Sahabat Purnama

Sabtu, 12 Disember 2009

Kerajaan Umno/BN Terengganu Menerima Akibat ‘Doa Laknat’



KUALA TERENGGANU - Masih heboh diperkatakan oleh media dan rakyat tentang isu ‘doa laknat’ yang belum dibaca lagi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20007.jpgPada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar - Runtuhan Masjid Bujal).

Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan?? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.





Begitu juga di RTB-RTB lain.

Seluruh dunia menyaksikan bagaimana seorang perajurit Negara, yang masih dalam pakaian seragam, mengalirkan air mata, melihat rumah yang dibinanya dari wang simpanannya dirobohkan oleh kerajaan Umno dan BN.

Seorang askar yang berkhidmat untuk mempertahan tanah air dan Negara, mengumpulkan wang sedikit demi sedikit, demi untuk mendirikan rumah tempat untuk berlindung dari sejuknya cuaca malam hari dan panas terik matahari pada waktu siang.

Orang ramai yang cuba menghalang perobohan rumah anggota tentera itu telah mendirikan solat hajat dirumah tersebut sebelum dirobohkan.

Sang perajurit itu turut mengaminkan doa, yang dibaca beramai-ramai oleh jamaah apabila selesai solat hajat.

Apakah dalam keadaan itu orang ramai dan perajurit akan mendoakan supaya kerajaan Umno dan BN akan diberikan keberkatan, ditambahkan rezeki, terus maju dan cemerlang??

Tentu kandungan doa mereka memohon kepada Allah yang maha adil untuk membalas segala perbuatan zalim kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB Belimbimg Api, RTB Padang landak dan Padang Luas, semuanya di daerah Besut.

Tentu mereka tidak pernah terfikir, tanah yang mereka terima secar ikhlas dari kerajaan PAS Terengganu, dirampas.

Rumah-rumah yang mereka dirikan, dirobohkan dengan segala jentera berat dan anggota penguatkuasa yang tidak langsung menggunakan akal dan fikiran akibat ugutan dan paksaan oleh pemimpin Umno dan BN.

Justeru, Allah yang maha adil dan maha berkuasa mungkin telah memperkenankan doa-doa kami dan mereka yang dizalimi.

Kerajaan Umno/BN Terengganu, tidak pernah aman, walaupun memiliki kekayaan wang ringgit berbilion, itu pun hasil dari wang rakyat, hasil royalti yang dirompak.

Percayalah ! Pemimpin Umno/BN Terengganu tidak akan aman dan sentiasa berbalah, walau apa jua tindakan perdamaian yang diambil kerana mereka lah yang menzalimi rakyat Terengganu.

Pembinaan bangunan yang hebat-hebat, Stadium, Lapangan Terbang, Kolam Renang, Menara Komunikasi, Pusat ICT, Masjid; semuanya kini rosak, punoh dan runtuh, sebagaimana kerajaan Umno/BN merobohkan dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat marhaen dan masjid Bujal !

Kerajaan Umno/BN Terengganu telah pun merasa azab doa laknat, yang dibaca oleh orang-orang yang dihambat seperti anjing, dihalau keluar dari rumah-rumah yang halal disisi Allah dan dizalimi oleh kerajaan Umno dan BN.

Maka tunggulah pula apa yang terjadi kepada Umno seluruhnya, apabila rakyat berdoa supaya dibalas kezaliman terhadap mereka yang menafikan royalti minyak yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya, rakyat Terengganu dan Kelantan seluruhnya.

Tunggulah, InsyaAllah !  


_buletinonline 

Demo bantah Nga Kor Meng tiada sambutan

Mohd Sabri Said   
BUTTERWORTH, 12 Dis: Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang.

Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.

Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini timbul kontraversi apabila Nga Kor Meng berucap di parlimen berikutan kegagalankerajaan memberi dana kepada agama lain berbanding 611 buah masjid seluruh negara dalam tempoh tahun 2000 sehingga 2008.

Sehari selepas itu, Nga Kor Meng menafikan kenyataanya bermatlamat menimbulkan ketidak puasan hati masyarakat Islam sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mempertuntukan RM748.26 juta manakala kepada agama lain sekadar RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja._harakahdaily.net

SMM ada bukti rakaman BTN ‘berbau perkauman’

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'.

Pengerusinya, Shazni Munir Ithnin berkata, SMM mempunyai banyak bukti dalam bentuk rakaman dan akan mendedahkannya kepada umum sedikit masa lagi.

“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar pada satu sidang media semalam..

Sidang media tersebut bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.

Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah pimpinan bersama SMM, Hilman Idham yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan
Abdullah Omar Muhamad Fuad, Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).

Kumpulan mahasiswa berkenaan berpendirian tidak menolak sebarang aktiviti bentuk membangunkan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri khususnya di kalangan mahasiswa dan anak muda namun menolak sekeras-kerasnya “doktrinisasi perkauman dan politik”.

Mereka juga dengan tegas memboikot kursus berkenaan daripada disertai mahasiswa dalam masa yang sama, menggesa kerajaan menarik semula syarat untuk menyertai program BTN bagi pelajar dan mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa pelajaran.

“Kalau berani, dedah sendiri modul, silibus dan program yang ada dalam BTN, tak perlu pihak lain tolong buktikan,” tambah Shazni lagi.

Dalam pada itu, mengulas pertelingkahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tun Mahathir sehingga tokoh tersebut digelar ‘bapa segala perkauman’, Shazni ada jawapan pendirian tersendiri.

“Saya setuju kenyataan (Tun) Mahathir bahawa UMNO ialah (sebuah) pertubuhan rasis, kalau (Tun) Mahathir jadi ‘Bapa Perkauman’, (Datuk) Nazri jadi ‘Anak Perkauman’, isunya seluruh polisi parti tersebut (bersifat) perkauman,” ujar beliau._harakahdaily.net