M Faqih & Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan. Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan. "Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain. "Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak. Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain. "Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi. Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam. Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit. Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka. Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat. Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu. Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan. "Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya. Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti. "Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya._harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Rabu, 2 Disember 2009
Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan