Sahabat Purnama

Jumaat, 16 Oktober 2009

CALON RASUAH: KENAPA TAKUT HUKUMAN RAKYAT

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (15 Oktober 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong kenyataan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang berpandangan bahawa kemenangan yang diperolehi oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) sebagai kemenangan rasuah kerana calon yang telah diberikan mandat untuk bertanding oleh UMNO / BN telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah oleh UMNO sendiri.

DPPN Pk mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membuktikan tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini. DPPN Pk menyediakan pentas untuk Zambry untuk berdebat isu rasuah bersama Nizar jika beliau benar-benar berani dan mempunyai bukti. DPPN Pk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Zambry yang mengatakan mempunyai bukti bahawa PAS telah melakukan rasuah.

DPPN Pk meminta supaya Zambry kemukakan tuduhan beliau berkaitan rasuah yang pernah dilakukan oleh PAS semasa memerintah. Dimanakah laporan yang telah disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah oleh PAS. DPPN Pk menganggap Zambry sekarang telah tersepit dan cuba memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) yang telah diterima oleh rakyat untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.

DPPN Pk melihat UMNO / BN yang telah serasi dengan budaya rasuah politik masih cuba menafikan hakikat sebenarnya mereka dan akan cuba menuduh orang lain pula melakukan rasuah. Budaya rasuah politik ini yang tidak terpengaruh di dalam PAS kerana adalah menjadi satu kesalahan besar bagi orang yang melakukannya.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber Berita : http://idhamlim.blogspot.com

Tiada ulasan: