Sahabat Purnama

Selasa, 29 Disember 2009

Pas tidak taksub logo bulan

PASIR PUTEH - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup menggunakan lambang roket sebagai tanda kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keterbukaan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kesediaan itu jelas menggambarkan bahawa pimpinan Pas tidak taksub kepada lambang bulan.

Menurutnya, hubungan Pas dan parti lain dalam PR semakin baik sehingga Nik Azizi bersedia menggunakan logo DAP.

”Kita lihat bagaimana parti Islam Ikhwanul Muslimin menggunakan lambang parti sosialis untuk bertanding selepas parti itu diharamkan, ia jelas menggambarkan pimpinan Islam tidak taksub kepada lambang.

”Apa yang penting perjuangan menegakkan hukum Islam diteruskan dan penerangan dibuat agar orang bukan Islam memahami apa yang kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadat haji semalam.

Zainuddin berkata, pimpinan UMNO yang berfahaman ‘politik suku agama suku’ tidak faham perjuangan Islam sebenar lalu apa saja yang dilakukan Pas dibantah.

Katanya, ahli Pas dididik untuk berjuang dalam jangka masa panjang kerana ianya dituntut dalam Islam, berbeza dengan pimpinan UMNO yang berjuang untuk tempoh tertentu.

”Mereka berjuang untuk tempoh singkat yang menyebabkan pelbagai salah laku dikesan termasuk kes kehilangan enjin jet,” katanya.

Zainuddin berkata, orang Islam perlu mempelajari sesuatu daripada peristiwa Perjanjian Hudabiyah yang berlaku bulan Zulhijah, tahun ke enam hijrah.

Perjanjian itu katanya, sebagai pengiktirafan daripada kafir Quraisy kepada kerajaan Islam yang dibentuk Rasulullah SAW di Madinah walaupun sebelum itu Rasulullah menerima tentangan.

”Walaupun perjanjian itu nampak seperti berat sebelah sehingga sahabat mempersoalkan tindakan Rasulullah namun kebijaksanaan Rasulullah akhirnya terbukti.

”Pas kini diterima sebagai parti Islam dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada saf perjuangan Islam di negara ini,” katanya._sinarharian

Nik Aziz desak Umno keluar BN

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya._harakahdaily.net

Jangan Guna RM5 juta ‘Dana Rempit’ Untuk Kempen Umno!

KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diberi ingatan supaya tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membiayai kempen parti tersebut khususnya kepada golongan remaja dan belia.


Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau bimbang dana RM30 juta yang diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini disalahgunakan oleh Umno.
http://buletinonline.net/images/stories/berita18/UstMNor.jpg“Dalam Persidangan Dewan secara keseluruhannya kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk menyelesaikan masalah remaja termasuk masalah ‘Mat Rempit’,

”hanya kita bimbang, takut, mereka mengambil kesempatan menggunakan program itu untuk kempen Umno, sebagaimana mereka telah menyalahgunakan Program-program Bakti Remaja dengan peruntukan (kerajaan) yang besar,

“(mereka) memeras pemikiran remaja (dan belia) hanya terhadap kepartian Umno, bukan mengubah minda mereka, hati mereka dan mengubah agama mereka (menjadi lebih baik), ”katanya ketika ditemui Bultinonline.


Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung juga bimbang peruntukan dana yang besar itu hanya diberikan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.



Beliau bimbang kerana menurutnya sehingga kini kerajaan belum menyatakan secara jelas, apakah bentuk program atau projek dan modul yang akan digunakan bagi menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan remaja.



”Projek (atau) program belum (dinyatkan) secara jelas (dan) modul (yang akan digunakan) sepatutnya mesti dinyatakan kepada semua wakil rakyat, supaya ia dapat dilihat dan dinilai pengisiannya,”ujarnya.



Selaku yang bertanggungjawab keatas perkembangan golongan terbabit, beliau akan meneliti apa yang akan dikemukakan oleh kerajaan negeri dan bersedia untuk memberikan saranan, demi kebaikan remaja dan belia.



”Saya dah beri asas-asas (perkara yang perlu diambil perhatian) dalam Persidangan DUN untuk diambil penilaian (dan perjalanan oleh kerajaan), jadi kita tengok dulu (bagaimana ia akan dilaksanakan),”jelasnya.


Bacaan sebelumnya;

Siasat Program Bakti Remaja
Pemuda Pantau Penyelewengan Kerajaan




_buletinonline



Ahli Pas rasional: Roslan

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yakin ahli Pas negeri itu tidak akan melakukan tindakan sendiri jika Jawatankuasa Disiplin tetap menjatuhkan hukuman ke atas Pesuruhjaya Pas, � Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Menurut beliau, perkara itu akan diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti untuk menangani masalah tersebut.

“Kita yakin ahli Pas tidak akan buat tindakan sendiri dan bersikap rasional sekiranya hukuman dijatuhkan kepada Pesuruhjaya dan kita akan beri keyakinan penuh kepada pucuk pimpinan parti untuk tangani masalah ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Roslan berkata, rayuan akan dibuat kepada jawatankuasa terbabit jika ada kes kukuh terhadap Dr Hasan.

“Sehingga kini kita tidak berani hendak mendahului keputusan yang belum diputuskan lagi dan jika betul-betul (dijatuhkan hukuman) kita akan bincang dengan barisan tertinggi parti.

“Malah kita ada peluang untuk merayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai reaksi Pesuruhjaya Pas yang menyatakan apa pun keputusan Jawatankuasa Disiplin Pas ke atas beliau akan memberi kesan langsung kepada keutuhan parti.

Kenyataan itu menunjukkan Pas negeri lebih bersikap lembut dan bertoleransi serta tidak mahu isu yang melanda ketua mereka disensasikan demi kebaikan parti.

Ditanya mengenai perhimpunan yang dibuat oleh sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) bagi mendesak kepimpinan parti itu supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), semalam, beliau berkata perkara itu akan dibawa kepada Pas Pusat untuk diambil tindakan lanjut.

“Kita tidak pasti lagi sama ada mereka ahli Pas atau sebaliknya. Jika betul (ahli Pas) mereka boleh dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Kata Roslan, sehingga kini Pas tidak mempunyai apa-apa masalah untuk bekerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Pas akan kekal dalam PR dan dakwaan menyatakan kita sering terpinggir dan tersisih dalam PR tidak benar. Buktinya beberapa pemimpin kita dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri.

“Sehingga dua tahun PR memerintah, rakyat Selangor yakin dengan kedudukan dan peranan Pas dalam PR,” katanya._sinarharian

Ulama keturunan Rasulullah disambut



PEKAN SIK - Lebih 6,000 orang membanjiri Madrasah Ar-Rahmaniah, (Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa), semata-mata menyambut kehadiran ulama keturunan Rasulullah, Sheikh Habib Yusuf Al-Hasani.

Beliau yang juga bekas mufti Kanada, berkata, kemuliaan seseorang adalah dinilai dari segi ketinggian ilmunya, bukan di sebabkan oleh nasib, walaupun dirinya dilahirkan dalam kalangan keturunan Rasulullah.

Menurutnya, masyarakat perlu sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa, dan perlu mempelajari dengan seikhlasnya, serta menjadikan dunia tempat menimba ilmu, bukannya ilmu untuk mencari dunia.

“Menjadi satu perkara tidak baik bagi orang yang mengaku dirinya beriman, namun tidak yakin dengan rezeki diterimanya.

“Perkara yang paling penting dan perlu disemat dalam diri setiap individu ialah sentiasa bertawakal kepada Allah, dalam memegang amanah dan mempertahankan agama,” katanya sewaktu berucap dalam Program Ziarah dan Dakwah, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, antara nikmat yang paling mahal dalam kalangan masyarakat setempat adalah mendapat pendidikan agama daripada Sheikh Salleh (Tuan Guru Haji Salleh Musa), kerana majlis ilmu ini adalah pusaka sebenar Rasulullah.

“Masyarakat juga perlu berpegang teguh dengan ahli Sunnah mengikut aliran Salaf, dan menghentam dengan tegas dengan menolak fahaman Wahabi yang mengatakan, mereka mengikut aliran Salaf tetapi pada hakikatnya ia hanya dakwaan semata-mata.

“Golongan Wahabi adalah golongan ekstrem agama yang menolak Mazhaf Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, justeru masyarakat diminta tidak meninggalkan ulama yang berpegang teguh kepada aliran Salaf,” katanya.

Menurutnya, Imam Empat Mazhab lebih rapat pada zaman Salaf, sahabat Rasulullah, dan istilah Wahabi sebenarnya baru sahaja ditimbulkan, dalam kalangan masyarakat pada zaman ini.

“Golongan Syiah adalah golongan pelampau agama kerana amat biadab menghina sahabat, dan syukurlah masyarakat Islam di sini, sangat menghargai majlis-majlis ilmu yang dapat memberi mereka pelbagai maklumat yang bermanfaat,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Haji Salleh Musa, berkata, beliau amat terharu menerima tetamu mulia iaitu Ulama Keturunan Rasulullah, mudah-mudahan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

“Jalinan kasih sayang antara kita dan ulama penting, kerana di akhirat kelak kita perlu menumpang syafaat mereka, dan program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya.

Setiausaha Madrasah Ar-Rahmaniah, Muhammad Fazilul Helmi Raidzan, berkata, kerjasama daripada seluruh pihak, seperti Persatuan Ulama Kedah, Ahli Jawatankuasa Madrasah dan Ahli Parlimen Sik amat dihargai._sinarharian

Isnin, 28 Disember 2009

MB bukan Melayu: K'tan sedia pinda perlembagaan

Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi menteri besar negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi menteri besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. BERNAMA_malaysiakini bm

Gerak cadang suruhanjaya diraja siasat Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) gesa ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa, Barry Wain bahawa sepanjang 22 tahun pentadbiran perdana menteri ke-empat hampir RM100 bilion dibazirkan dan berlakunya rasuah.

Gerak juga menggesa agar siasatan Suruhanjaya DiRaja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap mantan perdana menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM 270 bilion dalam masa lima tahun.

Demikian kata Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Gerak Malaysia dalam satu kenyataannya.

Menurut Nazree, siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan ranking Malaysia dalam tangga persepsi indek rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun 2009.

Dakwaan berlakunya penyelewengan dan rasuah sepertimana yang didakwa melibatkan kedua-dua mantan perdana menteri ini wajar disiasat kerana ianya melibatkan suatu jumlah yang begitu besar sehingga mencecah billion ringgit, tambahnya.

"Jika dakwaan ini tidak disiasat sebaiknya, Gerak bimbang fenomena penyelewengan dan rasuah berskala mega akan menjadi amalan para pemimpin negara pada masa hadapan.

"Hakikat ini tidak boleh kita nafikan kerana situasi kekukuhan ekonomi negara juga amat bergantung kepada tahap integriti pengurusan sumber khazanah negara," katanya lagi.

Menurut Nazeri, kebolehpercayaan para pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi negara akan tergugat  jika pemain-pemain rasuah politik-ekonomi secara terus-terusan menjadikan sektor perekonomian negara sebagai sarang rasuah yang boleh mengakibatkan kualiti ekonomi sesebuah negara merudum.

Jika khazanah negara seperti petroleum dan sumber asli yang lain tidak diuruskan dengan penuh integriti, maka tidak mustahil untuk kita menegaskan bahawa ketidakstabilan ekonomi yang agak meruncing pada hari ini  adalah diakibatkan oleh perlakuan jenayah rasuah berskala mega, katanya.

Rasuah berskala mega seumpama ini perlu dihentikan dengan memulakan pendakwaan segera terhadap individu-individu berprofil tinggi termasuklah yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara dan negeri, tambah beliau lagi._harakahdaily.net

Umno/ BN Kononnya Membela Rakyat, Tapi Yang Senang Adalah Wakil Rakyat !

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/Whassanbagibaju.JPG
Sura, DUNGUN – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli.

Menurutnya adalah tidak profesional sebagai seorang Menteri Besar meminta sokongan dari rakyat kepada partinya dalam majlis yang dianjurkan dengan peruntukan kerajaan.

”Sumbangan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, ia menggunakan peruntukan kerajaan, duit rakyat, bukannya daripada duit parti,

”tidak munasabah sebagai seorang MB meminta rakyat menyokong partinya,”tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian Sekolah, di sini, Ahad 27 Disember.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahmad Said meminta ibu bapa yang hadir memilih Umn/BN dalam pilihanraya akan datang ketika berucap dalam satu Majlis anjuran Yayasan Terengganu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata beliau, walaupun PAS bukan sebuah parti yang memerintah namun wakil-wakil rakyatnya tetap memberikan sumbangan dan bantuan kerana ia adalah merupakan satu tanggungjawab

Oleh sebab itu, katanya, wakil-wakil rakyat PAS tidak hidup mewah kerana keutamaan dan kepentingan mereka adalah kepada rakyat.

Katanya, ia bukanlah satu ‘retorika’ yang hanya cakap-cakap kosong sebagaimana slogan yang dibawa oleh Umno dan BN, ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.

”Cuba kita tengok hari ini, bila bercakap bahawa keutamaan (adalah) kepada rakyat, tapi bila naik, yang senang pemimpin-pemimpin yang jadi wakil rakyat,

”lihat kereta masing-masing, lihat rumah masing-masing, lihat pakaian kemegahan masing-masing,

”tapi bila turun ke kampung (bertemu rakyat), (mereka berkata) kita akan bela rakyat, kita akan akan bela (orang) Melayu,”jelasnya

Justeru, beliau berkata, rakyat harus menilai parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, atau parti yang berkhidmat dengan wang rakyat.

”Sebab itu sangat penting bagi kita (rakyat) menilai dan memilih (PAS) parti yang terus memberikan sumbangan walaupun tidak sebuah kerajaan, bayangkanlah kalau PAS menjadi kerajaan,”ujarnya ketika berucap dalam di Majlis tersebut.

Seramai 87 orang anak-anak Ibu Tunggal dalam DUN Sura telah diberikan sepasang pakaian sekolah, sempena pembukaan sessi baru persekolahan tidak berapa lama lagi._buletinonline





Empat askar dituduh rogol gadis bawah umur

Empat anggota tentera hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun pada 14 Disember lalu.

Nor Effendi Mohd Yusof, 22, Muhammad Khairi Mohd Rashid, 22, Ismail Darus, 20, dan Mohammad Shahrul Md Noor, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Amran Jantan.

Ia didakwa berlaku di sebuah kereta di kawasan kebun pisang dekat Masjid Kampung Teluk Pelandok, Pasir Panjang, Port Dickson, antara jam 2.10 dan 2.40 pagi.

Nor Effendi menghadapi dua pertuduhan iaitu rogol dan samun, Ismail dan Muhammad Khairi pula dikenakan satu pertuduhan rogol, dan Mohamad Shahrul dikenakan dua pertuduhan rogol.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa ASP So Phon dan mereka kesemua tidak diwakili peguam.

Keempat-empat tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin.

Kes akan disebut semula pada 29 Januari tahun depan. BERNAMA _malaysiakini bm

Ahad, 27 Disember 2009

Konvensyen Kepimpinan Pemuda – PAS Optimis Tawan Semula Terengganu

Kuala Ibai, KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/konvensyenpemuda1.JPGBeliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini. (Lihat videoklip di buletinonline TV)

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.



(Atau Lihat videoklip di buletinonline TV)

_buletinonline

Lembaga Disiplin Pas teliti surat respons


SHAH ALAM - Jawatankuasa Lembaga Disiplin Pas Pusat sudah meneliti respons kepada surat tunjuk sebab yang dikemukakan ke atas Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Pas Selangor.

Surat tunjuk sebab itu dikemukakan berikutan Dr Hasan dan Pas Selangor dikatakan bertindak di luar perlembagaan parti sehingga menjejaskan imej parti itu.

Menurut sumber, dalam mesyuarat Jawatankuasa disiplin yang diadakan malam Khamis lalu, Pengerusinya, Tuan Ibrahim Tuan Man dan jawatankuasa yang terlibat telah meneliti surat respons yang dikemukakan.

Sinar Harian difahamkan, jika mempunyai keperluan, mereka yang terlibat akan dipanggil untuk memberikan penjelasan sebelum keputusan dikeluarkan pada awal 2010 nanti.

Terdahulu, Sinar Harian turut melaporkan, Dr Hasan menerima apa sahaja keputusan Lembaga Disiplin Pas Pusat yang dibuat ke atasnya dengan hati yang terbuka asalkan ia membawa kebaikan kepada parti. _sinarharian

Tarikh Luput Tong Gas

10 Muharram 1431
suhaimi mohd

Ramai diluar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March (Suku pertama),

B utk June (Suku kedua),

C utk Sept (Suku ketiga), &

D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa._blogcinaislam

Sabtu, 26 Disember 2009

PANDANGAN IKHLAS: Pemimpin PAS perlu perkukuh ukhwah kepimpinan

norhalim mh

Salam Ukhwah:

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang,
YB Saudara Nasharudin Mat Isa,
YBhg Saudara Mustafa Ali,
YB Dato' Dr. Hasan Ali,
YBhg Saudara Idris Ahmad,
YB Khalid Samad. 

Pemimpin yang tersenarai di atas saya kategorikan sebagai mereka yang banyak mengeluarkan pandangan di media dan sering menjadi perhatian sejak selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Semua pemimpin-pemimpin yang disenaraikan dikatakan oleh pihak musuh sebagai cuba mengelirukan rakyat, mohon duduk dan berbincanglah secara musyawarah mencari satu penyelesaian bagaimana mahu berhadapan dengan media, banyak pandangan pemimpin-pemimpin yang saya sayangi ini telah diputar belitkan media umno yang sememangnya berniat jahat mahu memecahbelahkan PAS. 

Pandangan saya yang ikhlas untuk melihat PAS terus mara ke hadapan menyebar luaskan pengaruh bagi menarik lebih ramai lagi rakyat menyokong perjuangan PAS, saya merayu dan sangat-sangat berharap bahawa perkara ini perlu diselesaikan segera jika mahu undi PAS bertambah pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

PAS sekarang dilihat lebih banyak berselisih pandangan sesama sendiri berbanding ke arah membawa PAS ke mercu kejayaan.  Tempoh masa yang masih ada perlu diambil kira supaya tempoh ini diisi dengan program-program mengisi kemenangan bukannya kita hanya sibuk bercakaran sesama sendiri sebagaimana umno dan gerombolannya.  Rakyat di luar sana sedang memerhatikan tingkah laku kita yang memimpin satu jemaah besar yang sangat-sangat mereka harapkan sebagai pengganti umno pada pilihanraya umum ke 13 akan datang, janganlah dipersiakan harapan rakyat ini, realisasikanlah dasar negara berkebajikan yang diwar-warkan itu mengikut kemampuan yang ada, Insyallah rakyat yang sayangkan negara ini dan perjuangan Islam akan membantu pemimpin-pemimpin harapan rakyat ini meyebarluaskan sepenuhnya pengaruh PAS sehingga rakyat akan merasai PAS adalah satu-satunya wadah yang mereka sangat perlukan bagi mendaulatkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Wwlam.

_norhalim mh

JANGAN KHIANATI KAMI!: PESANAN UNTUK PESURUHJAYA PAS SELANGOR DAN KEPIMPINAN PAS PUSAT

norhalim mh

Rayuan Daripada Pengundi Pakatan Rakyat Selangor Pada 8 Mac 2008



 (Gambar: Dr. Hasan Ali semasa menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Bukit Indah, Selangor)

Jika benar akan diadakan satu perhimpunan haram esok anjuran gerombolan umno untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat bagi tujuan menyerahkan memorendum haram kepada pesuruhjaya PAS Selangor, ini peringatan kami untuk PAS Selangor khususnya dan PAS Pusat Khasnya:  

Pesanan Untuk Pas Selangor:

Pesanan untuk insan bernama YB Saudara Hasan Ali:  Buktikanlah bahawa saudara bukan boneka umno seperti mana anggapan sesetengah pihak yang sebenarnya cemburu dengan kejayaan cemerlang saudara memimpin PAS Selangor.  

Buktikanlah saudara sebenarnya adalah pejuang ISLAM yang ikhlas berjuang untuk KEMENANGAN ISLAM SELURUHNYA ( meminjam kata-kata saudara pada setiap ceramah yang selalu kami ikuti).  Demi Darah dan Air Mata Rakyat yang sayangkan Negeri Selangor dan Negara seluruhnya. Kami tidak akan sekali-kali menyerahkan diri dan maruah kami di hancur robekkan dengan persekongkolan bersama gerombolan umno BN YANG TELAH TERBUKTI MENZALIMI KAMI SELAMA INI!

Selama ini saudara telah berkorban untuk umat ISLAM Selangor, menangkis segala fitnah umno BN dan gerombolannya, apakah sanggup saudara mengkhianati Perjuangan ISLAM dan seluruhnya.  Kami tidak mahu undi yang kami berikan kepada saudara dan wakil-wakil rakyat PAS yang lain dinodai dengan mengistihar keluar dari Pakatan Rakyat Selangor. Sehingga hari ini kami yang mewakili suara pengundi Selangor 8 Mac 2008 amat yakin akan kemimpinan saudara menerajui PAS Selangor.
Jika saudara mengkhianati kami, ingatlah doa kami tiada hijab di hadapan ALLAH kerana kami dikhianati, ini ujian untuk kemimpinan saudara, jgn cepat TERPERANGKAP dengan tipudaya musuh, JANGAN TERIMA MEMORENDUM HARAM ITU! jika saudara sayangkan ISLAM. 


Pesanan untuk PAS Pusat:  

Kepada YAB Mursyidul Am, YB Presiden, Timb Presiden, Naib-naib Presiden, dan pimpinan PAS Seluruhnya akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor, jangan salahkan rakyat jika PAS akan ditolak rakyat bukan sahaja di Selangor malah negara seluruhnya pada Pilihanraya Umum Ke 13 kelak, fikirkanlah bagaimana pengorbanan besar umat ISLAM dan bukan Islam mengundi memenangkan PAS hanya kerana tujuannya untuk menumbangkan PEMERINTAHAN BN yang ZALIM!


Ikhlas dari kami dan seluruhnya yang memilih saudara pada 8 Mac 2008, bahawa jika kami dikhianati, tunggulah bai'ah yang saudara lafazkan akan memakan diri saudara.


norhalim mh:  Saya mewakili sebahagian besar pengundi Pakatan Rakyat Selangor  hanya menyampaikan Hasrat Rakyat yang sayangkan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor mohon kemaafan jika terdapat tulisan yang mungkin mengguris perasaaan kepimpinan PAS Seluruhnya.

Jumaat, 25 Disember 2009

Kutipan zakat Kedah meningkat RM11 juta

ALOR SETAR - Jumlah kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak RM11 juta apabila mencatatkan kutipan RM68 juta tahun ini, berbanding RM57 juta pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan tahun ini adalah kerana ramai pembayar zakat memilih skim Zakat Pendapatan Potongan Gaji.

“Skim ini mendapat sambutan majikan dan pekerja kerana memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Sehingga kini, terdapat 37,000 pembayar zakat yang memilih skim ini, terutama kalangan kakitangan awam dan Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan zakat kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam.

Sheikh Ghazali berkata, zakat perniagaan antara penyumbang terbanyak tahun ini dan antara penyumbang terbesar ialah institusi perbankan, Lembaga Tabung Haji dan syarikat korporat.

“Begitu pun, masih banyak syarikat tidak menunaikan zakat perniagaan, kita sekadar boleh memberi nasihat kerana tiada peruntukan yang membolehkan kita mengambil tindakan perundangan,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Zakat Negeri Kedah memperuntukkan RM9.2 juta derma siswa melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan kepada 12,811 pelajar tahun ini.

“Hari ini sahaja kita menyerahkan RM973,600 kepada 1,249 pelajar antaranya dari daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Kubang Pasu dan Padang Terap. Setiap pelajar peringkat Ijazah menerima RM1,000 manakala Diploma RM600,” katanya.

Derma siswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, iaitu Mesir, Jordan dan Syria pula berjumlah RM1.2 juta memanfaatkan 306 pelajar, dengan bantuan RM4,000 setahun.

“Memandangkan kutipan zakat meningkat, jabatan zakat membuka permohonan pembiayaan pelajaran ini sepanjang tahun, berbanding sebelum ini diadakan secara bermusim kerana terhad kepada kuota 7,000 penerima bantuan sahaja,” katanya._sinarharian

Khamis, 24 Disember 2009

Demi Islam, orang Kelantan rela undi calon luar

Subky Abdul Latif  
Dalam pilihan raya umum yang pertama pada 1959, sama seperti pilihan raya umum sebelumnya pada 1955, pilihan raya peringkat Parlimen tidak dijalankan serentak dengan pilihan raya di negeri-negeri.

Malah pilihan raya negeri-negeri pula tidak serentak. Ia dimulakan di Perlis, kemudian di Kedah dan dari satu negeri ke satu negeri hinggalah yang terakhirnya di Kelantan. Selepas semuanya selesai, barulah diadakan pilihan raya Parlimen.

Hasil daripada pilihan raya-pilihan raya negeri itu, PAS kalah di semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.

Keputusan itu menyebabkan PAS membuat strategi meletakkan sebahagian daripada barisan pemimpin nasionalnya bertanding di Kelantan dan Terengganu supaya pemimpin-pemimpin pentingnya dapat dihantar ke Parlimen.

Jika tidak dibuat demikian, sukar untuk menempatkan pemimpin-pemimpin penting itu ke Parlimen dan institusi penting itu mempunyai anggota-anggota berkaliber.

Maka keputusan itu dirundingkan dengan PAS di negeri-negeri berkenaan; Kelantan dan Terengganu bersetuju untuk menerima calon dari luar. PAS menghantar empat tokoh bertanding di Kelantan dan tiga di Terengganu.

Mereka yang bertanding di Kelantan termasuklah profesor Zulkifli Mohamad, Datuk Raja Hanifah, Othman Abdullah dan Haji Ahmad Perai. Di Terengganu pula, Dr Burhanuddin al-Hilmi, Hasan Adli dan Khadijah Sidik.

Bukan PAS saja yang membuat strategi demikian. Parti Negara kalah di semua negeri kecuali beberapa orang berjaya di DUN Terengganu telah mengadakan perundingan dengan PAS, maka PAS memberi laluan kepada Datuk Onn Jaafar bertanding di Terengganu.

Onn, sebagai yang dipertua agung Parti Negara, kalah di Batu Pahat dalam pilihan raya umum tahun 1955 dan beliau juga kalah dalam satu pilihan raya kecil di Johor selepas itu.

Dengan beberapa kerusi DUN yang dimenangi oleh Parti Negara belum memungkinkan Onn menang kerana kawasan yang dimenangi partinya itu tidak dalam satu kawasan parlimen.

Oleh sebab kawasan-kawasan sekitarnya dimenangi oleh calon-calon PAS, maka dengan laluan yang diberi oleh PAS itu memungkinkan Onn diterima oleh pengundi di Terengganu.

Onn seorang wira dan putera handal dari Johor tetapi rakyat negeri asalnya tidak menilai ketokohannya; yang menilainya pengundi-pengundi Terengganu. Beliau menang di kerusi Kuala Terengganu.

Semua calon luar yang dikemukakan oleh PAS di Kelantan dan di Terengganu dalam pilihan raya umum 1959 berjaya memasuki Dewan Rakyat.

Penggal pertama persidangan selepas merdeka mencatat sejarah mengumpulkan lapan orang pemimpin PAS sebagai anggota Dewan Rakyat. Tujuh daripadanya calon luar dan seorang lagi pemimpin nasional dari Kelantan sendiri, Datuk Asri Muda.

Selepas itu, belum pernah tercatat rekod seramai itu pemimpin utama PAS menjadi anggota Parlimen pada satu-satu penggal.

Dalam pilihan raya umum 1964, hanya Zulkifli Mohamad saja yang kekal bertanding di Kelantan, sementara kerusi-kerusi lain ditandingi oleh calon anak tempatan sendiri.

Haji Ahmad Perai menemui kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut digantikan oleh calon tempatan, tidak lagi dari luar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ustaz Othman Abdullah menyertai Umno menjelang pilihan raya umum 1964; jadi tidak berbangkit lagi baginya untuk bertanding di Kelantan. Sebaliknya beliau menjadi calon Perikatan di Hilir Perak. Manakala Datuk Raja Haniafah tidak dapat menumpukan masa di Kelantan, maka beliau tidak lagi menjadi calon di negeri itu.

Manakala di Terengganu, Dr Burhanuddin al-Hilmi menghadapi kes mahkamah dan beliau hilang kelayakan bertanding. Hasan Adli dan Kadijah Sidik juga tidak lagi bertanding di Terengganu.

Zulkifli Mohamad satu-satunya calon dari luar bertanding di Pantai Timur pada 1964 dalam gelora isu konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau berjaya mendapat peratusan undi dan majoriti yang tinggi. PAS dalam pilihan raya tu agak terpukul kerana menentang pembentukan Malaysia. Pendirian PAS itu sama pula dengan sikap Indonesia.

Zulkifli Mohamad pula, kemudian, menemui kecelakaan jalan raya sehari selepas memenangi pilihan raya umum 1964. Dalam pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi yang dikosongkannya, PAS terus meletakkan calon dari luar iaitu Abu Bakar Hamzah. Pengundi tempatan terus memberi sokongan kepadanya untuk beberapa penggal.

Selepas PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 dan setahun kemudian ikut membentuk Barisan Nasional bersama Perikatan, maka tidak lagi timbul orang luar bertandingi di Kelantan.

Cuma dalam tahun 1986, ketika parti itu dalam keadaan kalah di Kelantan, PAS Kelantan menerima Khalid Samad bertanding di Kuala Krai. Pilihan raya umum itu antara sejarah hitam bagi PAS, bukan sekadar penyertaan Khalid tidak membawa kejayaan.

Bukan sekadar calon dari luar tidak dibawa ke Kelantan, calon dari Kelantan sendiri kalah, hanya satu kerusi parlimen saja dimenangi oleh PAS di seluruh negara iaitu di Pengkalan Chepa dengan calonnya Nik Abdullah Arshad.

Kalau Kelantan, sebagai kubu PAS, parti itu hanya memenangi satu kerusi, maka tidak berbangkit isu pengundi luar ditolak oleh pengundi Kelantan.

Tetapi dalam kebangkitan semula PAS pada pilihan raya umum 1990, PAS Kelantan membawa dua calon dari luar iaitu Dr Daeng Sanusi Mariok dan Mohamad Sabu. Kedua-duanya telah diterima oleh pengundi masing-masing di Rantau Panjang dan Nilam Puri.

Dalam pilihan raya itu, PAS mengadakan muafakat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Parti Melayu Semangat 46. Ia bukan sekadar memberikan kemenangan semula kepada PAS di Kelantan, malah APU memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN. Kedua-dua parti itu mengulangi kemenangan dalam pilihan raya Umum 1995.

Dalam dua pilihan raya umum selepas itu, iaitu 1999, tiada calon luar bertanding sebagai calon PAS di Kelantan.

Tiadanya calon luar itu bukan disebabkan oleh kebimbangan ia tidak disokong oleh para pengundi tetapi disebabkan keputusan PAS sendiri dan perkembangan menggalakkan PAS secara menyeluruh di seluruh negara.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, PAS membuka semula laluan kepada calon-calon luar. Salahuddin Ayub, kini naib presiden PAS, dari Johor tentunya sukar untuk memenangai pilihan raya di negeri asalnya. Sebagai ketua Pemuda PAS waktu itu, beliau sendiri mempunyai wibawa untuk diketengahkan.

Maka PAS Kelantan bersetuju memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Kubang Kerian, kerusi yang pernah diwakili oleh Muhamad Sabu dan selepas itu disandang oleh Datu Husam Musa.

Ternyata pengundi Kelantan terus memberi sokongan kepada calon luar untuk berhadapan dengan calon BN yang terdiri daripada orang Kelantan sendiri dan antaranya orang tempatan.

Tetapi dalam pilihan raya umum ke-12, PAS Kelantan menambah calon dari luar daripada jumlah seorang kepada tiga orang.

Selain Salahuddin yang mempertahankan kerusinya, PAS membawa masuk Nasharuddin Mat Isa, timbalan presidennya bagi menentang calon menteri besar BN, Dr Awang Adek Hussein bertanding di Bachok. Seorang lagi, bendahari PAS Dr Hatta Ramli di Kuala Krai.

Pada pilihan raya umum 2004, Bachok dan Kuala Krai jatuh ke tangan BN. Bachok kubu kuat PAS yang tidak pernah dapat dirampas oleh Umno kecuali dalam 1986 apabila bekas wakil rakyat PAS beberapa penggal sebelum itu Zain Abdullah menjadi calon BN menewaskan calon PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Selepas itu Bachok jatuh semula ke tangan PAS. Tetapi pada 2004, calon PAS ditewaskan oleh BN yang meletakkan Dr Awang Adek.

Dr Awang Adek dilihat sebagai tokoh baru menggantikan Datuk Annuar Musa dan Datuk Mustapa Mohamad, maka dia dicalonkan bagi menjadi menteri besar.

Pada ketika yang sama, dia juga bertanding untuk kerusi parlimen. Nasharuddin dibawa untuk mencabar calon MB dan orang tempatan pula.

Kuala Krai yang dikuasai oleh PAS sejak 1990 jatuh ke tangan BN pada 2004. Kawasan ini diserahkan kepada Dr Hatta untuk merampas semula kawasan itu daripada BN.

Semua calon PAS dari luar telah membuktikan bahawa mereka diterima oleh pengundi Kelantan walaupun mereka berdepan dengan calon BN yang terdiri dari orang tempatan.

Bukan isu calon dari luar Kelantan itu tidak dibangkit oleh BN daalam kempen pilihan raya itu tetapi pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian.

Orang Kelantan terkenal tebal perasaan kekelantanannya. Di mana mereka berada, mereka berkumpul sebagai satu komuniti sesama mereka.

Tetapi dalam kefahaman politik Islam, pengundi Kelantan mengutamakan perjuangan Islam, menerima calon luar dan menolak calon lawan walaupun mereka orang tempatan dan di kalangan keluarga terdekat.

Subky Abdul Latif, seorang wartawan veteran yang dikenali ramai dan juga pemimpin PAS, menulis analisis ini di blognya Setapak ke Selangkah (26 Mac 2008). Artikel ini diterbitkan sepenuhnya, selepas suntingan, dengan keizinan penulisnya.

_malaysiakini bm

Buruh dan wanita ditahan berhubung kematian kanak-kanak perempuan

KUALA LUMPUR - Seorang buruh lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui terapung di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, dua hari lalu.

Wanita itu ditahan semalam selepas dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mengenai kehilangan anak perempuannya. Manakala lelaki itu pula ditahan petang tadi  hasil keterangan yang didapati daripada wanita berkenaan.

Kedua-dua mereka berusia 34 tahun dan polis tidak memberi butiran sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, kedua-dua mereka direman selama enam hari bermula hari ini.

“Polis menahan wanita ini selepas mendapati timbul unsur mencurigakan ketika memberi keterangan,”katanya. –Bernama_sinarharian


Setiausaha Kerajaan Terengganu Tidak Tahu Tentang Kehilangan Kenderaan Milik Kerajaan

KUALA TERENGGANU – Amat mengejutkan dan agak pelik ! Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong tidak tahu menahu tentang kehilangan tiga buah kenderaan milik kerajaan negeri.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sepatutnya SUK lebih tahu kerana perkara tersebut telah di nyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/hilangkenderaan1.jpg

”Saya kemukakan soalan dam sidang DUN, tentang kehilangan 3 buah Proton Perdana V6 sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,

”SUK tak tahu apa-apa tentang kehilangan kenderaan milik kerajaan itu,”kata Haji Wahid ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Selain kereta, katanya, sebuah jengkaut (excavator) milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut hilang.

Malah, sewaktu makan tengahari, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Kewangan Negeri, bukan tiga buah kereta Proton Perdana yang hilang, tetapi empat.

”Saya juga dimaklumkan, waktu makan tengahari, Pegawai Kewangan beritahu, bukan tiga kereta yang hilang tetapi empat,

”Sebuah proton Perdana baru hilang awal tahun ini,”jelasnya.

Keadaan tersebut katanya menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yang turut mendapat teguran oleh Ketua Audit Negara.

Malangnya, kata beliau, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008 tidak diedarkan kepada wakil-wakil rakyat .

”Ia satu lagi kelemahan kerajaan, sepatutnya ia diedarkan, supaya perkara yang penting dalam Laporan tersebut dapat diketahui dan dibahaskan dalam siding DUN,”katanya.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu supaya membuat penilaian dan menolak kerajaan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang kerana tidak mengamalkan prinsip ‘Kerajaan Yang Baik, Telus dan Bertanggungjawab’ (Good Governance, Transperancy & Accountability)_buletinonline

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI

PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

PRODUK-PRODUK KILANG

























CAP BUNGA KANGKUNG

















CAP CIK YATI



















CAP PHOENIX


























BIHUN



3.5 kg bihun CAP KETUPAT



3kg bihun CAP CABAI BURUNG


Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG



Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan

Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai

a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor


Cop logo halal yang benar


Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi INDAH KHABAR DARI RUPA. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.












Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.


Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.

Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.




Sistem kumbahan yang terletak berdekatan



Saluran paip yang menuju ke sistem kumbahan



Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah




Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah

Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.

Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka. Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!







Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut

Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-



1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom,
10150 Penang.

Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar.

Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?



Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna

Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!

Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!

Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-








KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L
dan

ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.

Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.

Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi.

Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.

Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.




Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.




Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini



Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang penternakan babi




Pandangan 2D dari jalan utama



Dibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babi



Betapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAH



Parit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun



Saluran paip air

Pandangan dari hadapan dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd

Bukti kewujudan kilang :
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
 
_http://www.myjakim.blogspot.com/
_BUJANG SUSAH

SPR Berbohong Mengenai Pembeli Dakwat, Rakyat Boleh Saman


KUALA LUMPUR - Parti Islam Se-Malaysia (SPR) mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendedahkan semula dakwaan mereka pada tahun lepas bahawa terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihanraya secara haram hingga menyebabkan SPR terpaksa membatalkan pengunaannya bagi Pilihanraya Umum 2008.


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/sprtipu.jpg
Telah lebih setahun setengah dakwaan dibuat oleh pihak SPR namun tiada sebarang khabar berita, bukti, mahupun sebarang tangkapan mengenainya.

PAS melihat bahawa SPR berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan dakwat bernilai RM 2.4 juta untuk cerekarama yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu dakwat kekal digunakan.

PAS menuntut SPR mendedahkan siapakah individu yang didakwa mereka itu atau SPR perlu bersedia untuk menerima dakwaan dan saman rakyat dimahkamah kerana menyebabkan Kerajaan kerugian RM 2.4 juta diatas pembohongan yang sengaja dicipta itu.

PAS mengesa para pengundi tampil kehadapan untuk sama-sama menuntut SPR membuktikan dakwaan itu atau bersama menyaman SPR kerana mencipta maklumat palsu dan berbohong kepada  rakyat serta membazirkan wang rakyat begitu sahaja dengan membeli dakwat yang sengaja tidak digunakan bagi memenuhi arahan Menteri Kabinet BN ketika itu.


Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rabu, 23 Disember 2009

Selesaikan isu Ariffahmi segera



KUALA LUMPUR- Dewan Ulama Pas Negeri berpendirian isu perletakkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman perlu diselesaikan segera bagi mengelak ia menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Negeri.

Ketuanya, Datuk Muhammad Daud Iraqi berkata, isu tersebut sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik sebelum beberapa pihak yang menimbulkan kembali.

“Peletakan jawatan Ariffahmi yang berkuat kuasa tiga bulan sudah betul, itu prosedur biasa yang digunakan, tidak boleh bagi notis 24 jam, nanti banyak menimbulkan masalah pentadbiran, jadi tidak perlulah nak bangkitkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan pemuda Pas untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan desakan supaya Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO PMBK.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Dr Rosli Ilani Abd Kader berkata, pihaknya akan membincangkan isu dengan lebih mendalam termasuk mengadakan undian dalam kalangkan ahli jawatankuasa untuk memutuskan cadangan desakan terhadap Ariffahmi.

Ia dilihat sebagai susulan dengan saranan yang dilakukan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mahukan Ariffahmi meletak jawatan bagi menyelesaikan krisis yang berbangkit.

Muhammad bagaimanapun percaya, isu yang kini menjadi bahan mainan media akan dapat diselesaikan dengan kaedah baik di masa hadapan.

Dalam pada itu Muhammad berkata, beliau bersetuju sekiranya anak tempatan diberi keutamaan dalam pemilihan calon untuk kerusi parlimen di pilihan raya umum ke-13 nanti.

“ Kita ibaratkan ia sebagai imam di masjid, sudah tentu imam tempatan mesti didahulukan, jika tidak ada baru orang luar diambil.

“ Bagaimanapun, perkara ini diputuskan oleh pimpinan pusat, jadi kita terima sahaja keputusan yang dibuat,” katanya.

Sebelum ini, Kelantan menjadi tumpuan kepada pimpinan Pas peringkat pusat untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen di negeri ini.

Antara pemimpin luar Pas yang bertanding dan memenangi kerusi tersebut , Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr Hatta Ramli.
_sinarharian

Kes ibu, bayi mati: Hospital hadapi tindakan undang-undang

BUKIT MERTAJAM - Sebuah hospital swasta di negeri ini dijangka akan menghadapi tindakan undang-undang berikutan kejadian seorang wanita maut selain bayinya juga menemui ajal selepas bersalin di hospital berkenaan, Oktober lalu.

Suami wanita malang itu, Tan Tong Huang, 37, berkata, dia akan mengambil tindakan terhadap hospital berkenaan dan kakitangannya yang didakwa bersikap cuai sehingga menyebabkan isterinya, Tan Poh Suan, 34, meninggal dunia satu setengah jam selepas bersalin.

“Kejadian itu berpunca daripada sikap mereka mengabaikan isteri saya. Petugas hospital hanya sibuk hendak menyelamatkan bayi kami saja sedangkan isteri saya juga sedang bertarung nyawa,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajamm Chong Eng di sini, semalam.

Bayi lelaki pasangan itu turut menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian._sinarharian

Skim khairat kematian untuk semua kaum di Kedah

ALOR SETAR- Skim bantuan khairat kematian atau Kifalah kepada rakyat miskin semua kaum di Kedah akan diperkenalkan bermula Januari tahun depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, mereka yang layak akan menerima RM500 tetapi mereka perlu terlebih dahulu didaftar dalam senarai e-Sinar iaitu senarai rakyat miskin kerajaan negeri.

"Skim kifalah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban golongan miskin terutama bagi menguruskan jenazah sekiranya terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu, bapa atau anak mereka meninggal dunia.

"Bantuan akan diberikan berdasarkan laporan penghulu dan wakil rakyat serta senarai e-Sinar, sebab kalau tidak, semua orang akan mengaku dia susah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Azizan berkata, satu unit khas di bawah perbendaharaan negeri akan ditubuhkan bagi menguruskan pelaksanaan skim berkenaan.-Bernama_sinarharian

Kerajaan sembunyikan pembaziran RM2.4 juta wang rakyat

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 23 Dis: Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan isu pelupusan dakwat kekal bernilai RM2.4 juta yang tidak digunakan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu daripada pengetahuan umum.

Dr. Hatta yang merupakan salah seorang jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, tindakan kerajaan itu jelas berniat untuk menyembunyikan pembaziran yang dilakukan apabila ianya hanya diketahui umum setelah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Negara baru-baru ini.

"Dalam hal ini kita pun tidak sedar bahawa dakwat ini telah dilupuskan begitu sahaja sehinggalah ia ditimbulkan di Dewan Negara baru-baru ini.Jadi ertinya kerajaan cuba menyembunyikan isu ini. Mereka seboleh mungkin mahu menyorokkan isu ini,"

"Jelas ini satu pembaziran akibat perancangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak bijak dalam merancang perbelanjaan wang rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut mempersoal keberkesanan tindakan tersebut sedangkan katanya ianya boleh dijual semula bagi mengelakkan pembaziran.

"Siapakah yang akan bertanggungjawab di atas kehilangan wang kerajaan sebanyak RM2.4 juta ini dan kenapakah dakwat itu tidak boleh dikembalikan dan tidak dijual semula untuk mengelakkan pembaziran,"katanya.

Perkara ini juga tegasnya menunjukkan Kementerian berkenaaan gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang baik.

Ini melibatkan KPI Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPR.Kalau  dalam kes biasa dalam mana-mana jabatan kerajaan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang gagal dalam merencanakan penggunaan  wang kerajaan," tegasnya.

Bagaimanapun beliau berkata, meskipun dakwat itu telah dilupuskan, BERSIH akan tetap menuntut penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke-13 nanti.

"Untuk pilihanraya akan datang, BERSIH akan terus menuntut penggunaan dakwat kekal ini. Kita akan mendesak agar SPR membeli dakwat yang baru dan membenarkan penggunaannya," katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata, dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lepas.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegenai keputusan yang dibuat terhadap dakwat kekal yang telah dibeli dan kemudian mahu dijual semula sehingg tarikh luputnya telah berlalu.

Pada PRU ke-12 yang lalu, SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal setelah dituntut BRSIH, namun membatalkannya  di saat akhir menjelang hari pengundian atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau.

Namun sehingga sekarang, kerajaan masih gagal membuktikan kebenaran akwaan tersebut malah tida tangkapan spesifik dibuat terhadap individu yang didakwa melakukan kesalahan itu. _harakahdaily.net