GEORGETOWN - Pelantikan Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail sebagai Pemangku Yang Dipertua MPPP (YDP MPPP) bagi menggantikan sementara YDP sedia ada, Tan Cheng Chui oleh Kerajaan Negeri dianggap ‘mengelirukan’ dan tidak dilantik mengikut prosedur sewajarnya.
Pengerusi Gerakan Negeri, Dr Teng Hock Nan berkata, tindakan Patahiyah yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MPPP, dan bukannya Pemangku YDP menimbulkan tanda tanya parti itu dan rakyat negeri ini sama ada beliau mempunyai kuasa untuk menandatangani kelulusan dan sesuatu perancangan MPPP atau tidak memandangkan pelantikan beliau hanya sebagai Ahli Majlis.
“Saya tidak menafikan pelantikan Patahiyah sebagai Pemangku YDP MPPP adalah pilihan tepat berdasarkan pencapaian cemerlang dan pengalamannya di MPPP sejak tahun 1994 lagi, namun tindakan beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis dan bukannya Pemangku YDP menimbulkan tanda tanya sama ada beliau benar-benar diberikan tanggungjawab penuh menggalas tugas YDP MPPP atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Tapak Bangunan Penjaja Taman Botani di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi jaminan pelantikan Patahiyah adalah memenuhi segala keperluan undang-undang bagi membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MPPP.
Guan Eng berkata, pelantikan Patahiyah sebagai Ahli Majlis adalah untuk memenuhi syarat bagi membolehkan beliau mempengerusikan mesyuarat MPPP di samping menanggung bidang tugas YDP bagi menggantikan YDP sedia ada, Tan Cheng Chui yang bercuti sehingga 28 Februari 2010.
Menurutnya, isu keraguan sama ada Patahiyah benar-benar layak menandatangani dan meluluskan sebarang urusan dan perancangan melibatkan MPPP tidak timbul kerana perlantikannya sebagai Pemangku YDP adalah disahkan Kerajaan Negeri sendiri.

_sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan