Sahabat Purnama

Ahad, 25 Oktober 2009

Pas Perak tunggu penjelasan Nik Aziz

IPOH – Pas Perak tidak mahu mengambil sebarang keputusan mengenai Muktamar Agung Khas (EGM) selagi tidak mendapat penjelasan daripada Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak mahu membuat sebarang spekulasi yang hanya disiarkan melalui media massa.

“Eesok (Ahad) kita ada perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat untuk berbincang hal lain, tetapi dalam masa yang sama kita akan tentukan masa dan tarikh sesuai bagi mendengar penjelasan dari Tok Guru.

“Persoalannya di sini sekarang, kami tidak tahu sama ada kenyataan berkenaan adalah sahih atau tidak dari mulut Tok Guru, sebab itulah kami perlu mendengar penjelasan sebenar dari beliau,” katanya, semalam.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain pula berkata, mereka tidak mahu campur tangan terhadap cadangan EGM yang dikemukakan oleh Nik Abdul Aziz itu kerana ada agenda yang lebih besar perlu disempurnakan.

“Apa pun keputusan biarlah Pas Pusat yang tentukan (EGM). Kita hanya fokus kepada proses pemulihan demokrasi dan pembubaran DUN Perak.

“Pada kami, inilah matlamat terdekat Pas Perak bagi merealisasikan perancangan untuk mengembalikan hak rakyat serta kestabilan politik negeri,” katanya.

sianrharian

1 ulasan:

ady berkata...

askom...wahai saudara purnama dari selatan saya dengan ini keluar dari parti pas dan menyertai ummnooo...1 malaysia peribadi d utamakan rakyat d belakangi...