Sahabat Purnama

Rabu, 18 Mei 2011

Kibaran Bendera-Bendera Pas Di Stadium Bola, Suatu Mesej Kepada Mat Said

Artikel Oleh: BekokCobbong

"16 Mei 2011, aku tidak melepaskan peluang turun ke stadium menyaksikan separuh akhir piala FA Terengganu melawan Pahang. Perlawanan separuh akhir kedua ini turut disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Mat Said. Berbekalkan modal kemenangan 3-2 di stadium Darul Makmur tempohari, ironinya Terengganu tidak bermain bertahan, sebaliknya bertalu-talu menyerang Pahang. Akhirnya dengan kesungguhan yang ditunjukkan serta taktikal Haji Irfan Bakti yang cemerlang, pasukan Terengganu menang 2 -0 dalam pertembungan itu, bermakna secara aggregat Terengganu menang 5-2. Terengganu akan bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir pada 11 Jun di Stadium Shah Alam. Sungguh menarik kerana suatu sejarah tercipta, perlawanan akhir antara dua pasukan pantai timur, local derby.

Suasana di stadium memang dahsyat dan gegak gempita.Masa mula-mula aku sampai parking penuh sampai ke atas jalan di sekitar pintu masuk bersebelahan Wisma Darul Iman. Penonton berduyun-duyun. Tempat duduk penuh.Aku tak nampak jika ada tempat duduk yang kosong.Semua penuh.Munasabahlah dalam berita kata tiket sold-out.Di anggarkan penonton dalam 15,000 orang.Tak campur lagi geng-geng pemanjat tembok tepi dan belakang stadium yang menggadai nyawa ‘kabbat’ untuk masuk free.Ramai juga yang tak dapat masuk stadium.

Dalam kesesakan dan suasana lautan manusia tu, suatu pengumuman dibuat oleh DJ stadium meminta penyokong-penyokong hanya mengibarkan bendera dengan tangan, jangan kibar bendera dengan kayu atau yang ada kayu.Maybe atas faktor keselamatan.Member sebelah aku berbisik,”Pelik.,,pasal apa masa masuk tadi pengawal yang jaga pintu masuk tak halang diorang bawak bendera yang berkayu tu”.Betul jugak, kenapa baru nak buat pengumuman time orang dah masuk dan memenuhi stadium.

Di tengah lautan kibaran bendera itu, mata aku menangkap kibaran bendera-bendera Pas di beberapa sudut dalam stadium selain kibaran bendera Palestin dan sudah tentu, kibaran bendera-bendera negeri Terengganu. Suatu pemandangan yang menarik dan mengujakan bagi aku (walaupun sebelum ni dah pernah tengok kibaran seperti ini)

Aku tulis ‘kibaran’ dalam bentuk jamak (bukan Wan Jamak) iaitu “kibaran-kibaran” bendera untuk menunjukkan memang banyak kelihatan dan kedapatan bendera-bendera Pas yang di kibar megah di dalam stadium.Memang nyata dan jelas.Tidak tenggelam oleh gerombolan lautan manusia di stadium.Mintak maap ya, tidak ternampak pulak aku bendera dacing.

Bila aku tulis begini, mungkin ada yang akan pertikai, mana boleh dan mana sesuai bawak bendera lambang parti politik ke dalam stadium.Itu aku tak nak argue.Itu isu lain.Aku cuma nak ulas, kibaran bendera-bendera Pas yang sekian banyak di stadium itu mungkin menunjukkan tahap dan darjah sokongan dan kecenderungan politik rakyat Terengganu sekarang banyak ke arah mana.Kebanyakan yang mari tengok bola tu generasi muda.Jika ia ibarat termometer bagi mengukur tahap merkuri raksa, atau skala richter bagi mengukur kekuatan gempabumi, aku rasa Mat Said yang duduk di tempat berbumbung VIP perlu berhati-hati.Ia suatu mesej kepada Mat Said bahawa rakyat Terengganu bukan sahaja mengharap kemenangan pasukan bola Terengganu tetapi InsyaAllah kemenangan parti Pas di Terengganu dalam PRU13 nanti.Rakyat sudah bosan dengan kebejatan dan bencana hidup bikinan BN – kenaikan harga minyak, gula, royalti minyak, isu fitnah, video seks, sumpah laknat, liwat,isu pemimpin BN yang suka bercakap ‘lebong’,isu rasuah dan sebagainya.

Kibar Bendera Pas Berkibar,

Kibar Biar Bergetar, Kibar Biar Bergegar,

Biar BN Gentar, Biar BN Bubar,

Biar Islam Tersebar, Biar Islam Jadi Mekar! 

_tranungkiteonline

Lagi-lagi kuota, bila nak dewasa?

Oleh Syed Imran

Orang Melayu di Malaysia nampaknya tidak boleh dipisahkan dengan kuota. Apa saja mesti ada kuota seolah-olah Melayu tidak boleh hidup tanpa kuota.

Dengan bersandarkan kuota, kita memperlihatkan kelemahan, bukan kekuatan untuk berjuang, untuk bersaing dan untuk berjaya.Orang Melayu di Singapura tidak bergantung kepada kuota untuk berjaya walaupun mereka menghadapi banyak tekanan, ketidak adilan dan mangsa pilih kasih.


Mereka terus berjuang dalam bidang pelajaran, perniagaan dan kerjaya lain untuk berjaya dan ramai yang membuktikan bahawa mereka mampu berdikari dan berjaya tanpa kuota. Saya tahu kerana pernah tinggal di republik itu hampir lima tahun dan melihat sendiri kehebatan orang Melayu walaupun ramai di Malaysia yang tidak tahu akan kebenaran tersebut.

Begitu juga dengan orang Melayu yang berhijrah ke luar negara seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mereka berjaya tanpa kuota tetapi atas semangat bekerja kuat dan ingin berjaya.

Saya mengupas mengenai kuota memandangkan Wanita dan Pemuda Umno dah ulangi desakan meminta kuota untuk calon pilihan raya. Wanita minta kuota 30 peratus calon manakala Pemuda pun mahu jumlah tertentu untuk dipilih sebagai calon.

Kuota sekali lagi dijadikan alasan untuk mendapatkan sesuatu sedangkan yang lebih penting dan harus diutamakan bukan kuota tetapi kelayakan. Pemilihan calon berlandaskan kuota bukan pilihan terbaik yang boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya.

Jika berpandukan kuota, maka pemilihan calon akan disandarkan kepada jawatan dalam parti bukan sama ada calon itu benar-benar layak. Kita tahu dalam pemilihan parti, bukan semua yang menang itu benar-benar layak tetapi dipilih berdasarkan banyak faktor lain termasuk rasuah, pilih kasih dan puak dalam parti. Inilah hakikatnya.

Wanita dan Pemuda Umno harus sedar bahawa pemilihan calon melalui kuota merupakan satu pengunduran bukan satu langkah ke hadapan.

Mereka sepatutnya mendesak kepimpinan parti melaksanakan sistem pemilihan calon berdasarkan kelayakan termasuk kelayakan akademik, bersih daripada amalan rasuah dan mampu menjalankan amanah dengan jujur dan ikhlas bukan untuk mencari kekayaan melalui politik.


Jika Umno mampu melaksanakan pemilihan tanpa kuota, adalah tidak mustahil lebih banyak calon wanita dan pemuda, iaitu mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, akan dipilih bertanding. Ini kerana dalam Umno sekarang, wanita adalah majoriti dan ramai daripada mereka memiliki kelayakan akademik yang baik. Begitu juga dengan Pemuda Umno, ramai yang berkelayakan dan boleh dipilih sebagai calon. Oleh itu, Wanita dan Pemuda tidak memerlukan kuota untuk dipilih sebagai calon.

Yang terbaik bukan ketua bahagian, ketua wanita bahagian, ketua pemuda bahagian mahupun jawatankuasa bahagian. Yang terbaik mungkin ahli biasa yang menyertai parti bukan untuk berebut jawatan atau meminta itu dan ini daripada kerajaan. Kita boleh lihat keadaan ini dalam hampir semua bahagian Umno di mana mereka berebut jawatan parti untuk dijadikan landasan untuk mendapatkan sesuatu atas kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, kita lihat saja kemewahan hidup mereka dan kaji latar belakang pendidikan, kerjaya dan taraf hidup mereka sebelum menduduki atau memegang jawatan dalam bahagian. Di situ, kita akn dapat jawapannya.

Jika sistem kuota dilaksanakan, maka orang seperti inilah yang akan dipilih sebagai wakil rakyat.


Saya mengulas mengenai permintaan kuota oleh Wanita Umno dan Pemuda Umno kerana tidak ingin melihat pemilihan calon yang tidak tepat jika dilandaskan kepada kepimpinan peringkat bahagian. Umno mesti berubah dan keluar daripada kepompong bahagian. Banyak butir mutiara yang ada di luar kepompong bahagian dan disitulah terdapat bakal-bakal calon.

Saya bukan ahli Umno dan membuat ulasan sebagai seorang Melayu (keturunan Arab) yang mengikuti perkembangan politik parti-parti yang mewakili kepentingan Melayu terutama Umno dan PAS. Saya adalah pengundi kawasan Parlimen Ampang dan sedar kekalahan calon Umno pada pilihan raya lepas kerana parti itu meletak calon yang salah sedangkan ramai ahli Umno di kawasan itu yang jauh lebih layak dan lebih sesuai diletak sebagai calon walaupun mereka bukan menduduki jawatankuasa bahagian.

ADUN kawasan saya adalah dari parti PAS manakala Ahli Parlimen adalah dari PKR. Sejumlah besar pengundi adalah penghuni taman-taman perumahan termasuk Taman Tun Abdul Razak dan taman-taman lain dalam kawasan Ampang Jaya yang ditakrifkan sebagai kawasan kelas pertengahan hingga kelas atasan. Umno dan BN mesti kaji kenapa mereka memilih calon PAS, seorang kontraktor berasal dari Baling, Kedah sebagai ADUN dan seorang wanita bertudung sebagai Ahli Parlimen.

Umno mesti keluar daripada kepompong kuota untuk terus relevan dalam arena politik tanah air.

http://kudaranggi.blogspot.com

_detikdaily

Rabu, 11 Mei 2011

Perlukah PAS dengar nasihat musuhnya?

Subky Latif   
APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu?
Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno.
PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi.
Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat.
Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok mana pun pandangannya ia adalah pandangan seorang musuh. Politiknya adalah untuk menjahanamkan musuhnya.
Semasa PAS berlawan dengan Umno dikiranya sebagai musuh dan ketika PAS bersama Umno dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan dan sebagai komponan Barisan Nasional pun dikiranya sebagai musuh juga.
Jika dia jujur terhadap PAS tidaklah dia menjadi batu api utama menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.
Pandangan terbarunya iaitu suka kalau PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dibuat ketika tema Umno setahun setengah ini ialah mahu menggagalkan muafakat Pakatan Rakyat yang muncul sebagai pengancam kuasa Umno yang pertama sejak Umno berkuasa tahun 1955 dulu.
Sekali pun PAS sudah menjadi penentangnya pada masa itu tetapi PAS tidak pernah dilihat sebagai pencabar kepada kuasanya. Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS inilah yang menjadi pencabar pertama paling mengancam dalam sejarahnya.
Dr. Mahathir sudah kecut perut melihat percubaan siasah syariah pertama ketika mengikat persefahaman dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Kiranya DAP dapat ditarik kepada perkongsian itu, maka ia akan jadi amaran kiamat awal kepada monopoli kuasa Umno itu.
Nasibnya baik ketika itu masa belum cukup matang bagi PAS untuk duduk sebangku dengan DAP dan Tengku Razaligh pula tidak cukup kuat untuk menghadapi   risiko. Dia sudah mengambil risiko tetapi tidak tahan dengan risiko itu.
Kata Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang Dr. Mahathir dalam Majlis Tertinggi Umno, bahawa Dr. Mahathir amat gembira dengan kegagalan siasah syariah awal PAS untuk mengadakan kerjasama dengan DAP itu. Sekali pun ia dipolitikkan sebagai meniru politik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC, tetapi dia tidak suka politik itu ditiru orang.
Walau pun dikatakan meniru tetapi politik Perikatan dulu dan BN sekarang dibuat semata-mata untuk politik dunia, sedang PAS dan DAP yang dikatakan meniru itu dibuat oleh PAS berdasarkan kehendak siasah syariah.
Dan sekarang dengan penyertaan dan perantaraan PKR dan kesungguhan Anwar Ibrahim mewujudkan muafakat alternatif itu, ia benar-benar muncul sebagai pencabar bertenaga untuk mengambil alih kuasa  di Putrajaya.
Sekali pun PAS itu musuh kekal Dr. Mahathir, tetapi seteru utamanya masa ini ialah Anwar Ibrahim. Dia amat takut kepada kemenangan Anwar Ibrahim. Bukan kejayaan Anwar itu akan menguburkan politik Najib tetapi ia akan mengakhiri legasi Dr. Mahathir.
Cara bagi menyekat Anwar yang degil itu tidak mudah. Jalan yang mudah ialah cuba memperdaya PAS supaya menjauhkan diri daripada Anwar.
Tidak berbangkit dia sayangkan PAS dan sayang kepada cita-cita dan perjuangan PAS. Yang dia mahu supaya Anwar mati kering dan PAS terpaksa menunggu 50   tahun lagi untuk menumbangkan Umno.
Tidak berbangkit perjuangan PAS tersekat dengan kerjasama DAP dan PKR itu. Siasah syariah mengajar mengambil apa jua kaedah, memanfaatkan suasana yang ada bagi menyalurkan cita-citanya. Tidaklah PAS itu beku dan jumud. Ia hidup dengan panduan Islamnya.
PAS diajar supaya tidak berputus asa. Dan ia berpegang kepada janji. Ia berpolitik tetapi ia tidak akan mengkhianati janji yang diikat dengan PKR dan DAP sekarang. Janji PAS itu hanya batal kalau ia dibatalkan oleh DAP dan PKR.
Seperti janji PAS dengan Ku Li. Bukan PAS yang memulakan sayonara kerjasamanya. Orang Ku Li dan Ku Li sendiri memulakan kerja untuk kembali kepada Umno. Bukan PAS yang hendak meninggalkan BN tetapi pengkhianatan Dr. Mahathir memulakan pengusiran PAS itu._harakahdaily.net