Sahabat Purnama

Jumaat, 16 Oktober 2009

KRISIS AKHLAK YANG KIAN MERUNCING

Suatu petang penulis mengunjungi dan menziarah sebuah rumah berkeluarga. Setibanya terlihat pemilik rumah tersebut, ayah kepada 3 orang anak dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar jeans sambil menghisap rokok. Anak-anak dan isterinya dibiarkan menghidu sama asap rokok tanpa mempedulikan bahaya asap rokok dan berbagai lagi karenah yang tidak menampakkan sebagai sebuah keluarga Islam. Ramai yang datang bertandang termasuklah adik beradiknya kerana ada satu majlis. Taktala warisnya iaitu si suami mengajak si isteri balik ke rumah, dengan selambanya di isteri mengatakan ‘banyak cantik muka’, penulis terkejut dan hanya beristighfar di dalam hati. Walaupun hanya bergurau, tidaklah bahasa si isteri melambangkan bahasa yang kurang sopan terhadap suami?

Begitulah antara resam hidup zaman sekarang yang mana akhlak dilihat telah runtuh dan di masa akan datang ia akan terus runtuh. Pada masa mat rempit yang melakukan pelbagai jenayah, artis dan penghibur yang kebanyakkanya mempunyai akhlak yang buruk dan pelbagai lagi… jika ia tidak dibiarkan, pada masa hadapan ia akan bertambah buruk dan kita akan melahirkan insan yang kurang berakhlak sekaligus menghasilkan umat yang mundur dan tiada ciri-ciri mukim yang hebat.

Islam amat menitikberatkan akhlak yang baik dan mulia.. Sebagaimana dalam hadis Nabi S.A.W, Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)

Sumber: http://almadini.wordpress.com

Tiada ulasan: