Sahabat Purnama

Ahad, 1 November 2009

Catatan Awal Purnama: Menguasai Putrajaya, Pakatan Rakyat Perlu Buktikan, Harapan Rakyat Jangan Dipersiakan

norhalim mh

Selepas 8 Mac 2008, Pakatan Rakyat yang terbentuk hasil sokongan rakyat pelbagai kaum, golongan dan fahaman telah memberikan satu kejutan kepada parti-parti perkauman sempit gerombolan Barisan Nasional, kejutan umpama tsunami itu cukup bagi Barisan Nasional untuk membawa parti mereka yang telah diberi peluang dan harapan selama lebih 50 tahun memerintah Negara membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan semula sokongan rakyat kepada mereka.

Walaupun perubahan yang cuba dilakukan Barisan Nasional, parti tunjangnya UMNO telah melalui beberapa fasa yang merupakan usaha yang dilihat bersungguh-sungguh oleh penerajunya Najib. PM 1Malaysia ini mahukan Barisan Nasional menjadi kuat dan dapat dikembalikan semula zaman kehebatannya. Apakah UMNO sudah berubah? persoalan ini sebenarnya tiada jawapan yang boleh memuaskan penyokong-penyokong UMNO kerana masih ada lagi masalah yang perlu diselesaikan sebagaimana kehendak akar umbi.

Kemenanagan di Bagan Pinang mungkin memberi sedikit kegembiraan kepada UMNO dan Barisan Nasional tetapi itu bukanlah bermakna rakyat yang sebelum ini menolak Barisan Nasional telah mengembalikan semula sokongan secara total. Jika dilihat, usaha Barisan Nasional ini masih jauh lagi untuk mencapai matlamanya. Sungguhpun begitu, usaha itu telah berjalan, Pakatan rakyat perlu menyedari akan hal ini. Harus diingat, rakyat sebenarnya sudah memberikan sedikit harapan kepada Barisan Nasional untuk berubah.

Masalah dalam Barisan Nasional sebenarnya cukup parah, UMNO masih dibelenggu dengan masalah rasuahnya, MCA dan MIC dengan masalah kepimpinannya, GERAKAN juga sama, krisis kepercayaan ahli kepada parti semakin melebar. Itulah hakikatnya yang berlaku dalam Barisan Nasional, Ini menjadi satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik seberapa banyak sokongan daripada rakyat atau sekurang-kurangnya mengekalkan sokongan yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

PAS, PKR dan DAP yang bersama menunjangi Pakatan Rakyat dengan budaya politik baru rakyat Malaysia juga ada masalahnya sendiri. PAS dilihat semacam ada krisis kepimpinan kerana isu "Kerajaan Perpaduan", PKR pula dengan masalah kesetiaan ADUN2nya yang telah dipilih rakyat meninggalkan parti itu, DAP tidak kurang juga masalahnya, selain isu ADUNnya yg melompat di perak yang turut menyumbang kepada terbentuknya Kerajaan HARAM BN, Isu EXCOnya di Selangor, DAP di Kedah yang pernah keluar dari gabungan Pakatan Rakyat seketika juga turut menyumbang kepada masalah yang merugikan parti itu.

Jika dilihat, kedua-duanya, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama sahaja bermasalah. Rakyat Malaysia memerhati dan menilai kedua-duanya. Siri pilihanraya kecil yang berlaku selepas PRU12 mungkin boleh dijadikan ukuran penilaian rakyat kepada parti harapan yang boleh menjamin masa depan rakyat.

Pilihan Raya Umum ke 13 mungkin lama lagi, pilihanraya negeri Perak masih belum nampak lagi tanda-tanda besar akan berlaku, pilihanraya negeri sarawak dijangkakan akan berlaku pada tahun hadapan atau selewat-lewatnya pada 2011. Inilah yang akan menentukan sejauh mana sokongan rakyat samada memihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Kepada Pakatan Rakyat, Harapan Rakyat cukup besar untuk melihat perubahan yang dijanji-janjikan. Setelah diberi peluang mentadbir lima buah negeri sebelum satu darinya dirampas Barisan Nasional di Perak apakah lagi yang belum ditunaikan janji-janji itu? Segerakanlah menunaikannya. Jika Pakatan Rakyat hanya melihat kegagalan Barisan Nasional dalam menangani isu-isu rakyat dan kelemahan Barisan Nasional semata-mata sebagai senjata yang akan digunakan bagi menguburkan Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang, itu satu kesilapan kerana akhirnya Pakatan rakyat akan kecundang kerana Barisan Nasional masih berkuasa, media, SPR, SPRM, pasukan keselamatan, perundangan, ekonomi semuanya masih dalam kawalan mereka.

Justeru itu Pakatan Rakyat perlu bangkit dari lamunan, Kekuatan Pakatan Rakyat itu sendiri perlu diperkukuhkan, buktikan kepada rakyat bahawa Pakaran Rakyat akan membuat perubahan yang lebih besar lagi, selesaikanlah segera masalah dalaman parti masing-masing, lakukannya sebelum Barisan Nasional berjaya menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu. Jika ia dapat dilakukan, ini merupakan kemenangan kedua Pakatan Rakyat setelah memenangi kemenangan pertama iaitu kemenangan 7 pilihanraya kecil daripada 9 yang sertai.

Ingatlah, Rakyat Malaysia masih lagi memberikan harapan kepada Pakatan Rakyat sebagai parti yang akan menggantikan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang, Oleh itu janganlah dipersiakan harapan rakyat ini, teruskanlah usaha ke arah itu, Buktikan Bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan baru di Putrajaya, bukannya hanya sekadar berangan-angan.

*****