KUALA LUMPUR, 7 Dis: Lapan syarikat menyaman Mara untuk menuntut gantirugi RM381 juta di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman yang difailkan pada 2003 lalu dibicarakan dalam kamar Datuk Zakaria Sam hari ini untuk tentukan isu undang-undang. Syarikat itu adalah Indera Perabut, Medan Data, Adi Wood, Almawood Industries, Ikrar Teguh, Phoenix Calibre, Perabot Wilayah Utara dan CT Max. Kesemua mereka mendakwa Mara gagal dalam tanggungjawabnya menyediakan pusat kemudahan guna sama atau PKG yang menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi untuk siapkan projek perabot mereka. Hasilnya, Mara telah menyaman mereka kerana tidak membayar hutang. Kini mereka menyaman Mara kerana kegagalan Mara laksanakan fungsinya untuk membolehkan projek perabot mereka berjalan dengan baik. Mahkamah Pulau Pinang akan putuskan lapan Januari depan samada untuk menerima atau tidak isu undang-undang Mara bertanggungjawab siapkan PKG. "Jika hakim putus Mara bertanggungjawab, segala tuntutan lapam syarikat itu akan diterima dan taksiran akan dibuat berdasarkan tuntutan plaintif," kata peguam plaintif Shuhaimi Mat Hashim selepas bersidang dalam kamar dengan hakim dan peguam defendan. 8 syarikat itu diwakili oleh Shuhaimi Mat Hashim manakala Mara diwakili 4 syarikat guaman. Isu undang-undang yang akan diputuskan hari ini adalah "Adakah Mara bertanggungjawab memastikan PKG disiapkan dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari, 1998 dan adakah Mara telah gagal, mungkir dan melakukan perbuatan pecah kontrak mengenai penyiapan dan operasi PKG seperti dijanjikan Mara yang kena disiapkan dan hendaklah beroperasi sepenuhnya oleh Mara pada 1 Januari, 1998." "Seterusnya adakah akibat daripada kegagalan Mara mengenai PKG maka sebabkan aktiviti perniagaan lapan syarikat tidak boleh berjalan seperti yang dirancang kerana PKG tersebut adalah asas utama kepada pelaksanaan terma dan syarat perjanjian dan kerjasama pengeluaran perabot set meja makan." _harakakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Isnin, 7 Disember 2009
8 syarikat saman Mara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan