Sahabat Purnama

Khamis, 15 Oktober 2009

KELAB PENYOKONG PAS AKAN JADI SAYAP PAS SEGERA

Ali Hashim
Thu | Oct 15, 09 | 6:44:43 pm MYT

TASEK GELUGOR, 15 Okt: Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.

Image "Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.

"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'.

"Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.

Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

Sumber Berita: harakahdaily.net

PETUGAS UMNO TERENGGANU TIDAK KIRA "HALAL HARAM"

Saturday, 10 October 2009 19:20 Wartawan Buletin
E-mail Print PDF

TELUK KEMANG – Para petugas kontinjen Umno Terengganu yang datang untuk berkempen pada pilihanraya kecil DUN Kuala Terengganu di lihat makan makanan dan minuman di kedai yang tidak ada penarafan ’halal’ disini beberapa hari lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/TT3TAN111c.JPGWartawan Buletinonline dalam perjalanan membuat liputan program ’Pentas Pemuda DAP’ yang diadakan di Markaz DAP Batu 9 Jalan Teluk Kemang telah terserempak dengan dua buah kenderaan rasmi kerajaan negeri Terengganu.

Kedua-dua buah Mercedes yang dipercayai milik Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bernombor plat TT3 dan TAN111 diyakini di gunakan oleh dua orang Exco kerajaan negeri Terengganu.

Walaupun kelibat kedua-dua Exco berkenaan tidak kelihatan dipersekitaran kawasan Batu 9, namun beberapa orang berbangsa ’Melayu Islam’ yang diyakini hadir bersama kedua-dua kenderaan rasmi negeri Terengganu itu, dilihat sedang makan dan minum dalam sebuah kedai Cina yang tidak ada tanda ’Halal’.

Sepanjang perjalanan lebih 20 km dari bandar Port Dickson menyusuri pantai hingga ke Pasir Panjang terdapat berpuluh-puluh kedai makan milik Melayu Islam yang menjalankan perniagaan.

Di sekitar, ’Waterfront’, Batu 5 dan Batu 6, Jalan Port Dickson ke Pasir Panjang sahaja terdapat lebih 20 puluh buah kedai makan yang menyediakan makanan orang Islam yang tidak mendatangkan syak sama sekali kerana ia dikendalikan dalam premis dan petugas yang jelas.

Namun, entah apa sebabnya, para petugas yang dipercayai datang bersama-sama Exco kerajaan negeri Terengganu itu telah memilih sebuah kedai Cina yang jelas tidak ada penarafan halal serta menjual minuman keras dan minuman ringan secara yang bercampur baur.

Sumber Berita: buletinonline.net

"JIKA SAYA KATA ....MARA..... NESCAYA MEREKA MARA"

Thursday, 15 October 2009 11:20 Zukri Aksah
E-mail Print PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/nasrudin3.jpg

KUANTAN — “Jika saya kata ...mara... nescaya mereka mara tetapi memandadangkan strategi kita elakkan provokasi, saya kata kepada mereka (Pemuda PAS)...undur...maka mereka undur,” cerita Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Beliau menceritakan pendekatan yang beliau ambil dalam pilihan raya Kecil bagan Pinang, selepas berdepan dengan provokasi para juru kempen Umno.

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang telah berakhir pada Ahad, 11 Oktober yang lalu dengan kemenangan berpihak kepada BN. Pilihanraya kecil ini juga telah menyaksikan berlakunya beberapa insiden pergaduhan dan kekasaran yang tidak diingini.

Bagi Nasrudin, yang telah merasai dan melalui pengalaman berpilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sejak 1985 lagi, Bagan Pinang adalah paling bersejarah baginya kerana menjadi medan pilihanraya yang paling kotor dan tercemar akibat aksi-aksi ganas dan provokasi melampau.

Ujar Nasrudin, ia tidak menghairankan jika berlaku dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu, seperti banyak diceritakan oleh veteran-veteran politik kepadanya, kerana ketika itu tahap pendidikan politik sememangnya rendah.

Tetapi keluh Nasrudin, amatlah malang selepas setengah abad merdeka dengan kebanyakan rakyatnya berpendidikan, apatah lagi dengan kewujudan universiti dan graduan yang melata, tahap pendidikan politik rakyat Malaysia masih sama seperti dahulu.

Sepatah kata Nasrudin, kita masih menggunakan hujah kekuatan, bukan kekuatan hujah!

Bagi pihak PAS, Nasrudin amat berharap yang partinya akan dapat melakukan sesuatu selepas ini dalam menghindari sebarang keganasan dari berlaku sewaktu pilihanraya. Kepada lawannya, iaitu Umno dan BN, Nasrudin sempat menyeru, selaku parti pemerintah, mereka sepatutnya mampu bertindak secara lebih positif dalam menyediakan medan politik yang lebih tenang, aman, sejahtera dan harmoni.

Nasrudin tegas dengan komitmennya untuk menyediakan satu suasana politik yang lebih matang, berhemah dan berhikmah, maka ahli-ahli PAS selepas ini akan sentiasa diingatkan supaya mengelakkan diri dari terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi.

Nasrudin memahami yang ini tidak mudah, bahkan lebih sukar dari menahan diri untuk tidak mencetus provokasi. Lalu Nasrudin mengakui ada segelintir petugas PAS yang terpengaruh dengan asakan provokasi dan bertindak-balas.

Namun secara keseluruhannya Nasrudin begitu berbangga dengan majoriti petugas PAS yang sentiasa mematuhi arahan pimpinan biarpun dalam keadaan yang tegang. Kelat wajah mereka bila diminta berundur, tetapi mereka berundur juga. Petugas yang sama yang Nasrudin percaya kalau diminta mara, nescaya mereka akan mara tanpa takut sebarang mara bahaya.

Untuk mengelak dari keadaan ini berulang lagi pada masa hadapan, semua pihak ujar Nasrudin, sama ada dari BN atau dari Pakatan Rakyat harus mengambil Bagan Pinang sebagai bahan muhasabah bagi dinilai secara bijak dan terperinci.

Keamanan yang kita ingini setiap kali munculnya pilihanraya tidak akan tercapai seandainya pihak-pihak yang terlibat tidak mendepaninya secara matang, tambah Nasrudin lagi.

Keperluan ini, terang Nasrudin amatlah penting, lebih-lebih kepada PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam. Akhlak Islam haram untuk dipertaruhkan semata-mata hanya mahu memenangi sebuah pilihanraya.

Mengulas tentang kalah-menang dan pergaduhan di Bagan Pinang, Nasrudin merumuskan kemenangan yang didasari kekerasan adalah kemenangan yang tidak bermoral, sebaliknya kekalahan akibat penindasan dan penganiayaan adalah kalah yang bergaya.- Malaysian Insider

SIVAKUMAR PANGGIL SIDANG, ADUN PR HADIR

Nazri Abdullah
Thu | Oct 15, 09 | 5:18:27 pm MYT

IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

ImagePersidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

ImageAdun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin. _

Sumber Berita: harakahdaily.net

MIMPI RASULULLAH S.A.W

Email : mohd naim mohd zain

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

(salinan dr blog cinaislam)

MENGENALI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

(Khalifah Yang Agung)

Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan :

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b l-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.

Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. 2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan org yang benar-benar ikhlas.....!!!