Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Baihaqi Atiqullah menjelaskan laporan polis yang dibuat pihaknya berhubung demonstrasi Umno Kelantan di hadapan bangunan Kota Darul Naim bukan berniat menghalang mana-mana perhimpunan rakyat. Sebaliknya, beliau berpendapat mana-mana perhimpunan yang mahu diadakan perlu mengikut peraturan serta mendapatkan permit Polis terlebih dahulu. "Nak berhimpun, kita (Pemuda) tidak ada masalah. Sebagaimana kita (Pemuda PAS) diminta dapatkan permit polis, kita minta (Umno Kelantan) buat permintaan (permit berhimpun) yang sama,"jelasnya. Jelasnya lagi, keputusan membuat laporan Polis tersebut demi memastikan ketenteraman awam terpelihara. "Kita buat (laporan) kerana tidak mahu ada gangguan ketenteraman awam di SUK (Bangungan Setiausaha Kerajaan Negeri)," jelasnya. Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berkata, Perhimpunan 10 ribu menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi ini turut dimaklumkan kepada Polis. "Kita pun maklum kepada Polis...kita (Pemuda PAS) ambil kesempatan dengan perhimpunan biasa yang sah pagi ini (iaitu kuliah Jumaat)." Beliau berketa demikian ketika diminta mengulas kritikan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung laporan polis yang dibuat Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPK) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang berhubung dua perhimpunan tanpa permit di kedua-dua negeri terbabit Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithin berpendapat laporan polis tersebut adalah cubaab menghalang perhimpunan rakyat, sebagaimana yang dijamin perlembagaan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948(UHDR). Dakwanya lagi, amalan mendapatkan permit berhimpun daripada Polis merupakan amalan Umno dan BN demi mengekang suara rakyat. "Orang yang nak desak satu-satu perhimpunan perlu ada permit Polis macam Umno. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu ikut Umno menghalang perhimpunan aman," ujarnya. Kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat katanya seharusnya bersikap terbuka dalam aksi demontrasi rakyat, termasuk Umno sendiri. "Demontrasi rakyat tidak kira mana pihak sekalipun, walau datangnya dari Umno, kerajaan perlu bersikap terbuka." "Kalau dulu sebelum memerintah, pembangkang (Pakatan Rakyat) selalu melaung-laungkan kebebasan berhimpun (walaupun) tanpa permit Polis, kenapa hari ini mendesak pihak yang dibangkang (Umno/BN) mendapatkan permit Polis terlebih dahulu," ujarnyalagi. Beliau yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) meminta pihak yang terbabit menarik semula laporan polis dan segera meminta maaf kepada rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Amir Ghazali pula dalam responnya memberitahu laporan polis yang dibuat pihaknya bukan berniat menghalang perhimpunan tanpa permit. Sebaliknya, laporan tersebut berkaitan tindakan pemuda Umno negeri menggoncang pagar Dewan Undangan Negeri (DUN), yang didakwa berunsurkan provokatif. "Kita buat laporasn polis bukan kerana perhimpuan haram...kita buat laporan Polis kerana provokasi pemuda Umno menggoncang pagar DUN Pulau Pinang." Jelasnya, tindakan provokasi itu sekali gus seolah-olah menghina kewibawaan DUN dan kerajaan yang memerintah. Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya turut membuat laporan polis berkaitan laporan palsu TV3 kononnya perhimpunan pemuda Umno tersebut ekoran sikap kerajaan negeri membohongi rakyatnya. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa AMK menggalakkan sebarang perhimpunan aman sebagaiman yang dijamin dalam Perlembagaan dan UHDR. Isnin lepas, lebih 100 pemuda Umno negeri melancarkan demontrasi di depan DUN Pulau Pinang. Demontrasi tersebut ekoran beberapa tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak menguntungkan rakyat. Selasa lepas, lebih 100 pemuda Umno negeri berhimpun di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) membantah kepemimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bantahan tersebut ekoran kenyataan Nik Aziz menyeru rakyat berdoa agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dibinasakan kerana enggan memberikan hak menguruskan wang royalti minyak negeri itu._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Sabtu, 5 Disember 2009
Demonstrasi: Lapor polis untuk ketenteraman, bukan menghalang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan