perkembangan menggalakkan PAS secara menyeluruh di seluruh negara.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, PAS membuka semula laluan kepada calon-calon luar. Salahuddin Ayub, kini naib presiden PAS, dari Johor tentunya sukar untuk memenangai pilihan raya di negeri asalnya. Sebagai ketua Pemuda PAS waktu itu, beliau sendiri mempunyai wibawa untuk diketengahkan.
Maka PAS Kelantan bersetuju memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Kubang Kerian, kerusi yang pernah diwakili oleh Muhamad Sabu dan selepas itu disandang oleh Datu Husam Musa.
Ternyata pengundi Kelantan terus memberi sokongan kepada calon luar untuk berhadapan dengan calon BN yang terdiri daripada orang Kelantan sendiri dan antaranya orang tempatan.
Tetapi dalam pilihan raya umum ke-12, PAS Kelantan menambah calon dari luar daripada jumlah seorang kepada tiga orang.
Selain Salahuddin yang mempertahankan kerusinya, PAS membawa masuk Nasharuddin Mat Isa, timbalan presidennya bagi menentang calon menteri besar BN, Dr Awang Adek Hussein bertanding di Bachok. Seorang lagi, bendahari PAS Dr Hatta Ramli di Kuala Krai.
Pada pilihan raya umum 2004, Bachok dan Kuala Krai jatuh ke tangan BN. Bachok kubu kuat PAS yang tidak pernah dapat dirampas oleh Umno kecuali dalam 1986 apabila bekas wakil rakyat PAS beberapa penggal sebelum itu Zain Abdullah menjadi calon BN menewaskan calon PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Selepas itu Bachok jatuh semula ke tangan PAS. Tetapi pada 2004, calon PAS ditewaskan oleh BN yang meletakkan Dr Awang Adek.
Dr Awang Adek dilihat sebagai tokoh baru menggantikan Datuk Annuar Musa dan Datuk Mustapa Mohamad, maka dia dicalonkan bagi menjadi menteri besar.
Pada ketika yang sama, dia juga bertanding untuk kerusi parlimen. Nasharuddin dibawa untuk mencabar calon MB dan orang tempatan pula.
Kuala Krai yang dikuasai oleh PAS sejak 1990 jatuh ke tangan BN pada 2004. Kawasan ini diserahkan kepada Dr Hatta untuk merampas semula kawasan itu daripada BN.
Semua calon PAS dari luar telah membuktikan bahawa mereka diterima oleh pengundi Kelantan walaupun mereka berdepan dengan calon BN yang terdiri dari orang tempatan.
Bukan isu calon dari luar Kelantan itu tidak dibangkit oleh BN daalam kempen pilihan raya itu tetapi pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian.
Orang Kelantan terkenal tebal perasaan kekelantanannya. Di mana mereka berada, mereka berkumpul sebagai satu komuniti sesama mereka.
Tetapi dalam kefahaman politik Islam, pengundi Kelantan mengutamakan perjuangan Islam, menerima calon luar dan menolak calon lawan walaupun mereka orang tempatan dan di kalangan keluarga terdekat.
Subky Abdul Latif, seorang wartawan veteran yang dikenali ramai dan juga pemimpin PAS, menulis analisis ini di blognya Setapak ke Selangkah (26 Mac 2008). Artikel ini diterbitkan sepenuhnya, selepas suntingan, dengan keizinan penulisnya.
_malaysiakini bm
Buruh dan wanita ditahan berhubung kematian kanak-kanak perempuan
KUALA LUMPUR - Seorang buruh lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui terapung di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, dua hari lalu.
Wanita itu ditahan semalam selepas dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mengenai kehilangan anak perempuannya. Manakala lelaki itu pula ditahan petang tadi hasil keterangan yang didapati daripada wanita berkenaan.
Kedua-dua mereka berusia 34 tahun dan polis tidak memberi butiran sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, kedua-dua mereka direman selama enam hari bermula hari ini.
“Polis menahan wanita ini selepas mendapati timbul unsur mencurigakan ketika memberi keterangan,”katanya. –Bernama_sinarharian
“Polis menahan wanita ini selepas mendapati timbul unsur mencurigakan ketika memberi keterangan,”katanya. –Bernama_sinarharian
Setiausaha Kerajaan Terengganu Tidak Tahu Tentang Kehilangan Kenderaan Milik Kerajaan
KUALA TERENGGANU – Amat mengejutkan dan agak pelik ! Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong tidak tahu menahu tentang kehilangan tiga buah kenderaan milik kerajaan negeri.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sepatutnya SUK lebih tahu kerana perkara tersebut telah di nyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.
”Saya kemukakan soalan dam sidang DUN, tentang kehilangan 3 buah Proton Perdana V6 sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,
”SUK tak tahu apa-apa tentang kehilangan kenderaan milik kerajaan itu,”kata Haji Wahid ketika dihubungi Buletinonline semalam.
Selain kereta, katanya, sebuah jengkaut (excavator) milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut hilang.
Malah, sewaktu makan tengahari, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Kewangan Negeri, bukan tiga buah kereta Proton Perdana yang hilang, tetapi empat.
”Saya juga dimaklumkan, waktu makan tengahari, Pegawai Kewangan beritahu, bukan tiga kereta yang hilang tetapi empat,
”Sebuah proton Perdana baru hilang awal tahun ini,”jelasnya.
Keadaan tersebut katanya menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yang turut mendapat teguran oleh Ketua Audit Negara.
Malangnya, kata beliau, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008 tidak diedarkan kepada wakil-wakil rakyat .
”Ia satu lagi kelemahan kerajaan, sepatutnya ia diedarkan, supaya perkara yang penting dalam Laporan tersebut dapat diketahui dan dibahaskan dalam siding DUN,”katanya.
Justeru beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu supaya membuat penilaian dan menolak kerajaan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang kerana tidak mengamalkan prinsip ‘Kerajaan Yang Baik, Telus dan Bertanggungjawab’ (Good Governance, Transperancy & Accountability)_buletinonline
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!
KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI
PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.
Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
PRODUK-PRODUK KILANG
CAP BUNGA KANGKUNG

CAP CIK YATI
CAP PHOENIX
BIHUN

3.5 kg bihun CAP KETUPAT
3kg bihun CAP CABAI BURUNG

Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG
Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan
Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Cop logo halal yang benar
Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?
Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi ‘INDAH KHABAR DARI RUPA’. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.

Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.
Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.
Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.

Sistem kumbahan yang terletak berdekatan

Saluran paip yang menuju ke sistem kumbahan
Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah
Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah
Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.
Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka. Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!
Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut
Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-
1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom,
10150 Penang.
Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar.
Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?
Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna
Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!
Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!
Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-

KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L
dan
ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.
Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.
Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi.
Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.
Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.

Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.

Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini
Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang penternakan babi

Pandangan 2D dari jalan utama

Dibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babi
Betapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAH
Parit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun
Saluran paip air
Pandangan dari hadapan dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd
_http://www.myjakim.blogspot.com/
_BUJANG SUSAH
SPR Berbohong Mengenai Pembeli Dakwat, Rakyat Boleh Saman
Thursday, 24 December 2009 07:25 Editor
KUALA LUMPUR - Parti Islam Se-Malaysia (SPR) mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendedahkan semula dakwaan mereka pada tahun lepas bahawa terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihanraya secara haram hingga menyebabkan SPR terpaksa membatalkan pengunaannya bagi Pilihanraya Umum 2008.
Telah lebih setahun setengah dakwaan dibuat oleh pihak SPR namun tiada sebarang khabar berita, bukti, mahupun sebarang tangkapan mengenainya.
PAS melihat bahawa SPR berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan dakwat bernilai RM 2.4 juta untuk cerekarama yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu dakwat kekal digunakan.
PAS menuntut SPR mendedahkan siapakah individu yang didakwa mereka itu atau SPR perlu bersedia untuk menerima dakwaan dan saman rakyat dimahkamah kerana menyebabkan Kerajaan kerugian RM 2.4 juta diatas pembohongan yang sengaja dicipta itu.
PAS mengesa para pengundi tampil kehadapan untuk sama-sama menuntut SPR membuktikan dakwaan itu atau bersama menyaman SPR kerana mencipta maklumat palsu dan berbohong kepada rakyat serta membazirkan wang rakyat begitu sahaja dengan membeli dakwat yang sengaja tidak digunakan bagi memenuhi arahan Menteri Kabinet BN ketika itu.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Pusat
Rabu, 23 Disember 2009
Selesaikan isu Ariffahmi segera
KUALA LUMPUR- Dewan Ulama Pas Negeri berpendirian isu perletakkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman perlu diselesaikan segera bagi mengelak ia menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Negeri.
Ketuanya, Datuk Muhammad Daud Iraqi berkata, isu tersebut sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik sebelum beberapa pihak yang menimbulkan kembali.
“Peletakan jawatan Ariffahmi yang berkuat kuasa tiga bulan sudah betul, itu prosedur biasa yang digunakan, tidak boleh bagi notis 24 jam, nanti banyak menimbulkan masalah pentadbiran, jadi tidak perlulah nak bangkitkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan pemuda Pas untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan desakan supaya Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO PMBK.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Dr Rosli Ilani Abd Kader berkata, pihaknya akan membincangkan isu dengan lebih mendalam termasuk mengadakan undian dalam kalangkan ahli jawatankuasa untuk memutuskan cadangan desakan terhadap Ariffahmi.
Ia dilihat sebagai susulan dengan saranan yang dilakukan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mahukan Ariffahmi meletak jawatan bagi menyelesaikan krisis yang berbangkit.
Muhammad bagaimanapun percaya, isu yang kini menjadi bahan mainan media akan dapat diselesaikan dengan kaedah baik di masa hadapan.
Dalam pada itu Muhammad berkata, beliau bersetuju sekiranya anak tempatan diberi keutamaan dalam pemilihan calon untuk kerusi parlimen di pilihan raya umum ke-13 nanti.
“ Kita ibaratkan ia sebagai imam di masjid, sudah tentu imam tempatan mesti didahulukan, jika tidak ada baru orang luar diambil.
“ Bagaimanapun, perkara ini diputuskan oleh pimpinan pusat, jadi kita terima sahaja keputusan yang dibuat,” katanya.
Sebelum ini, Kelantan menjadi tumpuan kepada pimpinan Pas peringkat pusat untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen di negeri ini.
Antara pemimpin luar Pas yang bertanding dan memenangi kerusi tersebut , Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr Hatta Ramli.
_sinarharian
Kes ibu, bayi mati: Hospital hadapi tindakan undang-undang
BUKIT MERTAJAM - Sebuah hospital swasta di negeri ini dijangka akan menghadapi tindakan undang-undang berikutan kejadian seorang wanita maut selain bayinya juga menemui ajal selepas bersalin di hospital berkenaan, Oktober lalu.
Suami wanita malang itu, Tan Tong Huang, 37, berkata, dia akan mengambil tindakan terhadap hospital berkenaan dan kakitangannya yang didakwa bersikap cuai sehingga menyebabkan isterinya, Tan Poh Suan, 34, meninggal dunia satu setengah jam selepas bersalin.
“Kejadian itu berpunca daripada sikap mereka mengabaikan isteri saya. Petugas hospital hanya sibuk hendak menyelamatkan bayi kami saja sedangkan isteri saya juga sedang bertarung nyawa,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajamm Chong Eng di sini, semalam.
Bayi lelaki pasangan itu turut menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian._sinarharian

Skim khairat kematian untuk semua kaum di Kedah
ALOR SETAR- Skim bantuan khairat kematian atau Kifalah kepada rakyat miskin semua kaum di Kedah akan diperkenalkan bermula Januari tahun depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata, mereka yang layak akan menerima RM500 tetapi mereka perlu terlebih dahulu didaftar dalam senarai e-Sinar iaitu senarai rakyat miskin kerajaan negeri.
"Skim kifalah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban golongan miskin terutama bagi menguruskan jenazah sekiranya terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu, bapa atau anak mereka meninggal dunia.
"Bantuan akan diberikan berdasarkan laporan penghulu dan wakil rakyat serta senarai e-Sinar, sebab kalau tidak, semua orang akan mengaku dia susah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Azizan berkata, satu unit khas di bawah perbendaharaan negeri akan ditubuhkan bagi menguruskan pelaksanaan skim berkenaan.-Bernama_sinarharian

Kerajaan sembunyikan pembaziran RM2.4 juta wang rakyat
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 23 Dis: Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan isu pelupusan dakwat kekal bernilai RM2.4 juta yang tidak digunakan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu daripada pengetahuan umum. Dr. Hatta yang merupakan salah seorang jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, tindakan kerajaan itu jelas berniat untuk menyembunyikan pembaziran yang dilakukan apabila ianya hanya diketahui umum setelah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Negara baru-baru ini. "Dalam hal ini kita pun tidak sedar bahawa dakwat ini telah dilupuskan begitu sahaja sehinggalah ia ditimbulkan di Dewan Negara baru-baru ini.Jadi ertinya kerajaan cuba menyembunyikan isu ini. Mereka seboleh mungkin mahu menyorokkan isu ini," "Jelas ini satu pembaziran akibat perancangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak bijak dalam merancang perbelanjaan wang rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi. Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut mempersoal keberkesanan tindakan tersebut sedangkan katanya ianya boleh dijual semula bagi mengelakkan pembaziran. "Siapakah yang akan bertanggungjawab di atas kehilangan wang kerajaan sebanyak RM2.4 juta ini dan kenapakah dakwat itu tidak boleh dikembalikan dan tidak dijual semula untuk mengelakkan pembaziran,"katanya. Perkara ini juga tegasnya menunjukkan Kementerian berkenaaan gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang baik. Ini melibatkan KPI Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPR.Kalau dalam kes biasa dalam mana-mana jabatan kerajaan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang gagal dalam merencanakan penggunaan wang kerajaan," tegasnya. Bagaimanapun beliau berkata, meskipun dakwat itu telah dilupuskan, BERSIH akan tetap menuntut penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke-13 nanti. "Untuk pilihanraya akan datang, BERSIH akan terus menuntut penggunaan dakwat kekal ini. Kita akan mendesak agar SPR membeli dakwat yang baru dan membenarkan penggunaannya," katanya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata, dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lepas. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegenai keputusan yang dibuat terhadap dakwat kekal yang telah dibeli dan kemudian mahu dijual semula sehingg tarikh luputnya telah berlalu. Pada PRU ke-12 yang lalu, SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal setelah dituntut BRSIH, namun membatalkannya di saat akhir menjelang hari pengundian atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau. Namun sehingga sekarang, kerajaan masih gagal membuktikan kebenaran akwaan tersebut malah tida tangkapan spesifik dibuat terhadap individu yang didakwa melakukan kesalahan itu. _harakahdaily.net |
Selasa, 22 Disember 2009
Adun BN yang kononnya telah berdamai, ‘Serang’ MB, Dalam Sidang DUN
WanKay
KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.
(Gambar - '10 budak hitam', Adun Alor Limbat Alias Abdullah (duduk paling kanan) menyerang Ahmad Said dalam Sidang Dun semalam)
Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.
Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.
Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.
Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara ‘menyerang’ Ahmad Said
Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.
Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.
“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.
“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.
Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.
“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.
“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).
“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.
Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?
Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.
“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.
“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.
“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam
Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi, Din Adam yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.
“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya._buletinonline

Budak nyaris maut, kereta rempuh rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan nyaris maut selepas sebuah kereta merempuh rumah kayu milik datuknya yang terletak berhampiran selekoh tajam di Jalan Ubai, Kampung Ubai di Pekan hari ini.
Ahmad Rafae Mohd Nazri yang sedang bermain sendirian dalam bilik tidur, bagaimanapun menjerit dan sempat melarikan diri mendapatkan ibunya.
Ibunya Jarasidah Khadri, 31, berkata kejadian kira-kira 4 petang itu berlaku ketika dia sedang tidur di ruang tamu, manakala anak bongsunya itu sedang bermain dalam bilik tidur di bahagian hadapan rumah itu.

"Sebelum kejadian, saya ada terdengar bunyi brek yang sangat kuat datang dari arah luar rumah sebelum mendengar dentuman kuat dari arah bilik berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Pekan hari ini.
Katanya, dia segera mendapatkan anaknya yang menjerit dan berlari ke arah bilik sebelum mendapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira terperosok di bawah rumah.
Kejadian itu merupakan kali ketiga selepas kejadian sama turut berlaku pada tahun lepas dan Mei tahun ini, kata Jarasidah.
Sementara itu, pemandu kereta terbabit Mohd Ali Mohd, 57, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan ke Pekan mahu mengelak dua ekor lembu yang berada di tepi jalan sebelum keretanya terbabas lalu merempuh bahagian hadapan rumah itu. BERNAMA_malaysiakini bm

Apcet 11: K'jaan diperintah bayar aktivis RM870,000
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerajaan membayar RM30,000 kepada setiap 29 aktivis hak asasi manusia dan wartawan yang telah ditahan secara tidak sah dalam satu kekecohan akibat gangguan Pemuda Umno sewaktu perhimpunan Apcet 11 di Kuala Lumpur lebih sedekad yang lalu.
Berikutan itu, kerajaan kini perlu membayar sejumlah RM870,000 gantirugi kepada mereka.
Mahkamah juga memerintahkan para plantif dibayar faedah 8 peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 9 November 1998.
Mahkamah juga memerintahkan para plantif dibayar faedah 8 peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 9 November 1998.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Adnan Muhamad yang mengumumkan keputusan tersebut pagi tadi berkata, fakta-faktanya adalah jelas serta mudah dan penghakiman hari ini berasaskan fakta hujah kedua belah pihak.
Beliau berkata, jumlah tersebut mencukupi bagi apa yang telah mereka lalui ketika ditahan selama hampir 24 jam.
Beliau berkata, jumlah tersebut mencukupi bagi apa yang telah mereka lalui ketika ditahan selama hampir 24 jam.
Wan Adnan juga berkata gantirugi tersebut bukan satu habuan tetapi pampasan terhadap kesulitan yang mereka telah alami.
Beliau bagaimanapun menolak tuntutan plantif untuk mendapatkan gantirugi teruk, teladan dan gantirugi khas kerana mereka tidak mengemukakan dokumen bukti, tetapi hanya memberi keterangan lisan.
Beliau bagaimanapun menolak tuntutan plantif untuk mendapatkan gantirugi teruk, teladan dan gantirugi khas kerana mereka tidak mengemukakan dokumen bukti, tetapi hanya memberi keterangan lisan.
Aktivis dan wartawan terbabit telah memfailkan saman RM87 juta terhadap kerajaan, dua tahun selepas insiden tersebut.
Wan Adnan juga menolak dakwaan mereka bahawa wujud konspirasi membabitkan pihak polis dan kerajaan.
Wan Adnan juga menolak dakwaan mereka bahawa wujud konspirasi membabitkan pihak polis dan kerajaan.
Menurutnya, tidak ada bukti yang menunjukkan defenden (bekas OCPD Dang Wangi Zainal Abidin Ali, kiri) cuba mensabotaj persidangan tersebut.
Wan Adnan juga mendapati sambungan tempoh reman oleh seorang majistret dan permohonan pihak polis adalah sah di segi perundangan._malaysiakini bm
Wan Adnan juga mendapati sambungan tempoh reman oleh seorang majistret dan permohonan pihak polis adalah sah di segi perundangan._malaysiakini bm
Selain enjin pesawat, peralatan lain turut lesap
Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.
Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.
"Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di ibunegara.
Menurutnya, selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.
"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.
Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.
Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di ibunegara dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.
Siasatan menyeluruh
"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.
"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.
Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.
"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.
"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.
Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup
kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.
Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.
Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.
Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. _- BERNAMA _Malaysiakini bm

K'jaan T'ganu ditegur buat projek 'ad hoc'
Kerajaan negeri Terengganu diminta menyediakan pelan yang lebih tersusun bagi setiap projek pembangunan yang ingin dilaksanakan di negeri itu berbanding mengambil pendekatan secara 'ad hoc'.
Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) berkata kebanyakan projek dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Said, dibuat tanpa perancangan atau 'blue print' khusus.
Mengambil contoh peruntukan RM100 juta dalam bajet 2009 untuk projek penanaman kelapa sawit di keliling rumah dalam usaha memberi pendapatan tambahan kepada rakyat yang sehingga kini masih belum terlaksana, beliau berkata perkara itu tentu sekali memberi kesan negatif kepada imej kerajaan negeri.

"Kalau setakat menguar-uarkan saja, tanpa pelaksanaan, ia akan menyebabkan rakyat mempunyai tanggapan buruk kepada kerajaan. Saya sendiri selalu kena perli dengan penduduk kawasan saya.
"Bila jalan-jalan di kampung ada penduduk tanya 'susah tak YB jumpa rumah saya, maklumlah rumah saya ni dikelilingi pokok kelapa sawit," katanya ketika sesi perbahasan pembentangan bajet 2010 DUN Terengganu hari ini.
Katanya, berdasarkan perancangan berkenaan, penduduk miskin akan diberi 15 hingga 20 benih kelapa sawit untuk ditanam di kawasan keliling rumah, namun setakat ini status projek itu seolah-olah tergantung tanpa sebarang pelaksanaan.
Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) juga menegur sikap terlalu bergantung Terengganu kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan atau turut dikenali sebagai royalti minyak sebagai hasil utama kerajaan negeri.
Katanya, berdasarkan bajet yang diumumkan semalam, dana berkenaan berjumlah RM1.731 bilion atau 92 peratus, sebahagian besar peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Terengganu untuk Bajet 2010 yang berjumlah RM1.881 bilion.
"Bakinya RM163 juta atau lapan peratus yang datang dari sumber kerajaan negeri sendiri menunjukkan ketidakupayaan kerajaan negeri menjana pendapatan sendiri.
"Sikap kebergantungan kerajaan negeri terhadap royalti ini tidak selamat, menteri besar sendiri akui sumber minyak tidak akan kekal selamanya dan ia juga tertakluk kepada harga pasaran dunia," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak kerajaan perlu bijak mencari sumber lain yang mampu meningkatkan hasil tanpa terlalu mengharapkan dana daripada kerajaan pusat. BERNAMA_malaysiakini bm

