Harakahdaily |
IPOH, 3 Dis: Umno digesa memohon maaf dengan segera kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran beberapa insiden bersifat perkauman yang cuba dicetuskan oleh mereka sebelum ini. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, ianya termasuk insiden membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru baru ini dan insiden mengarak dan memijak kepala lembu di Selangor Ogos lalu. "Umno dan Barisan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka, isu membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu perkauman memijak kepala lembu adalah tindakan primitif dan tidak beritika. "Tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah tindakan ganas yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat," jelasnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak hari ini. . Kedua-dua insiden buruk itu jelasnya telah menimbulkan sentimen perkauman yang didakwa boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di Negara ini. Umno juga katanya wajar mencontohi sikap pemimpin DAP yang berani memohon maaf secara terbuka ekoran isu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang lompat baru baru ini. Ketiga-tiga mereka adalah gambar Adun Jelapang, Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) yang telah mengisytiharkan mereka bebas dan menyokong BN sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Negeri Perak. "Ini adalah sikap yang harus dipuji dan dijadikan contoh oleh kita semua, sikap memohon maaf ini adalah sifat yang mulia. "Sebenarnya jika sikap ini dijadikan amalan kita, semua masalah yang dihadapi dapat diselesai dengan segera," katanya lagi. Selain itu, beliau turut mendesak Umno BN memohon maaf kepada rakyat negeri Perak atas rampas kuasa yang dilakukan dan kepada rakyat Kelantan kerana menafikan hak royalti negeri itu. _harakahdaily.net |
Sahabat Purnama
Khamis, 3 Disember 2009
Umno digesa mohon maaf, contohi sikap terbuka DAP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan