Sahabat Purnama

Ahad, 18 Oktober 2009

Kemenangan Yang Ditunggu, " KE ARAH MENGEMBALIKAN DEMOKRASI"

Sejarah baru telah tercipta, BN yang diwakili calonnya ISA Samad telah membuktikan bahawa kemenangan yg ditunggu-tunggu selama ini muncul juga akhirnya, kekalahan demi kekalahan yg dialami kerajaan najib @ 1Malaysia sejak beberapa prk pasca mac 08 memberi sedikit sinar buat umnobn brsma grombolannya mca, mic, gerakan n sekutu sewaktu dgnnya.

ISA sudah membuktikan rkyt Bagan Pinang masih mahukan BN, bagi najib sendiri tentunya berbangga kerana pilihan akar umbi yang sememangnya pilihannya secara peribadi adalah tepat dan sekaligus menyanggah timbalannya yang pd awalnya seperti menolak pilihan bosnya sendiri (muhyiddin perlu sedar dgn kata2nya semasa perhimpunan agong umno yang lalu ("org no. 2 mestilah menjadi org no. 2 iaitu setia pd org no. 1"). Mat Hasan MB N.Sembilan yg mengatakan bahawa ISA adalah juga calon pilihannya pada peringkat awal, tentu berasa bangga dengan kemenangan ini (atau sebenarnya cukup gusar kerana pengaruh ISA yg mengatasi popularitinya.)

ubn akan terus memburu kemenangan bagi menebus maruah yang tercemar teruk sejak kemerosotan populariti selepas hilang majoriti 2/3 di parlimen. Perhimpunan Agung Khas baru-baru ini telah memperlihatkan kesungguhan bagaimana terdesaknya umno untuk memulihkan imejnya. Ini satu amaran buat Pakatan Rakyat bahawa ubn benar-benar mahu mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti perkauman sempit mereka.

Sokongan pengundi India dikatakan telah kembali bertaut kepada bn ini dibuktikan sokongan penuh dengan kemenangan di Ladang Siliau yg majoriti pengundinya berketurunan India, pada PRU 12 yang lepas, kawasan ini, pengundi2nya telah memilih PR dan sekarang telah beralih sokongan. Walaupun dikatakan perubahan sokongan ini kerana ubn telah menjanjikan rasuah politik, perkara itu tidak berbangkit lagi,ubn telah mencapai sasarannya. Pengundi India telah terpengaruh dengan memilih ubn. Apakah sokongan ini hanya bersifat sementara? Ini Hanya dapat diketahui dlm PRU13 yg akan datang atau yg terdekatnya Pilihanraya Negeri Perak (jika DUN dibubarkan).

Sekiranya semua janji2 ISA dan ubn ini ditunaikan maka sokongan ini mungkin akan kekal. Bolehkah andaian itu diambil kira? Jawapannya adalah serba kemungkinan. Pengundi India boleh membuat keputusan mengejut sebagaimana PRU Mac dan PRK Bagan Pinang, Bukankah itu satu kebetulan atau memang pengundi India benar2 berubah? kepercayaan ini sebenarnya masih membimbangkan ubn.

Pengundi melayu pula yg dilihat lebih menguntungkan ubn, ditambah pula ISA yg menjadi calonnya. Pengalamannya sebagai MB selama 22 thn adalah kelebihan kepadanya. Semua org dikatakan mengenalinya, jasanya, keperibadiannya dan ketokohannya, lonjakan sokongan yg diterima lebih sekaliganda berbanding PRU 12 yng lalu adalah bukti kehebatan ISA. Soal Moral ISA dan kisah politik wangnya tidak dipeduli pengundi, calon PAS dikatakan telah gagal dalam soal menyaingingi populariti ISA.

Undi pos, ketelusan SPR yg diagui, penguasaan media dan agensi kerajaan memang telah menjadi satu kelebihan kepada ubn, dalam perkara ini PAS brsama Pakatan Rakyat nampaknya masih belum berjaya mengubahnya.

Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kemenangan ISA dan ubn ini jika padang yg tidak sama rata sebagaiman yg dikatakan Presiden PAS menjadi faktor penentu kemenangan ubn.

Apapun analisisnya, itu bukanlah penting sangat kpd ubn, mereka sudah menang, jika inilah keputusan yg mengembirakan gerombolan ubn, maka najib perlu segera memikirkan bagaimana mengelesaikan kemelut politik di Perak. Bagan Pinang adalah permulaannya bg mencapai kemenangan seterusnya. mungkinkah najib sudah bersedia? Kemenangan yg ditunggu-tunggu sudah dicapai.

Perhimpunan 1Malaysia yg akan bermula hari ini di Perak juga adalah dirasakan tanda2 awal, selain SPR mengumumkan senarai nama pengundi berdaftar terkini di Perak. Ayuh najib! Rakyat Perak sudah bersama kamu, bubar DUN segera. rakyat Perak sudah terlalu lama menunggu-menunggu kemenangan seperti ubn di Bagan Pinang, begitu juga PR, Istana juga tidak ketinggalan adalah pihak yg paling utama mahukan kemenangan, maruah yg tercalar perlu ditebus, ketidaktentuan politik dan kesejahteraan rakyat perlu diambil kira.

Jika ubn ikhlas mahu mengembalikan demokrasi di Perak, inilah masa membuktikannya, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar slogan kosong tetapi adalah janji yg mesti ditunaikan. ubn yg sememangnya kaya dengan slogan pasti akan mencipta satu lagi slogan yg bakal diumumkan di Stadium Perak malam ini, Saya mencadangkan Slogan baru buat najib ubn " Ke Arah Mengembalikan Demokrasi" . InsyaALLAH Semua Pihak boleh menerimanya. TAKBIR!

*****

3 ulasan:

muhammad ismail berkata...

Demokrasi mesti terus perjuangkan, cadangan yg menarik dr tuan, najib mungkin akan umumkan sesuatu mlm ini, HIDUP PARA BLOGGER, HIDUP PAS, HIDUP PR HIDUP RAKYAT, BUBAR DUN PERAK!

Tanpa Nama berkata...

Kalau DUN Perak bubar, BN akn terperangkap, Rakyat Akn hukum kedurjanaan mereka, zambry mb haram dan kerajaan kudetanya akn terus kekal gelarannya sebagai KERAJAAN HARAM!

hafizz berkata...

Kepada Penulis,

Satu Slogan pulak saya cadangkan kalau DUN dh dibubarkan, "Ke Arah Mengembalikan Kerajaan Yg Sah" (Anggapan Rakyat Perak perlu diperbetulkan, BN bukan Kerajaan Haram)!.....mamak zambry mesti uka punya..