Sahabat Purnama

Sabtu, 17 Oktober 2009

PAHANG DIMINTA BAYAR SEGERA SAMAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan.

Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat memjelaskannya, kadar interest (faedah) sebanyak RM8, 000 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.

Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.

Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.

Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.

"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap mengagung hutang," katanya.

Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya.
harakahdaily.net

TERTARIK SIKAP RENDAH DIRI PEMIMPIN

POKOK SENA - Penubuhan Kelab Penyokong Pas telah merapatkan jurang di antara masyarakat bukan Islam dengan parti Pas dan sesetengah mendakwa dahulu mereka terlalu takut untuk mendekati Pas.

Menurut mereka, pada tahun 60-an hingga 70-an ada khabar angin mendakwa parti itu akan memecahkan kuil dan tempat sembahyang anutan agama lain.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Bahagian Pokok Sena, S Monogran berkata, ura-ura tersebut telah menyebabkan masyarakat bukan Islam takut untuk mendekati Pas apatah lagi untuk mengenali parti itu.

“Namun selepas Pas berusaha mendekati masyarakat bukan Islam dengan menerangkan hal yang sebenar, sedikit demi sedikit kami mula memahami perjuangan parti itu.

“Sikap pemimpin parti itu juga yang tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ menyebabkan kami semakin tertarik dengan Pas dan mula menyokong mereka,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Sumbangan Deepavali oleh Pas Kawasan Pokok Sena.

Sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Ahmad Izzat Mohd Shauki.

Monogran berkata, kelab ini yang baru sahaja dibentuk percaya dapat meraih sokongan dan menambah ahli yang ramai berikutan prestasi Barisan Nasional (BN) yang semakin kehilangan kepercayaan masyarakat bukan Melayu.

“Jika ada program, pemimpin Pas tidak memerlukan sebarang kelengkapan VIP dan mereka menggunakan apa yang sedia ada sahaja yang disediakan.

“Sebarang majlis yang dihadiri walaupun terlalu ringkas, mereka tidak merungut malah ada yang beratur seperti hadirin yang lain untuk menjamu selera makanan yang disediakan,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya sokongan dapat diraih dan kelab itu akan berusaha untuk menjelaskan kepada masyarakat India di kawasan ini mengenai Pas dan perjuangan parti tersebut.

“Pada zaman sekarang kami sudah tidak takut dengan Pas malah perkara negatif yang kami dengar selama ini mengenai parti itu hanya rekaan semata-mata sahaja,” katanya.

Monogran berkata lagi, sikap yang diamalkan pemimpin Pas menyebabkan masyarakat bukan Islam ingin lebih mengenali diri mereka.

-sinarharian

PAKATAN RAKYAT KENA MUHASABAH

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) perlu membuat kaji selidik atau ‘post mortem’ dan melakukan muhasabah secara adil, saksama serta memberi perhatian serius terhadap suara rakyat dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PR semua peringkat khususnya, perlu berpegang teguh dan menjunjung ke-rangka besar agenda perjuangan PR.

Menurutnya, pembentukan PR diasaskan kepada prinsip dan isu bersama, antaranya, demokrasi, hak asasi manusia, pentadbiran baik, ketelusan dan tanggung jawab, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah.

“Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini, tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi.

“Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran menerusi akhbar.

“Sehubungan itu, pimpinan PR perlu memahami segala perkara yang ditafsirkan sebagai perkara yang cukup mudah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Azmin berkata, penyelesaian terbaik adalah melalui semangat muafakat dan perundingan dalam Majlis Pimpinan PR di semua peringkat.

Menurutnya, struktur organisasi PR perlu dimantapkan bukan sahaja peringkat pusat, tetapi peringkat da-erah dan cawangan.

“Dasar-dasar PR dalam isu-isu penting seperti ekonomi, pendidikan, agama, budaya, keselamatan dan hubungan antarabangsa juga perlu diperjelaskan kepada rakyat melalui majlis-majlis penerangan dan edaran risalah yang menarik dan berfakta.

“PR dibentuk bukan untuk memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi PR perlu menjana perubahan total dan me ngangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Justeru, katanya, PR perlu mengukuhkan pentadbiran dan menambah baik sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

“Kerajaan PR di empat negeri ini perlu menjual produk kejayaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

“Keupayaan PR mentadbir dan mengurus ekonomi dan permasalahan rakyat di empat buah negeri ini pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk membawa PR di persada Putrajaya.

“Dan saya begitu yakin, rakyat Malaysia khususnya generasi muda mahu perubahan dan akan mendukung usaha PR untuk membina 'Malaysia Baru' yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin menyifatkan perubahan yang dilakukan UMNO tidak sedikit pun menjejaskan pengaruh PR.

“Sebarang perubahan atas nama reformasi atau transformasi atau Islah mestilah didorong oleh wadah dan pemimpin yang percaya de- ngan perubahan akan memberi kesan untuk kesetiaan rakyat sejagat,” katanya.

-sinarharian

MENGENAL MADU ASLI

Hadi Arief

1. Semut bukan tak makan madu tetapi semut tu akan mati sebab madu tu panas melainkan semut tu dapat minum air cepat, Jadi biasanya instinctnya tak minum madu.

2. Madu tak akan basi selama-lamanya.

3. Warna madu berubah ikut musim bunga pokok. Ada madu yang gelap dan ada agak cerah sedikit [ gelap sedikit dari warna minyak kelapa ]

4. Kemanisan madu bercampur seditit rasa masam dan bila minum rasa ada berkuap / pressure dan 'panas sikit' ketika melalui kerongkong.

5. Ada madu yang pekat [ tua ] macam minyak pelincir [50-79w]. dan ada yang kurang pekat.[15-25] Tidak ada madu yang cair seperti air.

6. Kalau simpan terlalu lama mungkin ada sedikit lapisan sediment iaitu bermacam mineral dan ash yang ada dalam madu. Ia tak kan berbekas pada container kacteramat nipis saja.

7. Buih madu tidak putih tetapi kekuningan [ kalau putih tu gula ]

8. Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah.

9. Madu tidak menyerap kertas. Kalau sapu kat rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering.

10. Tidak mudah mengambil madu apa lagi madu lebah liar / hutan. Kalau dijual sebotol 1kg RM 200 pun boleh beli kerana banyak sekali khasiatnya.

11. Yang biasa dijual tu madu lebah bel / ternak. Diberi makan air gula dan masih ada juga madu bunga-gunga yang boleh didapatnya. Kira boleh lah berbanding air gula.

12. Madu Asli banyak gunanya selain kesihatan badan boleh guna jika ada penyakit kulit, kudis, sakit mata. Boleh makan dengan telur dan banyak lagilah khasiatnya. Telur tu boleh masak hanya dicampur madu.

PENIPUAN

Biasanya penipuan dilakukan dengan menggunakan air gula batu dimasak dengan nenas masak hingga rupanya kemerahan gelap macam madu asli. Mereka masukkan sedikit madu asli dan sarang lebah agar menimbulkan aroma madu...Bila simpan gula akan mendap dan nampak dengan jelas. Merbahaya jika diamalkan boleh kena diabetes sedangkan madu boleh mengubati diabetes.

Sekianlah maklumat yang saya tahu sebab arwah abpa saya dahulu kerjanya mencari madu lebah hutan.

Nota: Saya hairan madu ni kalau kita makan badan yang panas [ internal heat ] akan jadi normal. Badan yang sejuk akan jadi panas [ normal ] Baik sekali untuk wanita kerana ada wanita / isteri yang 'bahagian penting' nya rasa 'sejuk' akan hangat membara.

Cuba baca Surah an Nahl. Disana ada cerita lebah..Dapat diibaratkan lebah ni macam 'Doktor' yang Tuhan utus untuk pengobatan manusia. Lebah ni macam kilang yang membuat ramuan dan menghasilkannya dalam bentuk madu untuk munafaat manusia.

Wallahu'lam.

blog cinaislam

LANCAR 1MALAYSIA DI PERAK: PROGRAM KHAS UMNO / BN UNTUK PILIHAN RAYA NEGERI

IPOH,16 Okt:-Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan banting-banting yang telah di naikkan di sekitar Bandar Ipoh berkaitan Pelancaran 1Malaysia pada 18 Oktober ini di Stadium Perak, Ipoh oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang tertera logo UMNO / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk melihat bahawa pelancaran ini jelas menunjukan bahawa penganjuran sebenar 1Malaysia ini adalah program khas UMNO / BN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. DPPN Pk amat kesal kerana peruntukan kewangan kerajaan dan rakyat yang disalurkan untuk pelancaran ini di salahgunakan oleh UMNO / BN.

DPPN Pk mempertikaikan tujuan pelancaran ini diadakan kerana ianya bermotif politik UMNO / BN sahaja. DPPN Pk juga amat kesal kerana wang rakyat dibazirkan untuk kepentingan politik UMNO / BN sahaja. DPPN Pk mendesak penjelasan segera daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri Perak berkaitan pelancaran ini yang dikaitkan secara jelas dengan UMNO / BN.

DPPN Pk juga meminta seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Perak supaya tidak hadir ke pelancaran tersebut kerana ianya adalah jelas bertujuan untuk politik UMNO / BN sahaja. Pelancaran ini jelas memperalatkan rakyat dan juga tidak mengutamakan kepentingan wang rakyat di dalam menjalankan amanah untuk mentadbir kerajaan negeri.



SALMAN SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

-blog cina islam

CARA JEPUN "MENGHARAMKAN" ROKOK

Zamri Kecik's

SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

http://idhamlim.blogspot.com

UMNO BERPENYAKIT PhD

Singapura semasa PAP menang selepas merdeka. UMNO tak buat apa-apa, cuma dia serah bulat-bulat pada Lee Kuan Yew, bebaskan Singapura dari Malaysia. PBS semasa memerintah Sabah, pun tiada apa-apa yang dilakukan. Tapi apabila PAS berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan, macam-macam berlaku. Sekatan demi sekatan. Halangan demi halangan. Rompakan demi rompakan. Apa yang PAS buat? Runtuhkan masjid semasa UMNO memerintah kah? Runtuhkan bangunan-bangunan yang dibina semasa UMNO memerintah kah? Rombak semula jalanraya nak guna tanah merah semula kah?

Rupanya-rupanya penyakit UMNO ni sampai ke bumi Mesir ni. Dalam masa Kelab UMNO yang hidup segan mati tak mahu ni. Pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan dan memudahkan urusan pelajar iaitu Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pula yang menjadi dalang.

Kata Saudara Mohd. Azrul bin Ismail selaku Timbalan Pengarah 1 bagi program tersebut, beliau mendapat makluman daripada pihak pengurus dewan ACC (Azhar Conference Centre) tentang satu faks yang dihantar oleh pihak JPMK kepada wakil Al-Azhar As-Syarif meminta supaya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dibatalkan. Antara alasan yang diberikan adalah kerana PMRAM melaksanakan program tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak JPMK. Lebih mendukacitakan lagi apabila surat faks tersebut ditandatangani oleh Prof. Dr. Jamil bin Hasyim sendiri. Gambar adalah Pengarah JPMK, Dr Jamil.

Penyakit UMNO ni sampai melarat ke sini. Semakin tinggi belajar ingat semakin cerdik dan open minded. Malu lah sikit dengan pelajar-pelajar yang baru sampai ni. Kalau nak buat dajjal pun tunggu la lama lagi. Ni last-last minit, kesian kat AJK persiapan duk terkontang kanting cari tempat. Tak takutkah dengan pembalasan Allah kelak? Kalau kelima-lima ulama yang dijemput tu tahu perkara ni, malu besar.

Tapi penyakit UMNO yang ni penangkis malu. Apa yang mereka tahu tentang malu?

Kata Ustaz Hairul Nizam "Badan Pengurus PMRAM lihat surat itu. Laterhead JPMK. Tandatangan oleh saudara Jamil. Saudara Jamil sebut PMRAM buat konvo dan PMRAM agen pembangkang."

Rupa-rupanya ini sebabnya. Pembangkang belum memerintah memanglah digelar pembangkang. Nanti kalau dapat memerintah, pemerintah sekarang jadi pembangkang. Itu pun susah? Apa punya kolot pemikiran pemegang PhD ni. Katalah PMRAM ni agen pembangkang, mungkin kerana ada anggota badan pengurusnya begitu. Maka sepatutnya mereka yang menyokong UMNO ni sertai pilihanraya dan cuba menguasai jawatan presiden. Paling tidak pun jawatan badan pengurus.

PMRAM ni wujud sebelum PAS atau UMNO wujud lagi. Macamana plak dikatakan PMRAM ni agen pembangkang? Buat Faizal Sabhon, pihak Amnu (bukan UMNO) Daulah sendiri tahu terperinci masalah PMRAM dengan kerajaan sekarang. Tapi mereka anggap ni masalah negara Malaysia, bukan Mesir.

PMRAM dah tak buat konvo pun dikatanya PMRAM buat konvo. Sakit hati sangat kenapa entah? Kalau dek kerana 80 orang peserta tahun akhir yang sertai Kutub Sittah ni berbanding 300 peserta Konvokesyen JPMK apalah sangat boleh dikatakan konvo? Apa punya pelik lah.

Baik, balik malaysia mengajar kata mana-mana universiti. Datang sini menyusahkan orang!

http://kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com/

SURAT TIDAK RASMI DARI LELAKI YANG MENYAMAR SPEAKER - NIZAR

Batal Sidang DUN, elak kemelut


Oleh PAS Parit Buntar

IPOH, 16 Okt. : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengesyorkan notis atau cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 28 Oktober ini ditangguhkan.

Menurutnya, ia perlu berikutan kes berkaitan dua Speaker dan dua Menteri Besar, masih tergantung di mahkamah.

“Kes-kes antara Sivakumar dan Datuk R Ganesan masih lagi tergantung di mahkamah, kes antara saya dengan Dr Zambry masih tertangguh di Mahkamah Persekutuan.


“Eloklah persidangan ditangguh, jika bersidang juga akan mengeruhkan serta menambah lagi krisis dengan lebih dahsyat,” katanya pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat di sini, semalam. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim; ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming; ADUN Lubuk Merbau, Muhammad Zainuddin, ADUN Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan ADUN Menglembu, Lim Phek Har.

“Ini (Sidang DUN) adalah buruk bagi negeri Perak, dan buruk bagi negara.

“Syor supaya tidak diadakan persidangan kerana ia (notis arahan) dihantar seorang yang mengaku sebagai speaker,” katanya.

Nizar berkata, Pakatan Rakyat (PR) telah pun mengadakan persidangan DUN yang terakhir pada 2 September lalu dan ia memenuhi peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UUTKNP) iaitu perlu mengadakannya dalam tempoh 6 bulan.

“Tempoh akhir kita bersidang adalah 3 Mac, persidangan 2 September telah memenuhi UUTKNP.

“BN mengiktiraf persidangan 7 Mei sah, sebab itu mereka terpaksa adakan persidangan sebelum 7 November ini,” katanya.

Beliau berkata, penangguhan itu disyorkan kerana Ganesan dianggap penipu kerana membuat arahan sedemikian.

Menurutnya, arahan itu melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana Ganesan mengaku dirinya sebagai Speaker.

“Ini adalah pembohongan yang amat besar kepada rakyat Perak, dia khianat dan derhaka kepada Sultan Perak,” katanya.

Kata Nizar, Ganesan tidak ada hak untuk buat arahan dan segala pembentangan adalah tidak sah kerana Ganesan tidak ada kapasiti dan kuasa untuk memanggil sidang DUN.

“Batalkan sahaja persidangan dan saya merayu untuk mengelakkan suasana sedemikian,” katanya.

Nizar turut mempersoalkan surat notis yang dihantar Ganesan berkaitan arahan sidang DUN itu.

“Speaker haram dari seorang lelaki yang kami tidak kenal menghantar surat arahan kepada kami kononnya itu notis persidangan Dewan Undangan Negeri bertarikh 28 Oktober 2009, Rabu jam 10 pagi.

“Surat bertarikh 12 Oktober itu menyatakan supaya semua ADUN menghantar usul atau soalan-soalan yang akan dibentangkan di Dewan Negeri sebelum 14 Oktober.

“Saya ADUN Pasir Panjang, hanya menerima surat itu semalam (14 Oktober), ada ADUN masih belum terima, ada yang terima 13 Oktober waktu senja dan ada yang terima pada tengah malam,” katanya.

Beliau berkata, kelewatan menghantar surat atau notis tidak mengikut kelaziman Konvensyen Perintah Tetap yang sepatutnya memberikan tempoh 14 hari.

“Surat itu dari segi kedudukannya adalah surat yang haram, tidak ada apa-apa kesan, surat palsu dan surat tidak rasmi dari lelaki yang menyamar sebagai Speaker, surat itu tiada nilai langsung,” kata Nizar.

Bagaimanapun katanya, wakil rakyat PR menerima surat dan notis daripada A Sivakumar yang mengarahkan hadir persidangan pada tarikh tarikh 28 Oktober jam 10 pagi.

Katanya, PR akur dengan notis yang dikeluarkan Sivakumar sekali gus menyatakan kesediaan untuk hadir ke persidangan yang telah diarahkan itu.

http://biaqpila.blogspot.com/

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE

Email : Zamri Keciks

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)_blogcina islam