Isnin, 21 Disember 2009
Ekoran Projek-projek Mega Tergendala – Pegawai Kerajaan Mula Bersuara
KUALA TERENGGANU – Kepincangan dalam projek-projek mega yang dilaksanakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh kita bukan sahaja menjadi perbualan rakyat namun juga menjadi ‘perkataan’ dikalangan para pegawai.
Semakin banyak jumlah projek-projek yang tergendala, mengalami progres yang terlalu lambat, yang telah rosak, punah dan runtuh; bukan sahaja meninggalkan kesan keatas para pegawai namun menjadi ‘tohmahan’ kepada Ahmad sendiri.
Ahmad dikatakan tidak memberikan sokongan kepada beberapa projek yang telah dilaksanakan sebelum beliau memegang tampuk kuasa.
“Oleh sebab itu, akademi pelayaran ini jadi terbiar, walaupun siap dan dibina dengan cantik,”kata seorang penduduk Pulau Duyung, apabila ditanya mengapa bangunan ditepi sungai Terengganu itu terbiar.
Selain itu, antara yang paling terkesan dari kemelut pembangunan yang melanda bumi Darul Iman ini adalah para pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu yang terpaksa menerima akibat kerana ‘perbuatan’ orang-orang politik.
Sejumlah besar pertukaran pegawai JKR yang sedang berlaku, adalah berkait rapat dengan sekeping ‘surat layang’ yang melayang-layang ke meja Ketua Setiausaha Negara.
Buletinonline dimaklumkan, nama-nama para pegawai JKR dsupaya diambil tindakan oleh pihak tertentu telah di tulis satu persatu, dalam surat layang tersebut, secara terang dan jelas, dalam surat layang tersebut.
”Pertukaran mereka ada kaitan dengan tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah runtuh,”kata seorang pegawai yang tidak mahu dikenali.
Buletinonline juga dimaklumkan, yang turut menerima tempias tindakan ‘tukar menukar’ dan ‘pecat memecat’ adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong.
Dalam perkembangan yang sama, rakyat Terengganu tidak mungkin mengecapi nikmat ‘pembangunan yang tidak pernah dilihat’ dari projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) dalam masa yang dijanjikan.
Projek mega bernilai RM3.7 bilion yang dibiayai sebahagiannya oleh wang royalti minyak Terengganu itu telah dinyatakan secara rasmi mengalami kelewatan selama setahun.
Pada 17 Jun lalu, kerajaan menyatakan sasaran siap pada tahun 2011 telah dianjak tarikhnya selama setahun kepada tahun 2012.
Namun begitu, ia mungkin tidak akan dapat digunakan pada tahun tersebut kerana pembinaanya masih tergendala sehingga kini.
Sehubungan itu, bukan hanya orang-orang kampung menjadikannya sebagai satu topik perbualan kedai kopi, tetapi turut menjadi bual bicara dikalangan para pegawai.
Antara mereka tanpa sembunyi dan tidak sedikit pun merasa takut, mengkritik tindakan kerajaan menyalahgunakan wang royalti minyak.
”Macamana tak tergendala, guna wang yang tidak ‘berkat’,”ujar salah seorang dari mereka yang menegaskan, sepatutnya wang tersebut digunakan untuk kebajikan anak negeri dan kemajuan masa depan Terengganu_buletinonline

Pakatan Rakyat buktikan kesepakatan
| Mohd Sayuti Omar |
| Agak terkilan dan malang sedikit kerana saya tidak dapat menyaksikan konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Tarikh untuk cuti dan berehat telah dibuat awal sebelum itu. Konvensyen itu bolehlah dianggap peristiwa penting dan bersejarah bagi PR dalam merintis dan membina lebuh raya mega maufakat antara tiga parti; PKR, DAP dan PAS. Sebelum ini saya ada mencatatkan harapan kepada konvensyen berkenaan di akhbar Siasah. Apa yang diharapkan konvenysen itu akan menatijahkan sesuatu yang lebih bererti dan bukan sekadar satu gimik bagi menenggelamkan isu-isu lain yang menghambat PR! Dan daripada pembacaan dan laporan mengenai konvensyen berkenaan, tergambar satu lagi kejayaan sosial dan politik untuk PR. Konvensyen itu telah memberi satu suntikan semangat kepada PR untuk lebih kuat, jitu dan bersemangat dalam menempah kejayaan bersama. Konvensyen itu telah menjadi satu waham paling berguna kepada dan satu forum rasmi seumpamanya sejak ia terwujud lebih lima atau lapan tahun lalu. Apabila konvensyen itu "ditejel" oleh pihak Barisan Nasional (menerusi media masa) sebagai sandiwara atau retorik pembangkang maka ia secara automatik menjelaskan konvensyen itu berjaya. Kejayaan itu tentulah digeruni oleh BN kerana ia boleh menjejaskan kerajaan pada pilihan raya akan datang. Paling bererti lagi apabila BN kini sedang menghadapi krisis ketanggunjawaban di kalangan ahli Parlimen mereka. Kalau konvensyen itu "biasa-biasa" saja ia tentu tidak akan menjadi perhatian media massa kroni dan cakap-cakap merendahkan usaha itu. Tetapi kerana ia memberi impak besar maka hendak tidak hendak dakyah untuk meremehkannya mesti dilakukan. Empat dasar yang akan menjadi landasan kepada kerajaan PR telah dibincang dan dicapai pada konvensyen berkenaan. Dasar inilah juga merupakan tawaran untuk direnung, difikir dan dikaji oleh rakyat negara ini. Menerusi dasar-dasar ini rakyat akan membuat perbadingan antara pembaharuan dan perubahan yang akan dilakukan oleh PR. Empat dasar itu ialah; 1. Demokrasi telus dan tulen. 2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi mampan dan adil. 3. Keadilan sosial dan pembangunan insan, dan 4. Hubungan persekutuan dan dasar luar negara. Nampaknya tidak ada pertentangan dalam menerima dasar berkenaan. Ketiga-tiga parti sedia mengenepikan soal prinsip dan dasar peribadi dengan memfokuskan kepada mencari ikhtiar ke arah kejayaan bersama. Persetujuan dan persepakatan ini menjelaskan parti-parti PR mempunyai iltizam tinggi untuk berpadu demi mencapai kekuasaan bagi membentuk semangat Malaysia Baru. Kehadiran kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan, menunjukkan hubungan baik mereka. Ini ditambah lagi dengan kehadiran para peserta seramai 1,500 yang tentunya terhad itu. Ada beberapa foto kandid yang menyeronokkan untuk dilihat apabila pemimpin yang berlaga angin sebelum ini dapat duduk semeja, berbincang dan gelak bersama seperti pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun foto-foto kandid pada konvensyen itu diterjemahkan oleh pihak BN sebagai sebuah sandiwara PR, namun itu adalah hakikat yang terjolor di depan mata. Mungkin banyak orang di luar sana mengharapkan peristiwa yang bermula dengan sandiwara dan retorik itu akan berakhir dengan kejayaan PR mengejutkan umum. Apakah konvensyen semalam akan memulakan persepakatan lebih erat dan bererti lagi membawa kepada PR akan bertanding atas satu lambang pada pilihan raya umum akan datang? Itulah tampaknya yang sangat diharapkan dan masih belum ada kata putus. Mungkin juga kata putus ini belum ada kerana kedudukan PR didaftarkan sebagai parti masih belum mendapat kelulusan? Memahami keseluruhan konflik antara satu sama lain melibatkan ketiga-tiga parti berkenaan yang tidak ditimbulkan ini bermakna mereka bersetuju melupai hal samping dan mengutamakan soal dasar. Apa yang perlu digapai ialah kemenangan dan masalah yang timbul akan diselesaikan kemudian, selepas berkuasa. Dalam konteks hari ini Pakatan Rakyat memerlukan mandat penuh dari rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit. Pun begitu dalam hal ini timbul sedikit persoalan apakah kekecauan tidak akan berlaku selepas tercapai kemenangan kelak? Jika diperhatikan kepada beberapa masalah dan pertikaian timbul antara parti berkenaan di beberapa buah kerajaan negeri kini, ia berlaku selepas PR berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan. Hendaknya rakyat meletakkan kepercayaan atas persepakatan yang telah termeterai semalam. Selepas ini barang kali perlu diadakan satu lagi konvenyen yang akan merancang dan membincangkan segala isu dengan komprehensif dan mendalam lagi agar ia tidak menjadi masalah selepas kemenangan diraih kelak. Satu perkara perlu diingat hakikat meraih kemenangan itu lebih mudah daripada mempertahankannya. Dan perkara paling pokok apa juga persefahaman, persepakatan dan konsensus biarlah diputuskan oleh rakyat (ahli) dan bukan daripada kalangan pemimpin saja. - msomelayu.blogspot.com_harakahdailyu.net |
Ahad, 20 Disember 2009
Tuan Guru Nik Aziz Berjenaka
Konvensyen PR - Ucapan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz
- “Di dada Karpal Singh kini ada bulan!” (video klip didalam)
SHAH ALAM - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Pengerusi DAP, YB Karpal Singh kini sudah ada bulan', merujuk kepada, kini Karpal sudah dapat bersama PAS dalam Konvensyen PR yang diadakan semalam.
Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum Tok Guru, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz hari ini tetapi di antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.
sumber _buletinonline
Sabtu, 19 Disember 2009
PANDUAN BERKAITAN KES ROGOL DAN CABUL
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.
li>23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
li>17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
www.zaharuddin.net
Langgan:
Catatan (Atom)