Sahabat Purnama

Isnin, 21 Disember 2009

Ekoran Projek-projek Mega Tergendala – Pegawai Kerajaan Mula Bersuara

KUALA TERENGGANU – Kepincangan dalam projek-projek mega yang dilaksanakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh kita bukan sahaja menjadi perbualan rakyat namun juga menjadi ‘perkataan’ dikalangan para pegawai.
http://buletinonline.net/images/stories/berita17/pegawai.jpgKejadian malang yang berlaku keatas projek-projek mega dari slogan ‘pembangunan yang tidak pernah dilihat’ itu kini menghantui kerajaan Terengganu Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.


Semakin banyak jumlah projek-projek yang tergendala, mengalami progres yang terlalu lambat, yang telah  rosak, punah dan runtuh; bukan sahaja meninggalkan kesan keatas para pegawai namun menjadi ‘tohmahan’ kepada Ahmad sendiri.


Ahmad dikatakan tidak memberikan sokongan kepada beberapa projek yang telah dilaksanakan sebelum beliau memegang tampuk kuasa.

“Oleh sebab itu, akademi pelayaran ini jadi terbiar, walaupun siap dan dibina dengan cantik,”kata seorang penduduk Pulau Duyung, apabila ditanya mengapa bangunan ditepi sungai Terengganu itu terbiar.

Selain itu, antara yang paling terkesan dari kemelut pembangunan yang melanda bumi Darul Iman ini adalah para pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu yang terpaksa menerima akibat kerana ‘perbuatan’ orang-orang politik.

Sejumlah besar pertukaran pegawai JKR yang sedang berlaku, adalah berkait rapat dengan sekeping ‘surat layang’ yang melayang-layang ke meja Ketua Setiausaha Negara.

Buletinonline dimaklumkan, nama-nama para pegawai JKR dsupaya diambil tindakan oleh pihak tertentu telah di tulis satu persatu, dalam surat layang tersebut, secara terang dan jelas, dalam surat layang tersebut.

”Pertukaran mereka ada kaitan dengan tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah runtuh,”kata seorang pegawai yang tidak mahu dikenali.

Buletinonline juga dimaklumkan, yang turut menerima tempias tindakan ‘tukar menukar’ dan ‘pecat memecat’ adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong.

Dalam perkembangan yang sama, rakyat Terengganu tidak mungkin mengecapi nikmat ‘pembangunan yang tidak pernah dilihat’ dari projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) dalam masa yang dijanjikan.

Projek mega bernilai RM3.7 bilion yang dibiayai sebahagiannya oleh wang royalti minyak Terengganu itu telah dinyatakan secara rasmi mengalami kelewatan selama setahun.

Pada 17 Jun lalu, kerajaan menyatakan sasaran siap pada tahun 2011 telah dianjak tarikhnya selama setahun kepada tahun 2012.

Namun begitu, ia mungkin tidak akan dapat digunakan pada tahun tersebut kerana pembinaanya masih tergendala sehingga kini.

Sehubungan itu, bukan hanya orang-orang kampung menjadikannya sebagai satu topik perbualan kedai kopi, tetapi turut menjadi bual bicara dikalangan para pegawai.

Antara mereka tanpa sembunyi dan tidak sedikit pun merasa takut, mengkritik tindakan kerajaan menyalahgunakan wang royalti minyak.

”Macamana tak tergendala, guna wang yang tidak ‘berkat’,”ujar salah seorang dari mereka yang menegaskan, sepatutnya wang tersebut digunakan untuk kebajikan anak negeri dan kemajuan masa depan Terengganu_buletinonline

Pakatan Rakyat buktikan kesepakatan

Mohd Sayuti Omar   
Agak terkilan dan malang sedikit kerana saya tidak dapat menyaksikan konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Tarikh untuk cuti dan berehat telah dibuat awal sebelum itu. Konvensyen itu bolehlah dianggap peristiwa penting dan bersejarah bagi PR dalam merintis dan membina lebuh raya mega maufakat antara tiga parti; PKR, DAP dan PAS.

Sebelum ini saya ada mencatatkan harapan kepada konvensyen berkenaan di akhbar Siasah. Apa yang diharapkan konvenysen itu akan menatijahkan sesuatu yang lebih bererti dan bukan sekadar satu gimik bagi menenggelamkan isu-isu lain yang menghambat PR!

Dan daripada pembacaan dan laporan mengenai konvensyen berkenaan, tergambar satu lagi kejayaan sosial dan politik untuk PR. Konvensyen itu telah memberi satu suntikan semangat kepada PR untuk lebih kuat, jitu dan bersemangat dalam menempah kejayaan bersama.

Konvensyen itu telah menjadi satu waham paling berguna kepada dan satu forum rasmi seumpamanya sejak ia terwujud lebih lima atau lapan tahun lalu.

Apabila konvensyen itu "ditejel" oleh pihak Barisan Nasional (menerusi media masa) sebagai sandiwara atau retorik pembangkang maka ia secara automatik menjelaskan konvensyen itu berjaya. Kejayaan itu tentulah digeruni oleh BN kerana ia boleh menjejaskan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Paling bererti lagi apabila BN kini sedang menghadapi krisis ketanggunjawaban di kalangan ahli Parlimen mereka.

Kalau konvensyen itu "biasa-biasa" saja ia tentu tidak akan menjadi perhatian media massa kroni dan cakap-cakap merendahkan usaha itu. Tetapi kerana ia memberi impak besar maka hendak tidak hendak dakyah untuk meremehkannya mesti dilakukan.

Empat dasar yang akan menjadi landasan kepada kerajaan PR telah dibincang dan dicapai pada konvensyen berkenaan. Dasar inilah juga merupakan tawaran untuk direnung, difikir dan dikaji oleh rakyat negara ini. Menerusi dasar-dasar ini rakyat akan membuat perbadingan antara pembaharuan dan perubahan yang akan dilakukan oleh PR.

Empat dasar itu ialah;

1. Demokrasi telus dan tulen.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi mampan dan adil.

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan, dan

4. Hubungan persekutuan dan dasar luar negara.

Nampaknya tidak ada pertentangan dalam menerima dasar berkenaan. Ketiga-tiga parti sedia mengenepikan soal prinsip dan dasar peribadi dengan memfokuskan kepada mencari ikhtiar ke arah kejayaan bersama.

Persetujuan dan persepakatan ini menjelaskan parti-parti PR mempunyai iltizam tinggi untuk berpadu demi mencapai kekuasaan bagi membentuk semangat Malaysia Baru.

Kehadiran kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan, menunjukkan hubungan baik mereka. Ini ditambah lagi dengan kehadiran para peserta seramai 1,500 yang tentunya terhad itu.

Ada beberapa foto kandid yang menyeronokkan untuk dilihat apabila pemimpin yang berlaga angin sebelum ini dapat duduk semeja, berbincang dan gelak bersama seperti pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun foto-foto kandid pada konvensyen itu diterjemahkan oleh pihak BN sebagai sebuah sandiwara PR, namun itu adalah hakikat yang terjolor di depan mata. Mungkin banyak orang di luar sana mengharapkan peristiwa yang bermula dengan sandiwara dan retorik itu akan berakhir dengan kejayaan PR mengejutkan umum.

Apakah konvensyen semalam akan memulakan persepakatan lebih erat dan bererti lagi membawa kepada PR akan bertanding atas satu lambang pada pilihan raya umum akan datang?

Itulah tampaknya yang sangat diharapkan dan masih belum ada kata putus. Mungkin juga kata putus ini belum ada kerana kedudukan PR didaftarkan sebagai parti masih belum mendapat kelulusan?

Memahami keseluruhan konflik antara satu sama lain melibatkan ketiga-tiga parti berkenaan yang tidak ditimbulkan ini bermakna mereka bersetuju melupai hal samping dan mengutamakan soal dasar. Apa yang perlu digapai ialah kemenangan dan masalah yang timbul akan diselesaikan kemudian, selepas berkuasa.

Dalam konteks hari ini Pakatan Rakyat memerlukan mandat penuh dari rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.

Pun begitu dalam hal ini timbul sedikit persoalan apakah kekecauan tidak akan berlaku selepas tercapai kemenangan kelak? Jika diperhatikan kepada beberapa masalah dan pertikaian timbul antara parti berkenaan di beberapa buah kerajaan negeri kini, ia berlaku selepas PR berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan.

Hendaknya rakyat meletakkan kepercayaan atas persepakatan yang telah termeterai semalam. Selepas ini barang kali perlu diadakan satu lagi konvenyen yang akan merancang dan membincangkan segala isu dengan komprehensif dan mendalam lagi agar ia tidak menjadi masalah selepas kemenangan diraih kelak.

Satu perkara perlu diingat hakikat meraih kemenangan itu lebih mudah daripada mempertahankannya. Dan perkara paling pokok apa juga persefahaman, persepakatan dan konsensus biarlah diputuskan oleh rakyat (ahli) dan bukan daripada kalangan pemimpin saja. - msomelayu.blogspot.com_harakahdailyu.net