Sahabat Purnama

Sabtu, 19 Disember 2009

JKKK Ceroboh Tanah

Azrul Faizul

Chukai, KEMAMAN – Oleh kerana terlalu ‘ghairah’ untuk merebut laba dari projek-projek kerajaan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tuan/ Injin Gergaji disini telah didakwa menceroboh tanah perkuburan Islam kampung tersebut.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/JKKKcerobohtanah1.jpgSeorang penduduk Haji Mohamad Hassan, 58, berkata JKKK turut menceroboh tanah miliknya dan tanah rezab Jabatan Parit dan Saliran di kampung tersebut.(Gambar kiri- Haji hanafiah bersama Haji Mohamad Hasan menunjukkan batu penanda tanah Haji Mohamad yang telah diceroboh)
”Saya sangat terkejut apabila diberitahu pokok kelapa dan telaga lama di tanah milik saya telah dimusnahkan oleh JKKK,

”lebih kurang satu rantai lebar dan tiga rantai panjang, telah di sodok, dikatakan akan dibangunkan untuk membina rumah PPRT,”kata Haji Mohamad ketika ditemui wartawan Buletinonline.

Menurutnya, beliau telah bertemu dengan seorang pegawai penempatan (SO) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kemaman bagi mendapatkan kepastian.

Hasilnya, kata beliau, pihak Pejabat Tanah mengakui pihak JKKK telah menceroboh tanahnya dan mengambil tindakan meletakkan ‘kayu pancang’ sebagai penanda antara tanahnya yang telah diceroboh.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/pagar%20kubur%20yang%20di%20robohkan1.jpgEkoran laporan yang diadu Haji Mohamad, pihak PTD Kemaman turut meletak kayu penanda sempadan tanah perkuburan Islam dan tanah rezab JPS yang telah diceroboh JKKK.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah yang ditemui semasa melawat tanah tersebut berkata, beliau berharap pihak PTD Kemaman terus membuat pemantauan keatas setiap projek-projek yang dilaksanakan JKKK. (Gambar kanan - Pagar kubur yang dirobohkan)

”Ia bukan satu perkara kecil, seluas 400 kaki persegi tanah kubur telah disodok oleh pihak JKKK dan hampir setengah ekar rezab JPS yang dicerobohi untuk projek membina 18 buah rumah PPRT,”jelasnya.

Beliau turut meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap projek tersebut yang disyakki telah berlaku unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh JKKK sebagai sebuah agensi kerajaan,


”Kita juga akan membuat aduan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan juga Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana disyakki terdapat beberapa kubur lama yang telah musnah ketika tanah tersebut disodok,”tambah Haji Hanafiah._buletinonline

Tiada ulasan: