Sahabat Purnama

Ahad, 6 November 2011


Kes Hasan Ali tak perlu dipolemik


Subky Latif


KEHADIRAN Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Selangor dalam HIMPUNAN sejuta ummat di Stadium Shah Alam 22 Oktober lalu telah menjadi pertikaian panas dalam media.
Yang terjadi demikian ialah kerana partinya, PAS membuat keputusan tidak menyertai himpunan memprotes gejala murtad yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam.
Kerajaan Selangor yang dia adalah Exconya menyatakan tidak terlibat lalu menyerahkan kepada rakyat sama ada menyertainya atau berkecuali.
Lalu tiada mana-mana pemimpin PAS menjenguk ke stadium itu kecualilah Dr. Hassan. Demekian juga tidak diketahui mana-mana pimpinan kerajaan negeri hadir kecuali Dr. Hassan.
Dr. Hassan adalah pakar motivasi yang ulung. Sebelum bidang motivasi itu dikenali umum, maka Dr. Hassan sudah terjun ke situ. Ada dipercayai puluh ribu orang mendapat manfaat didikan dan latihan minda dari khidmatnya itu. Tidak terhingga bilangan orang yang telah terbuka mindanya setelah mendapat asuhan daripada kursus motivasi yang dianjurnya.
Jika sekalin yang kurang terbuka minda dari khidmatnya, maka tentulah sebagai pemecah kebekuan minda semua orang, lebih terbuka mindanya dari semua orang.
Tiada sebarang kesalahannya kepada partinya dan kerajaan yang didukungnya dengan kehadirannya itu. Partinya membuat keputusan tidak serta kerana menghormati penganjur tidak mahu ada penglibatan politik dalam himpunan itu, tetapi parti itu tidak melarang sesiapa menyertainya.
Jika pemimpinnya seperti Dato' Dr. Haron Din, atau Mohamad Sabu atau Mustafa Ali hendak pergi, maka mereka boleh pergi, bukan mewakili parti, tetapi atas nama diri sendiri. Bagaimana pun mereka menggunakan kelonggaran yang diberi oleh partinya.
Yang diketahui pergi Dr. Hassan. Tidaklah dia salah apabila dia menggunakan kelonggaran yang ada itu.
Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melarang mana Exco dan kaki tangan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau Penasihat Undang-Undang. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Maka tiada exco yang dilihat kecuali Dr. Hassan. Kerana tidak larangan dari kerajaan, tiadalah salah bagi Dr. Hassan.
Dr. Hassan adalah pakar motivasi, pemecah segala fikiran yang buntu, pembuka saluran kepada pemikiran yang sempit. Jika dia boleh selesaikan semua masalah orang yang tersimpul, maka tentulah dia amat tahu apa yang dibuatnya.
Justeru itu kehadiran Dr. Hassan ke himpunan tidak wajar menjadi topik polemik mana-mana pihak kerana tindakannya tidak bercanggah dengan mana undang-undang dan prinsip demokrasi.
Partinya dan kerajaannya juga tidak membuat peraturan yang melarangnya hadir di majlis itu.
Hassan memiliki kelebihan dan keistimewaan dari lain-lain orang politik termasuk Dr. Mahathir. Orang lain payah pisahkan politiknya bila menyertai mana-mana kegiatan yang bebas politik. Kalau Dr. Mahathir dan isteri singgah ke mana-mana gerai di pasar malam atau Najib jenguk pondok India miskin, tanpa sebarang motif politik, tetapi orang kata adalah politiknya.
Kalau Tok Guru Nik Aziz singgah sembahayang sunat di mana-mana surau, lalu orang surau melihatnya minta beliau bagi sedikit tazkirah. Tetapi ia katakan berpolitik juga.
Payah bagi mereka hendak menyangkutkan baju politik di luar dinding.
Tetapi Dr. Hassan boleh sangkut jeket politik di luar pagar stadium untuk menyertai protes anti murtad itu dan tidak sesiapa melihat dia membawa sebarang makna politik.
Orang yang hadir tidak terasa dia orang politik dan yang tidak pergi yang melihat gambar hadir juga tidak terasa dia orang politik. Mungkin orang lebih melihatnya sebagai pakar mativasi.
Dalam polemik kehadirannya itu dia telah menyatakan pendiriannya tentang mengapa dia hadir walau pun partinya membuat keputusan tidak hadir. Kenyataannya itu langsung tidak berbau politik dan tiada sebarang kesan politik. Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.
Saya teringat mula-mula Dr. Hassan Ali mula-mula menyertai PAS. Tak sampai beberapa tahun dia hendak bertanding Naib Presiden. Dia tanya pandangan saya.
Kata saya, ‘Masuklah! Tiada undang-undang yang melarang dan demokrasi dalam PAS tidak menyekat.’
Dia menang. Dia kata pada saya, ‘Orang cepat naik, cepat juga turun...!’
Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya.






Rabu, 17 Ogos 2011

Pembangkang, Bersih bertanggungjawab

Suybky Latif   
Gara-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan.

Rusuhan dan kebakaran juga merebak ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester.
Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis.

Apakah polis yang menembak mati Mark Duggan bertindak betul atau sebaliknya, itulah reaksi setengah dari rakyat Britain.

Umumnya polis Britain bertindak normal, tidaklah bersikap luar biasa seperti ssetengah negara belum membangunkan atau mana negara yang digelar negara polis. Dalam keadaan yang demikian, rakyat yang marah terhadap kejadian terhadap Mark Duggan itu bukan saja marahkan polis malah mereka membakar dan merosakkan bangunan awam dan melakukan berbagai jenayah.

Tidak dapat kita bayang kalau apa yang terjadi antara polis dan penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur itu berlaku di London? Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur, orang tertentu yang masuk ke  Kuala Lumpur ditangkap, rakyat yang terkepung dalam sekatan dan kepungan  polis ditempak dengan peluru gas dan meriam air.

Gara-gara tindakan polis ada orang yang dikejarkan ke hospital malah ada seorang yang mati dikatakan kerana bedilan senjata gas.
Kalau ini yang berlaku di England tidak mustahil seluruh England itu akan dibakar oleh rakyatnya.

Tetapi betapa marah sekali pun rakyat kerana kerajaan yang menindas dan betapa tidak seronoknya masyarakat terhadap polis yang dibelenggu oleh kerajaan yang menindas itu, rakyat Malaysia tetap menunjukkan kesabarannya yang tinggi.

Sebenarnya dalam semua masa orang-orang yang marah kepada kerajaan  dan polis yang rata-rata menyokong pembangkang, betapa marah sekali pun kepada kerajaan dan polis, mereka tidak akan buat atau galakkan seperti yang berlaku di London dan bebeapa kota utama lain selain dan London.

Di setengah negara pembangkang bertukar menjadi pemberontak hingga menyebabkan berlaku huruhara bahkan negara tidak dapat membangun dan melaksanakan rancangan kemajuan.

Pembangkang Malaysia tidak mahu jadi seperti itu dan kalau boleh tidak suka melihat ada kejadian itu di masa akan datang. Ia adalah disebabkan pembangkang percaya kepada demokrasi sekali yang berlaku adalah  demokrasi tiga suku.

Ada kejadian polis memburu motokar yang dipandu oleh remaja belasan tahun. Kerana takut buruan polis itu remaja memecut motokarnya. Polis menembak motokarnya hingga mati remaja yang memandunya.

Rakyat marah akan kejadian itu. Tetapi atas tanggungjawab sebagai rakyat itu tinggi, mereka tidak beertindak seperti sestengah rakyat London dan Mencester, bertempur dengan polis dan membakar kedai dan bangunan awam. Mereka menyokong supaya polis yang terlibat dibawa ke mahkamah, dibicarakan dengan adil.

Jika dibaca sekatan dan gangguan polis terhadap pembangkang yang mengadakan ceramah, hingga kadang-kadang disebabkan ceramah tanpa permit, polis hantar pasukan pencegah suruhan dan macam-macam gangguan.

Tetapi pembangkang yang bertanggungjawab itu bersabar, menghentikan ceramah atau membatalkan atau melarikan ceramah ke tempat lain, tetapi dengan kesabaran itu ceramah tetap diadakan juga.

Sikap sabar dan kesedaran kepada tanggungjawab membangunkan negara dan mewujudkan keamanan, rakyat tidak hilang kesaran. Dengan sikap sabar inilah membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan yang  dikecapi sekarang.

Jangan fikir kemajuan dan keamanan itu atas kecekapan kerajaan saja. Kalau pembangkang hilang rasa tanggungjawab, mengambil langkah tidak bertanggungjawab seperti setengah orang putih England itu atau seperti pembangkang negara lain yang keras, jangan fikir Malaysia boleh capai yang dicapai sekarang.

Apa yang Bersih 2.0 buat adalah padangan dan sikap yang sama pendirian pembangkang.  Mereka keluar ke jalan raya kerana perlembagaan demokrasi negara tidak melarangnya. Hanya demokrasi tiga suku yang mengiranya haram.

Apa juga reaksi polis mereka hadapi dengan sabar dan berakal. Dengan tindakan luar biasa polis hari itu, sekali pun rakyat dan Bersih marah tetapi mereka tidak menyeru rakyat bangun melayan polis dan kerajaan. Walaupun Kuala Lumpur di kepung tetapi Kuala Kangsar, Pekan, Johor Bahru dan lain-lain tidak dikepung. Kalau mereka geram mereka boleh buat macam yang dibuat di  England itu.

Tetapi mereka bertanggungjawab, sabar dan berakal. Adakan juga demo tetapi mengakhirinya petang itu juga. Mereka turun dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong. Tetapi polis terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki kekurangannya.

Jumaat, 22 Julai 2011

Kedah bergema kerana mahu puasa hiburan


Subky Abd Latif 

KERAJAAN Pakatan Rakyat Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak sekali lagi berdepan dengan perang dan serangan saraf media atas tindakannya membekukan kegiatan hiburan di khalayak awam sepanjang bulan Ramadhan yang mubarak ini.

Langkah itu diambil terhadap beberapa kegiatan hiburan yang mendapat lesen dari kerajaan tempatan. Itulah kuasa yang ada pada kerajaan negeri dalam usaha untuk menyempurnakan puasa hiburan di samping lain-lain puasa keidupan bagi seluruh umat Islam di negeri itu.
Puasa hiburan itu mengganggu orang bukan Islam berhibur di kediaman sendiri yang sememangnya tidak dikenakan lesen. Bahkan masing-masing masih boleh menikmati hiburan sepanjang 24 jam sehari dari berpuluh saluran TV dan radio yang masuk ke setiap rumah termasuk rumah Mufti dan imam-imam di negeri Kedah.

Tindakan kerajaan Kedah itu tidaklah akan memaksa bukan Islam puasa hiburan sepanjang bulan kerana masing-masing ada alternatif dari tayangan TV.
Apa yang kerajaan Kedah buat itu sekadar apa yang ia boleh buat. Kalau pun ia tidak boleh buat semua, maka tidak pula tidak boleh buat semua bagi menunaikan enakmen larangan hiburan yang dibuat oleh kerajaan BN Kedah dulu.

Semua kerajaan BN negeri adalah peruntukan enakmen yang sama sejak sekian lama tetapi mereka tidak terdaya melaksanakannya. Peruntukan itu tidak lebih dari hiasan tentang keindahan Islam itu tetapi ia tidak untuk dilaksanakan.

Samalah ia seperti masuk Islam tetapi tidak pernah solat dan puasa.
Kerajaan pimpinan PAS Kedah menunaikan tanggungjawabnya melaksanakan apa yang terdayanya.

Ia bukan tindakan baru bagi Kedah memuliakan Islam di hari-hari mulia tertentu. Sebelum merdeka dulu setiap panggung wayang pada malam dan siang Jumaat. Setelah merdeka dengan Islam sebagai agama Persekutuan tiada cuti hari Jumaat lagi bagi pawagam di negeri itu.

Apa yang Ustaz Azizan buat sekarang ia untuk memperluas lagi amal kebajikan itu dengan menyempurnakan puasa hiburan pula sepanjang bulan.

Langkah yang Kedah ambil itu amat digemari oleh orang-orang beragama termasuk Mufti Perak yang kecenderungannya lebih banyak kepada BN dari PAS. Oleh kerana alim ulama itu tiada kuasa seperti Menteri Besar Kedah itu, tiada apa yang dapat buat untuk membendung hiburan di bulan puasa, maka mereka tentunya tumpang seronok dengan langkah puasa hiburan itu.

Kerja memuliakan agama Islam tidak jadi perkara yang sukar untuk dilaksanakan selebum demokrasi diperkenalkan dan sebelum merdeka dulu. Tetapi sesudah demokrasi itu bertambah maju, masyarakat akan riuh rendah bila ada langkah membendung hal-hal yang mengganggu ibadat orang beragama.

Orang bukan Islam nampak berani membantahnya. Bukan sekadar demokrasi yang ada mereka bersuara demikian tetapi ia menumpang bebal media dan orang-orang politik beragama Islam yang tawar kepekaannya tentang roh Islamnya.
Apa yang Kedah hadapi itu pernah dihadapi oleh TokGuruNik Aziz di Kelantan ketika beliau mula berkuasa, ketika hendak membendung perangai kaki botol.

MCA yang dipercayai digalakkan oleh UMNO muncul menganjurkan pesta minum arak sebagai usaha mencabar langkah mencegah maksiat di Kelantan itu. Tiada suara dari UMNO melarang reaksi MCA itu.
Reaksi Tok Guru pula melayannya tetapi berkata, lantaklah mereka minum arak hingga pecah perut. Dengan reaksi demikian, MCA tidak meneruskannya.

Media yang dikuasai oleh orang Islam menlancar serangan saraf terhadap kerajaan Kedah hingga tampil MCA dan Gerakan negeri itu untuk mengambil tindakan. Kira-kira ia satu peluang bagi sekutu BN itu untuk memulihkan pengaruh mereka yang sudah hilang.

Jika rakyat dapat dipengaruhi oleh sekutu UMNO itu, jika ia dapat menjatuhkan kerajaan Ustaz Azizan, maka BN mahu naik dengan menolak puasa hiburan sebulan itu.

Seronokkan UMNO ia meraih kemenangan atas isu menentang memuliakan bulan puasa. Sesungguhnya seluruh bukan Islam dan pemadat hiburan dari kalangan Islam masih boleh melayan nafsu hiburan dari TV dan radio._harakahdaily.net 

Rabu, 18 Mei 2011

Kibaran Bendera-Bendera Pas Di Stadium Bola, Suatu Mesej Kepada Mat Said

Artikel Oleh: BekokCobbong

"16 Mei 2011, aku tidak melepaskan peluang turun ke stadium menyaksikan separuh akhir piala FA Terengganu melawan Pahang. Perlawanan separuh akhir kedua ini turut disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Mat Said. Berbekalkan modal kemenangan 3-2 di stadium Darul Makmur tempohari, ironinya Terengganu tidak bermain bertahan, sebaliknya bertalu-talu menyerang Pahang. Akhirnya dengan kesungguhan yang ditunjukkan serta taktikal Haji Irfan Bakti yang cemerlang, pasukan Terengganu menang 2 -0 dalam pertembungan itu, bermakna secara aggregat Terengganu menang 5-2. Terengganu akan bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir pada 11 Jun di Stadium Shah Alam. Sungguh menarik kerana suatu sejarah tercipta, perlawanan akhir antara dua pasukan pantai timur, local derby.

Suasana di stadium memang dahsyat dan gegak gempita.Masa mula-mula aku sampai parking penuh sampai ke atas jalan di sekitar pintu masuk bersebelahan Wisma Darul Iman. Penonton berduyun-duyun. Tempat duduk penuh.Aku tak nampak jika ada tempat duduk yang kosong.Semua penuh.Munasabahlah dalam berita kata tiket sold-out.Di anggarkan penonton dalam 15,000 orang.Tak campur lagi geng-geng pemanjat tembok tepi dan belakang stadium yang menggadai nyawa ‘kabbat’ untuk masuk free.Ramai juga yang tak dapat masuk stadium.

Dalam kesesakan dan suasana lautan manusia tu, suatu pengumuman dibuat oleh DJ stadium meminta penyokong-penyokong hanya mengibarkan bendera dengan tangan, jangan kibar bendera dengan kayu atau yang ada kayu.Maybe atas faktor keselamatan.Member sebelah aku berbisik,”Pelik.,,pasal apa masa masuk tadi pengawal yang jaga pintu masuk tak halang diorang bawak bendera yang berkayu tu”.Betul jugak, kenapa baru nak buat pengumuman time orang dah masuk dan memenuhi stadium.

Di tengah lautan kibaran bendera itu, mata aku menangkap kibaran bendera-bendera Pas di beberapa sudut dalam stadium selain kibaran bendera Palestin dan sudah tentu, kibaran bendera-bendera negeri Terengganu. Suatu pemandangan yang menarik dan mengujakan bagi aku (walaupun sebelum ni dah pernah tengok kibaran seperti ini)

Aku tulis ‘kibaran’ dalam bentuk jamak (bukan Wan Jamak) iaitu “kibaran-kibaran” bendera untuk menunjukkan memang banyak kelihatan dan kedapatan bendera-bendera Pas yang di kibar megah di dalam stadium.Memang nyata dan jelas.Tidak tenggelam oleh gerombolan lautan manusia di stadium.Mintak maap ya, tidak ternampak pulak aku bendera dacing.

Bila aku tulis begini, mungkin ada yang akan pertikai, mana boleh dan mana sesuai bawak bendera lambang parti politik ke dalam stadium.Itu aku tak nak argue.Itu isu lain.Aku cuma nak ulas, kibaran bendera-bendera Pas yang sekian banyak di stadium itu mungkin menunjukkan tahap dan darjah sokongan dan kecenderungan politik rakyat Terengganu sekarang banyak ke arah mana.Kebanyakan yang mari tengok bola tu generasi muda.Jika ia ibarat termometer bagi mengukur tahap merkuri raksa, atau skala richter bagi mengukur kekuatan gempabumi, aku rasa Mat Said yang duduk di tempat berbumbung VIP perlu berhati-hati.Ia suatu mesej kepada Mat Said bahawa rakyat Terengganu bukan sahaja mengharap kemenangan pasukan bola Terengganu tetapi InsyaAllah kemenangan parti Pas di Terengganu dalam PRU13 nanti.Rakyat sudah bosan dengan kebejatan dan bencana hidup bikinan BN – kenaikan harga minyak, gula, royalti minyak, isu fitnah, video seks, sumpah laknat, liwat,isu pemimpin BN yang suka bercakap ‘lebong’,isu rasuah dan sebagainya.

Kibar Bendera Pas Berkibar,

Kibar Biar Bergetar, Kibar Biar Bergegar,

Biar BN Gentar, Biar BN Bubar,

Biar Islam Tersebar, Biar Islam Jadi Mekar! 

_tranungkiteonline

Lagi-lagi kuota, bila nak dewasa?

Oleh Syed Imran

Orang Melayu di Malaysia nampaknya tidak boleh dipisahkan dengan kuota. Apa saja mesti ada kuota seolah-olah Melayu tidak boleh hidup tanpa kuota.

Dengan bersandarkan kuota, kita memperlihatkan kelemahan, bukan kekuatan untuk berjuang, untuk bersaing dan untuk berjaya.Orang Melayu di Singapura tidak bergantung kepada kuota untuk berjaya walaupun mereka menghadapi banyak tekanan, ketidak adilan dan mangsa pilih kasih.


Mereka terus berjuang dalam bidang pelajaran, perniagaan dan kerjaya lain untuk berjaya dan ramai yang membuktikan bahawa mereka mampu berdikari dan berjaya tanpa kuota. Saya tahu kerana pernah tinggal di republik itu hampir lima tahun dan melihat sendiri kehebatan orang Melayu walaupun ramai di Malaysia yang tidak tahu akan kebenaran tersebut.

Begitu juga dengan orang Melayu yang berhijrah ke luar negara seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mereka berjaya tanpa kuota tetapi atas semangat bekerja kuat dan ingin berjaya.

Saya mengupas mengenai kuota memandangkan Wanita dan Pemuda Umno dah ulangi desakan meminta kuota untuk calon pilihan raya. Wanita minta kuota 30 peratus calon manakala Pemuda pun mahu jumlah tertentu untuk dipilih sebagai calon.

Kuota sekali lagi dijadikan alasan untuk mendapatkan sesuatu sedangkan yang lebih penting dan harus diutamakan bukan kuota tetapi kelayakan. Pemilihan calon berlandaskan kuota bukan pilihan terbaik yang boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya.

Jika berpandukan kuota, maka pemilihan calon akan disandarkan kepada jawatan dalam parti bukan sama ada calon itu benar-benar layak. Kita tahu dalam pemilihan parti, bukan semua yang menang itu benar-benar layak tetapi dipilih berdasarkan banyak faktor lain termasuk rasuah, pilih kasih dan puak dalam parti. Inilah hakikatnya.

Wanita dan Pemuda Umno harus sedar bahawa pemilihan calon melalui kuota merupakan satu pengunduran bukan satu langkah ke hadapan.

Mereka sepatutnya mendesak kepimpinan parti melaksanakan sistem pemilihan calon berdasarkan kelayakan termasuk kelayakan akademik, bersih daripada amalan rasuah dan mampu menjalankan amanah dengan jujur dan ikhlas bukan untuk mencari kekayaan melalui politik.


Jika Umno mampu melaksanakan pemilihan tanpa kuota, adalah tidak mustahil lebih banyak calon wanita dan pemuda, iaitu mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, akan dipilih bertanding. Ini kerana dalam Umno sekarang, wanita adalah majoriti dan ramai daripada mereka memiliki kelayakan akademik yang baik. Begitu juga dengan Pemuda Umno, ramai yang berkelayakan dan boleh dipilih sebagai calon. Oleh itu, Wanita dan Pemuda tidak memerlukan kuota untuk dipilih sebagai calon.

Yang terbaik bukan ketua bahagian, ketua wanita bahagian, ketua pemuda bahagian mahupun jawatankuasa bahagian. Yang terbaik mungkin ahli biasa yang menyertai parti bukan untuk berebut jawatan atau meminta itu dan ini daripada kerajaan. Kita boleh lihat keadaan ini dalam hampir semua bahagian Umno di mana mereka berebut jawatan parti untuk dijadikan landasan untuk mendapatkan sesuatu atas kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, kita lihat saja kemewahan hidup mereka dan kaji latar belakang pendidikan, kerjaya dan taraf hidup mereka sebelum menduduki atau memegang jawatan dalam bahagian. Di situ, kita akn dapat jawapannya.

Jika sistem kuota dilaksanakan, maka orang seperti inilah yang akan dipilih sebagai wakil rakyat.


Saya mengulas mengenai permintaan kuota oleh Wanita Umno dan Pemuda Umno kerana tidak ingin melihat pemilihan calon yang tidak tepat jika dilandaskan kepada kepimpinan peringkat bahagian. Umno mesti berubah dan keluar daripada kepompong bahagian. Banyak butir mutiara yang ada di luar kepompong bahagian dan disitulah terdapat bakal-bakal calon.

Saya bukan ahli Umno dan membuat ulasan sebagai seorang Melayu (keturunan Arab) yang mengikuti perkembangan politik parti-parti yang mewakili kepentingan Melayu terutama Umno dan PAS. Saya adalah pengundi kawasan Parlimen Ampang dan sedar kekalahan calon Umno pada pilihan raya lepas kerana parti itu meletak calon yang salah sedangkan ramai ahli Umno di kawasan itu yang jauh lebih layak dan lebih sesuai diletak sebagai calon walaupun mereka bukan menduduki jawatankuasa bahagian.

ADUN kawasan saya adalah dari parti PAS manakala Ahli Parlimen adalah dari PKR. Sejumlah besar pengundi adalah penghuni taman-taman perumahan termasuk Taman Tun Abdul Razak dan taman-taman lain dalam kawasan Ampang Jaya yang ditakrifkan sebagai kawasan kelas pertengahan hingga kelas atasan. Umno dan BN mesti kaji kenapa mereka memilih calon PAS, seorang kontraktor berasal dari Baling, Kedah sebagai ADUN dan seorang wanita bertudung sebagai Ahli Parlimen.

Umno mesti keluar daripada kepompong kuota untuk terus relevan dalam arena politik tanah air.

http://kudaranggi.blogspot.com

_detikdaily

Rabu, 11 Mei 2011

Perlukah PAS dengar nasihat musuhnya?

Subky Latif   
APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu?
Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno.
PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi.
Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat.
Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok mana pun pandangannya ia adalah pandangan seorang musuh. Politiknya adalah untuk menjahanamkan musuhnya.
Semasa PAS berlawan dengan Umno dikiranya sebagai musuh dan ketika PAS bersama Umno dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan dan sebagai komponan Barisan Nasional pun dikiranya sebagai musuh juga.
Jika dia jujur terhadap PAS tidaklah dia menjadi batu api utama menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.
Pandangan terbarunya iaitu suka kalau PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dibuat ketika tema Umno setahun setengah ini ialah mahu menggagalkan muafakat Pakatan Rakyat yang muncul sebagai pengancam kuasa Umno yang pertama sejak Umno berkuasa tahun 1955 dulu.
Sekali pun PAS sudah menjadi penentangnya pada masa itu tetapi PAS tidak pernah dilihat sebagai pencabar kepada kuasanya. Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS inilah yang menjadi pencabar pertama paling mengancam dalam sejarahnya.
Dr. Mahathir sudah kecut perut melihat percubaan siasah syariah pertama ketika mengikat persefahaman dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Kiranya DAP dapat ditarik kepada perkongsian itu, maka ia akan jadi amaran kiamat awal kepada monopoli kuasa Umno itu.
Nasibnya baik ketika itu masa belum cukup matang bagi PAS untuk duduk sebangku dengan DAP dan Tengku Razaligh pula tidak cukup kuat untuk menghadapi   risiko. Dia sudah mengambil risiko tetapi tidak tahan dengan risiko itu.
Kata Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang Dr. Mahathir dalam Majlis Tertinggi Umno, bahawa Dr. Mahathir amat gembira dengan kegagalan siasah syariah awal PAS untuk mengadakan kerjasama dengan DAP itu. Sekali pun ia dipolitikkan sebagai meniru politik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC, tetapi dia tidak suka politik itu ditiru orang.
Walau pun dikatakan meniru tetapi politik Perikatan dulu dan BN sekarang dibuat semata-mata untuk politik dunia, sedang PAS dan DAP yang dikatakan meniru itu dibuat oleh PAS berdasarkan kehendak siasah syariah.
Dan sekarang dengan penyertaan dan perantaraan PKR dan kesungguhan Anwar Ibrahim mewujudkan muafakat alternatif itu, ia benar-benar muncul sebagai pencabar bertenaga untuk mengambil alih kuasa  di Putrajaya.
Sekali pun PAS itu musuh kekal Dr. Mahathir, tetapi seteru utamanya masa ini ialah Anwar Ibrahim. Dia amat takut kepada kemenangan Anwar Ibrahim. Bukan kejayaan Anwar itu akan menguburkan politik Najib tetapi ia akan mengakhiri legasi Dr. Mahathir.
Cara bagi menyekat Anwar yang degil itu tidak mudah. Jalan yang mudah ialah cuba memperdaya PAS supaya menjauhkan diri daripada Anwar.
Tidak berbangkit dia sayangkan PAS dan sayang kepada cita-cita dan perjuangan PAS. Yang dia mahu supaya Anwar mati kering dan PAS terpaksa menunggu 50   tahun lagi untuk menumbangkan Umno.
Tidak berbangkit perjuangan PAS tersekat dengan kerjasama DAP dan PKR itu. Siasah syariah mengajar mengambil apa jua kaedah, memanfaatkan suasana yang ada bagi menyalurkan cita-citanya. Tidaklah PAS itu beku dan jumud. Ia hidup dengan panduan Islamnya.
PAS diajar supaya tidak berputus asa. Dan ia berpegang kepada janji. Ia berpolitik tetapi ia tidak akan mengkhianati janji yang diikat dengan PKR dan DAP sekarang. Janji PAS itu hanya batal kalau ia dibatalkan oleh DAP dan PKR.
Seperti janji PAS dengan Ku Li. Bukan PAS yang memulakan sayonara kerjasamanya. Orang Ku Li dan Ku Li sendiri memulakan kerja untuk kembali kepada Umno. Bukan PAS yang hendak meninggalkan BN tetapi pengkhianatan Dr. Mahathir memulakan pengusiran PAS itu._harakahdaily.net

