Sahabat Purnama

Ahad, 20 Disember 2009

Tuan Guru Nik Aziz Berjenaka

Konvensyen PR - Ucapan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/tokgurukarpaldenganduatokguru.jpg

- “Di dada Karpal Singh kini ada bulan!” (video klip didalam)


SHAH ALAM -  Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Pengerusi DAP, YB Karpal Singh kini sudah ada bulan', merujuk kepada, kini Karpal sudah dapat bersama PAS dalam Konvensyen PR yang diadakan semalam.

Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Tok Guru, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz hari ini tetapi di antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.


"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

sumber _buletinonline