Sahabat Purnama

Isnin, 13 Oktober 2014

Apa kata Tuan Guru Nik Aziz tentang YB Shaari dn YB Hasnul....

2 ADUN PAS: "Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah" - Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyokong penggantungan keahlian dua ADUN PAS Selangor dari parti itu atas kesalahan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS.

Majlis itu mengambil pendirian menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor semasa berlaku kemelut jawatan itu.

Namun mereka berdua membuat pendirian bercanggah menyokong presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.
Nik Abdul Aziz berkata penggantungan selama setahun berkuatkuasa semalam terhadap ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian dengan kesalahan.

"Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu.

Ditanya tentang kemungkinan kedua-dua ADUN itu keluar parti ekoran penggantungan itu, bekas menteri besar Kelantan itu berkata itu adalah hak individu untuk berbuat demikian.

"Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah," katanya.

Pengumuman mengenai penggantungan keahlian itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam.

"Kedua-dua ADUN itu masih lagi ahli parti dan mereka bukanlah dipecat malah masih menjadi ADUN kita," katanya.

DAH LAMA DAH KITA KENA BULI.............HU...HU...

Rafizi: Najib pembuli lebih besar


Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini membidas BN yang mendakwa PKR dan DAP membuli PAS.

Menurutnya, layanan Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap MCA membuktikan bahawa Najib adalah 'pembuli' yang lebih besar.

"Jika kita mahu bercakap tentang buli, tanya YB Pekan (Najib) dahulu kerana Pekan boleh hadir ke mesyuarat agung tahunan MCA dan beri amaran kepada pimpinan MCA agar tidak meminta apa-apa dari kerajaan jika orang Cina tak mengundi BN dan jika mereka (BN) tak dapat sokongan.

"Ini pembuli lebih besar berbanding isu Oktoberfest," katanya sewaktu membahaskan Belanjawan 2015 di Parlimen hari ini.

Beliau memberi maklum balas kepada Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) yang menuduh DAP dan PKR membuli PAS dalam isu sambutan Oktoberfest yang ditentang PAS.

Menurut Noh, wakil rakyat DAP dan PKR menghadiri sambutan festival arak itu walaupun PAS membantah sambutan itu.

"Bukankah itu membuli?" kata Noh Omar.


_malasiakini

"Kami Mohon Bonus Awal".....

Luahan Rasa Kakitangan awam....merayu pada kerajaan.....kasihan kakitangan awam....muga dipertimbangkan oleh PM yang kita sayangi.


Cuepacs mohon bonus diberi pada 15 Dis

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memohon kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember ini, dan bukannya pada Januari depan.

    
Presidennya Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.
    
"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya kepada Bernama hari ini.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.
    
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
    
Mengulas lanjut, Azih berkata pembayaran bonus itu akan dibuat secara sekaligus dan bakal dinikmati penjawat awam merangkumi semua gred termasuk Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).
    
Seorang penjawat awam, Rozalina Ayob, 45, berkata beliau berharap pemberian bonus itu diawalkan kerana ia akan membantu beliau membeli kelengkapan persekolahan dan membayar yuran sekolah untuk tiga anaknya.

"Kos pembelian keperluan persekolahan agak tinggi. Jadi, dengan adanya bonus memang banyak membantu.
    
"Tetapi kalau diberi pada Januari, agak terlewat kerana sesi persekolahan sudah mula. Nak tunggu gaji hujung bulan masih lambat, jadi seeloknya bonus diberi sebelum sesi baharu sekolah bermula," katanya.

- Bernama