Azamin Amin |
KUALA LUMPUR, 18 Nov : Bekas Mufti Perlis hari ini membidas dan mempersoalkan tindakan JAIS yang tergesa-gesa mahu membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini. Ini dapat dilihat dengan tindakan pihak pendakwaraya dan JAIS menyerahkan affidavit permohonan perpindahan kes tersebut dalam tempoh 10 minit sebelum kes dibicarakan pada jam 9.15 pagi tadi. Malah lebih mengejutkan, pihak JAIS telah menghebahkan kepada pihak media terlebih awal tentang permohonan perpindahan tersebut sebelum ianya dibicarakan di hadapan hakim dan dimaklumkan kepada Dr Asri beserta pihak peguambela. "Saya tidak tahu apa agenda di sebalik tergesa-gesa mahu bawa kes ini ke mahkamah tinggi. "Apatah lagi ianya dihebahkan kepada media terlebih dahulu sebelum didengar di hadapan hakim. Ini tindakan yang dikesali dan dipersoalkan," kata Asri ketika di temui di luar pekarangan mahkamah syariah Gombak Timur. Ditanya sama ada beliau sebelum ini pernah memohon tauliah daripada pihak JAIS, Dr Asri menjelaskan tidak pernah sama sekali. "Saya rasa ianya perlu kepada pengecualian kepada Ahli Majlis agama, pensyarah universiti, mufti dan bekas mufti. Sepatutnya tauliah ini perlu dihapuskan. "Yang kedua, saya mengajar di premis kediaman individu," katanya yang kini merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia. Sementara itu beliau juga turut mendedahkan bahawa terdapat surat pekeliling daripada pihak JAIS sekitar tahun 2007 sehingga 2008 yang membenarkan semua mufti berceramah dan menyampaikan kuliah di Selangor kecuali Mufti Perlis. "Saya pernah melihat pekeliling itu dan masa itu saya masih lagi Mufti Perlis," katanya yang meminta pihak media bertanyakan sendiri pekeliling itu kepada pihak JAIS. Dalam pada itu mengulas hal yang sama, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin berkata pemberian tauliah ini perlu dihapuskan segera memandangkan ianya adalah hasil tinggalan dan warisan penjajah yang menyekat perkembangan agama di negara ini. "Islam agama dakwah dan risalah. Setiap umat Islam berhak dan wajib menyampaikan seruan Islam. "Penyebaran agama Islam tidak tertakluk kepada ustaz atau guru agama semata-mata tetapi semua penganutnya," katanya kepada media. Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Perlis Dato' Seri Sahidan Kassim yang memberi sokongan kepada Dr Asri berkata bahawa pertuduhan yang dilakukan oleh pihak JAIS terlampau umum iaitu 'mengajar berkaitan Islam tanpa tauliah.' "Semua pertuduhan hendaklah khusus tetapi ini terlampau umum. Susahlah keadaan macam tu," katanya. Perkara ini turut dibangkitkan di kamar bicara oleh peguambela Dr Asri, Kamar Ainah yang berhujah bahawa terma 'berkaitan Islam' itu terlalu luas dan bersifat umum. "Berkaitan Islam ni...adakah mengajar doa, atau ajar mandi wajib perlu tauliah?," katanya yang mahu kes ini merujuk kes terdahulu melibatkan seorang pendakwah bebas Ustaz Abdullah Yasin atas tuduhan yang sama. Katanya yang juga bertindak sebagai peguambela kes itu, kes Abdullah Yassin mempunyai pertuduhan yang jelas dan bersifat khusus iaitu mengajar petikan tafsiran surah al-Baqarah ayat 14 yang berkaitan sifat Munafik. Di luar mahkamah, turut menarik perhatian ialah sokongan yang diberikan oleh selebriti dan pengacara Azwan Ali kepada Dr Asri. "Kes ini unik dan akan membuka minda orang melayu. "Saya tak pernah kenal dia tetapi ada cahaya di wajahnya. Hari ini telah membuktikan kebenaran, apabila Hakim banyak menolak alasan yang diberikan oleh pendakwaraya syarie," katanya yang juga seorang bekas graduan jurusan undang-undang. Kes ini akan dibicarakan semula pada 5 Januari tahun hadapan di mahkamah yang sama setelah hakim menolak permohonan untuk dibicarakan di mahkamah tinggi syariah, Shah Alam. Kes yang dibicarakan bermula jam 9.15 pagi tadi berakhir kira-kira jam 10 pagi, dengan kegembiraan sebilangan besar orang ramai termasuk tokoh terkenal di atas keputusan hakim hari ini. _harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Rabu, 18 November 2009
Benar semua mufti kecuali Perlis beri kuliah - Dr Asri persoal JAIS
Asri tidak mengaku bersalah
Abdul Rahim Sabri | |
|
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
![]() |
Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.
Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.
Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.
Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.
_malaysiakini bm
KONVENSYEN BLOGGER PAS 2009
Muqadimah
Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.
PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.
Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.
Objektif
1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS
Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang
Peserta
1. Terdiri dari kalangan ahli PAS yang berdaftar. Pendaftaran awal akan dibuat bagi mengesahkan setiap peserta adalah ahli PAS dan maklumat berikut akan direkodkan. Sila daftar melalui emel atau fax di talian 03-26937227 sebelum tarikh 11 Disember 2009 bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan.
Nama
No. Ahli PAS
No. HP
Alamat Blog
Email
2. Jemputan khas kalangan Blogger Mahasiswa dan Penyokong PAS
Tentatif Program
8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai
* tertakluk kepada pindaan
-------------->
Kelab Blogger PAS dicadang untuk ditubuhkan dan pengerusinya diletakkan dalam senarai Ahli Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Pusat.
_misbahul munir

Adakah Rakyat Malaysia Masih Menaruh Harapan Kepada Pakatan Rakyat??? .... Apakah Pakatan Rakyat Sudah Betul-betul Bersedia Menggantikan Barisan Nasional Dalam Pilihanraya Umum ke 13??? sila lihat artikel ini...
Salahuddin dan Nazri Aziz sedia debat isu royalti minyak
Wan Nordin Wan Yaacob & Hazayani Zakaria | |
KUALA LUMPUR : Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz berdebat mengenai isu Royalti Minyak Kelantan yang ditukar menjadi wang ehsan oleh kerajaan Barisan Nasional. ![]() ketika mencelah dalam ucapan penggulungan Nazri di Dewan Rakyat petang tadi, mengulangi cabarannya terhadap Nazri kerana berpendapat Nazri banyak menyelewengkan fakta berhubung royalti minyak termasuk dalam isu perjanjian yang pernah dimeterai Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika lalu. "Saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak kita berdebat di luar dewan, di Kota Bharu, atau di Kuala Lumpuruntuk kita beritahu rakyat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pembohongan ini," katanya. Membalas cabaran itu, Nazri berkata beliau bersedia untuk berdebatberhubung isu ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk di markas PAS Taman Melewar. "Saya tidak ada halangan sebenarnya malah kalau nak buat perbahasan di Markas PAS di Greenwood pun saya akan pergiTidak ada masalah,"katanya. Sidang dewan menjadi kecoh apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan percanggahan fakta yang dinyatakan oleh Nazri. Turut membahaskan isu tersebut ialah, Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) dan Dzulkifly Amad (PAS Kuala Selangor). Dr Dzulkefly dengan tegas menyifatkan Nazri menyelewengkan beberapa interpretasi perlembagaan mengikut pendapatnya sahaja, malah menafikan apa yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin Petronas dan negara sebelum ini. "Mengapa kita membelakangkan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abbas yang sebelum ini memahami asas kepada perjanjian ini.Semangat undang-undang mesti adil, hari ini dalam kes royalti mengapa Sabah Sarawak diberikan hak, tetapi Kelantan dan Terengganu di mana keadilannya," katanya. Nazri sebaliknya cuba mengalihkan perhatian wakil rakyat yang lain dengan menyentuh isu-isu dalaman PAS dan tidak menjawab isu sebenar yang dipersoalkan wakil Shah Alam, Ir Khalid Samad berhubung kedudukan Kelantan sebagai negeri yang sepatutnya berhak dalam royalti minyak. _harakahdaily.net |
Langgan:
Catatan (Atom)