Rabu, 9 Mac 2011

Presiden PAS Diramal Calon Perdana Menteri Malaysia Selepas PRU Ke-13!

 

Muktamar Penyatuan Islam


_http://pemudabersamamu.blogspot.com/

ROS PERLU TANYA ROSmah DULU, KALAU FL KATA OK BARU PR BOLEH GUNA LAMBANG!

Pendaftaran Pakatan, ROS kena bagi penjelasan- Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR:  Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti.
“ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat).  Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki ROS,” kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi.
Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik.
“Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan).
“Untuk membolehkan lambang bersama didaftarkan, mesti lah kita wujud sebagai entiti bersama yang sah dan itu lah yang kita sedang usahakan dengan ROS,”  katanya.
Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan.
“Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,”ujarnya.

SIAPA MAU PERCAYA..........?

ANWAR DIBEKAL 4 WANITA UNTUK HUBUNGAN SEKS : SIAPA PEMBOHONG ANWAR ATAU MAHATHIR?


Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad memang konsisten menuduh Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat sejak dari 1998. Kini beliau mengeluarkan cerita baru dalam bukunya menuduh bahawa Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks.

Dalam bukunya Mahathir mencoretkan bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Berat sungguh tuduhan Mahathir ini. Hukum menuduh orang berzina bukannya suatu perkara yang kecil dan boleh dibuat main-main.
Semua tuduhan di atas dinafikan oleh Anwar.


_http://mutaligat.blogspot.com/

TERKINI DARI LIBYA: Ghadafi, harus bertanggungjawab!, bukan salah BN, berjaga2, stanby beli tong besar untuk stok petrol, beli beras, gula, tepung, susu, ikan sardin, maggie dan banyak lagi simpan buat stok....semua akan naik juga, harga mungkin akan diturunkan kalau Ghadafi letak jawatan!

بسم الله الرحمن الرحيم

Harga RON95 perlu dikaji semula


KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.
''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - 

Utusan/
http://rubbertapperz.blogspot.com/