Sahabat Purnama

Jumaat, 16 Oktober 2009

ISU WAHABI: ISU TANG TIADA KESUDAHAN

Perkataan Wahabi cukup digemari oleh sesetengah kelompok masyarakat Islam kita. Daripada rakyat biasa hinggalah kepada mereka yang mempunyai jawatan besar di dalam pengurusan agama. Isu ini sangat sensitif bagi kebanyakan mereka yang amalannya berlainan dengan masyarakat setempat seperti tidak melakukan tahlil, tidak membaca yasin pada malam jumaat, tidak melakukan kenduri arwah dan sebagainya. Padahal mereka hanya melakukan amalan-amalan yang tsabit dari Nabi S.A.W dan berusaha sedaya upaya mengikut sunnah baginda dengan pemahaman dan perbuatan Salafussoleh. Dan mereka akan digelar Wahabi. Kini sudah terlalu banyak isu ini digembar gemburkan pihak oleh kelompok yang menggambarkan dan menjelaskan bahawa wahabi ini sesat, kafir dan lain-lain lagi. Sehingga memberi gambaraan yang menakutkan.

Ada juga yang menuntut ilmu agama di luar negara seperti di Jordan, Arab dan sebagainya, bila balik dan mengajar kepada masyarakat sekeliling, terus dicop Wahabi dan ditangkap serta tidak dibenarkan menyampaikan ilmu lagi hanya kerana ia tidak sama dengan amalan dan pemahaman masyarakat. Inilah sebenarnya sikap dangkal kelompok yang menentang Wahabi dan hanya mengikut hawa nafsu semata-mata. Jika benar sekalipun, alasanya tentulah bagi mengelakkan perpecahan dan perpaduan umat Islam. Alangkah sempitnya pemikiran mereka.

Kepada mereka yang masih samar-samar tentang Wahabi, cubalah mendalami sebenarnya masalah ini. Jangan hanya melihat kepada satu sumber sahaja. Istilah Wahabi adalah istilah yang disandarkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab oleh musuh-musuh Islam pada zamannya. Perjuangan dan pemurnian akidah yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab adalah suci taktala berlakunya pelbagai bidaah dan kesesatan pada masa itu. Tetapi malangnya sehingga hari ini masih ada lagi yang terpengaruh dan menerima bulat-bulat dari sumber-sumber yang mengatakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab kafir, sesat, dan lain-lain lagi. Lebih malang lagi, mereka hanya membaca buku yang mentohmah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sedangkan buku karangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri terlalu banyak.

Sumber: http://almadini.wordpress.com

Tiada ulasan: