| Tok Pepijat |
Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan. PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR. Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain. Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti. Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan. Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes. Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak. Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan. Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak. Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan. Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS. Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan. Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna. Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam. Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti. Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ". Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Sabtu, 19 Disember 2009
PAS dan blogger
Jumaat, 18 Disember 2009
Video BTN Anwar, Khalid dieksploitasi
SHAH ALAM- Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kepada penulis blog pro-UMNO menghentikan penggunaan video yang memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi penceramah dalam Kursus Biro Tata Negara (BTN) semasa mereka masih dalam kerajaan.
Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon, tindakan tersebut dianggap sia-sia dan tidak berupaya mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
“AMK percaya syarahan itu disampaikan oleh Anwar dan Khalid pada masa lalu jelas menunjukkan modul BTN cuba menerapkan elemen perkauman dalam kalangan peserta.
“Video tersebut sudah lama dan kedua pemimpin tersebut sudah sedar akan kesilapan BTN dan mereka kini bangkit menentang kursus berkenaan,” katanya.
Khai Loon berkata, tindakan itu adalah taktik lapuk dalam usaha mempertahankan kursus berkenaan.
“Kita tidak setuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak termasuk Menteri Kabinet supaya tidak lagi memanjangkan polemik BTN," katanya._sinarharian
Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon, tindakan tersebut dianggap sia-sia dan tidak berupaya mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
“AMK percaya syarahan itu disampaikan oleh Anwar dan Khalid pada masa lalu jelas menunjukkan modul BTN cuba menerapkan elemen perkauman dalam kalangan peserta.
“Video tersebut sudah lama dan kedua pemimpin tersebut sudah sedar akan kesilapan BTN dan mereka kini bangkit menentang kursus berkenaan,” katanya.
Khai Loon berkata, tindakan itu adalah taktik lapuk dalam usaha mempertahankan kursus berkenaan.
“Kita tidak setuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak termasuk Menteri Kabinet supaya tidak lagi memanjangkan polemik BTN," katanya._sinarharian
Lapan tahun tunggu kelahiran anak sulung
ALOR SETAR - Sepasang suami isteri dari Taman Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang menganggap kelahiran bayi sulung mereka melalui kaedah tabung uji di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada 6 Disember lalu sebagai hadiah paling bermakna sejak lapan tahun mendirikan rumahtangga.
Ibu bayi, Zunnurain @ Noraini Ramlan,35, berkata, dia begitu terharu dengan kelahiran bayi lelakinya itu dan menganggap ia adalah rezeki Allah SWT kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, mereka tidak pernah dikurniakan zuriat sehinggalah mengetahui kaedah bayi tabung uji yang dijalankan di HSB.
“Pada mulanya jiran ibu saya, Noriah Mustafa beritahu terdapat kaedah itu di sini dan setelah itu, saya dan suami terus mendapatkan rundingan di HSB mengenai kaedah berkenaan.
“Akhirnya kami berjaya mendapatkan rawatan dengan kaedah tersebut sehingga saya berjaya hamil dan melahirkan bayi setelah mencuba pelbagai rawatan di pusat perubatan swasta dan tradisional sebelum ini,”katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Bayi lelaki itu, Muhammad Afif Syahmi Md Sukri dilahirkan seberat 3.4 kilogram melalui pembedahan adalah bayi pertama yang berjaya dilahirkan dengan kaedah tabung uji di HSB.
Suaminya, Md Sukri Ramli,34, berkata, setelah hampir setahun lebih menjalani rawatan di HSB, isterinya disahkan positif hamil dan dia rasa sangat gembira serta tidak sabar menanti saat kelahiran bayi sulung mereka.
Menurutnya, kelahiran bayinya itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan setelah mereka sabar menunggu walaupun hampir lapan tahun berumahtangga.
“Inilah hadiah paling berharga buat kami, tambahan pula ulang tahun perkahwinan saya yang kelapan jatuh pada tanggal 20 Disember ini dan kelahiran Muhammad Afif pada 6 Disember lalu begitu bermakna buat saya dan isteri.
“Tiada hadiah yang lebih berharga selain menimang cahaya mata yang diimpikan setiap suami isteri yang berumahtangga dan kami berasa cukup bertuah kerana masih diberikan zuriat walaupun terpaksa :mengharungi pelbagai :dugaan,” katanya.
Sementara itu, Noriah berkata, dia bersyukur dengan kelahiran cucu keempatnya itu setelah menantinya sejak lapan tahun lalu.
“Saya gembira kerana akhirnya, anak sulung saya (Zunnurain) hamil dan melahirkan cahaya mata dengan selamat setelah berikhtiar di merata tempat sebelum menemui kaedah ini,”katanya.
Ibu bayi, Zunnurain @ Noraini Ramlan,35, berkata, dia begitu terharu dengan kelahiran bayi lelakinya itu dan menganggap ia adalah rezeki Allah SWT kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, mereka tidak pernah dikurniakan zuriat sehinggalah mengetahui kaedah bayi tabung uji yang dijalankan di HSB.
“Pada mulanya jiran ibu saya, Noriah Mustafa beritahu terdapat kaedah itu di sini dan setelah itu, saya dan suami terus mendapatkan rundingan di HSB mengenai kaedah berkenaan.
“Akhirnya kami berjaya mendapatkan rawatan dengan kaedah tersebut sehingga saya berjaya hamil dan melahirkan bayi setelah mencuba pelbagai rawatan di pusat perubatan swasta dan tradisional sebelum ini,”katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Bayi lelaki itu, Muhammad Afif Syahmi Md Sukri dilahirkan seberat 3.4 kilogram melalui pembedahan adalah bayi pertama yang berjaya dilahirkan dengan kaedah tabung uji di HSB.
Suaminya, Md Sukri Ramli,34, berkata, setelah hampir setahun lebih menjalani rawatan di HSB, isterinya disahkan positif hamil dan dia rasa sangat gembira serta tidak sabar menanti saat kelahiran bayi sulung mereka.
Menurutnya, kelahiran bayinya itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan setelah mereka sabar menunggu walaupun hampir lapan tahun berumahtangga.
“Inilah hadiah paling berharga buat kami, tambahan pula ulang tahun perkahwinan saya yang kelapan jatuh pada tanggal 20 Disember ini dan kelahiran Muhammad Afif pada 6 Disember lalu begitu bermakna buat saya dan isteri.
“Tiada hadiah yang lebih berharga selain menimang cahaya mata yang diimpikan setiap suami isteri yang berumahtangga dan kami berasa cukup bertuah kerana masih diberikan zuriat walaupun terpaksa :mengharungi pelbagai :dugaan,” katanya.
Sementara itu, Noriah berkata, dia bersyukur dengan kelahiran cucu keempatnya itu setelah menantinya sejak lapan tahun lalu.
“Saya gembira kerana akhirnya, anak sulung saya (Zunnurain) hamil dan melahirkan cahaya mata dengan selamat setelah berikhtiar di merata tempat sebelum menemui kaedah ini,”katanya.
_sinarharian
Rakyat dibebani RM6.4 bilion cukai
KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyifatkan pengenalan cukai itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperoleh daripada pihak industri.
Ahli Jawatankuasanya, Tony Pua berkata, kenyataan bahawa rakyat tidak terbeban dengan pengenalan cukai tersebut dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan negara sebagai tidak masuk akal.
“Jika perolehan cukai daripada peniaga akan dikurangkan sehingga RM5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM6.4 bilion akan diperoleh daripada rakyat.
“Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi? Pengecualian cukai RM6.4 bilion yang dinikmati oleh peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Ahli Jawatankuasanya, Tony Pua berkata, kenyataan bahawa rakyat tidak terbeban dengan pengenalan cukai tersebut dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan negara sebagai tidak masuk akal.
“Jika perolehan cukai daripada peniaga akan dikurangkan sehingga RM5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM6.4 bilion akan diperoleh daripada rakyat.
“Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi? Pengecualian cukai RM6.4 bilion yang dinikmati oleh peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Kelmarin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.
Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anti-GST, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan menganjurkan sesi jelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai GST.
“Pakatan Rakyat (PR) akan jelajah seluruh negara bulan depan memberi kesedaran kepada rakyat dan menerima maklum balas mereka yang terdiri daripada ahli akademik dan pakar industri," katanya. _sinarharian
Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anti-GST, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan menganjurkan sesi jelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai GST.
“Pakatan Rakyat (PR) akan jelajah seluruh negara bulan depan memberi kesedaran kepada rakyat dan menerima maklum balas mereka yang terdiri daripada ahli akademik dan pakar industri," katanya. _sinarharian
Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok
SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu. Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia. Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu. (Gambar: Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat) Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini. Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni. Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini. Antara kandungannya adalah: 1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan. 2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang. 3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat 4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri. 5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat. 6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan. 7) Bangunkan agenda keselamatan sosial 8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera. Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya. Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga._harakahdaily.net |
Khamis, 17 Disember 2009
Bekas Pelajar Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah
Khamis Disember 17, 2009
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang didapati bersalah bulan lepas bersama dua yang lain kerana membunuh bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bakarudin Busu, tujuh tahun yang lalu, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pada 13 November lalu, seorang eksekutif jualan dan seorang pemandu forklift dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi yang sama setelah mereka didapati bersalah membunuh bekas pensyarah itu.
Pada hari yang sama, Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee turut menyabitkan Azizul Aznal Mohamad Jailani, 26, dan menetapkan hari ini untuk mendengar laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman kerana pada tarikh kejadian bekas pelajar berkenaan hanya berumur 18 tahun dan dua bulan.
Ketika menjatuhkan hukuman hari ini, Muhamad Ideres memberitahu tertuduh bahawa beliau akan dibawa ke satu penjara yang sah dan dihukum gantung sampai mati.
Muhamad Ideres sebelum itu telah menangguhkan prosiding setelah Peguam Azizul Aznal, Mohd Hanif Khatri Abdulla, meminta mahkamah menggunakan kuasa penyeliaannya agar tertuduh terus berada di Penjara Sungai Buloh dan tidak dihantar ke Penjara Kajang sementara menunggu rayuan.
Mohd Hanif berkata, anak guamnya risau tentang keselamatannya kerana dua lagi tertuduh yang disabitkan dengan tuduhan itu, Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab Wahab, 31, kini dipenjarakan di Kajang.
"Ketika Azizul membuat pembelaannya beliau telah memberikan keterangan terhadap kedua-dua mereka dan kini risau tentang keselamatannya," kata Mohd Hanif.
Muhamad Ideres tidak membuat sebarang perintah mengenai isu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail memmberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyemak perkara tersebut dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh Narendar Singh yang memaklumkan bahawa penjara berkenaan telah digazetkan untuk mereka yang masih berada di bawah tahanan reman.
Bekas pelajar UiTM, Siti Rahmah Azman Subramaniam, 28, turut didakwa dengan pertuduhan membunuh Bakarudin tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama. Siti Rahmah merupakan teman wanitaSulkarnain.
Mereka dituduh membunuh Bakarudin, 35, di Jalan SS19/6, Subang Jaya, pada 9.30 malam 12 Feb 2002. Mayat Bakarudin dijumpai separuh rentung dalam longkang di Subang Jaya.
Mengikut laporan akhlak, Azizul Aznal merupakan seorang remaja yang peramah dan mempunyai ramai rakan. Pada hari kejadian dia mendakwa hanya mengikuti Sulkarnain yang merupakan rakan karib abangnya.
Ketika rayuan, Mohd Hanif berkata, tertuduh percaya sebulat-bulatnya kepada rakan abangnya.
"Walaupun ketika kejadian tertuduh hanya berumur 18 tahun dan dua bulan, kesalahan tetap kesalahan dan tidak ada seorangpun boleh membatasi undang-undang," kata Mohd Nordin. - BERNAMA_mstaronline
Pada 13 November lalu, seorang eksekutif jualan dan seorang pemandu forklift dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi yang sama setelah mereka didapati bersalah membunuh bekas pensyarah itu.
Pada hari yang sama, Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee turut menyabitkan Azizul Aznal Mohamad Jailani, 26, dan menetapkan hari ini untuk mendengar laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman kerana pada tarikh kejadian bekas pelajar berkenaan hanya berumur 18 tahun dan dua bulan.
Ketika menjatuhkan hukuman hari ini, Muhamad Ideres memberitahu tertuduh bahawa beliau akan dibawa ke satu penjara yang sah dan dihukum gantung sampai mati.
Muhamad Ideres sebelum itu telah menangguhkan prosiding setelah Peguam Azizul Aznal, Mohd Hanif Khatri Abdulla, meminta mahkamah menggunakan kuasa penyeliaannya agar tertuduh terus berada di Penjara Sungai Buloh dan tidak dihantar ke Penjara Kajang sementara menunggu rayuan.
Mohd Hanif berkata, anak guamnya risau tentang keselamatannya kerana dua lagi tertuduh yang disabitkan dengan tuduhan itu, Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab Wahab, 31, kini dipenjarakan di Kajang.
"Ketika Azizul membuat pembelaannya beliau telah memberikan keterangan terhadap kedua-dua mereka dan kini risau tentang keselamatannya," kata Mohd Hanif.
Muhamad Ideres tidak membuat sebarang perintah mengenai isu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail memmberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyemak perkara tersebut dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh Narendar Singh yang memaklumkan bahawa penjara berkenaan telah digazetkan untuk mereka yang masih berada di bawah tahanan reman.
Bekas pelajar UiTM, Siti Rahmah Azman Subramaniam, 28, turut didakwa dengan pertuduhan membunuh Bakarudin tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama. Siti Rahmah merupakan teman wanitaSulkarnain.
Mereka dituduh membunuh Bakarudin, 35, di Jalan SS19/6, Subang Jaya, pada 9.30 malam 12 Feb 2002. Mayat Bakarudin dijumpai separuh rentung dalam longkang di Subang Jaya.
Mengikut laporan akhlak, Azizul Aznal merupakan seorang remaja yang peramah dan mempunyai ramai rakan. Pada hari kejadian dia mendakwa hanya mengikuti Sulkarnain yang merupakan rakan karib abangnya.
Ketika rayuan, Mohd Hanif berkata, tertuduh percaya sebulat-bulatnya kepada rakan abangnya.
"Walaupun ketika kejadian tertuduh hanya berumur 18 tahun dan dua bulan, kesalahan tetap kesalahan dan tidak ada seorangpun boleh membatasi undang-undang," kata Mohd Nordin. - BERNAMA_mstaronline
"Negaraku" Bergema Di Laos
norhalim mh
VIENTIANE, Laos 17 Dis 2009. Lagu keramat "Negaraku" menjadi saksi kejayaan Pasukan bolasepak Malaysia merangkul pingat emas sukan SEA ke-25 di Laos setelah berjaya menewaskan Vietnam dengan jaringan 1 gol 0 hasil kesilapan gol sendiri pemain Vietnam selepas sepakan oleh Norshahrul Idlan Talaha.
Kejayaan manis pasukan bolasepak Malaysia ini mengakhiri kejayaan 20 tahun lalu apabila Malaysia berjaya mendapat pingat emas setelah memenangi Perlawanan Akhir sukan SEA ketika itu. Pastinya kejayaan ini memang dinanti-nantikan peminat-peminat pasukan bolasepak Malaysia.
Kejayaan ini memberi keceriaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain bolasepak Malaysia dan Jurulatih K Rajagopal di atas kejayaan tersebut.
Selamat Tahun Baru & Ma'al Hijrah
Selamat Tahun Baru Hijriah dan Sambutan Ma’al Hijrah, semoga kedatangan Tahun 1431H ini akan menyemarakkan lagi perjuangan kita untuk memertabatkan Islam.
Bersama ini kami paparkan Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun, moga-moga ia memberikan kelebihan kepada kita semua.
Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini"
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
_buletinonline
Rabu, 16 Disember 2009
Belum sampai setahun, Najib mulai tergugat
| M Yarisman |
KOTA BHARU. 16 Dis: Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat. Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar. Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi. Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan. Selain itu, konsep 1Malaysia dan Salam 1Malaysia yang dicipta perdana menteri juga dipertikaikan banyak pihak. Difahamkan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri Umno. Keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu. Selain itu ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam. Ulama terkenal, Datuk Dr Harun Din menyebut dalam tulisan seperti disiarkan Harakah minggu lalu - Salam 1Malaysia merupakan kerja-kerja sia-sia kerana tidak diberi pahala. Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, Mohamad Mustafa (gambar bawah) juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia. “Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”. “Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’. “Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya. Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam. “Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State - satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’. “Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik. “Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak,” katanya yang juga Adun Demit. Oleh itu katanya, pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya. Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan. “Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya._harakahdaily.net |
Tiada rombakan Exco Kelantan– Nik Aziz
| Atiff Idris |
KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak khabar angin kononnya berlaku rombakan anggota Exco kerajaan negeri. “Tidak akan berlaku rombakan atau pun pengguguran di kalangan anggota Exco yang ada sekarang. “Tetapi jika pertukaran membabitkan kalangan pegawai tadbir negeri, itu merupakan perkara biasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. Sebelum ini timbul desas desus kononnya akan berlaku rombakan Exco kerajaan negeri ekoran beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini. Ditanya desakan anaknya Nik Amalina supaya seorang Exco meletak jawatan, katanya pandangan itu dianggap sebagai perkara biasa kerana Nik Amalina sudah akil baligh. “Dia boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, itu terserahlah kepadanya,” kata beliau. Baru-baru ini Nik Amalina yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Kelantan, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman membuat desakan tersebut melalui blognya. Mengenai kenyataannya sebelum ini memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berani melawat selatan Thailand katanya, manusia ada baik dan tak baik. “Ketika dia melakukan kebaikan kita kena puji, begitu juga dalam kes nak aniaya Kelantan untuk memberikan wang ihsan, itu tidak baik, dia kena bagi royalti,” ujarnya. Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam memberitahu beliau tidak terkejut dengan pujian diberi Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadapnya. Menteri Besar bagaimanapun melahirkan rasa dukacita terhadap tuduhan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang mendakwa Kelantan sebagai pusat militan. Dakwaan itu dibuat ekoran tertangkapnya beberapa lelaki yang menghasilkan bom di sebuah rumah di Pasir Mas semalam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, perbuatan yang boleh mencetus keganasan bertentangan dengan ajaran Islam. Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau mengajak rakyat Kelantan menyertai solat hajat yang akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat ini. Katanya, solat hajat tersebut akan diadakan selepas kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu. “Bulan Muharram yang akan tiba merupakan bulan baik, bertuah dan mulia tambah-tambah lagi pada 1 hingga 10 Muharam umat Islam diharuskan berpuasa sunat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. “Sebelum ini Allah SWT telah banyak menyelesaikan segala masalah yang timbul dan mudah-mudahan dengan banyak berdoa Allah sekali lagi akan menolong kita menyelesaikan kekusutan yang berlaku,” jelasnya._harakahdaily.net |
Tanah Masjid: Pemuda PAS serah memo, tunggu penjelasan MAIWP
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan pemuda PAS (DPP) Wilayah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menuntut penjelasan berhubung status tanah Masjid Sri Hartamas. Ianya dibuat ekoran MAIWP masih lagi berdiam diri biarpun isu tersebut dilontar awal minggu lalu dan memohon penjelasan segera dari majlis agama tersebut yang bertanggungjawab secara langsung berhubung penukaran status tanah itu kepada kawasan komersil. Status tanah masjid beralamat di Lot 48671 di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas itu didakwa telah ditukar dari tanah Masjid kepada tanah Pembangunan (Perniagaan) untuk dimajukan. Mereka menuntut penjelasan MAIWP terhadap 12 perkara yang berkait dengan isu tersebut seperti berikut: 1. Menjelaskan kenapakah status tanah berkenaan ditukar dari tanah ’Masjid’ kepada tanah ’Pembangunan (Perniagaan)’. 2. Memberikan sebab kenapa tanah itu tidak dimajukan bagi membina Masjid atau Institusi Islam lain yang sesuai dengan kedudukannya. 3. Menjelaskan sama ada tanah berkenaan telah disewakan atau dipajak atau dijual terus kepada Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd dan Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd. 4. Memberikan justifikasi tentang kewajaran pembinaan Glomac Galeria bukannya MAIWP Galeria di atas tapak berkenaan. 5. Menerangkan apakah konsep pembangunan yang dibuat dalam projek Glomac Galeria dan apakah manfaatnya kepada umat Islam disekitar Sri Hartamas. 6. Menjelaskan apakah kepentingan MAIWP dalam projek Glomac Galeria. 7. Mendedahkan siapakah pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam memajukan projek berkenaan. 8. Memberikan jawapan bagaimana 20 unit untuk lot perniagaan yang sedang dibina dalam projek Glomac Galeria boleh mendapat status pegangan bebas dan apkah kesannya terhadap status tanah Lot 48671 kelak. 9. Menyenaraikan senarai nama pemilik-pemilik 20 unit lot-lot perniagaan yang didakwa oleh Glomac Berhad sebagai sudah habis dijual dengan status geran milikan ’Free Hold’. 10. Menjelaskan ke manakah duit jualan bagi projek bernilai RM 8.3 juta itu di salurkan dan ; 11. Apakah baki kepentingan yang tinggal buat umat Islam di sri Hartamas setelah projek itu disiapkan. 12. Mendedahkan dokumen-dokumen Perjanjian yang terlibat dalam transaksi hartanah tersebut seperti Sale & Purchase Agreement, Joit Venture Agreement, Construction Agreement atau Building Agreement atau apa-apa dokumen lain yang terlibat. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuam hampir setengah jam itu, Idris memberitahu tiada apa-apa penjelasan diberikan dan pihak MAIWP meminta untuk membuat demikian kemudian. Selain itu mereka dalam pertemuan itu juga diberitahu bahawa tanah berkenaan diberikan kepada syarikat Glomac Resources kerana syarikat tersebut memberi tawaran terbaik kepada MAIWP. Idris juga berpendapat biarpun tanah tersebut tidak diguna untuk membangunkan masjid, namun wajar diguna untuk perkara yang memberikan kebaikan kepada ummat islam. Manakala Kamaruzaman pula menyelar sikap Umno Wilayah Persekutuan dan Syarikat Glomac kerana dilihat mendahului MAIWP dalam menjawab isu tersebut sedangkan ianya dikemukakan kepada majlis agama islam itu. Sehubungan itu mereka tetap akan menunggu penjelasan MAWIP._harakahdaily.net |
Masalah sampah di Kedah selesai - Exco
| Ali Hashim |
ALOR SETAR, 16 Dis: Masalah sampah yang menjadi perbualan hangat di negeri Kedah sebelum ini akan diatasi setelah pengambilan kerja-kerja pembersihan di swastakan kepada syarikat pelupusan sisa pepejal Environment Idaman (E-Idaman). Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Jalan Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi. (gambar) Katanya, syarikat ini telah mengambil alih tugas pembersihan dua belas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada dalam negeri ini kecuali Majlis Daerah Yan yang masih dalam proses perbincangan untuk pengambilalihan tugas-tugas tersebut. "Adalah sesuatu yang tidak tepat apabila ada sesetengah pihak mendakwa tahap kebersihan yang ada di negeri ini tidak berbeza seperti dahulu sedangkan tugas-tugas pembersihan yang telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut adalah pada tahap yang baik. "Sekiranya masih terdapat beberapa kawasan yang didapati tahap kebersihannya tidak memuaskan maka masyarakat boleh membuat aduan supaya tindakan bagi mengatasi masalah tersebut dapat dilakukan dengan segera," katanya. Menurut beliau lagi bagi membolehkan tugas pembersihan ini dilaksanakan dengan sempurna oleh E-Idaman maka perjanjian antara PBT dan syarikat tersebut telah disempurnakan pada 25 November yang lalu. Perjanjian fasa pertama yang telah dilakukan pada 27 Oktober yang lalu melibatkan PBT dan syarikat ini ialah Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Kulim-Hi Tech dan juga Majlis Daerah Kubang Pasu, katanya._harakahdaily.net |
Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan
| Dzulfikar Mashoor |
| KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan. Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat. Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini. "Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi. "Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS. Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut. "Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat. "(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir," Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu. "Saya bukannya lari tugas," katanya lagi. Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat. Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut. 15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut. Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut. Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa. Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini. Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib. _harakahdaily.net |
Selasa, 15 Disember 2009
Royalti: Cuti umum berbaju merah
| Nazri Abdullah |
| KUALA LUMPUR, 15 Dis: Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) menyeru penyokong mereka memakai baju berwarna merah setiap cuti umum sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menafikan hak royalti rakyat Kelantan. "Pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai di kedai kopi, shopping kompleks dan sebagainya dan ambil photo untuk di letakkan di dalam laman group," kenyataan mereka dipetik. Difahamkan mereka juga telah mengadakan perjumpaan sulung Sabtu lalu di sebuah tempat di Kota Bharu. Selain baju, beberapa bahan cetak berkaitan maklumat tuntutan royalti juga telah disiapkan dan diedar khususnya melalui laman blog dan laman sosial facebook. Sebelum ini, wakilnya Hasani Mohamed memberitahu, pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat. Laman web yang sudah siap dibangunkan itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion. Ianya akan beroperasi sedikit masa lagi menggunakan alamat www.royaltikelantan.com dan akan memusatkan segala maklumat berkaitan tuntutan royalti Kelantan. Menuruntnya GMRPRK juga sedang mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti. Sebelum ini mereka telah memulakan kempen mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti. Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara. Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat. Selain itu mereka juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan._harakahdaily.net |
PAS Batu dalam melahirkan Markas Tarbiyah PAS
| Subky Latif |
PADA 05 Desember lalu PAS Kawasan Batu menyambut genap 25 tahun penubuhannya secara sederhana dengan menganjurkan ceramah bertema PAS For All – atau PAS untuk semua. Sambutan itu disempurnakan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ketua Kelab Penyokong PAS kaum India, Balasubramaniam ikut berucap. Tidak sedar rupanya kawasan PAS yang saya asaskan itu sudah berusia 25 tahun. Rasanya baru saja, masih segar dalam ingatan saya, rupanya sudah menelan masa 25 tahun. Masa itu saya adalah Ketua PAS Kawasan Setapak. Kawasan yang dipanggil PAS Kawasan Batu sekarang ini adalah sebahagian dari PAS Kawasan Setapak. Memang strategi Umno bagi mempertahankan kuasanya ia mengadakan persempadanan baru kawasan pilihan raya setiap sepuluh tahun sekali. Dengan tindakan itu ia memastikan kawasan kuat pembangkang dapat dilemahkan dan kawasannya yang terancam dapat diperkuatkan. Kawasan Parlimen Setapak terlibat dalam persempadanan baru itu. Ia dipecah menjadi dua kawasan Parlimen baru iaitu Batu dan Titiwangsa. Kawasan Setapak dimansuhkan. Dalam persempadanan baru itu beberapa kampung dari kawasan-kawasan Parlimen yang bersempadan dengannya terlibat sama, ada dimasukkan dalam kawasan baru itu atau kampung yang dulunya dalam kawasan Setapak dipindahkan ke kawasan lain seperti Kepung dan Segambut. Tetapi kebanyakan lokaliti di kawasan Setapak itu terbahagi kepada dua kawasan Batu dan Titiwangsa. Apabila Parlimen meluluskan persempadanan baru itu saya mengambil langkah menyelaraskan PAS Kawasan Setapak mengikut perubahan yang berlaku itu. Sebelum ada arahan dari Pejabat Agung PAS tentang persempadan baru itu saya mengambil langkah membentuk dua jawatankuasa penaja bagi menubuhkan PAS Kawasan Batu dan PAS Kawasan Titiwangsa. Mana-mana cawangan PAS Kawasan Setapak yang masuk ke dalam kawasan Batu dimasukkan dalam penajaan PAS Kawasan Batu dan yang terletak dalam kawasan Titiwangsa menjadi penaja PAS Kawasan Titiwangsa. Saya sendiri yang tinggal di Taman Melawar termasuk dalam kawasan Batu menjadi pengerusi penaja penubuhan PAS Kawasan Batu dan Ustaz Othman Razak yang tinggal di Datuk Keramat menjadi pengerusi penaja PAS Kawasan Titiwangsa. Pada 5 Desember 1984 itu saya memanggil Mesyurat Agung Khas PAS Kewasan Setapak membubarkan PAS Kawasan Setapak dan serentak mencadangkan penajaan dua kawasan baru – Batu dan Titiwangsa – berikutan dengan pembubaran itu. Selepas dipersetujui kami pun berpecah. Cawangan yang termasuk dalam penajaan PAS Kawasan Batu mengadakan perjumpaan menubuhkan kawasan baru itu dan manakala cawangan-cawangan yang termasuk dalam kawasan Titiwangsa pula mengadakan perjumpaan yang berasingan di bangunan yang sama bagi membentuk PAS kawasannya. Saya menjadi Ketua PAS Kawasan Batu yang pertama dan Ustaz Othman Razak dipilih menjadi Ketua PAS Kawasan Titiwangsa. Kedua-dua kawasan itu ditubuhkan pada hari yang sama. Saya tidak tahu apakah PAS Kawasan Titiwangsa ada mengadakan majlis memperingati 25 tahun penubuhannya. Dalam masa 25 tahun telah berlaku lagi pesempadan baru yang melibatkan kedua-dua kawasan PAS itu apabila satu kawasan baru ditambah iaitu Wangsa Maju. Lepas itu Wangsa Maju dan Titiwangsa menjadi tiga dengan menambah Setiawangsa. Yang satu sebelum 25 tahun dulu menjadi empat sekarang. Titiwangsa menjadi kawasan majoriti Melayu tetapi Batu menjadi kawasan campuran. Sekalipun yang terbesarnya pengundi Melayu tetapi ia hanya membentuk sekitar 40 peratus saja. Lebih 50 peratus terdiri dari pengundi Cina dan India. Dalam keadaan itu sukar bagi PAS menguasai kawasan itu semasa politik bersendirian dulu. Dalam masa 25 tahun itu sekali saja PAS bertanding. Dalam persefahaman dengan lain-lain parti PAS memberi laluan kepada sekutunya. Dalam semua masa PAS di situ menjadi kumpulan yang penting. Cuma baru dalam pilihan raya 2008 pakatan pembangkang menguasai kawasan Batu. Langkah penting yang diambil oleh PAS Batu ialah menjadi tenaga penggerak dari belakang membina Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar. Aktivis PAS kawasan ini diketuai oleh beberapa orang profesional. Setiap petang mereka memulakan pembinaannya tanpa sebarang peruntukan di atas sebidang tanah milik PAS Terengganu yang terbiar. Sebelumnya PAS menghadapi masalah tempat untuk mengadakan perjumpaan. Penyokong PAS berpakat dengan Ustaz Hassan Shukri, Setiausaha Agung masa itu bagaimana tanah kosong itu dimanfaatkan. Ustaz Hasan mendapatkan restu PAS Terengganu. Setiap petang aktivis PAS menggali lubang untuk didirikan tiang. Apabila beberapa tiang mula terdiri, maka mencurah-curah bantuan dari para penyokong dari semua tempat. Ada yang memberi pasir, ada yang menghantar simen, ada yang sanggup memberi peruntukan pintu dan tingkap, demikian juga kayu kayan yang diperlukan oleh bangunan itu. Duit tidak dikira lagi. Ada saja orang yang tidak teragak-agak mengeluarkan wang dari sakunya. Terbina satu bangunan dua tingkat. Tingkat atas untuk Ustaz Hasan dengan PAS pusat tetapi tingkat bawah untuk aktivis PAS Batu mengadakan ceramah. Asal ada pemimpin pusat datang ke Kuala Lumpur di situlah ceramah diadakan tanpa memikirkan soal permit. Kerana ia terletak di luar Wilayah Persekutuan, polis Sentul tidak dapat bertindak apabila ada aduan Umno tentang ceramah tanpa permit oleh PAS. Polis Sentul menghubungi Polis Rawang. Bila Polis Rawang datang majlis sudah selesai. Kemudian Pejabat Agung PAS dipindahkan ke bangunan itu dan Taman Melawar jadi pusat perkembangan PAS baru yang dikenali serata dunia. Yang menggerakkan terbentuknya Markaz Tarbiyah yang terkenal itu dimulakan orang PAS kawasan Batu yang memanfaatkan tanah terbiar milik PAS Terengganu itu._harakahdaily.net |
Isnin, 14 Disember 2009
Kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'
Monday, 14 December 2009 18:45 Editor
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idiris Ahmad berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.
Sehubungan dengan itu, katanya, jentera Penerangan disemua peringkat diminta bersedia untuk mengerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.
“PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno,
“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan,”jelas Ustaz Idris
Menurutnya, kaum-kaum lain, termasuk kaum Cina, India juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.
Oleh itu, katanya, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Insyaallah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini._buletinonline
“PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno,
“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan,”jelas Ustaz Idris
Menurutnya, kaum-kaum lain, termasuk kaum Cina, India juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.
Oleh itu, katanya, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Insyaallah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini._buletinonline
Pemuda PAS bantah tukar status tanah masjid
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mesti menjelaskan kontroversi projek pembangunan di atas tanah yang asalnya diperuntukkan untuk pembinaan sebuah masjid di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, kata seorang pemimpin Pemuda PAS.
"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berasa pelik. Bagaimana sebuah tapak masjid boleh ditukar statusnya kepada tapak 'perniagaan (bangunan)' walhal sekeliling kawasan itu sudah mempunyai pusat perniagaan yang mencukupi dari keperluan," kata timbalan ketuanya Herman Samsudeen.
"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa agar pengarah MAIWP dan pihak-pihak berkaitan menjelaskan kepada rakyat punca sebenar perubahan tapak masjid dan mahu ia dikekalkan atau digantikan dengan tanah lain kerana kita harus sedar tanah milik umat Islam sama ada Melayu atau bukan Melayu semakin berkurangan di Wilayah Persekutuan."
Beliau juga mempertikaikan pembabitan dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan Umno Wilayah Persekutuan dan juga Selangor.
"Pastinya rakyat akan tertanya-tanya, kenapa pemimpin Umno seperti menteri Wilayah Persekutuan, setiausaha politik perdana menteri dan bendahari Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan institusi umat Islam sanggup menggadaikan tanah itu," katanya.
Pemuda PAS itu juga menolak alasan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, dalam jawapan parlimennya, bahawa kawasan itu akan menghadapi masalah kesesakan lalu lintas jika masjid dibuat di atas tanah berkenaan.
Herman berkata, kerajaan boleh mewujudkan tempat letak kereta bertingkat di bawah masjid itu, seperti projek Glomac Galeria, setinggi empat tingkat yang sedang dibuat di atas tanah itu bagi mengelakkan masalah parkir dan lalu lintas.
"Masalah Jalan 19/70A yang lebarnya hanya 50 kaki sahaja juga tidak masuk akal untuk dijadikan alasan kerana saiz itu sudah memadai bagi sebuah masjid berbanding dengan Galeria yang juga menjadi pusat aktiviti masyarakat termasuk beli-belah yang sememangnya lebih sibuk dari aktiviti masjid," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tapak masjid berhampiran bangunan perniagaan sedia ada dan persimpangan lebuh raya SPRINT juga bukan alasan kerana sudah banyak masjid yang didirikan berhampiran tempat sedemikian seperti masjid di Seksyen 15 Subang Jaya yang berhadapan dengan Subang Parade dan Carrefour serta Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Herman berkata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan berbincang dengan beberapa pihak sebelum memikirkan jika wujud ruang bagi menghentikan projek tersebut melalui tindakan undang-undang.
Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada MAIWP dan Umno._malaysiaknini bm
PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya. Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti. Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini._harakahdaily.net |
Presiden PAS rasmi Konvensyen Blogger 20 Dis
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar. Turut akan dilancarkan pada konvensyen tersebut adalah Kelab Blogger PAS sebagai pengiktirafan parti itu kepada penulis blog yang selama ini menyokong perjuangan PAS. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut juga kini dibuka bukan sahaja kepada ahli PAS malah kepada penyokong biasa. Ianya ekoran terlalu banyak permintaan yang mahu penyertaan ke program tersebut dibuka lebih luas. "Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat." katanya. Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan nmenghantar maklumat seperti nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat blog, email dan nombor telefon bimbit ke alamat email penerangan.paspusat@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini. "Manakala Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang," katanya._harakahdaily.net |
Vokalis Mellisa dan gitaris Samudera bersatu untuk Islam
| Mohd Sabri Said |
| PERMATANG PAUH, 14 Dis: Keaktifan dua bekas anggota kumpulan rock tanahair penghujung 90 an Melissa dan Samudera menyampaikan dakwah menerusi lagu bertemakan Islam wajar dihargai kerana cara tersebut boleh membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan golongan muda. Bagi Vokalis Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', Mohd Rodzi Abdul Hamid dan bekas gitaris kumpulan Samudera, Syed Anuar Syed Yusof yang top dengan lagu 'Salam Sejahtera' kini boleh terus berbangga. (Gambar: Mohd Rodzi kini berubah wajah) Ini kerana, kalau dulunya mereka menjadi idola remaja yang tergilakan muzik slow rock, kini bertekad akan membawa lagu-lagu berunsur nasihat pula semata-mata ingin melihat perubahan pada masyarakat. Ini kerana diri mereka pernah disanjung setinggi langit dan tahu betapa agungnya di saat itu namun kini semuanya telah berubah kerana ingin mencari kelainan setelah menyedari kekosongan pada diri sendiri. Kegelisahan jiwa terutamanya, menjadi kusut walaupun di saat-saat kegemilangan dan hanya dapat menemui titik ketenangan bila berhasrat meninggalkan terus lapangan yang diminati sejak kecil. Maklumlah kata mereka, zaman itu pergilah ke mana sahaja samada pesta, karnival, konsert dan sebagainya pasti mendapat pujian, tambahan lagi di kelilingi peminat wanita. "Dulu saya pernah di atas mendapat sanjungan ramai tapi kini saya terus berbangga walaupun tidak lagi sehebat dulu. Sekarang ini terdapat ketenangan yang tidak ada pada zaman muda," ujarnya sebelum mendendangkan lagi top Melissa 'Cinta Untuk Nabila'. "Saya pula walaupun tidak menjadi penyanyi utama Samudera dan hanya pemain gitar utama turut terasa bahang kemasyhuran apabila gambar sering terpampang di dada akhbar. Namun itu hanya sementara dan sekarang jiwa saya benar-benar tenang, " jelasnya yang kini berhasrat mahu muncul dengan Samudera semula tetapi berlainan imej dan penyampaian jika usahanya perbincangan dengan syarikat rakaman membuahkan hasil. (Gambar: Syed Anwar di malam kesenian Islam) Penonton walaupun tidak seramai malam konsert rock tetapi kehadiran mereka benar-benar membuktikan kesungguhan untuk memberi semangat baru kepada dua bekas anggota rock berkenaan setelah kembali dengan imej baru di mana Radzi nampak macam ala kumpulan Al-Arqam manakala Syed Anuar macam ala Jemaah Tabligh. Semalam mereka mengadakan persembahan sempena Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Dataran Pusat Bimbingan Islam Darul Huda, Bandar Perda, Bukit Mertajam. Selain menjemput artis yang terkenal dengan irama rock, kumpulan Nasyid sebaris dengan Raihan, Hijjaz dan Rabbani iaitu Kumpulan Rusdan turut mengadakan persembahan pertama setelah tidak bersama 11 tahun lalu. Turut disajikan dalam program tersebut ialah bacaan sajak, bercerita dalam Bahasa Mandarin dan pantomen bertajuk 'Tidak hargai jasa bapa'._harakahdaily.net |
Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama
| Mohd Yusri Amin |
KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’. Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam. Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'. Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya. Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama. "Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah. “Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya. Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita. Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam. Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS. Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal. Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957. “Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan. “Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini. Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America. Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid. _harakahdaily.net |
Usaha kreatif Zunar sedarkan masyarakat dihargai
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 14 Dis: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyanjung tinggi usaha kreatif yang dilakukan Zunar dan pasukan kartunisnya dalam membangkitkan kesedaran rakyat di negara ini. Nizar berkata, pendekatan karya berbentuk kartun merupakan salah satu langkah dalam usaha mengubah pemikiran rakyat untuk menerima keadilan dan menolak kezaliman. "Kami dari Pakatan Rakyat sudah tentu menyanjung kerja baik yang dibuat oleh Zunar dan rakan-rakannya dan juga gabungan-gabungan lain yang menggunakan pendekatan kartun ini. "Ini merupakan langkah pertama dalam gelombang kita untuk mengubah masyarakat untuk menerima keadilan dan menolak kezaliman," katanya sewaktu berucap di Majlis Pelancaran "Perak Darul Kartun" di Pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Antarabangsa, Pusat Bandar Taman Melawati, dekat sini, petang semalam. (Gambar: Nizar melancarkan buku baru kelolaan kartunis Zunar, 'Perak Darul Kartun") Nizar yang mengagumi karya yang dihasilkan pasukan kartunis Zunar itu turut berharap agar usaha yang dilakukan itu dapat membantu Pakatan Rakyat sebagai "Government In Waiting". "Saya berdoa mudahan-mudahan pendekatan yang dibuat oleh Zunar dan rakan-rakannya akan membantu memudahkan Pakatan Rakyat untuk terus ke Putrajaya. "Saya juga berdoa supaya Allah memberikan ransangan kreativiti kepada mereka untuk menghasilkan karya yang tulen, bukan dicedok dari mana-mana sumber," katanya lagi. Nizar juga menyifatkan lukisan-lukisan dalam "Perak Darul Kartun" itu sebagai "kena dengan situasi" yang berlaku di Perak ketika ini iaitu rampasan kuasa oleh Umno BN. Sementara itu, Zunar dalam ucapannya berkata, hasil karya pasukannya itu merupakan satu bentuk dimensi baru dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. "Apa yang kami buat ini merupakan dimensi baru dalam perjuangan ini. Jika ahli politik kita berjuang melalui ceramah dan perbahasan di parlimen, kami pula berperanan dalam perjuangan melalui karya kami," katanya. Zunar juga menegaskan, para kartunis harus menyatakan pendirian mereka berhubung apa jua krisis yang melanda negara ini melalui karya mereka. "Kami para kartunis berpendirian, kartunis-kartunis di negara ini tidak boleh berdiam diri dalam setiap isu dan krisis yang melanda negara. Jika orang lain seperti sasterawan negara, seniman negara dan ahli politik bangun menyuarakan kebenaran, mana mungkin kartunis boleh berdiam diari," tegasnya. Beliau turut menyifatkan pasukan kartunisnya sebagai berbeza dengan kartunis-kartunis lain kerana mereka melukis ikhlas dari hati dan berani menyatakan kebenaran, bukan untuk mengejar wang ringgit semata-mata. "Saya nyatakan pasukan kartunis saya berbeza dari kartunis lain kerana mereka berkarya dan melukis ikhlas dari hati. Tidak seperti kartunis lain yang hanya mahukan wang. Ada kartunis yang popular, tapi kuat mengampu. "Bila berkarya dengan hati yang iklhlas, kita tidak akan terjejas dengan apa-apa ugutan," ujarnya. Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR, ADUN Hulu Klang, Saari Sungip, dan ADUN Batu Caves, Amirudin Saari serta lebih seratus orang penyokong dan pencinta kebebasan bersuara. Nizar sebagai tetamu khas turut melancarkan Perak Darul Kartun disusuli dengan majlis tandatangan beliau, ADUN-ADUN serta Zunar sendiri ke atas muka depan buku berkenaan. Majlis gamat seketika dengan kehadiran maskot "katak berwarna biru dan berlambangkan wang" dan Nizar diminta memukul katak berkenaan sebagai simbolik kepada penolakan tindakan lompat parti dan rasuah yang diamalkan Umno BN. Selepas majlis tandatangan, Nizar bersama tiga tetamu yang lain dihadiahkan t-shirt "Gedung Kartun" dan mereka terus menyarungkannya ke badan masing-masing. Hadirin yang hadir tadi juga berpeluang mendapatkan buku-buku dan t-shirt terbitan Sepakat Efektif di gerai yang dibuka serta mendapatkan autograf Nizar dan Zunar. Turut bersama Zunar petang tadi ialah kartunis Jonos, (Nor Azlin Ngah), Orang-orang (Azlan Isa), Enot serta beberapa lagi kartunis lain. "Perak Darul Kartun" adalah komik terbaru hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar). Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartunnya mempunyai masalah dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu. Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin. Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN. Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama "Datuk Nazak", slot "Negaraku" dan tiga muka surat karya Enot bertajuk "Nostalgia 98" yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus. Ruangan "Selangor Tanahairku" diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan._harakahdaily.net |
Mahathir 'The Malay Ultraman'
| Mohd Rashidi Hassan |
USIANYA sudah mencecah 84 tahun, tapi lagak politiknya persis orang muda. Orang-orang tua-tua zaman dahulu sering berkata, jika usia sudah berada di tahap extra emas, sepatutnya, banyak masa diluangkan dengan beribadah kepada Allah, sementara menunggu saat dipanggil pulang. Tetapi berlainan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau sudah enam tahun meninggalkan tampuk kuasa dalam parti dan kerajaan, selepas lebih 22 tahun memerintah. Pada usia sebegini ramai yang sebaya dengannya sudah dimamah tanah. Namun beliau masih giat berpolitik. Mengkritik, memberikan pendapat dan menghentam sesiapa sahaja yang dianggap tidak betul pada pandangannya. Mahathir menunjukkan bahawa beliau masih mahu 'campur tangan' dalam urusan kerajaan Umno-Barisan Nasional. Sekali gus membukti bahawa Umno-BN masih tidak bebas dari dominasi beliau. Walaupun sudah dimamah usia dan ditelan zaman. Mahathir tetap tidak mahu berhenti. Beliau masih aktif berpolitik, menulis blog dan sebagainya. Akhir-akhir ini beliau menjadi semakin 'ganas' berhujah, membangkitkan soal kaum dan ketuanan Melayu. Kelihatan seolah-olahnya Mahathir mahu memprojekkan beliau sebagai The Ultra Malay (Melayu Ultra) atau Ultra Man (Lelaki Ultra) yang kononnya hebat memperjuangkan semangat kemelayuan. Mudah cakapnya Mahathir adalah seorang 'Ultraman Melayu' atau 'The Malay Ultraman'. Ultraman Mahathir tidak sama dengan siri fiksyen Ultraman yang diminati ramai kanak-kanak. Beliau di alam realiti, manakala fiksyen tersebut di alam fantasi. Perbalahan dengan Nazri Terkini, Melayu Ultra ini rancak berkancah, dalam adengan tuduh menuduh dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz. Ia merancakkan suasana politik Malaysia yang sentiasa dalam kehangatan. Perang mulut antara keduanya, antaranya, berpunca daripada pelbagai kritikan Mahathir terhadap dasar kerajaan yang disifatkannya sering tidak konsisten. Mahathir mempertahankan Biro Tata Negara (BTN). Umum mengetahui BTN dipergunakan sepenuhnya bagi menjayakankan agenda politik Umno-BN sewaktu beliau menjadi PM. Nazri dan ramai pihak bersetuju BTN dirombak kurikulumnya, yang terlalu cenderung meniupkan semangat perkauman Melayu, yang disifatkan bercanggah dengan konsep One Malaysia, bagaimanapun Mahathir tidak setuju. Maka berlakulah tuduh menuduh. Nazri cenderung mahukan BTN dirombak, manakala Mahathir mempertahankan BTN, dengan mendakwa tiada salahnya kurikulum BTN. Mahathir memperli Nazri dengan mengatakan beliau tidak wajar bersetuju merombak BTN (yang disifatkan perkauman) kerana Nazri mewakili parti perkauman Melayu iaitu Umno. Kemuncak perbalahan dengan gesaan Mahathir supaya Nazri meletakkan jawatan dalam Umno, kerana tidak sehaluan dengan dasar parti yang diwakilinya. Nazri enggan berganjak, lalu membalas kritikan Mahathir dengan mengelar beliau sebagai father of all rasicm (bapak segala perkauman) kerana menerajui parti perkauman Umno selama lebih 22 tahun. Bagi orang-orang politik, khususnya dalam Umno, mengetahui bahawa 'konflik peribadi' Mahathir-Nazri bukan perkara baru. Ianya sudah lama, sebelum Mahathir meletakkan jawatan. Konflik antara keduanya berlarutan sehingga kini. Sewaktu penulis diajak menyertai sembang-sembang petang bersama Nazri dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di lounge Ahli Parlimen, kedua-duanya mengakui 'sejarah' lama krisis Nazri-Mahathir yang sukar diselesaikan. Dalam sembang-sembang itu sambil tersenyum Anwar mengimbau kisah lama, "I (saya) pun hairan masa (ketika jadi Ketua Pemuda Umno) bagi list (senarai) pelantikan kepada Dr Mahathir (Presiden Umno), semua dia lulus, tinggal nama Nazri seorang sahaja yang sangkut." "Ha..ha..ha..," hilai tawa Nazri begitu besar menggamatkan suasana. "Ada satu event (majlis), orang ramai, I (saya) terserempak dengan dia (Mahathir), I terpaksalah bersalam, You (anda) nak tahu, dia bagi takat hujung jari sahaja, pandang pun tak nak," kata Nazri, disambut gelak tawa Anwar dan semua yang berada di situ. Itulah gambaran hubungan orang-orang politik, ada kala serius mempertahankan ideologi masing-masing, ada masa boleh duduk bersembang, bercerita kisah-kisah lucu orang politik. Ternyata sembang-sembang kosong di lounge tersebut, membayangkan betapa dinginnya hubungan Nazri dengan Mahathir berlaku sejak sekian lama. Apa sebab musababnya, hanya kedua-duanya sahaja yang tahu. Apa pun berbeza dengan Anwar, walaupun kedua-dua Anwar dan Nazri berseteru dalam politik, tetapi masih boleh duduk minum kopi bersama. Tetapi hingga kini, Nazri atau Mahathir, sama-sama tidak boleh bersemuka, apatah lagi minum kopi bersama. Penulis tidak mahu mengupas lanjut soal 'hubungan dingin' antara keduanya, ataupun menyorot segala kritikan mantan PM itu, terhadap Umno dan kerajaan. Masih relevankah semangat rasis? Namun persoalan yang penting untuk diperkatakan di sini ialah soal semangat ultra, semangat perkauman, rasis, nasionalis atau dalam bahasa Arab diistilahkan sebagai asabiyah, yang begitu jelas diperlihatkan oleh Mahathir. Apakah sifat yang dilabel Nazri terhadap Mahathir iaitu beliau adalah father of all rasicm, atau apakah semangat Melayu Ultra atau perkauman, rasis, nasionalis atau asabiyah ini memberikan faedah kepada orang Melayu dan negara? Juga, harus dipersoalkan apakah Umno, sebuah parti yang benar-benar memperjuangan untung nasib bangsa Melayu? Tidak ada sesiapa pun yang mudah membebaskan diri dari semangat bangsa. Sama ada Melayu, Cina atau India, seseorang itu tidak boleh lari dari mengutamakan bangsanya. Tindakan seseorang individu pemimpin, untuk memberi keutamaan kepada kaumnya memang wajar, tetapi jangan sesekali sehingga kita menindas dan tidak memberikan keadilan kepada kaum-kaum lain. Bagi orang Islam kita sudah mempunyai panduan dalam memperjuangan soal bangsa, kerana Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda menyebutkan antara lainnya bermaksud, "Bukan dari golongan aku, seseorang yang memperjuangkan asabiyah atau mati dalam perjuangan asabiyah." Justeru kita tanyakan kepada Mahathir, Nazri atau PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak atau mana-mana cendekiawan yang cenderung kepada Umno, adakah Umno benar-benar sebuah parti nasionalis yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu? Apakah Umno layak diiktiraf sebagai parti yang mempertahankan maruah bangsa? Layakkah mereka dipercayai sebagai benteng pertahan agama Islam yang dianuti majoriti Melayu? Adakah mereka layak diterima sebagai pendaulat Raja-Raja Melayu? Terlalu banyak event boleh dan telah disenaraikan sebelum ini, betapa menunjukkan pengkhianatan Umno terhadap bangsanya sendiri dalam segenap aspek. Sebenarnya beberapa siri kenyataan Mahathir yang dikatakan bersifat perkauman, adalah ditujukan kepada pemimpin Umno. Mahathir mahu menunjukkan kegusaran beliau, bahawa Umno kini, tidak boleh lagi diharap untuk menjadi parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Semangat nasionalisme atau kebangsaan pada Umno sudah semakin terhakis dan mengalami kepupusan. Yang tinggal hanya pada nama partinya sahaja. Fahaman dan ideologi nasionalisme atau asabiyah, sudah amat tidak relevan dalam konteks politik sekarang. Lihatlah apa sudah jadi pada Umno? Layakkah mereka digelar pejuang bangsa Melayu. Lihatlah kepada MCA, layakkah mereka digelar pejuang kaum Cina. Lihatlah juga kepada MIC, layakkah ia menjadi hero bagi kaum India? Ketiga-kita parti komponen BN yang ditubuhkan, berasaskan semangat nasionalisme ini, sudah tidak diterima dan ditolak masyarakat. Persoalan yang harus ditanyakan kepada Mahathir dan semua pemimpin BN ialah, mengapa fahaman nasionalisme mereka sudah tidak diterima? Sebabnya salah mereka juga. Sebabnya ialah, dasar korupsi, kronisme dan nepotisme yang menjalar dan berakar umbi dalam Umno, MCA dan MIC. Siapa yang kaya dalam masyarakat? Siapa yang berjaya dan mendapat projek, saham, permit dan pelbagai anugerah? Pasal apa mereka dapat? Sebabnya mereka adalah pemimpin dan penyokong BN. Kalau Melayu, dia Melayu Umno. Jika Cina, dia Cina MCA, kalau India, dia India MIC. Manakala rakyat yang tidak menyokong BN kebanyakannya disisih dan dianaktirikan. Mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ultra Melayu hanyalah palsu dan pihak yang dituduh mahu merosakkan ketuanan Melayu tidak wujud, hanyalah tuduhan palsu belaka. Ianya bak fiksyen fantasi kanak-kanak, Ultraman dianggap hero untuk menghapuskan raksasa yang menghancurkan bumi. Sedangkan hakikatnya, ultraman tidak wujud, raksasa juga tidak ada. Fahaman rasis dijaja Umno, MCA dan MIC buat untuk mengelabui mata rakyat. Fahaman rasis yang dibawa Mahathir juga hanyalah alat propaganda untuk memesongkan fikiran rakyat untuk menyokong Umno-BN sekian lama. Mereka membohongi rakyat atas nama perjuangan membela kaum._harakahdaily.net |
Ahad, 13 Disember 2009
Menjelang konvensyen pertama Pakatan Rakyat
| Zulkifli Sulong |
| |
19 Disember ini bakal menjadi sejarah penting perkembangan politik negara ini apabila Pakatan Rakyat akan menganjurkan konvensyen pertamanya.
Ia bagi menandakan pergabungan secara rasmi parti-parti PAS, PKR dan DAP dalam satu parti gabungan yang bernama Pakatan Rakyat (PR). PR telah difailkan pendaftarannya oleh enam pemimpin kanan ketiga-tiga parti itu dan kini menunggu ianya diterima dan disahkan oleh Pendaftar Pertubuhhan.
Pendaftaran ini dibuat selepas Ketua Pengarah Pendafatran Malaysia mengakui bahawa pihaknya tidak ada sebarang halangan untuk ketiga-tiga parti itu didaftarkan di bawah satu gabungan.
Padahal sebelum itu, ia telah menjadi halangan utama mereka bergabung secara rasmi. Ini kerana, mengikut peraturan yang ada, tiga parti tidak cukup untuk membolehkan mereka membentuk satu parti gabungan sebagaimana Barisan Nasional.
Konvensyen pertamanya minggu depan akan meletakkan politik Malaysia maju setapak ke hadapan. Ini kerana, ia akan membuka satu lembaran baru ke arah sistem dua parti di negara ini. Rakyat bakal ada pilihan yang seimbang antara pemerintah yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) atau gabungan parti baru, Pakatan Rakyat (PR).
Konvensyen pertama PR akan diraikan secara besar-besaran. Ia melambangkan satu kemunculan kuasa baru dalam politik negara.
"Kita buat umpama kenduri. Kita mahu seramai mungkin orang datang ke kenduri kita dan untuk itu kita akan membuat persiapan terbaik untuk kenduri ini," kata Datuk Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR yang juga Pengarah Konvensyen ini.
Dalam konvensyen ini, semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti yang bergabung dijangka berucap. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz akan memulakannya dengan doa untuk keberkatan majlis dan gabungan rasmi tiga parti politik Malaysia ini.
Ia akan diikuti dengan ucapan para pemimpin ketiga-tiga parti dan juga peserta konvensyen ini. Setiap parti dijangka akan menghantar 500 pemimpin utama mereka menjadikan ia bakal disertai oleh 1,500 perwakilan dari seluruh negara.

Para penyokong juga dijangka akan memenuhi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, tempat berlangsungnya konvensyen ini.
Di majlis ini, logo Pakatan Rakyat akan diperkenalkan secara rasmi dan dijelaskan rasionalnya (Walaupun ia sudah diperkenalkan kini).
"Kita pilih warna oren, iaitu warna kita bersama. Bukan biru muda PKR, bukan merah DAP dan bukan hijau PAS," kata Salehuddin.
"Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga dan memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957, yang dilambangkan dengan bunga raya berkelopakkan lima kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan lima prinsip Rukun Negara. Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat," beritahu pihak yang merangka logo ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penaja yang mendaftarkan Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua atau penasihat atau spiritual leader pertama Pakatan Rakyat.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Anwar dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Namun, sehingga sekarang pada dasarnya Pakatan Rakyat bersetuju, orang yang memimpin gabungan ini adalah pemimpin yang memimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen. Sekarang ini, PKR maka pemimpin mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan sehingga kini nampaknya, isu siapa yang memimpin Pakatan Rakyat tidak akan menjadi isu dalam konvensyen mereka yang pertama ini.
Persoalannya kini, sejauh mana kuatnya gabungan parti baru ini selepas Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan bersama antara PAS, DAP dan lain-lain parti sebelum ini hancur.
Mungkin menyedari hakikat inilah, Pakatan Rakyat didaftarkan. Jika kata sepakat berjaya dicapai dalam konvensyen ini, mereka akan mempunyai logo yang sama dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketika itu, rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan yang jelas, BN yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara atau Pakatan Rakyat yang memberikan tawaran untuk menjadi parti alternatif rasmi kepada mereka.
Ia bagi menandakan pergabungan secara rasmi parti-parti PAS, PKR dan DAP dalam satu parti gabungan yang bernama Pakatan Rakyat (PR). PR telah difailkan pendaftarannya oleh enam pemimpin kanan ketiga-tiga parti itu dan kini menunggu ianya diterima dan disahkan oleh Pendaftar Pertubuhhan.
Pendaftaran ini dibuat selepas Ketua Pengarah Pendafatran Malaysia mengakui bahawa pihaknya tidak ada sebarang halangan untuk ketiga-tiga parti itu didaftarkan di bawah satu gabungan.
Padahal sebelum itu, ia telah menjadi halangan utama mereka bergabung secara rasmi. Ini kerana, mengikut peraturan yang ada, tiga parti tidak cukup untuk membolehkan mereka membentuk satu parti gabungan sebagaimana Barisan Nasional.
Konvensyen pertamanya minggu depan akan meletakkan politik Malaysia maju setapak ke hadapan. Ini kerana, ia akan membuka satu lembaran baru ke arah sistem dua parti di negara ini. Rakyat bakal ada pilihan yang seimbang antara pemerintah yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) atau gabungan parti baru, Pakatan Rakyat (PR).
Konvensyen pertama PR akan diraikan secara besar-besaran. Ia melambangkan satu kemunculan kuasa baru dalam politik negara.
"Kita buat umpama kenduri. Kita mahu seramai mungkin orang datang ke kenduri kita dan untuk itu kita akan membuat persiapan terbaik untuk kenduri ini," kata Datuk Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR yang juga Pengarah Konvensyen ini.
Dalam konvensyen ini, semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti yang bergabung dijangka berucap. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz akan memulakannya dengan doa untuk keberkatan majlis dan gabungan rasmi tiga parti politik Malaysia ini.
Ia akan diikuti dengan ucapan para pemimpin ketiga-tiga parti dan juga peserta konvensyen ini. Setiap parti dijangka akan menghantar 500 pemimpin utama mereka menjadikan ia bakal disertai oleh 1,500 perwakilan dari seluruh negara.

Para penyokong juga dijangka akan memenuhi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, tempat berlangsungnya konvensyen ini.
Di majlis ini, logo Pakatan Rakyat akan diperkenalkan secara rasmi dan dijelaskan rasionalnya (Walaupun ia sudah diperkenalkan kini).
"Kita pilih warna oren, iaitu warna kita bersama. Bukan biru muda PKR, bukan merah DAP dan bukan hijau PAS," kata Salehuddin.
"Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga dan memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957, yang dilambangkan dengan bunga raya berkelopakkan lima kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan lima prinsip Rukun Negara. Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat," beritahu pihak yang merangka logo ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penaja yang mendaftarkan Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua atau penasihat atau spiritual leader pertama Pakatan Rakyat.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Anwar dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Namun, sehingga sekarang pada dasarnya Pakatan Rakyat bersetuju, orang yang memimpin gabungan ini adalah pemimpin yang memimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen. Sekarang ini, PKR maka pemimpin mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan sehingga kini nampaknya, isu siapa yang memimpin Pakatan Rakyat tidak akan menjadi isu dalam konvensyen mereka yang pertama ini.
Persoalannya kini, sejauh mana kuatnya gabungan parti baru ini selepas Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan bersama antara PAS, DAP dan lain-lain parti sebelum ini hancur.
Mungkin menyedari hakikat inilah, Pakatan Rakyat didaftarkan. Jika kata sepakat berjaya dicapai dalam konvensyen ini, mereka akan mempunyai logo yang sama dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketika itu, rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan yang jelas, BN yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara atau Pakatan Rakyat yang memberikan tawaran untuk menjadi parti alternatif rasmi kepada mereka.
_harakahdaily.net
Royalti Minyak: Najib derhaka wasiat bapanya
| http://idrisahmad.wordpress.com |
| Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun. Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004. Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya. Malangnya, Dato’ Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan. Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya. Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975. Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN. Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan. Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya._harakahdaily.net |
Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan
| Anak Manjong |
| Salam Sejahtera, Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat. Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat. Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00. Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut. Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut, Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah. Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim. Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam._harakahdaily.net |
Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar
| Ali Hashim |
| KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau. Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional. "Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita. "Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan. "Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat. "Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya. Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut. Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku. "Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama. "Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka." Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim. Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang. -harakahdaily.net |
Langgan:
Catatan (Atom)