Sahabat Purnama

Jumaat, 16 Oktober 2009

PAS POHON MENGADAP TUANKU MIZAN

“Kami hanya berbincang isu ini melalui perbualan telefon dan kita akan memutuskan sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda melantik Salleh Man sebagai Yang Dipertua MAIPP.

“Kita mengakui pernah mengadakan rundingan bersama penyandang YDP MAIPP sekarang, Shahbudin Yahya pada 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri dan kita bersetuju untuk melantik orang biasa, bukannya wakil Pas sebagai YDP MAIPP selepas Shahbudin enggan meletak jawatan ketika itu,” katanya.

Dr Mujahid berkata, selepas rundingan itu, Shahbudin tidak juga meletak jawatan pada 2008 dan perkara itu telah menjadi senyap begitu sahaja dan pada pilihan raya kecil, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Salleh Man akan dilantik sebagai YDP MAIPP jika beliau memenangi pilihan raya itu.

“Kami, dari Pas juga setuju dengan pengumuman itu kerana itu merupakan hasrat sejak awal lagi untuk melantik wakil Pas sebagai YDP MAIPP tetapi kami bersetuju untuk melantik bukan ahli politik iaitu Elyas untuk kepentingan Kerajaan PR berikutan keengganan Shahbudin meletak jawatan ketika itu.

“Tetapi, selepas itu, isu itu didiamkan begitu sahaja dan Shahbudin tidak juga meletak jawatan. Kami bercadang untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas sesi Shahbudin memegang jawatan itu tamat secara automatik pada hujung tahun ini tetapi sebelum itu, isu perkenan Yang di-Pertuan Agong pula muncul,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga tidak dapat mengesahkan kesahihan kenyataan Shahbudin itu kerana belum melihat surat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dikatakan, dan pihaknya akan meneruskan niat untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda dalam isu itu.

“Sekiranya selepas berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, baginda tetap dengan perkenan untuk melantik Elyas sebagai YDP MAIPP , kami akan menjunjung titah baginda kerana baginda mempunyai kuasa pelantikan sebagai Ketua Agama Islam negara.

“Isu menderhaka kepada perkenan baginda tidak patut timbul kerana kami tidak pernah ingkar perintah baginda,” katanya.

sinarharian.com.my

Tiada ulasan: