Sahabat Purnama

Selasa, 13 Oktober 2009

MENGENALI PARTI AL- ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

1/

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia.PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.


SEJARAH PENUBUHAN

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

2/

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:

1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
2. Persatuan ulama dari Kedah.
3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

3/

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:

1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung

Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:

1. Tuan Haji Yahya Joned
2. Tuan Haji Uthman Talib
3. Tuan Haji Mohammad Nor
4. Tuan Haji Zabidi Ali
5. Tuan Haji Abdul Wahab
6. Tuan Haji Assaiya
7. Muhammad Mahzub
8. Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.


4/

Presiden PAS

Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953

Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956

Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969

Tan Sri Mohd Asri Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA) 1965 - 1966

Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982

Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989

Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 – kini


5/

Dasar-dasar PAS (Parti lslam Se-Malaysia)

Sejarah

Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Penang).

Tujuan

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Dasar

Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.


6/

Usaha

Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.


7/

Senarai Kepimpinan Tertinggi PAS terkini (2009)
Nama Jawatan
Mursyidul Am: YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz b. Nik Mat
Timbalan Mursyidul Am: YBhg Tuan Guru Prof Dato’ Dr. Haron b. Din
Presiden: YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi b. Awang
Timbalan Presiden: YB Nasharudin Mat Isa
Naib Presiden I : YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Mat
Naib Presiden II : YB Salahuddin b. Ayob
Naib Presiden III: YB Dato' Haji Mahfuz Omar
Ketua Dewan Ulama': YB Ustaz Harun b. Taib
Ketua Dewan Pemuda : YBhg Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Muslimat : YBhg Ustazah Nuridah bt. Salleh
Setiusaha Agung: YBhg Dato' Hj Mustafa b. Ali
Bendahari: YB Dr. Mohd Hatta Ramli
Ketua Penerangan: YBhg Ustaz Idris b. Ahmad
Pengarah Pilihanraya: YB Dato' Abdul Halim b. Abdul Rahman
Ketua AJK PAS Pusat: YAB Dato' Seri Mohamad Nizar b. Jamaludin

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi


Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu - 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)

1911 - Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bte Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.

Catatan

# Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
# Sharifah Zaharah berasal dari Melaka.

1926- Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minagkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera

Kemudian bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah.

* Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin.

* Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'

1927 - Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang.

1934 - Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.

Born 1911, Kota Bharu, Malaya — died Oct. 25, 1969, Taiping, Malaysia) Malay nationalist leader. After serving the administration of the Japanese occupation during the war, Nur al-Hilmi became a prominent left-wing leader who worked for an independent and multiracial Malaysia. In 1956 he became president of the Pan-Malayan Islamic Party, which became the principal opposition party in Malaysian politics. Detained in 1965 for allegedly pro-Indonesian activities, he was released in 1966; he remained nominal president of the party until his death

Nūr al-Hilmī attended Islāmic schools at home and in Sumatra before going to India in 1928. On his return home, he taught at a madrasa (school) in Singapore and became a member of the radical Young Malay Union. During the Japanese occupation he was an adviser on Malay custom and culture to the military administration. After the war, however, he emerged as a major national leader when he was elected president of the left-wing Malay Nationalist Party (MNP).

Under his leadership the party worked with other left-wing organizations to produce constitutional proposals for an independent and multiracial Malaya. The outbreak of the Communist Emergency in 1948 brought an abrupt end to constitutional politics in Malaya, and Nūr al-Hilmī himself was detained by the British for two years from 1950 for supposed involvement in anti-British riots in Singapore. The MNP having been dissolved, Nūr al-Hilmī was now a politician without an effective party. In 1956 he became president of the Pan-Malayan Islāmic Party (PMIP), an organization whose own origins can be traced back to the MNP and associated nationalist groups in the late 1940s.

Under his leadership, the PMIP became the principal opposition party in Malaysian politics, winning a substantial share of the Malay vote (Nūr al-Hilmī himself was elected to parliament in 1959) and mounting a strong agrarian-populist and anti-colonialist attack, especially upon the Malay centrist party. Detained again in 1965 for alleged pro-Indonesian activities during that country’s “Confrontation” of Malaysia, he was released in 1966, in poor health and subject to stringent political surveillance. He continued as nominal president of the party until his death.


9/

Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda (10 Oktober 1923 - 28 Ogos 1992)

Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidkan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.

Penglibatan dalam Politik

Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1959 hingga 1963. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sehingga tahun 1972. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari 1 Januari 1973 hingga 9 November 1977. Kemudian pada 14 November 1977 PAS telah dipecat sebagai parti komponen Barisan Nasional.

Beliau mula dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden PAS pada 1971 setelah kematian Dr Burhanuddin Helmi dalam tahanan. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan pada 23 Oktober 1982 atas desakan golongan dalam parti yang menggelar diri mereka "Kebangkitan Ulama".

Pada 23 Februari 1983, beliau meletakkan jawatan sebagai ahli PAS dan menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 24 Mac 1983. Kemudian pada 2 Julai 1983, beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada 17 November 1988 dan menyertai UMNO pada 22 November 1988.

Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1991. Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Sakinah Syeikh Juned pada 15 Ogos 1948 dan mempunyai 9 orang anak; 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan iaitu;

Noor Dianauli,Husni Zaim,Ratna Inzah,Mutia Sabihah,Naliyah,Khalidah,Nasibah,Najah dan Mohd Taqiuddin.

Tiada ahli keluarga Tan Sri Asri yang mengikuti jejak langkah beliau di dalam politik.




10/

KRONOLOGI PERISTIWA PENTING PAS SEJAK 1951

24 November 1951 - Muktamar Ulama Se Malaya Ketiga yang berlangsung di Bangunan Kelab Melayu Bagan di Bandar Butterworth, Seberang Perai, telah memutuskan secara rasmi untuk menubuhkan Persatuan Islam Se Malaya (PAS). Kira-kira 250 orang termasuk 20 orang pemerhati wanita dari berbagai pertubuhan hadir dalam majlis penubuhan itu. Yang Dipertua Agung PAS pertama ialah Haji Ahmad Fuad Hassan.

14 Jun 1955 - Persatuan Islam Se Malaya (PAS) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pan Malaya Islamic Party (PMIP) sehari sebelum hari penamaan calon untuk pilihanraya persatuan yang pertama.

1959 - Pilihanraya Umum Pertama selepas merdeka.

1 Februari 1966 - Kerajaan Perikatan telah mengharamkan PAS menggunakan simbol Bulan Bintang dan bendera bertulis Allah-Muhammad.

.. Julai 1967 - Wakil Parlimen Pasir Mas Hulu, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji dibunuh ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

25 Oktober 1969 - Yang Dipertua Agung PAS Dr. Burhanuddin Al-Helmi pulang ke rahmatullah di Taiping, Perak setelah sekian lama menderita akibat penyiksaan yang dikenakan ke atas beliau semasa dalam tahanan.

8 Mac 1970 - YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis dalam tahun 1968, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis

Jun 1971 - Nama PAS sekali lagi bertukar daripada Persatuan Islam Se Tanah Melayu kepada Parti Islam Se Malaysia dengan huruf singkatannya (PAS) dikekalkan

1 Januari 1973 - Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd. Asri berjaya membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Penyertaan ini akhirnya membawa PAS menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974, yang memaksa parti pemerintah mengguna simbol ‘Dacing’ menggantikan ‘Kapal Layar’.

13 Disember 1977 - PAS memulakan kembali hidup ‘sendirian’, disingkirkan dari kerabat Barisan Nasional (BN). Alasan penyingkiran, PAS tidak mematuhi keputusan Dewan Tertinggi BN agar memecat anggota Parlimennya yang tidak mematuhi arahan Whip Barisan, ketika Rang Undang-udang meletakkan Kerajaan Kelantan di bawah ‘pentadbiran darurat’ dibentangkan di Parlimen. Whip Barisan mengarahkan supaya anggota Parlimen PAS menyokong usul tersebut.

18 Januari 1985 - Tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, Saudara Osman Talib syahid. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi (19 Januari 1985).

19 November 1985 - Tragedi hitam yang menyayat perasaan umat Islam telah berlaku di Memali, Baling, Kedah. Peristiwa Memali yang melibatkan ahli-ahli dan penyokong PAS pimpinan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood@Ibrahim Libya. Seramai 14 orang kesemuanya ahli dan penyokong PAS termasuk Ustaz Ibrahim, syahid, 161 orang termasuk kanak-kanak ditahan. RM15,000.00 hingga RM20,000.00 wang yang dikumpul termasuk wang kebajikan PAS dirampas polis.

27 Oktober 1987 - Kerajaan Umno Barisan Nasional menangkap borong berpuluh-puluh pemimpin parti-parti pembangkang, anggota ‘Team B’ Umno, pemimpin pertubuhan sosial, ahli akademik dan lain-lain. Tangkapan ISA tersebut terkenal sebagai “Operasi Lalang 87”, antara yang ditahan peguam Haji Suhaimi Said, pimpinan PAS dari Pahang dan belasan pemimpin PAS lain antara 91 yang ditahan.

6 Februari 2009 - ??? (apa yang jadi tolong sambungkan...)


11/

Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi( 6 Mei 1922 - 28 April 2000)

Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi ( حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي) atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa telah dilahirkan pada 6 Mei 1922 dan telah kembali ke rahmatullah pada 28 April 2000)

Kehidupan Awal

Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Charausta.

Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah.

Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.

Penglibatan dalam Politik

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Asri Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesar perubahan dalaman.

Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Meninggal Dunia

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.

Sumbangan Beliau

Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam Barisan Nasional (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.

ISA KEMBALI DAA...

norhalim mh

PRK Bagan Pinang telah melabuhkan tirainya, PAS yang mewakili Pakatan Rakyat belum mampu menggugat UMNO BN di Kubu Kuat ISA Samad, telah dikejutkan dengan kemenangan besar yang bukan sahaja memberi nafas baru kepada BN tetapi telah membawa sinar dan harapan baru kepada pemimpin yang dikatakan kitar semula. Kembalinya ISA dalam Politik N.Sembilan adalah satu cabaran bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada kawan dan lawan yang sudah pasti akan mencaturkan sesuatu samaada untuk menyokong, menyekat atau menganggu kerea politiknya. Biar apa yang dikata kepadanya, hakikatnya ISA dah menang, bekas MB N.Sembilan ini yang pernah menyandang kerusi naib presiden UMNO ini tentunya mahu memulihkan semula maruahnya yang tercemar angkara politik dendam, cantas mencantas yang sudah sinonim dengan UMNO.

Rakan politik wangnya di melaka yang berjiran rapat kini masih lagi duduk di Kerusi YAB MB juga mungkin tumpang gembira atas kemenangan bekas rakan sejawatannya dalam UMNO dulu kerana tiada apa yang perlu digusarkan kerana rakyat masih mahukannya duduk di situ, kesalahan yang dilakukan Ali Rustam bukanlah kesalahan jenayah jika pandangan NAJIB@PM1MALAYSIA diambil kira kepada ISA Samad.

Rakyat Bagan Pinang telah membuat pilihan mereka sendiri, isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS dan BN telah dinilai oleh pengundi, mereka lebih memihak kepada jasa ISA kepada mereka dari isu-isu nasional.

*****

Janji ALLAH Itu PASti

Masa semakin mencemburui kita, hidup di dunia sifatnya sementara, Akhirat jua kehidupan yang kekal abadi, jadikanlah kehidupan di dunia ini tapak bermulanya perjalanan menuju akhirat. Hidup adalah perjuangan, perjuangan itu benar, yang benar itu ISLAM, ISLAM PASti MENANG!


norhalim mh

*****